Sunday, August 31, 2008

Merdeka Parade 2008

Salam Merdeka dari My Little Parade.....@hensem


@adilAssallamuallaikum semua,@adil

Seperti yang aku katakan pagi tadi, aku akan ke Dataran Merdeka hendak menyaksikan sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan. Dengan sukacitanya, memang aku hepi segilanya dapat attend ke sambutan ini. Biarpun badan terasa lenguh sebab terpaksa berhimpit dengan penonton yang lain, aku memang hepi occay! So, kat bawah nilah hasilnya. Aku bertolak dari Balakong pada pukul 7.20 pagi. Macam yang aku katakan, sebelum ni, persediaan menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini memang sangat-sangat hambar. Tengoklah gambar kat bawah ni. Langsung tak ada Jalur Gemilang kan, biasanya setiap tiang lampu di jalan-jalan utama akan digantungkan bendera-bendera rasmi mahupun banner perayaan. Tapi tahun ini, sangat-sangat mengecewakan. Keadaan cuaca agak mendung, tapi nasibla semasa di Dataran Merdeka, hanya terdapat rintik-rintik hujan yang tidak berat.


Aku sampai kat Dataran Merdeka agak lewat, gambar kat bawah ni adalah keadaan hadirin yang tengah terpacak menyanyikan lagu Negaraku. Terus terang aku cakap, bila aku nyanyi lagu Negaraku, semangat cintakan negara tu memang menebal. Masa aku snap gambar ni, aku terpacak kat tengah2 jalan raya. Hahahaha... nasib baikla jalan raya tu di tutup, hui, meremang tengkuk bila nyanyi lagu Negaraku. Last aku nyanyi lagu Negaraku masa aku konvo yang lepas.

Nasib baiklah, keadaan kat Dataran Merdeka masa ni mendung dan sedikit sejuk. Masa ni, aku tengah bersesak dengan para penonton yang ada. Kalau korang lihat asap kat bawah ni, ni adalah kesan tembakan 14 das tembakan meriam semasa lagu Negara dinyanyikan. 14 das tembakan meriam melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk wilayah persekutuan yang ada.

Berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad. Ramai juga photoG yang datang, tak kurang juga newbie-newbie dslr. Maklumlah, harga dslr pun dah ramai yang mampu beli. Masa aku sedang snappy2 tu, ada pmpuan Niger berdiri kat sebelah aku. Baru beli kot, sebab aku tgk dia terkial2 nak pasang lense dan tekejut bila camera dia tiba-tiba mengeluarkan cahaya flash. Hahahaha... Kawan aku kata, ari ni aku jadi poser.. hehehe..best apa jadi poser. Hanya poser saja tahu apa perasaan jadi poser. Tak kisahlah apa pica yang aku snap pun, janji aku hepi sebab dapat datang ke sambutan hari ini.


Ini adalah kontinjen pembukaan sambutan hari kemerdekaan. Difahamkan seramai 10ribu peserta kontinjen telah mengikuti perbarisan hari kemerdekaan ini. Tapi aku tengok, sikit je. Heheheh... ada juga penonton yang begitu emosi masa ni. Almaklumlah, keadaan sesak barat dengan hadirin-hadirin. Nasib baiklah keadaan mendung dan sedikit sejuk. Aku paling suka tengok telatah kanak-kanak bila mereka nampak pesawat-pesawat udara membuat persembahan di udara. Siap lambai-lambai kat langit, macam aku kecil2 dulu. Tah sapa aku lambai. Tapi aku tak nampak pun kanak-kanak yang 'buat perangai' kat sini. Semua teruja tengok perbarisan kontinjen. Berwarna warni kan...

Kereta berhias tahun ni pun, tak banyak. Apakah ekonomi negara kita tahun ni memang begitu 'menjengkelkan'? Dah tak ada subsidi bendera langsung? Somethin wrong goes where betul. Kesian negaraku ini. Rakyat Malaysia ni dah semakin money oriented. Tiada jiwa negarawan....

Aku tak nampak pun visual Yang Di Pertuan Agong. Visual ni Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Sultan Brunei. Sila klik gambar-gambar kat sini untuk melihat lebih jelas ya.

skodeng anak teruna orang len...hahahahah

Agak-agak, kedudukan badan aku camana?

Helikopter yang membawa 14 helai bendera yang membawa maksud 14 buah negeri yang terdapat di Malaysia, termasuk wilayah persekutuan. Masa ni, memang kanak2 suka sangat.


Wira negara dari kejauhan. Abang Soyuz kita, Lee Chong Wei, dan sorang lagi aku tak kenal.

Cuba klik gambar ni, nampak apa? aku pun tak sangka bleh snap cam tu skali.. comel!


Aku suka shot ni.. rasa menggeletar pun ada. Tambah-tambah lagi bila nampak muncung kebal tu digerak-gerakkan. Macam dalam cerita Saving Private Ryan pula..hahahaha


Segan gak bila aku nak snap si comel dan ayahandanya.

Abangs abangs tentera ni beri peluang kepada orang awam untuk bergambar dengan fasilitis yang ada. Seronok je tgk dorg dapat naik kat situ. @mata

saja nak tengok konsep black & white.

1 comment: