Monday, August 4, 2008

Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur.

Larikan diri seketika ke Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur. Jauh dari hiruk pikuks kota yang membebankan. Lepas saja aku halfday hari tu, aku sambar teksi lalu menuju ke tempat ini. Dah lama tak outing macam ni. Rasa tenang occay. Sebenarnya aku planning nak jalan kaki saja ke tempat ini, tpi takut tersesat plak. Tambang teksi bermeter ke tempat ini adalah sebanyak RM 8.00 sahaja. oh! aku ke sana hanyalah bersendirian.

Masa kat opis, aku sempat google dulu tempat ni kat tenet. Ingatkan bayar RM 1 je, rupanya RM 8.00 occay. Bila aku tanya hal tu kat kaunter, mereka kata info tu tak update...kkakakakaka...takpela. yang penting aku masuk tempat ni kan. Wah! bila je masuk ke taman tu, macam terasa kat dalam fairy tale pula, bunga-bunga sedang me-ngindah, rama2 lak sambut kedatangan aku..warna warni gitu.. tapi nampaknya tempat ni masih memerlukan pemuliharaan yang tinggi. Apapun, aku enjoy!


Pulpa-pulpa yang ditempatkan khas... cam cerita Hollywood pun ada..kekeke


Tempat khas untuk para pengunjung melihat bagaimana rama-rama menyedut cecair makanan khas yang telah disemburkan.


ikan koi yang malu2, lanskap ini simple tetapi menenangkan aku.


Ong! Ong!


i love this shot


Teratai layu di kolam buatan..akkkaka


Hip Hopper


Jangka hayat hanya 3 hari..


Adik beradik dengan mentadak.


1 comment:

Anonymous said...

Jangka Hayat 3 Hari.Jari2 yg hidup dengan kupu2 mati =( sangat lawa.kalo dia hidup,mana dapat shot begini kan.