Showing posts with label Trip Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Trip Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, August 4, 2008

Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur.

Larikan diri seketika ke Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur. Jauh dari hiruk pikuks kota yang membebankan. Lepas saja aku halfday hari tu, aku sambar teksi lalu menuju ke tempat ini. Dah lama tak outing macam ni. Rasa tenang occay. Sebenarnya aku planning nak jalan kaki saja ke tempat ini, tpi takut tersesat plak. Tambang teksi bermeter ke tempat ini adalah sebanyak RM 8.00 sahaja. oh! aku ke sana hanyalah bersendirian.

Masa kat opis, aku sempat google dulu tempat ni kat tenet. Ingatkan bayar RM 1 je, rupanya RM 8.00 occay. Bila aku tanya hal tu kat kaunter, mereka kata info tu tak update...kkakakakaka...takpela. yang penting aku masuk tempat ni kan. Wah! bila je masuk ke taman tu, macam terasa kat dalam fairy tale pula, bunga-bunga sedang me-ngindah, rama2 lak sambut kedatangan aku..warna warni gitu.. tapi nampaknya tempat ni masih memerlukan pemuliharaan yang tinggi. Apapun, aku enjoy!


Pulpa-pulpa yang ditempatkan khas... cam cerita Hollywood pun ada..kekeke


Tempat khas untuk para pengunjung melihat bagaimana rama-rama menyedut cecair makanan khas yang telah disemburkan.


ikan koi yang malu2, lanskap ini simple tetapi menenangkan aku.


Ong! Ong!


i love this shot


Teratai layu di kolam buatan..akkkaka


Hip Hopper


Jangka hayat hanya 3 hari..


Adik beradik dengan mentadak.


Monday, July 14, 2008

MODE : Menara Kuala Lumpur ....

Tiket naik ke angkasa :)

Hari Sabtu yang lepas, sebenarnya aku merancang ke Taman Tasik Titiwangsa. Kononnya mahu mengambil gambar The Eye on Malaysia. Namun hampeh telah ku rasakan bila kawan seopis aku kata, benda tu dah tutup. Erk..! aku pun mengubah plan. Sesambil memikirkan mahu ke mana, sesambil buat rajin kerja kat opis, Cik Lala telah me-ym aku memberitahu adanya Bon Dori kat Shah Alam.


Terik Gila Occay!

Apa itu Bon Dori? Setelah aku men-surfing website yang berkaitan, bagi pendapat aku, ianya lebih kepada sambutan pesta budaya Jepun. Aku telah berjanji dengan Cik Lala untuk turut sama pergi ke Stadium Matsushita, Shah Alam. Aku call Encik Ed pula, dengan nada tidur ke-tengaharinya meminta aku tunggu jawapan YA / TIDAK sehingga 1 petang. Janji dengan Cik Lala pukul 5 petang, so, apa perlu aku lakukan 4 jam sebelum ke sana?

Alone... penjaga lif tu suruh aku naik sorang!

Aku melilau tanpa arah di depan Maybank Bukit Bintang. Oleh yang demikian, aku memutuskan aku mahu ke Menara Kuala Lumpur. Dari tahun 2000 aku datang ke sini, sehinggalah sebelum kejadian lawatan sambil tidak belajar itu, aku belum pernah menjejakkan kaki ke Menara KL. Tambang ke Menara Kuala Lumpur adalah lebih kurang RM 8.00 sahaja dari Bukit Bintang. Sebenarnya tempat ni dekat saja, tetapi Menara Kuala Lumpur itu sebenarnya terletak di atas bukit. Huhuhu…. Tapi setakat tempat ni, aku rasa aku boleh jalan kaki je dari Bukit Bintang. Sepertimana aku jalan kaki dari Bukit Bintang ke Pasar Seni ataupun Bangunan Sultan Abdul Samad.

edit pakai Adobe Lightroom occay!


Macam ala-ala pelancong pun ada juga. Dengan DSLR level low aku ni, dan berselipar Jepun dan watak selamba aku, aku pun memulakan mengambil shot2 yang ku rasakan menarik perhatianku. Berada di situ dalam keadaan sinaran matahari yang terik, almaklumlah pukul 1 petang, buat aku macam nak pitam. Hahahaha… sebelum aku naik ke menara tinjau Menara Kuala Lumpur, Encik Ed call aku. Oh! Dia tak dapat pergi ke Bon Dori bersamaku kerana ada komitmen yang lain. Dengan semangat independen aku, aku pun meneruskan lawatan aku biarpun ada sedikit terasa hati. Lain kali tak ada lagi lain kali ye Encik Ed. Masa untuk ke angkasa!


angle yang aku sendiri je paham

Anda berada di ketinggian 50 meter, 100….150….200…250.. dan tink! 276 meter!!!! Masa dalam lif, aku merasa pening sikit, mungkin dari kesan tarikan gravity di bawah sana. Aku berada di ketinggian 928 kaki atau 276 meter dari atas tanah. Oh! Ya, bayaran masuk adalah sebanyak RM 10.00 bagi dewasa warganegara Malaysia, manakala dewasa bg non-malaysian adalah RM 20.00. Seronoknya dapat melihat pemandangan dari angkasa ni.. eheks! Pemandangan yang paling menarik opkosla kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Banyak bangunan didirikan tertumpu di kawasan tersebut.


kenapa gelap - tanya kawan aku
seni - aku jawab ekekekke!

Masa aku berada di angkasa, selfon ketuk-ketuk aku bordering. Kawan aku Amat dari Melaka call aku. Katanya dia mungkin akan datang ke Kuala Lumpur minggu depan. Hehehe.. ok mat. Datang saja ok! Dia pun suka berjalan-jalan, hermm.. sebenarnya aku ada ckp nak datang Melaka untuk jalan-jalan. Tapi tiba-tiba mood aku berubah untuk berada di sini saja. Later ok, Amat! Sambil-sambil menikmati hotdog di atas tu, aku terus men-snap keadaan yang ada. Huhuhu.. kadang-kadang sendirian itu bosan rupanya. Tak apalah, taklah aku pening kepala nak pikir kisah org lain pula.


tempat ni tak besar lah...

Selesai lawatan ke Menara Kuala Lumpur, aku menuju ke Pasar Seni. Ada pameran seni rupanya. Tapi nantila aku ceritakan. Sejenak makan mi kari yang sedap di Secret Recipe Pasar Seni, aku mengambil gambar tanpa kebenaran satu couple ni. Mereka sunggoh sewit (sweet) dan bersahaja. Heheh..ok! bila dah penat, aku tinggalkan Kuala Lumpur dan balik ke Balakong. Aduhai!.


kedudukan opis aku..jangan bom!


edit pakai Adobe Lightroom, macam LOMO tak?