Saturday, August 9, 2008

Melaka


Pernah tiba-tiba merasakan kamu merasakan tekanan semasa bekerja? Opkos la kan, apatah lagi semasa berada di tengah minggu bekerja. Begitu juga dengan aku, tiba-tiba ambil cuti (hehehe) dan menuju ke Melaka. Jumpa teman lama...
Bab jumpa teman lama, nanti2 aku update kan. Aku lebih suka nak cerita pasal lawatan aku ke Melaka. Herm.. lebih kurang 2 tahun aku dah tak datang Melaka. Melaka yang aku lihat skrg ni, begitu banyak perubahan dari segi binaan bangunan2 baru. Totally different! Tetapi, tempat-tempat lawatan terkenal seperti A'Famosa, Bukit St. Paul etc, masih teguh la.. lepas tu, tempat-tempat bersejarah spt yang disebutkan tadi, juga mengalami pembaikpulihan yang lebih efisyen.

wow, ala2 apa ya? spek ni aku beli masa aku p business trip ke Brunei ari tu. Tapi kali ni aku target nak cari yang bersegi sikit. Hehehe.. ala-ala spek mata Hollywood tu. Gambar kat atas ni, masa kat area-area Jalan Bendahara, tepi sungai gitu. Kat sini pun, keadaan lebih cantik dah.. warna-warna bangunan kelihatan lebih baru meskipun kalernya tetap sama.
Oh! keadaan cuaca di Melaka memang selalunya cerah dan panas. Berpeluh-peluh aku semasa lawatan tersebut. Akakakaka... bila aku singgah kedai runcit kat Jalan Bendahara tu, ada sorg pekedai ni tanya aku, aku ni reporter ke? aku ckp aku tourist.. dia pikir aku pegang cammy gabaks tu, aku ni reporter la..ahahhaha.. on the way pergi ke Stadthuys, aku singgah jap ada pameran lukisan oleh pelukis tempatan kat Galeri Seni Rakyat.


Merah menyala, em..nak kata merah, aku rasa merah seram-seram sejuk kot. Hehehehe.. susah aku nak klasifikasikan MERAH ni.. anyway, dulu aku selalu juga turun Melaka ni. Salah satu sebabnya, aku kan berabang-iparkan orang Melaka. Tapi aku dah lama tak Melaka.... Stesen Bas Utama @ Melaka Sentral pun dibina dengan fasilitis yang tak kurang hebatnya macam KL Sentral.. Tak payah jauh2 nak pikir...Melaka Sentral mmg serba serbi lengkap. Tapi KL Sentral tak ada cyber cafe kan? hehehehe... sambil tunggu kawan aku tu, aku sempat online sekejap kat cyber cafe Melaka Sentral tu. Berbaloi la dengan bayaran RM 2.50 sejam disebabkan kelajuan tenet yang ada kat cyber cafe tu. Biarpun pc-pc kat situ old season, tapi aku cukup puas hati.


Hah Mela - Mela occay.. ni Jalan Bendahara, aku nak menuju ke area historical main port. Cuaca panas tak hingat masa tu occay. Sungai Melaka pun dah semakin terpulihara, hari tu tak ramai sangat pelancong. Mungkin kerana weekdays kan, tapi ada juga lawatan budak2 skolah kat situ. Maybe dari sekolah negeri lain kot. Seingat aku la, zaman skola dulu, hanya sekali aku pernah ikut lawatan sambil belajar. Itu pun masa aku form 6. Hahahaha.. almaklumla, aku bukannya orang mampu. Just dengar cerita dari kawan-kawan je la.. Bila dah bekerja ni, baru la terasa keseronokannya. So, adik-adik yang tidak berpeluang macam akak ni, bersabar la ya.. masa tu akan tiba.

Panas tak hengat occay! Rindunya nak pakai pinafore tu kan. Dulu masa Tingkatan 1, 2 dan 3 aku pakai pinafore, o ya masa skola rendah pun. Lepas naik tingkatan 3, aku dah start pakai baju kurung dan tudung skola.. kakakka.. pakai tudung skola masa subjek Agama Islam ja. Biasa ar, darah muda. Skola aku dulu Sekolah Menengah Konven St. Cecilia. Kiranya masa tu skola aku ni skola pmpuan yg top kat Sandakan. hahaha.. agaknya sampai skrg ni masih top kot. Bukannya aku nak perasan sendiri occay! Kitorang top sebab skola feremfuan, aktif dengan aktiviti sekola2 Sandakan, dari segi kecermelangan akademik dan tak kurang juga gejala so-sialnya. oh! ya, dulu aku dan adik badik pmpuan aku suma MADE IN ST. CECILIA. adik badik lelaki aku je skola lain. Dah nama skola feremfuan kan?? hehehehe...

Maybe aku dah banyak minum 100 plus, tu pasal aku tak cungap dah. hahahaha.. ni tangga Stadthyust. Macam cat baru... aku sempat melawat Muzium Ethnicgrafi kat sini. Bayaran masuk hanyalah RM 5.00. Terdapat pelbagai artifak dan barangan dari pelbagai kebudayaan yang pernah datang ke Melaka dipamerkan di sini. Jepun, British, Belanda, Arab, India, China, Malaysia atau Melaka pada masa itu mempunyai bahan2 artifak yang tersendiri. Kalau nak merasa nak mlihat bom meriam yang berat2 belaka, datang la ke sini. Memang ngeri uols, aku ckp ngeri bukan apa, kalau masuk muzium ni, mmg ada sedikit seram gitu. Mungkin barang2 lama tu kan, dah beratus tahun umornya.. hehehe.. hormat sket occay.


Pada perkiraan aku, Muzium ni terletak dalam sebahagian Stadhyust ni. 4 tahun lepas, muzium ni masih belum dibuka. Oh! betapa lambatnya pembangunan kompleks artifak yang berharga ini. Di kawasan ini terdapat banyak telaga atau perigi yang pernah didirikan. Sudah sinonim dengan masyarakat dunia umumnya dengan membuang syiling dan buat wish. Akakakak.. aku tau ni syirik, but just for fun. Wish-wish aku yang lepas pun tak dapat, means buat wish kat sini tak lepas la yer.. apa wish aku kali ni ya?? Perigi kat bawah ni adalah perigi buat Portugis, masa Portugis datang ke Melaka. Di sekitar perigi ni terdapat beberapa binaan pengairan yang dianggap tidak efisyen. AKakakak, aku hanya bagi pendapat berdasarkan signboard yang ada kat situ ya.

Mengikut pengamatan diri sendiri, aku ni mesti nak ambil gambar kaki aku sendiri. Ala macam konsep I was here la kononnya. Dah banyak dah koleksi aku macam ni. Ntah bila nak entry-kan. Selesai saja kat komplek etnicgraphy tu aku ke kompleks Bukit Saint Paul.. Herm.. berangin, tapi panas. akakakka.. seperti biasa, aku sempat buang duit syiling kat perigi tu.. heheheh.. occay! occay! saja -saja nak mengada occay.
Kat bawah ni gambar-gambar yg aku ambil, ada banyak lagi, tapi akak dah tak larat nak ejas.. kalau ada masa boleh linkkan ke Friendster. ok selamat bekerja... huhuuhu


Assignment wedding photography kakakaka...



Bukit St Paul dan seorang peminta sedekah yang somel..



come, make a wish...

4 comments:

Miko Yamaguchi said...

wah...gambar orang naik tangga tu aku kasi suma bintang di langit....ada komersial value...

l_i_g_o_n_g@blogger.com said...

MEMANG cantik la ko punya foto ni mas...best,menarik..uhuuh

Anonymous said...

Kalau ko tulis lagi pendek2 mcm ni br la senang utk org mcm aku yg 'rajin' ni nak baca... Lalalalaaaa...

P/S: Melancong x ajak aku! Sampek hatik kamu!

Perempuan Pemimpi said...

Miko : moga segala puji tak ku meninggi diri.

Ligong : ya ka? thanks ar..

Lala : aku nak tulis panjang2 pun, aku dah tak larat. Banyak entry nak masukkan ni..kakakakak