Assallamuallaikum.
Hai semua, salam merdeka dari aku. Aku tahu, blog aku yang simple ini ada pembacanya. Biarpun aku tau, ada yang meluat, ada yang jadi silent reader, ada yang suka tgk gambar saja, ada yang suka baca jalan-jalan dan ambil gambar aku, dan macam-macam ada lagilah. Siapa pun anda di luar sana, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat ke sini. Oh ya! Semalam aku telah pasang kaunter statistik aku, aku nak juga melihat berapa ramai pengunjung yang datang berkunjung ke sini. Ya! Ya! Ia terletak di sebelah kanan anda. Oh! Kalau ada berulang kali masuk ke main page, ia akan bertukar juga. Tak apala, at least aku tau, blog aku ada pengunjung yang berbilang thingy-nya . heheh (ketawa kecil sambil dengar lagu The Ramones – What Wonderfull World)
Hari ini 31 Ogos 2008. Aku memang sengaja setting jam aku untuk bangun pukul 5 pagi tadi. Kita semua bercuti hari ini. Seronoknya, oh ya! Ahad memang la cuti, tapi hari ini aku sangat gembira. Sekejap lagi aku akan bertolak ke Kuala Lumpur. Buat kali pertamanya dalam hidup, aku akan pergi menonton sendiri sambutan hari kemerdekaan di ibukota, Kuala Lumpur. Ada yang jeles tak? Janganla jeles, ini impian aku sejak kecil lagi. Semasa kecil-kecil dulu, aku tak pernah jemu tengok sambutan ini di peti televisi (baca: televisyen), aku takan jemu tengok hiasan-hiasan di sepanjang Padang Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Oh! Aku dah berada di tanah semenanjung ini bermula tahun 2000, selepas itu aku balik ke kampung, dan datang ke sini semula pada Jun 2002. Dah lama kan.. dah 6 tahun. Sesekali ada juga pulang ke kampung. Sesekali? Oh! Parents aku selalu datang ke sini. Tika ini aku merindui mereka dan tanah kelahiranku – SANDAKAN.
Apa program korang hari ini? Aku begitu teruja pagi ini. Maklumlah, nak pergi melihat sambutan itu sendiri. Sebelum ini, keadaan tak mengizinkan aku nak pergi. Sekarang ini, blehlah aku rakamkan sendiri dengan DSLR-L-L (ß apa ni?). ya, macam yang anda tau, aku suka ambil gambar.
Walaupun tahun ini, aku lihat persiapan mahu menyambut hari ini begitu mengecewakan. Haihhh… Kuala Lumpur dah merajuk agaknya. Bagaimana sambutan di tempat anda? Ada yang mahu mengirimkan gambar diri sendiri dan suasana sambutan? Oh ! ya, terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mengirimkan gambar berserta ucapan. Aku rasa happy sangat sebab anda begitu sporting sekali, terutama sekali yang bersusah payah membuat hiasan di samping ucapan mereka. Terharu~
Oklah, aku nak pergi bersiap. Mahu ke Kuala Lumpur dan menyaksikan perayaan ini. Fikir secara terbuka kenapa sambutan ini diadakan. Kita jumpa lagi. Salam sayang.
, mas.
No comments:
Post a Comment