Sunday, September 7, 2008

Kenali kencing anda.

Orang kata tulisan doktor mmg tak bleh blah baca, aku rasa mmg betol pun!

Assallamuallaikum,

Apa khabar hari ni? Aku harap anda semua sihat walafiat, tak lupa pada ahli keluarga dan sahabat handai kamu semua. Oh semalam? Aku dah mula bekerja semula. Sindrom malas masih bersarang, jangan salahkan syaitan. Sebab syaitan dah kena kurung nun di ‘sana’. Salahkan aku kerana ada sikap sedemikian rupa. Tapi aku tak lupa menyertakan MC @ sijil sakit pada on leave form aku.

2 hari lepas, aku berjumpa dengan doctor. Ya! Seorang doktor yang memberikan aku pelbagai info tentang sakit yang aku alami. Namanya Doktor Aziz, menerajui kongsi bersama bersama seorang doctor yang lain membuka Klinik Famili yang terletak di seberang jalan dari arah belakang rumah sewaku saja.

Katanya aku mengalami sindrom kekurangan air dalam badan. Bagaikan mahu tergelak, tapi ku tahan-tahan (baca: ya! Aku tak lepas dari berfikiran negatif di atas statement tersebut. Kawan-kawan lelaki aku pernah kata, orang gemuk ni banyak ‘air’. Bodoh mung! Bulan puasa buat lawak kedaung. Ok! Ok! Back to story!). Dia kemudian memberikan aku soalan bermula dengan :

U ada rasa :
Bila nak bangun berdiri tiba-tiba rasa nak jatuh, rasa nak pengsan?
Tangan menggeletar?
Jantung tiba-tiba berdenyut perlahan (tandanya cam ni: tiba-tiba kau rasa jantung kau macam bergerak laju dan menusuk, dan kau rasa ‘sempit’ nafas, dan kau perasan macam ada sakit jantung plak?)
Kau carik manja tangan kau, lihat, ada kesan putih memanjang tak? (baca: itu kulit kering, bukan sebab daki)
Kencing pertama yang kau buang pada waktu pagi, kaler apa? Jernih? Kuning? Oren? Maroon? Maroon!!! Apa jadah kencing kaler maroon? Hah! Jangan tak percaya ok!
Cramp, atau bahasa pasar terkenalnya KREM, di sesetengah bahagian otot?
Kadar penglihatan kau terbatas, tatkala chatting dengan cyber love kau, tak pun sedang membuat entry blog?
Tiba-tiba KREM di bahagian bahagian belakang leher (bermula dari hujung bahagian rambut dan pangkal leher)?

Hah! Banyak tak soalan dia tu? Bila aku tanya, Dok, adakah itu sindrom orang darah tinggi, migraine, sakit jantung atau lain-lain. Bila dia cek kadar darah aku, dia kata masih normal. Manakala migraine ni pula, tak siapa yang boleh sahkan migraine pada diri seseorang, kerana migraine ni sebenarnya mempunyai kesan yang teruk kepada badan. Tak sampai 10% dari populasi dunia ini yang mengalami migraine. Aku pun heran juga, habis kalau aku sakit pala tu apa benda ke?

Hah! Soalan-soalan yang dia tanya tadi tu, sebenarnya menunjukkan aku mengalami dehydration atau bahasa Melayu-nya, kekurangan air dalam badan. Aku fikir, kencing aku yang pertama setiap pagi kaler kuning disebabkan sisa-sisa semalaman yang aku tak buang. Tapi sebenarnya, kencing kaler cam tu adalah kencing level 2 yang tak sihat. Mari sini aku levelkan kaler kencing, cuba kau cek pepagi.

Kencing clear – maknanya kau sihat walafiat la
Kencing kaler kuning – kau mengalami dehydration / kekurangan air dalam badan
Kencing kaler orange – Head Stress
Kencing kaler maroon – woi google sendiri, sebab aku dah lupa.

Hah! Aku rasa ngeri pula ok! Oleh yang demikian, dia menasihatkan aku meningkatkan pengambilan air untuk badan bagi mengurangkan masalah kesihatan yang aku alami ni. Haih! Air yang dsebutkan nanti, kau google sendiri dalam internet, jangan buang masa!

1) Isotonik / minuman untuk menambahkan tenaga – 100 plus, Excell etc. Banyak terdapat di pasaran kan. Pemberian Milo free di sekolah kebanyakannya sudah tidak dilakukan lagi kerana kajian mendapati Milo tidak memberikan kesan yang efektif kepada pelajar. Kelebihan gula dalam Milo akan membuatkan pelajar lesu, ya, seperti aku la tu. Ber-gas? Kau boleh atasi ketidak-mahuan gas itu dengan membuka penutup botol dan biarkan seketika, ataupun letakkan sedikit garam di dalam minuman isotonik itu.

2) Minuman bergaram / glukosa– hais, bila aku tanya kat doctor, garam masak-masak tu ke? Bukanlah, air garam ni adalah adalah air yang diproses secara saintifik yang mengandungi garam, gula etc la. Kalau kau minum air garam ni, kau takan cepat merasa haus dan dahaga. Dan ya, kencing kau akan kaler clear, menandakan kau cukup air dalam badan.

3) Air kelapa – hah! Ini air adalah air mojarobat! Aku tak nafikan penggunaan air kelapa ni. Dulu masa aku kena certe-berte (baca: cirit-birit), kawan aku Dina, dengan kadar segera menyuruh aku mencari air kelapa. Pokok kelapa kat belakang rumah sewa aku masih kecik, nasib baik ada gerai yang tak jauh dari rumah aku. Gulp!gulp!gulp! tak sampai setengah jam, perut aku dah tak memulas-pulas dan certe berte yang alami tu pun dah tak ada. Doktor pun kata, air kelapa adalah bagus untuk kesihatan kerana terdapatnya air gula semulajadi yang boleh men-tenteram-kan darah dalam badan. Sama fungsi dan air glukosa la tu.


Hah! Sebenarnya banyak lagi yang dia cakap kat aku. Seronok pula kan, lagi seronok bila dapat MC. Akakaka! Tapi bila nak bayar bil tu yang tak best, RM45.00 kau! Masih murahkan? Tapi bagi aku, mahallah. Nasib baik bawa duit lebih. Aku tak kisahlah, sebab ubat yang dia bagi pun termasuk ubat cramp otot bla-bla-bla-yada-yada. Termasuk konsultan dia la tu kan. Hehehe.. tapi takpa, sekurang-kurangnya apa yang dia yada-yada-kan-tu buat aku menambahkan maklumat lagi tentang penjagaan kesihatan. Hehehehe.. seronok tak cerita aku kali ni? Jangan malas-malas kerja tau.

salam sayang, Mas.
@bunga

3 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

Mojarobat? Apa tu? Warna maroon jugak ka??
Cis.=P

Anonymous said...

duiina akakpun kurang chek..main buang jer...wakakaka..pas ini nak chek juga camna warnanya...tingkiu adik mas...

Anonymous said...

Haaa...
Kencing aku warna warni sama dgn ubat2 aku yg warna warni gak... XD