Tuesday, September 2, 2008

Chatting Hari Ini.

Assallamuallaikum.
Hari kedua Ramadhan ni, aku tak pergi kerja. Aku ambil MC leave. Kan aku kata badan aku tak sihat. Pagi tadi, semasa nak bersahur, punyalah aku lenggang kangkung nak minum neslo, ada 15 minit lagi ke pukul 6 pagi, ya! Aku tau aku lewat. Bila ja air panas aku dah menggelegak, tetiba azan subuh pulak berkumandang. Haiss, apa lagi, cepat2 aku teguk 2 gelas air kosong dan matikan niat nak minum neslo yang aku dah sediakan serbuk-serbaknya. Dan sekarang, sudah pukul 6 petang, ok! Aku masih gagah perkasa. insyaAllah. Korang berbuka apa ari ni? Makan pelan2 ok, jangan gelojoh sangat. Kalau tercekik, jangan salah setan, sebab setan dah kena kurung kat nun sana. Hehehe…
Aku menerima beberapa miscalled dari bebudak opis. Hah! Malas aku nak angkat phone, dah aku ambil MC, pandai-pandai korangla nak hidop. Aku layan internet satu hari ni sambil dengar-dengar mp3 aku. Sambil chatting la juga, apa korang fikir, orang muda saja bleh chatting? Aku dah masuk tahun ke 5 dah ni dalam dunia maya penuh pancaroba ni occay! Aku kenal MIRC tahun 1995, tapi aku tak tau pun apa2 fungsi kat sana, dulu selalu la juga memuat-turun mp3 ni. Tapi, semenjak dunia dah semakin pesat, aku boleh dapat lagu tu dengan hanya menaip keyword tertentu di search engine aku. Haisss…. Jaranglah aku tak dapat lagu yang aku nak. Aku perkenalkan lagu Adele – Tired? Pergilah download. Best, korang mesti percaya cakap aku… sesungguhnya!



Hari ini aku mendapat kenalan maya dari Room Sabah. Dia ni penggiat seni lukis yang berasal dari Sabah. Korang tengokla artwork yang dia buat ni. Cantik kan? Sekarang ni dia belajar kat UiTM Shah Alam dalam bidang ni jugala. Nama asal dia Shuhadlly Suhaimi atau nama seninya Awang Tompinai, macam biasala nickname dia tu pun dah melambangkan keturunan Brunei dan Dusunnya. Best juga chat ng dia, dalam masa yang sama galakkan aku supaya mencuba bidang ni. Haisss… aku punya tangan tak ada bakat dalam lukisan2 ni. Tak lupa dia nak ajak supaya menyertai exhibition di bawah Balai Seni Lukis Sabah. Hui! Segan pula. Tak apala, mana tau ada rezeki aku kan. Ok, kibod off dulu.. selamat berbuka puasa!

salam sayang, Mas.

3 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

ju pun suka lagu tired by adele !
cute gile lagu tu (catchy beat).. & meaning dia pun best kan ? =D

mas kalau nak comment kat blog ju, mas kena click kat rumah kecik dibawah setiap entry okek.

cayang mas ! selamat berpuasa..

Awang.Tompinai said...

hahhaha.. u know what Awang Tompinai is my boyfriend. paintings yang dia buat tu saya terlibat juga dalam menghasilkan. hehhehe.. nak juga kredit...LOL

Awang.Tompinai said...

hehhehehe... semua lukisan tu gupren aku ada saham.nak juga kredit...LOL