Monday, September 8, 2008

Bazaar Ramadhan di tempat aku.

Ini bazaar Ramadhan di tempat aku. Anda bagaimana?


Entry ini dibuat semalam...

Assallamuallaikum,

Hari ini hari Ahad. Apa khabar? Hari ini tidak hujan, tak tahu pula di Kuala Lumpur sana. Hanya terjadi angin yang begitu kuat pada petang sebentar tadi. Angin yang mampu menghasilkan bunyi pada sliding door aku, seperti ini bunyinya :


Wooooooooo……woooooooo

Bukan wowow-wowow, itu bunyi anjing. Tapi keadaan tetap dingin seperti kebelakangan ini. Alhamdullillah, Ramadhan yang tidak memeritkan. Hari ini aku ta
k masak, sayur semalam masih berbaki. Hanya nasi baru yang ku tanak pakai elektrik. Tapi, petang tadi aku ke bazaar Ramadhan yang terletak 30 meter dari belakang rumah aku. Dekat tak? Hah! Janganlah cemburu occay. Setakat nak mem-bau-bauan yang meningkatkan nafsu makan tu, dari bilik aku pun boleh. Tapi bulan puasa ni, aku tak makan banyak sangat, mungkin kerana aku dah lanjut usia, dengan itu semangat pemakanan aku pun mengurang.


Bazaar Ramadhan kat tempat aku memang meriah, ini kali ketiga aku merasa ber-bazaar Ramadhan di sini. Cuma kali ini, aku melihat harga makanan begitu mendadak sekali peningkatan harganya, dan susut kuantiti setiap makanan yang dijual begitu ketara. Hish, tak ada apa-apa perubahan ke biarpun harga minyak dah turun 30sen dalam masa 3 minggu? Ikan goreng masak sambal dijual pada harga RM 3.00 seekor. Sebelum harga minyak naik mendadak, harga untuk item berkenaan boleh didapati dengan harga RM 1.80 – RM 2.00, apakah propaganda ini semua? Apakah harga cili kampung pun dah mendadak-dadak-dadak naiknya? Adui, kesan keperitan kenaikan harga barang begitu terasa. Senang saja, letakkan diri sebagai seorang yang begitu minimalis sekali. Beli apa yang patut dan pandang apa yang menarik perhatian tanpa perlu membelinya. Nanti esok-esok kau pasti mencapainya.

Hahahah.. statement macam itu sama seperti yang aku rasakan seperti sebelum aku dapat membeli dslr-l-l aku sebelum ini. Setiap kali melalui kedai-kedai yang menjual peralatan seperti itu, aku hanya mampu memandangnya.

Dengan sayu.
Dengan geram.
Sesekali menjadi Minah Jenin.


Tapi kini, aku dah mencapainya. Samalah seperti aku memandang makanan-makanan yang dijual di bazaar Ramadhan tadi. Sebenarnya, ada satu pendirian negatif yang aku miliki… aku gemar membeli makanan di tempat-tempat yang dipandang status tinggi oleh sesetengah pihak. Secret Recipe ke, Starbuck, Gloria Jeans, Coffee Bean mahupun Madam Kwan. Banyak lagi, tapi cukuplah kau baca 5 tempat kat sini, kalau kau baca lebih dari 5, nanti kau kata aku mengada-ngada. Untuk bersantai di Starbuck, aku memerlukan sekurang-kurangnya RM 30.00, cukup dengan hot drinks dia yang lazat dan sepotong American Cheese Cake yang sunggoh CHEESEEEE sekali. Lainlah seperti aku katakan semasa aku berada di Brunei, bergaji Dollar memungkinkan kau menjadikan Coffee Bean seperti kedai mamak di Malaysia. Dengan hanya Dollar Brunei 10, kau boleh memiliki satu meals penuh untuk makanan tengahari kau. Malangnya, aku dikuasai oleh RM. Rendahkan nafsu mu Mas.

Kadang-kadang aku percaya, makanan yang mahal itu, rasanya agak sedap. Biasanya ia diperbuat dari bahan-bahan yang mahal harganya. Hermm.. entah. Apa pun di zaman ini, aku mesti berjimat cermat. Kalau kau bergaji RM 800 dan tinggal di Kuala Lumpur, aku rasa kau akan memiliki badan yang slim ataupun kurus dengan rambut yang kering. Betul, kalau tak pun, kau akan mengikut perut untuk membelanjakan duit yang kau simpan itu untuk tujuan hair maintenance. Oh! Aku pun dah lama tak potong rambut, biarpun rambut aku dah sampai takat pinggang.

Em, bazaar Ramadhan kau bagaimana? Aku dah baca kisah dari Lahad Datu, kawan-kawan lain? Marilah berkongsi sama. Aku pasti kau juga punya cerita yang menarik. Lai
@mari lai@mari lai@mari.

Salam sayang, Mas
@bunga

2 comments:

misz_A said...

salam perkenalan..hi..tumpang lalu...

Anonymous said...

Kat sini lebih kurang mcm tu ler... @__@