7 fakta tentang aku. Bismillahirrahmannirrohim:
- 1) Aku sukakan haiwan. Biarpun anjing dan babi itu haram dimakan, aku akan sedih kalau melihat bangkai anjing kat tengah-tengah jalan akibat dilanggar sehingga mati. Herm..mula-mula aku akan rasa kasihan, pastu kalau aku nampak segala-isi-perut terkeluar, mulalah aku akan pening sedikit. Haisss… dulu aku pernah memelihara ikan guppy, ikan emas dan kura-kura. Masing-masing punya cerita tersendiri. Aku sedih bila mengenangkan 2 ekor kura-kura aku. Dulu 2006, aku nak balik kampung bercuti raya, aku pas kekura aku kat kakak aku. Takanla aku nak bawa naik kapal terbang. Tak pasal2 kena kekura aku kena tahan kat airport. Dijadikan cerita, kakak aku lupa nak keluarkan kekura aku tadi dari boot kereta dia. Huhuuh… sapa la tak masak @ mati , kalau seharian berada dalam boot kereta. Inikan pula kekura aku. Huhuhuh… aku sedey! Sampai sekarang, aku masih memandang wajah comel kekura aku tu. Sedey! Tau!Kat rumah di kampung, ada macam2 haiwan dipelihara. Kau datang la rumah, tengok!
- 2) Aku sensitif dan mudah mengalirkan air mata- kau tengok aku ni gagah perkasa kan, taklah riak cam badang yang bleh makan muntah jin. Uwekk! Kalau aku terdengar berita kematian, biarpun aku tak kenal langsung, aku mesti merasa sedih. Aku cuba bayangkan kalau aku yang kehilangan orang-orang tersayang, biarpun hakikatnya kita semua pasti akan mati. Aku sedih tengok warga tua yang duduk meminta sedekah, apatah lagi aku sedih masa tengok Kuch Kuch Hota Hai. Woi, serius, mmg aku nanges tengok cerita tu. Part masa Jack dan Rose dalam Titanic, masa saat akhir si Jack berbual ng Rose tu, masa soundtrack dia kena putar, wohooo, aku nanges occay! Aku tak suka perpisahan liau!
- 3) Aku fobia kelajuan kenderaan yang aku naiki. Ah! Ini semua berpunca semasa aku belajar kat Tanjung Agas, Negeri Sembilan dulu. Pakcik bas pelajar tu bawa bas style merempit kat jalan kampung. Memang aku rasa ngeri la sebab dah la laju, pastu jalan kat kampung tu kecil-kecil. Mestilah aku terpengaruh dengan perasaan aku kan. Tapi, masa aku start keja kat KL dulu, aku dah pandai tanya kat driver bas RapidKL kenapa bas tu lambat cam siput. Heheheh.. naik Rapidkl best wo! Aku selalu berdoa agar dapat tempat duduk, supaya aku bleh tidur. Haahahah…
- 4) Aku anti racist. Bagi aku, perkara ni memang merugikan. Tapi kadang-kadang aku bleh bertukar karektor, kalau aku terkena, hah pandaila mulut aku nak menceceh! Setakat ni, aku pernah bekerja dengan 2 kaum utama di negara ni. Haih! Masing-masing punya pe-el yang buat aku bengang. Tapi aku still sayang dorg. Hahahaha.. aku takut ng gangster-gangster ni. So, aku tak campur dengan benda-benda yang menggeletarkan perasaan aku.
- 5) Kau tau kuih pulut panggang? Kalau aku nampak kuih ni, mesti aku terkenang zaman skola rendah aku dulu. Keluarga aku bukan orang senang, tapi mak aku pandai buat duit. Hahahaha… malaslah aku nak layan blur kau-orang, kau layan je cerita aku ni. Dijadikan cerita, ada satu hari tu klasmet aku nak tempah kuih pulut panggang dari aku. Sebab aku selalu cilok dan bawa kuih jualan mak aku, sebagai bekalan ke sekolah. Aku bawalah 10 biji kuih pulut panggang tu ke sekolah. Tiba2 kawan2 aku tu kata tak jadi nak beli pula. Biasalah, kecil-kecil dah pandai main propa. Huhuuh… aku kan masa tu kecil lagi, mestila pendek akal. Dari mak aku nampak kuih tu, lebih baik aku lakukan sesuatu. Nak buang, nanti pulut tu ‘menangis’. Lalu aku pun memakan kesemua kuih pulut panggang tu. Sampai di rumah, mak tanya, aku jawab, esok dorg bayar. Tapi mak aku heran, kenapa aku bleh tidur dari kul 2 petang sampai ke 10 malam. Disebabkan kegarangan mak aku, aku mengaku la bahawa aku makan 10 biji kuih tersebut. Kau tahu kan memakan nasi pulut boleh buat kita mengantuk
- 6) Retak tulang lengan. Huhuhu… kau-orang nak gelakkan aku, gelaklah. Nanti Tuhan marah kat kau sebab gelakkan aku. Masih cerita pasal berjual kuih. Dulu, aku dibesarkan dalam berek polis. Aku join kawan2 aku jual kuih keliling berek. Satu masa tu, kawasan yg biasa aku lalui tu basah kerana hujan. Belakang berek aku tu, terdapat kawasan berbukit. Kemudian, aku dan kawan-kawan aku short cut kat situ dengan menuruni bukit tersebut. Oleh kerana licin, aku tak dapat mengimbangi struktur anggota badan aku, laju saja aku berlari turun. Memang kita tak ada brek mengejut dalam badan, aku direct saja. Kemudian, sedar-sedar aku dah berdebuk atas lantai berek tu. Kuih aku selamat, tiba-tiba aku rasa lengan aku ngilu semacam. Huuhuhu.. nangis la beb.. rupanya aku tergelincir masa landing tu disebabkan terpijak taik ayam atas lantai. Huhuhu… aku retak tulang lengan sebab terjatuh tergelincir kerana terpijak taik ayam. Kau gelak ke? Cuba ko suruh ayam ko berak atas lantai, pastu ko pakai selipar dan pijak taik ayam tu. Tapi sebelum tu ko kena berlari dan pijak taik ayam tu. Kompomla kau takan retak tulang lengan, sebab kau dah berhati2 lepas baca cerita aku ni kan? Hahahahha…
- 7) Aku lambat grade disebabkan aku repeat paper mandarin banyak kali. Hampeh sungguh! Kawan-kawan terdekat aku dan ahli keluarga aku memang tahu perkara ni. Badi paper mandarin ni memang kuat. Bukannya aku malas belajar pun, tapi memang aku susah nak catch up bab bab bahasa ni. Apa pun, pengalaman mematangkan pikiran, nasihat aku, belajar la subjek bahasa baik2, kalau tak nanti kau akan extend jadi superdupermuper senior kat kampus kau sendiri. Padan muka, grade sorg2. Apa pun, aku rindukan suasana graduation day aku. Biarpun tanpa kawan-kawan, tapi kehadiran ahli keluarga aku meraihkan hari bermakna ini buat aku merindu perkara ni. Aku mau belajar dan mahu memakai mortarboard sekali lagi.
Dah cukup 7. Aku nak tagged:
Blogger:
Zue Hot MommaAs Merah
Non-Blogger (jawap kat kotak komen aku)
Kak Ramlah Sandakan
Baco
Chieka Pisces
RaraChan
6 comments:
no.4 tu. haah. aku pun anti racist sebenarnya. aku pernah tinggal bertahun2 dgn indian dan chinese. ok saja.
cuma aku tak suka politikus mcm sengaja api2kan rakyat sebab nak cari populariti dan nak tunjuk hero. bab budaya dan agama sesama kita perlu la dihormati bagi aku.
Bengong! Tagged aku watpe!
1. Aku suka binatang - Aku suka suma binatang kecuali TIKUS!!! YUCK!!! Pernah bersama ular, harimau, singa, zirafah (xnmpk pala zirafah tu), dinosor (replika), buaya, kuda... etc. Dulu aku ada bela byk kucing (11 ekor). Sumanya sihat2 cantik2 berbulu kembang & sumanya sgt disiplin mcm askar wataniah! X berak merata punya! Tp suma aku dh bg org... T_T
2. Aku sebenarnya xde perasaan - Mmg. Kalau sedih susah nak nangis. Kalau marah pun x tunjuk. 'Jaga perasaan org lain' xde dlm kamus aku. Tu suma dulu tp skrg dlm jiwa aku punya la byknyaaaaaa perasaan smpi aku x sanggup nak tanggung. Aku psikik okay! @_@ (tp hati aku still batu...)
3. Aku suka sgt bahasa - Entah. Dah sewel kot. Lepas english aku belajar mandarin lepas mandarin belajar bahasa jepun (smpi jd trensleter) pastu skrg tgh belajar spanish pulak (still belajar mandarin gak...) @_@
*aku tau kes repeat rempit ko tu...*
4. Patah pergelangan kaki kiri - Dulu aku Ratu Hoki. Konon! Jadi kaki kiri aku selalu kena smach dgn hoki stick pihak lawan! Dua kali patah. Hampeh!
5. Aku suka camping! - Ni suma pengaruh pakcik aku sorg askar pencen. Dia punya la gagah berani bawak aku dr usia 12thn. Sejak tu bpk aku asik daftarkan aku gi camping bila cuti sekolah... Sbb tu xde sedara mara kenal aku... Tak patut tul!
6. Aku sukakan seni - Sgt suka smpi kalau aku fail subjek seni aku leh nangis 8 hari 8 malam! Aku betul2 sukakan seni... Aku suka la (x reti explain!)
7. Aku leh tgk hantu... - Err, x pyh la citer benda x best... Jgn risau mata aku dah di'seal' baek punya!
Dah! Tu jer... XD
ahaha..adik akak rasa adik ini Seorang Penyayang ..sbb banyak org kata org yg suka pelihara kucing itulah cirinya..dulu2 pun akak suka sgt kucing tapi pas akak nampak kucing akak bawa ular mati akak rasa geli nak sentuh huhuhu tapi sayang itu ada juga tapi bila dia jilat2 kaki aku nak minta kena sayang mulala aku takut,geli teringatkan dah makan ular eh gelinya...best juga cerita adik zaman kecil2...nak baca lagi dah abis .akak tak gelak arr adik cuma time baca itu akak senyum2 jer ahaha...
testing
wakakak kak mass have a nice dayy alalala
macm aku mo mulakn nie arr.. hehehe
lpa uda aku, aku bt krangan dlu lah k kak muaachh d fifi hehehe have a nice day kenen bah,
nway smart nie blog hehe
yeah.. hug2 sium dlu ama sista kesayangan ku ni.. brabis kamu men tagg2 aku ar.. lau ikut mo main copy paste ja.. tp nda siuk pla kan.. akakaka alang2 jga ni..sambil merenung diri sendiri, aku kasi 21 fact tntg aku.. 14 fact lagi bleh di renung2 kan di blog sis honey n hot mama..
1. kalau psl haiwan, aku paling suka katam.. haha.. sjk kluarnya ungkapan sapel katam tu, mmg kena d hati btul la hewan 1 ni tau.. lau aku nmpk dia d siring2 pantai, pndi la aku ktawa sendiri tu..
2. benda yg aku suka kumpul? kad jemputan perkahwinan.. haha..nda tau napa..mungkin aku suka kumpul psl kepelbagaian design setiap kad tu.. atau juga mungkin pasal mo kasi jadi bahan rujukan untuk majlis aku pla nti.. wakakaka... neh, mesti kakak2 aku bilang aku gtl sda mo kawin ni...
3. backstabber
aku paling anti n nda suka org yg mentikam blakang nie.. even kalau org ni minta maaf sm aku, aku nda kan percaya org tu 100% lagi.. sekali aku kena suda cukup untuk membuatkan aku lebih berhati2 dlm memilih kawan.. neh, sda la aku emo, lau kna tikam2 lg? abis laini lengan aku p kasi luka garit2 kenen..
4. kalau sm kak mas ni, aku suka mengadu, n menjawab trivia lagu dia.. keh3x.. scara nda langsung, aktiviti ni boleh merelease kan ckit angin2 emo aku nie..
5. tebiat tidur aku ada lain ckit.. aku tidur terbalik.. haha.. kaki aku d kepala katil.. ni mmg nda tau perangai sepa la aku ikut nie.. kalau aku tdur mcm biasa pun time malam, esok pagi bangun, mmg tebalik juga kedudukan tu..
6. lau number enam ni, aku suka ckp psl makanan.. haha.. paling heaven masakan mama aku la.. especially, rendang tok.. neh, sista2 suma.. lau mo rasa rendang tok mummy ku, balik kamu kk sapat...
7. last!!!! apa ar? erm.. aku suka simpan benda yg ada sentimental value la.. nda kira la apa2 sekalipun.. kalau tisu tu ada cerita disebaliknya, aku simpan juga.. akakaka.. stakat ni tisu ndada la ba aku simpan.. tp ada 1 cawan kepsi ni, d cawan tu ada tandatangan aku, pheo, cigaro, malice_blazer n aka elol.. bila aku tgk balik cawan tu, mesti teringat gelagat kami time buka posa hari tu..
finally.. abis jga.. hehe.. 7 things bout me yg berbeza2 di dlm ke 3 3 blog.. menjadikan semuanya 21 things about me..
ok la.. pengajaran drpd peristiwa kna tag ni adalah.. bagus buat blog sendiri =)) nda la tlampau sandi...
oh ya sista.. maybe ada perubahan sdikit..
maybe aku 1 flight ama abg aku p kl.. 6hb p sana =)) lagi awal.. apa lg.. mensari
sumbuiiiiiii kita =))
its.me_cheika
luv u all sista!
Post a Comment