Monday, September 29, 2008

Hari pertama bergelar penganggur.

Entry ini dibuat pada malam Sabtu yang lepas.

@topi Assallamuallaikum. Hai. Aku menulis lagi.

Seperti yang aku bebelkan sebelum ni, aku dah resigned dari keja aku sebagai Hotel Sales Coordinator tu. So, jangan lagi anggap aku ni keja hotel occay! Herm.. hari Sabtu yang sejuk. Pagi tadi, aku agak cemerlang. Biarpun aku tak bekerja lagi, aku dah bangun awal untuk mandi dan membasuh pakaian aku. Banyak woo..@malu.. bila ada masa cam ni, so kena la kerjakan apa yang patut. oh ya~ @malu, dah 2 hari aku tak berpuasa. Almaklumlah, perempuan. Tengah ambil cuti wajib. Haiss.. malas nak ganti occay! Untuk pengetahuan korang, aku pernah full puasa sebanyak 3 kali Ramadhan. Cemerlang tak?

Perasaan takut tu ada juga, mana la tau termengandung pula. Haiss.. simpang Junction Angel 44 (simpang malaikat 44) .. Apa aku nak cerita ya? @ketuk




Hermmm.. @fikir, kau tengok, occay tak keadaan mihun aku ni? Inilah benda yang aku makan siang tadi. Heheheh.. Maklumlah, tak puasa. Dapur aku dah zero dah, sebab aku tak gaji lagi. Tinggal benda-benda cam ni je aku ada. Aku suka makan udang... very the suka occay! Ada sapa-sapa nak belanja makan udang, bagitau la aku. Bawa aku sekali. hehehhe.. Best woo makan udang. Aku tau, ada yang tak bleh makan udang.. tapi makan udang best!!!!... Sesambil aku buat entry, aku dengar lagu Srikandi Cinta nyanyian semula Amy Search. Aku mmg suka gilarks ng suara Amy Search. Gilarkssss...


@sighBenda ni, benda yang aku paling suka tengok kalau aku sedang bekerja kat opis. Sayangnya aku tak bleh ambil sbb company properties. Pink karer katakan. Kadang2, aku rasa rugi tinggalkan kerja aku tu, tapi disebabkan aku mencari sesuatu peluang hidup untuk long term punya, aku kena tinggalkan. Lagipun, sejak akhir- akhir ni, aku dah pandai makan ubat stres. Stress bila aku tengok malaun sekoq kat opis aku dulu. Bahbi.

Aakakka.. ubat stress? cuba kau makan. Nak nak kau takan sedar apa pun dalam tempoh 8 jam. Aku rasa orang yang makan ubat stress ni, bodoh juga. Termasuk aku la tu, ye lar, kalau kau tak setel benda yang ko streskan, selepas kau bangun kau akan stress lagi. Haih~ Kembali ke pangkuan asalmu, itu saja ubatnya. Aku janji mahu merubah diri sendiri. InsyaAllah.

Gambar kat bawah ni, adalah gambar pemandangan di dalam sebuah bas RapidKL U 41. Bas untuk berulang alik dari ke Sg. Long - Kuala Lumpur - Sg. Long setiap hari bekerja. Haih! Kalau kau tak biasa, perit agaknya kehidupan kau. Masa last day aku bekerja, aku mengalami gangguan emosi semasa berada di dalam bas sewaktu menuju ke Kuala Lumpur. Dalam tempoh 10 bulan, hari itu kali pertama aku menaiki bas yang dipandu oleh seorang wanita. Haisss... garang siot... tapi para penumpang seolah-olah patuh kepada dia. Tidak seperti pemandu lelaki, kau mahu mengambil masa untuk menyuruh penumpang masuk. Lumrah lelaki, mahupun perempuan malas mahu mendengar bebelan seorang wanita. Tak sempat aku snap, sebab aku tak bawa Sony aku. Adik aku meminjam cammy tu sempena pulang bercuti ke Sandakan.

Sebenarnya, kalau hari bekerja, aku akan membawa Sony bersama-sama. Almaklumla, takan aku nak bawa dslr-l-l aku ni. Huih! berat. Biasanya aku bawa dslr-l-l bila aku rasa nak g jalan2 ataupun hari cuti. Jadi poser sket. Hari tu tak bawa, kalau tak kau boleh nampak gambar kakak driver tu. Garang occay!

Hari tu pula, aku duduk seat pertama dari hadapan. Kedudukan tempat duduk aku tu tinggi dari yang lain2. Kau mahu tau kenapa aku cakap emo aku terganggu? Masa tu aku tengah tidur (mmg biasa tidur dalam bas) hehehe.. tiba2 aku terasa ada 'benda' menyentuh lutut aku. Pada fikir aku, maybe penumpang lain terlanggar kot. Tiba-tiba aku terasa lak benda tu cam bergesel2..hanjeng kau tahu! Bila aku buka mata, ada sorang lelaki cina tengah berdiri kat depan aku. Mula-mula aku sengaja letak beg aku kat hujung lutut aku dengan harapan supaya dia terasa apa yang aku buat. Ni tak, makin elok je dia buat. Buat apa? Dia gesel benda sesuatu dia tu kat lutut aku...ahahahha...bahbi kan. Lastly, aku buka mata tgk muka dia cam tengah stim, aku sound,

"You boleh berdiri jauh sikit tak?"

Lepas tu aku tengok muka dia cam cilabes..aku tutup mata dan sambung tido. Tapi still berjaga lagi, then aku buat2 sedar, dia dah tak ada. Agaknya dia malu dan turun dari bas kot. Hahahhaha...Hanjeng sunggoh, lepas stim cam muka kedurau. Haiss.. pengajarannya. Jangan tido occay!


oklah, penat. Tidor.

Sunday, September 28, 2008

Outing : Bazaar Malam Danau Kota

Hahahaha... lagi skali aku outing dengan kawan-kawan aku minggu ni. Kali ni kitorang pergi ke Bazaar Malam Danau Kota, wow. Memang superb! Very the panjang dat tempat occay! Anyway, kalau kau mahu mencuci mata, sila la datang ke sini. Semboi pun banyak...hahahha...maklumlah, dekat dengan centre KL kan, so biasala.

Tapi malam ini, kami gerak agak lambat. Rombongan ini terdiri daripada Zue, Honey, Noni, Aku, Beck, Baby Tasha dan Baby Tatai. Hermm... Baby Tatai tak sihat malam ini, huuuhuh..semangat mahu membeli belah tetap diteruskan... Macam biasala, aku just jadi thukang ambil ghambar sajala. Kau tengokla pica2 kat sini. Pica boleh menceritakan serba sedikit kan.

Baby Tasha, dah memang tahu posing. Tak payah bebel

Apa yang sama?

Ni pun Tasha yang ejas adik dia ni.

Hahahha.. banyak tak gambar Beck kat sini. Kamu memang sporting, dah bleh jadi bapa ni!



Gothic Star.

Hehhehe


Ada polis, ada navy.


Boleh saja posing.





Kalau kat luar, memang mahal.

Ada juga kat sini. Macam2 bentuk.

Benda ni tergantung terbalik.

Hehhehe..

Curiosity kills.


Yong Tau Fu Scene.




Friday, September 26, 2008

7 perkara fact tentang aku (Tagged by Rahimin)

Hohoho.. kena tagged pula. Hari tu kena tagged oleh Kematz. Kali ni aku tagged dari Rahimin dan adinda puteri keluarga kami. Kadang-kadang best juga layan tagged ni. Kalau kau jenis serius, kau jawabla dengan serius. Kalau kau jenis tak serius, kau jawabla ikut apa kau suka. Hahahaha.. aku tak kisah dow! Mari baca tentang aku, berdasarkan ke-tagged-kan Rahimin. Rahimin, sedia yer.

7 fakta tentang aku. Bismillahirrahmannirrohim:

  • 1) Aku sukakan haiwan. Biarpun anjing dan babi itu haram dimakan, aku akan sedih kalau melihat bangkai anjing kat tengah-tengah jalan akibat dilanggar sehingga mati. Herm..mula-mula aku akan rasa kasihan, pastu kalau aku nampak segala-isi-perut terkeluar, mulalah aku akan pening sedikit. Haisss… dulu aku pernah memelihara ikan guppy, ikan emas dan kura-kura. Masing-masing punya cerita tersendiri. Aku sedih bila mengenangkan 2 ekor kura-kura aku. Dulu 2006, aku nak balik kampung bercuti raya, aku pas kekura aku kat kakak aku. Takanla aku nak bawa naik kapal terbang. Tak pasal2 kena kekura aku kena tahan kat airport. Dijadikan cerita, kakak aku lupa nak keluarkan kekura aku tadi dari boot kereta dia. Huhuuh… sapa la tak masak @ mati , kalau seharian berada dalam boot kereta. Inikan pula kekura aku. Huhuhuh… aku sedey! Sampai sekarang, aku masih memandang wajah comel kekura aku tu. Sedey! Tau!Kat rumah di kampung, ada macam2 haiwan dipelihara. Kau datang la rumah, tengok!

  • 2) Aku sensitif dan mudah mengalirkan air mata- kau tengok aku ni gagah perkasa kan, taklah riak cam badang yang bleh makan muntah jin. Uwekk! Kalau aku terdengar berita kematian, biarpun aku tak kenal langsung, aku mesti merasa sedih. Aku cuba bayangkan kalau aku yang kehilangan orang-orang tersayang, biarpun hakikatnya kita semua pasti akan mati. Aku sedih tengok warga tua yang duduk meminta sedekah, apatah lagi aku sedih masa tengok Kuch Kuch Hota Hai. Woi, serius, mmg aku nanges tengok cerita tu. Part masa Jack dan Rose dalam Titanic, masa saat akhir si Jack berbual ng Rose tu, masa soundtrack dia kena putar, wohooo, aku nanges occay! Aku tak suka perpisahan liau!
  • 3) Aku fobia kelajuan kenderaan yang aku naiki. Ah! Ini semua berpunca semasa aku belajar kat Tanjung Agas, Negeri Sembilan dulu. Pakcik bas pelajar tu bawa bas style merempit kat jalan kampung. Memang aku rasa ngeri la sebab dah la laju, pastu jalan kat kampung tu kecil-kecil. Mestilah aku terpengaruh dengan perasaan aku kan. Tapi, masa aku start keja kat KL dulu, aku dah pandai tanya kat driver bas RapidKL kenapa bas tu lambat cam siput. Heheheh.. naik Rapidkl best wo! Aku selalu berdoa agar dapat tempat duduk, supaya aku bleh tidur. Haahahah…
  • 4) Aku anti racist. Bagi aku, perkara ni memang merugikan. Tapi kadang-kadang aku bleh bertukar karektor, kalau aku terkena, hah pandaila mulut aku nak menceceh! Setakat ni, aku pernah bekerja dengan 2 kaum utama di negara ni. Haih! Masing-masing punya pe-el yang buat aku bengang. Tapi aku still sayang dorg. Hahahaha.. aku takut ng gangster-gangster ni. So, aku tak campur dengan benda-benda yang menggeletarkan perasaan aku.
  • 5) Kau tau kuih pulut panggang? Kalau aku nampak kuih ni, mesti aku terkenang zaman skola rendah aku dulu. Keluarga aku bukan orang senang, tapi mak aku pandai buat duit. Hahahaha… malaslah aku nak layan blur kau-orang, kau layan je cerita aku ni. Dijadikan cerita, ada satu hari tu klasmet aku nak tempah kuih pulut panggang dari aku. Sebab aku selalu cilok dan bawa kuih jualan mak aku, sebagai bekalan ke sekolah. Aku bawalah 10 biji kuih pulut panggang tu ke sekolah. Tiba2 kawan2 aku tu kata tak jadi nak beli pula. Biasalah, kecil-kecil dah pandai main propa. Huhuuh… aku kan masa tu kecil lagi, mestila pendek akal. Dari mak aku nampak kuih tu, lebih baik aku lakukan sesuatu. Nak buang, nanti pulut tu ‘menangis’. Lalu aku pun memakan kesemua kuih pulut panggang tu. Sampai di rumah, mak tanya, aku jawab, esok dorg bayar. Tapi mak aku heran, kenapa aku bleh tidur dari kul 2 petang sampai ke 10 malam. Disebabkan kegarangan mak aku, aku mengaku la bahawa aku makan 10 biji kuih tersebut. Kau tahu kan memakan nasi pulut boleh buat kita mengantuk

  • 6) Retak tulang lengan. Huhuhu… kau-orang nak gelakkan aku, gelaklah. Nanti Tuhan marah kat kau sebab gelakkan aku. Masih cerita pasal berjual kuih. Dulu, aku dibesarkan dalam berek polis. Aku join kawan2 aku jual kuih keliling berek. Satu masa tu, kawasan yg biasa aku lalui tu basah kerana hujan. Belakang berek aku tu, terdapat kawasan berbukit. Kemudian, aku dan kawan-kawan aku short cut kat situ dengan menuruni bukit tersebut. Oleh kerana licin, aku tak dapat mengimbangi struktur anggota badan aku, laju saja aku berlari turun. Memang kita tak ada brek mengejut dalam badan, aku direct saja. Kemudian, sedar-sedar aku dah berdebuk atas lantai berek tu. Kuih aku selamat, tiba-tiba aku rasa lengan aku ngilu semacam. Huuhuhu.. nangis la beb.. rupanya aku tergelincir masa landing tu disebabkan terpijak taik ayam atas lantai. Huhuhu… aku retak tulang lengan sebab terjatuh tergelincir kerana terpijak taik ayam. Kau gelak ke? Cuba ko suruh ayam ko berak atas lantai, pastu ko pakai selipar dan pijak taik ayam tu. Tapi sebelum tu ko kena berlari dan pijak taik ayam tu. Kompomla kau takan retak tulang lengan, sebab kau dah berhati2 lepas baca cerita aku ni kan? Hahahahha…

  • 7) Aku lambat grade disebabkan aku repeat paper mandarin banyak kali. Hampeh sungguh! Kawan-kawan terdekat aku dan ahli keluarga aku memang tahu perkara ni. Badi paper mandarin ni memang kuat. Bukannya aku malas belajar pun, tapi memang aku susah nak catch up bab bab bahasa ni. Apa pun, pengalaman mematangkan pikiran, nasihat aku, belajar la subjek bahasa baik2, kalau tak nanti kau akan extend jadi superdupermuper senior kat kampus kau sendiri. Padan muka, grade sorg2. Apa pun, aku rindukan suasana graduation day aku. Biarpun tanpa kawan-kawan, tapi kehadiran ahli keluarga aku meraihkan hari bermakna ini buat aku merindu perkara ni. Aku mau belajar dan mahu memakai mortarboard sekali lagi.

Dah cukup 7. Aku nak tagged:

Blogger:

Dean Kodomo Lion

Madu Beracun

Zue Hot Momma

As Merah


Non-Blogger (jawap kat kotak komen aku)
Kak Ramlah Sandakan
Baco
Chieka Pisces
RaraChan



Yippie! Hepi.

Semalam, sebelum aku g outing ng Zue, Blank dan Beck, aku amatlah hepi bila sampai kat rumah. Tetiba ada terletaknya 3 keping sampul surat yang berlainan bentuknya. Mula2 hati aku bertanya2 siapalah yang sudi sent kat aku ni. Mari kita perhatikan sesuatu tentang sampul2 ini occay!



Kad Majlis Undangan Perkhawinan dari kawan sekampus aku dulu. Huhuhu.. kitorang pernah dengar dia ada awek, tapi macam kabau-kabau angin je.. tetiba sekarang, tak ada gosip per, dapat pula kad jemputan dari dia ni. Alhamdullillah, dah sampai seru ye Sham. Cantek kan, kaler diraja lagi. Kawan aku ni orang Terengganu, dan bakal isteri dia orang Perlis. Semoga Allah memberi limpahan rezeki kepada bakal pengantin ni sampai bila2.




Heheheh... ada cerita di sebalik kad ni. Pengirim ini, biar ku gelar Encik Kodomo Lion (mmg bukan nama sebenar), memang peminat setia benda-benda ala retro ni. Dah sedia maklum, dia nak send kad yang retro / zaman dulu2 punya la.. hahahaha.. bertungkus lumus dia cari kat tempat dia tu. Kau tengokla, 6 permukaan occay!


Kat bawah ni pula, kawan aku yang sangat baik hatinya, tapi kalau kau tak paham , kau akan mengata dia ni. Ini kad hah! Buat sendiri tau. Aku dah faham sangat kreativiti dia, nama pengirim Cik Lala @ Rara. Beliau memang kretip kalau nak making things macam ni. Kawan aku ni part timer dalam banyak benda. Kau nak belajar bahasa Jepun? Nak belajar Crafting? Sila kontek dia.



hhuhuhu.. aku sukak... thanks pada korang ya. Semoga hidup kita baik2 saja. Muax.

Thursday, September 25, 2008

Outing with Zue, Blank & Beck.

Hui.. penat seh..aku duduk cc masa update entry ni. Kawan-kawan dah bertanya.. padahal event ni Subuh tadi.. hahahaha...masa petang smlm (kat opis), Zue pm aku ajak outing malam tu. Dalam kul 9 malam dorg dah sampai rumah. Ingatkan malam tu mahu ke Puchong, nak saja-saja lawat member kito-orang. Hampewh belaka sbb KAWAN kitorang tu balik pulak. Nasib baik tak masuk area Puchong lagi. Roger-roger dengan Beck, jumpa kat Bukit Bintang. Hehehe..mengenangkan Blank drive malam ni, aku pula duduk kat depan, hui gerun pun ado.. Almaklumlah, dulu aku trauma dengan budak-budak serumah yang suka pandu keta laju2. Haishhh...


Yang ni posing selepas Blank park keta dia kat sebelah Bangunan Plaza Imbi ni (aku tak ingat nama baru plaza ni). Tempat ni memang best kalau kau nak buat shooting pada waktu malam. Tapi biasa ar, dslr-l-l aku tak mampu nak catch pica yg lawa (baca: lawa pada pandangan aku la). Berlatarbelakang skrin iklan yang sangat besar dan grafiti serta permukaan yang besar, aku hasilkan artwork aku ni. Kalau ada rezeki, aku nak beli lense baru.

Dua-dua sekali aku masukkan gambar yang sama, cuma resolusi berwarna dan konsep hitam putih. Aku suka kedua-duanya. Cuma B&W aku ni nampak best sikit disebabkan ekspresi mereka yang sesuai ng konsep ni.. hehehehe.. Blank mmg suka posing, tapi Zue agak malu-malu-shy cat sikit. heheheh..

Model iklan Dinding.

Grafiti dan Dinding yang agak besar.


Macam dalam keadaan Tu Pas Tu Perios (Too Fast Too Furious) hahahaha.

Posing Sungei Wang.

Bukit Bintang Territory.

Memang la tak pelik kau rasa. Tapi aku terkejut bila dorg kata, ayam dah habis, tu pasal kaler lain-lainla. Ohya! Meals ini ditaja oleh Zue.

Blank memang pandai posing ala-ala Harujuku. heheheh.. aku tak payah suru dia bleh posing punya.

Kau tau apa makna 2 jari tu? Cuba kau teka.

Posing ala-ala Sean Combs (kataku..) Perempuan berdua ni kena paksa occay. Beck punya pasal!

Hehhehe! Ini perkara wajib kalau berjumpa dengan kawan-kawan. Aku memang suka pakai selipar ni, ada kau nak kisah?

Dia ni pun suka posing juga. Yang ini teaser aku untuk iklan makanan ayam Boer aku.

Black & White ini? Aku sungguh suka. Kata Chieka, macam konsep band Hujan. Memang pon, lokasi Band Hujan tu terletak kat seberang jalan sana. Kat depan Pavilion. Tak sempat plak smlm.

Kau nak lukis tatoo tak kat lengan dia tu? Dia suka objek ikan dan ketam. hahahaha

Sori, kaler kurang best. Hehehhe.. Masa ni, kitorang tengah lepak-lepak kat Hearts of Bukit Bintang ni, kat depan opis aku. Ada bebudak tengah skatting kat sini. Mungkin mereka sedang bosan dan menunggu untuk sahur. Tapi aku tak dapat pica yang best dari mereka.

ni Beck yang snapo-kan. Pandai juga dia mencari angle. hehehehe...

Ada iras-iras versi Jeslina Hashim yang tembam tak? Memang tak ada kan? Pakai baju hitam memang nampak kurus... er.. sedikit saja kekurusan yang aku maksudkan.

Candid by Beck. Ntah Blank wat apa kat belakang tu. Menari poco-poco ke pakiring?

Teaser, Tu Pas Tu Perios.

Zue memang suka tunjuk jari dia tu. Masa ni kitorang tengah jalan-jalan kat area Masjid India. Beck tengah try songkok.

Beck punya taste yang bagus untuk Blank. Tapi size yang kurang sesuai.. hahahaha...

Lagi.

Dah penat jalan-jalan, kitorang masuk kedai mamak untuk bersahur bersama-sama. Lupa pula aku nak snap pica maggi goreng mamak yang tak sedap tu.

Selain kami, Abangs-abangs DBKL ni pun sedang bersahur. Kesian. Bertugas sehingga ke pagi. Demi Tugas kan.

Sejak awal-awal lagi dia nak minta snapo pica ni. Aku ok saja. Ni area nak ke dalam kawasan membeli belah Masjid India. Jalan Melayu namanya.

Tak payah ajar. Memang dah tahu posing.
Maka, selesailah outing kitorang semalam. Saja nak buang boring kan, dan hendak melihat Kuala Lumpur pada waktu malam. Aku berkira-kira mahu ke Bukit Langat la.. ada sesiapa tahu jalan ke situ bagaimana?