Sunday, March 1, 2009

Detail sangat ke?

Aku memang suka naik pengangkutan awam. Plus, aku belum ada lesen dan kereta sendiri, kemudian aku rasa aku akan takut bila pandu kenderaan sendiri. Jadi, aku tidak terdesak untuk ambil lesen sendiri walaupun aku sebenarnya sudah lama layak buat begitu. Masa aku kat KL dulu, aku memang pakar naik pengangkutan awam. Tak kiralah tren ke, teksi ke, bas ekspres mahupun bas bandar. Tambah-tambah lagi, aku mungkin sudah hafal jalan-jalan di sekitar pusat bandaraya KL. Kadang-kadang aku hanya berjalan kaki kalau aku tahu tempat itu tidak jauh pun, macam Bukit Bintang ke Pasar Seni ke. Kalau tengok dalam map, memanglah jauh. Tapi untuk yang suka berjalan-jalan macam aku ini, itu bukan masalah besar. Tapi bila sudah kembali ke Sandakan, macam aku rasa best dan ada juga tak bestnya. Yang bestnya, kenderaan awam yang boleh dibuka tingkapnya. Aku sebenarnya kurang gemar naik kenderaan yang guna aircon sepanjang masa. Aku boleh pening. Jadi di sini, kebanyakan bas macam itu. Kurang sedikit kos mentenens kan. Yang tak best, ya la, bandar Sandakan bukannya besar sangat. Sekejap sangat naik kenderaan awam. Ahahaha.. Tapi ada beberapa benda yang aku perasan, ia akan berlaku di mana-mana saja. Ini aku cerita pasal pengangkutan awam lah. Mari tengok pengamatan aku.

Bercakap kuat.
Kalau bercakap melalui selfon, aku tak kisah lah. Mungkin di sana itu sangat slow suaranya. Tetapi mereka yang sekadar bercakap sesama penumpang lain. Biarpun bersebelahan tempat duduk. Aku memang pantang kalau ada penumpang lain yang bercakap macam kenderaan awam itu, mereka yang punya. Aku tak pastilah, adakah itu cara mereka sendiri, ataupun tidak tahu mengejas ton suara mereka macam mana. Ataupun mereka mahu berlagak sedikit ? Kalau yang jenis berlagak ni, biasanya pada makcik-makcik dan kakak-kakak yang baru pulang dari pasar. Apa mereka tu tak penat ke, sudah berjam-jam berjalan membeli belah. Ini kan lagi masih punya power cong ceng cong ceng bercerita dalam bas. Dah tu, ton suara macam terjerit-jerit padahal kawannya itu berada di sebelahnya saja. Kalau yang baru nak naik besar ni pula, biasanya yang duduk ramai-ramai. Tak kisahlah baru pulang dari shopping mahupun baru balik dari bekerja. Lagi satu yang aku perasan, kalau budak tu tengah control cute. Pantang nampak lelaki-lelaki pra bujang duduk dalam satu bas. Mulalah dia meninggikan ton suaranya, supaya diketahui kewujudannya. Haih, tabiat yang buruk ok!

Merokok.
Kalau dalam bas yang ber-aircon, memang lah tak boleh kan. Kalau yang tak ber-aircon dan tingkap yang boleh dibuka? Ataupun teksi? Kalau teksi, mungkin si pemandu teksi takut menegur si penumpang yang merokok itu. Kang kena bantai sorang-sorang. Kalau bas, memang selalu ada penumpang yang rasa aku memang tidak tahu tertib mahu menaiki kenderaan awam. Si perokok (yang naik bas ni) tak tahu ke menghormati orang lain? Sebab aku tahu, ada penumpang yang memang alerjik dengan asap rokok. Lagi satu, merokok dalam tempat yang kecil boleh buat sesak nafas wooo.. biarpun asap dilepaskan ke luar tingkap, memang tetap tak boleh merokok dalam PENGANGKUTAN AWAM, BODOH! Kan dah kena bodoh oleh aku.

Mabuk darat.
Benda ni memang berlaku di mana saja. Aku ingat lagi masa naik bas RapidKL dalam perjalanan ke KL lah. Aku dah perasan mamat Nepal yang duduk sebelah aku macam mabuk darat sedikit. Muka dah pucat. Bas berhenti di salah sebuah stesen, dan dia pun menerpa ke pintu. Tak sempat nak keluar lagi, dia dah MEMANDIKAN seorang kakak Indonesia dengan muntahnya. Kaler kuning ok. Aku cakap memandikan sebab konferm kakak tu kena muntah oleh budak Nepal tu dari paras tudung kepalanya dan sebahagian badan sebelah kanan. Budak Nepal tu tinggi, jadi ko boleh imagine macamana dia SHOOT kakak tu. Hahahahahaha..aku memang tak tahan nak gelak, tapi aku simpan sampai aku rasa nak terkencing menahan ketawa. Tambah-tambah lagi, masa tu hari Isnin. Sudah pastilah semua orang ada moody yang tersendiri. Monday FEVER kan. Hapa lagi, dia nak marah budak Nepal tu pun takat mana la, dah nasib dia sendiri terkena mandian muntah. Hahahaha.. aku rasa semalam budak Nepal tu makan kari kot, sebab muntah dia kaler kuning =)) oleh yang demikian, aku sentiasa bawa ubat salap ke mana saja aku pergi. Bukan saja untuk mengelakkan mabuk darat, tetapi juga untuk cover hidung dan perasaan apabila berdekatan dengan mereka yang mempunyai bau-bauan-yang-kick-dan-boleh-buat-aku-rasa-nak-pitam. Yang aku perhatikan, orang Vietnam memang tak kebal kalau naik bas. Hahahaha.

Cintakan muzik.
Mentang-mentanglah teknologi selfon semakin canggih, situ juga kau mahu playang (menayang) selfon kau yang ada bunyi-bunyian tu. Kau fikir semua orang suka ke dengar lagu dari selfon yang memang tak sedap tu. Kalau dalam tren, kau boleh dengar warga-warga asing yang bekerja sebagai buruh ni main mp3 mereka kuat-kuat. Apa kau fikir orang suka ke mood Bollywood tu? Kau nak imagine macam naik keretapi, lari-lari atas dek sambil nyanyi lagi Hindustan ke? Ada pula budak Vietnam yang suka pusing lagu mereka, lagu mereka kan kebanyakannya ala-ala balada. Tapi ia akan buat sakit telinga kalau dengar part menjerit. Memang annoying kalau kau dengar lagu yang kau tak faham maksudnya dan bonus, bunyi cam speaker pecah. Aku pernah sound seorang mamat Bangladesh suruf rendahkan volume, sebab aku dah pening.

Peramah.
Ada juga penumpang ni yang peramah, suka mengajak orang lain berbual. Mungkin sebab dia boring sendiri ke atau memang suka berbual. Aku pun selalu diajak berbual oleh penumpang lain. Kalau aku rasa mood baik, aku layan lah. Tapi ada juga yang bila dah diajak berbual, boleh pula dia cerita pasal masalah keluarga sendiri, pasal tempat kerja, pasal makcik dia la, pasal kawan dia la. Macam aku kenal orang-orang yang dia sebut tu. Tapi, biasanya aku hanya angguk-angguk dan sesekali menjawab. Hei, cakap dengan stranger ni memang menakutkan ok.

Lain sedikit perangainya.
Memang banyak aku dah jumpa. Salah satunya ada seorang budak Melayu, masa aku kat KL. Aku memang tahu dia tengah bercakap dengan somebody dalam selfon. Tapi buat apa aku nak pedulikan, aku pun tidur lah di tempat duduk aku tu. Tiba-tiba aku dengar orang bercakap seperti sedang memanggil. Kak, ooo kak…mula-mula aku tak peduli pun sebab aku sedap layan tidur dalam bas. Tapi aku rasa intonasi Kak Ooo Kak tu lain macam, aku pun tengoklah. Rupanya budak Melayu tu yang panggil aku, dia nak pinjam selfon aku nak buat sms. Aku cakap saja tak ada kredit. Aku rasa macam ke-sial woooo, takan dia tak nampak aku sedang tunduk pejam mata, dan tak sahut panggilan Kak oooo Kak dia tu? Aku perasan dia panggil aku lebih dari 3 kali, tapi aku buat tak dengar. Sebab aku kategorikan diri aku sedang tidur. Sangat buat sakit hati tau.

Tidur.
Termasuk aku lah. Aku memang suka tidur dalam bas. Tidur-tidur ayam saja. Sedap tu layan aircon. Tapi, aku pernah terlajak stesen bas sebanyak 4 kali masa aku kerja kat KL. Hahahaha..sah tidur sedap la. Aku juga perhatikan penumpang lain. Ada yang sampai terlopong ternganga sedang tidur. Ada yang sampai kepala mendongak. Memang di luar kesedaran betul. Ada yang berdengkur, kuat pula tu. Dan yang lagi best, ada yang mengigau. Yang ini, memang aku tak boleh nak tahan ketawa. Ada sekali tu budak cina perempuan yang mungkin baru pulang dari sekolah. Aku rasa dia sekolah kat KL, dan rumah dia kat area Serdang. Mungkin dia penat sangat, aku pula tengah boring. Mula-mula tu dia tidur dalam keadaan biasa saja, tapi tiba-tiba dia angkat tangan kanan ke atas. Aku pula fikir dia nak tekan loceng bas ke. Tapi bila tengok muka budak cina perempuan tu, mata dia dalam keadaan tertutup dan ini ditambah lagi budak tu mengeluarkan bunyi berdengkur cam bunyi vavih. Hahahahaha… memang sah-sah mengigau. Agak lama dia angkat tangan kanan dia tu ke atas. Boleh pula slow-slow turunkan tangan.

Amacam, lawak tak?




6 comments:

Anonymous said...

wkwkwkwkw.... best gak fakta nieh... :D

Anonymous said...

aku pernah naik LRT, nak turun bdr tasik selatan, tpi turun kat salak selatan. suwey betul.
nak tambahkan suwey tu, dalam LRT tu plak kebetulan member2 UKM. aku dgn suci hatinya mengakui kesilapan aku.
dan mereka tanpa ada hati perut mentertawakan aku secara terbuka. suwey!

Ron Veronicazo said...

cerita kamu dekat part mabuk darat tu adalah sangat disgusting. warnanya kekuningan.. oh!

`S3R4CURlYl4` said...

`org yg guna selfon tue mmg aku palink benci.. mcm la lagu kegemaran nya tue lagu kegemaran kita jg... soo0o setiap kali nek bas g kerja.. aku pasang h'fon d tlinga kue.. puas hati.. miaahahah...

Perempuan Pemimpi said...

don : :D
haris: aku paling malas naik tren, pernah 1/2 berdekatan dengan ketiak orang bangla, kuar dari tren, muka pucat lesi. gila!

Hun : serius, aku turut macam nak tekeluar isi perut nampak muntah tu:))

sera : macam mau dihampas ja kan :))

HAFIZIAFZAL said...

saya orang sandakan jugak ni..