Dulu aku ambil kursus pengurusan sistem maklumat atau dalam bahasa orang putihnya Management Information System. Tapi sekarang ini, aku macam kurang kemahuan untuk apply studied aku tu dalam bidang pekerjaan. Nak suruh aku jadi programmer, web administrator..ah, apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kursus aku itu. Mungkin ada yang kata, hidup aku ini merugikan kerana aku tak apply benda-benda yang aku belajar dulu. Aku tak tahu lah bagi kamu. Tetapi, bagi aku lah, sudah bertahun-tahun aku belajar benda yang sama, lepas tu kamu suruh aku kerja benda yang sama selama-lama bertahun-tahun lagi. Aduh, aku mahu menjadi seorang yang colourful. Ya, mungkin kerajaan akan rugi kerana melahirkan seorang siswazah yang tidak apply 100% bidang pengkhususan dalam dunia pekerjaan. Plus, extended version aku.
Kadang-kadang aku bengang juga bila kawan-kawan tanya soalan berkaitan dengan perihal komputer atau sistem kepada aku. Bagi seseorang yang tak apply ilmu macam aku ni, kamu boleh bayangkan keadaan sebenarnya. Walaupun aku tak dapat menolong sepenuhnya masalah-masalah komputer mereka itu, tetapi aku sebenarnya aku berusaha sebaiknya supaya mereka tidak terasa hati dengan ketidak-apply-an aku dalam bidang ni. Dulu aku bukan studi 100% pasal komputer dan teknologi pun, aku lebih kepada pengurusan. Tetapi, setakat mahu ketuk-ketuk komputer tu (masalah-masalah ringan saja), aku rasa aku boleh. Dengan syarat, aku mesti berdepan dengan komputer tu. Ini tidak, kau tanya aku melalui YM mahupun text sms, orang-orang yang tak apply cam aku ni memang susah nak membantu. Aku sendiri buat masa sekarang guna lapikatop, pc aku masih tertinggal kat tanah semenanjung. Aku kata aku bengang pada awal perenggan, kerana aku telah mendengar sindiran-sindiran halus dan bau-bau bangkai dari kawan-kawan yang aku tolong dengan ilmu-yang-aku-tak-apply tu pun.
Nama saja grade dalam bidang ni…
Memanglah sakit hati. Terutama insan yang baik hati macam aku ini. Aku tak dapat membantu sepenuhnya, padahal aku memang grade dalam bidang tu pun. Tetapi kita kena menghormati pendirian orang lain juga. Baru aku tahu kenapa technician pc lebih suka format pc sedangkan benda-benda tu boleh fix secara manual pun. Mereka sebenarnya sudah malas mahu membuat godekan pc secara mendalam. Aku rasa customer harus prihatin dengan harta benda mereka sendiri. Kamu fikir technician tu tak bosan ke fix kan pc kamu yang dijangkiti virus sebab kamu selalu melayari web lucah? Mungkin kuasa wang ada di tangan kamu, tetapi sila belajar menjaga komputer sendiri. Formatting pc boleh memendekkan usia pc atau lapikatop kamu, ini ditambah lagi dengan penggunaan software-software pirates yang tidak compatible dengan operating system kamu. Sebab itulah, Vista lebih tegas dengan pengeluaran terbarunya, sistem sekuriti yang lagi ketat, menendang semua penggunaan software pirates. Ah gaji kamu 5 angka sebulan, takan sebiji pc kamu tak boleh beli dalam jangka masa 4 atau 6 bulan sekali? Tepuk tangan!
Jadi kepada kawan-kawan yang pernah meminta bantuan aku, lalu aku pun tak dapat bantu sepenuhnya dengan level grad aku ini, aku minta maaf. Sebab jenis tak apply, so lebih baik aku tengok pc tu depan-depan pun. Dengan YM dan text segala benda, aku memang tak boleh running smoothly. Jadi sila hormati pendedahan kekurangan aku ini, ya? Jangan sindir aku dengan cakap bangkai kamu. Kalau kamu lihat lapikatop aku, mesti kamu kata aku ini hebat sebab aku tak pakai antivirus pun. Hahaha, padahal aku malas lapikatop aku jadi slow kerana antivirus yang running. Maklumlah, lapikatop biasa saja. Kalau ada masalah lapikatop aku, aku lagi suka Google-ing. Aku lagi suka fix masalah lapikatop aku secara manual. Format-format tak mainlah. Melainkan bila sudah sampai masanya pc atau lapikatop aku kena servis, baru aku buat.
p/s nampak aku ini macam show off. Tapi tidaklah sehebat macam orang tu, letak status dengan kebanggaan Compaq versi Presario dengan RAM sebesar 4 gig dalam Facebook.com. Siap dengan nombor siri tu bro. Apa pun bro, kalau kau pakai Mac, baru aku akan jeles gila dengan kau.
p/s/s lagi satu bro, kalau nak jadi cracker atau hacker janganlah berlagak. Show off tanpa bukti dekat facebook apa barang.
4 comments:
setakat compaq presario nak berlagak, apa barang? semua org pun ada laptop la zaman skg nih wei. ahahah. even budak2 skola menengah ada yg pakai acer ferrari x bising pown. haihhhhh..
uish apa crita ni?:-s..."NO KOMEN"hahahahaha....aku cinta aku rindu...walau berjauhan ku tahu hati mu...ohhh...na penyakit suda ni...miss u mas...bwek..wek..wek..
uina.. compaq presario? mcm lapitop ku plak...
:(
haku memahami... paling ssh haku rasa maw solve problem pasal kom nieh klaw kom toe teda dpan mata ku...
adeh... teranonymous plak
Post a Comment