Wednesday, March 11, 2009

Kalau kamu, macam mana?

Hari ini aku online dengan mood yang biasa-biasa saja. Semalam aku pergi intibiu satu position dalam government. Aku tak mahu cerita pasal itu, sebab aku tak mahu lah. Hahaha.. Jadi kiranya hari ini aku macam sedikit relaks. Aku macam kamu juga, masih main Friendster. Facebook pun aku main juga. Tinggal 2 portal tu sajalah yang aku masih nak buka. Myspace pun masih ada, tapi macam dah lama aku tak pedulikan.

Aku nak tanya kamu lah. Macam mana nak lupakan bekas ex kamu yang lepas? Soalan ini ditujukan pada mereka yang mempunya ex lah. Exes kata Madu Beracun. Hahahah.. Walaupun aku dah break dengan ex aku tu hampir 2 tahun, tapi aku masih ingat kat dia juga. Ingat biasa-biasa lah. Tapi, biarpun dia yang KASIK tinggalkan aku, aku selalu mengharapkan ex aku tu supaya kehidupannya baik-baik belaka. Maklum lah, pernah jadi kekasih kamu, tak kan lah kamu tak pernah ingat langsung.

Aku tinjau-tinjau Friendster aku. Tiba-tiba aku teringin nak tinjau ex aku itu juga. Hahaha..mesti lepas ni kamu akan masuk ke Friendster aku kan? Dipendekkan cerita, aku memang terkejut masa tinjau-tinjau tempat gambar Friendster ex aku tu. Aku tertinjau gambar-gambar bogel seorang perempuan. Dulu aku pernah tanya pasal perempuan ni kat ex aku. Ex aku pun cakap memang bekas gf dia juga. Tapi macam aku curious mana lah tau salah orang kan. Aku buat comparison dengan gambar-gambar perempuan lain dalam Friendster tu. Memang confirm pun.

Kamu tahu, perasaan aku sungguh down sekarang ni. Macam-macam aku fikir. Mungkin ini petunjuk Tuhan. Aku kesian juga dengan perempuan tu. Badan berbogel tapi kepala masih bertudung. Aku tak fikir itu teknologi punya hasil, sebab aku tahu ex aku tu pun bukan kaki teknologi macam kamu.. Hahahaha..Tapi aku pun macam tertanya-tanya tentang hidup. Aku ni kaki observer.

Ayat-ayat cinta berkata: Lelaki baik akan ditakdirkan untuk wanita yang baik. Begitu juga lah sebaliknya.

Jadi, aku ini baik atau sebaliknya? Kenapa aku masih nak ingat dengan kisah-kisah lama? Adui.

p/s Friendster aku mempunyai 3++ kawan saja. Jadi, kalau kamu jumpa pun, jangan ketawakan ya. Dulu aku rasa ex aku tu hensem. Tapi bila dia kembali jadi penagih semula, dia tak hensem dah. Hihi. Jangan terlalu jadi judgemental ok. Muah.

7 comments:

~ As ~ said...

Lelaki baik untuk wanita yang baik. bkn ayat-ayat cinta.. ini ada dlm Al-Quran, be careful dgn pernyataan..
mau belajar lupakan ex(es)? hah..cari yg lain..

Perempuan Pemimpi said...

Mrs Noel : ayat-ayat cinta yang aku maksudkan itu bukan menjurus pada filem tu saja. Aku memaksudkan secara menyeluruh. Jadi, aku fikir pembaca berfikiran analitikal.

Ron Veronicazo said...

Exes kata Madu Beracun <<< woiiiii!!! wkakakakaka =))=))=)) ayat baikkk punyaaaa... :)):))

cara2 untuk melupakan exes? aku x tau. tapi menerima kenyataan bahawa he is not the one mungkin adalah jalan yg terbaik :P

ko bagi aku idea untuk my next entry. nanti ko check it out ah.


p.s. aku belum pernah berjaya untk melupakan insan-insan itu sepenuhnya, sebenarnya. tapi tak bermakna aku tak bahagia. ahaha.

Anonymous said...

x? ada apa dengan X? byk lagi huruf lain yg ko leh pakai, huruf rumi dan jawi, huruf cina pun ada, ko blja mandarin kan?
ni blog kurang serius aku,hahahha..

l_i_g_o_n_g@blogger.com said...

rasanya tak perlu utk melupakan x.kerna ianya satu sejarah..sebaliknya belajar utk berteknologi yg dipimpin oleh sejarah.heheh

♥andrea isabelle anne reston quiamco♥ said...

aku pun ada x juga dulu....tp senang jak aku lupakan ...aku minum teh orang kampung...pasal aku dulu kan ada x-tra lemak huahuahua...bukan X itukah yg kamu maksudkan??salah kumin laini kan..ghahahahahaha

Perempuan Pemimpi said...

Madu Beratsun =)) aku tiru dari kau bebeh =))

Haris =)) macam kau tau-tau saja aku ada sejarah hitam dengan bahasa mandarin ni =)) oh tidak!

Kata Hamid Gurkha dalam ROda Impian : BAGI SAYA F, Untuk Maaf =)) wakakakaka

Ligong =)) kena lupa kan juga kalau tak nanti hardisk + memory RAM aku jadi betagar =))

andrea =))teh orang kampung :-? nanti sponser aku 12 gelen ok.sama2 kita kurus. wow, super sexy u know =))

**** ramai pula pelawat Friendster aku, lalalalala, got ya!