Thursday, March 19, 2009
Ya, saya sedikit down.
Saya sudah malas mengedit gambar. Kamu semua tengoklah warna-warna indah dari Nikon D 40 saya. Ada part-part tertentu saya akan edit, tetap bila outdoor shots, saya kurang gemar mahu mengeditnya. Nanti esok belanja saya kamera baru, ok. Dalam jangka masa sebulan ini, saya telah menghadiri seisi pengambilan tertutup satu jabatan kerajaan. Mula-mula saya sungguh hepi, tetapi awal minggu ini saya sedikit down. Kamu semua bayangkanlah, saya sudah menghadiri peperiksaan khas dan interview untuk jawatan itu. Saya bukanlah menaruh harapan tinggi pun, sebab saya tahu calon-calon lain juga berkelayakan. Cuma kelayakan akademik saya sedikit tinggi dari mereka. Biarpun jawatan tu gred rendah tetapi mereka memberi peluang kepada saya untuk menghadiri peperiksaan dan interview.
Kemudian Isnin yang lepas saya diminta untuk mengambil surat keputusan. Kalau kamu, kamu mesti sudah expected kamu boleh mendapat jawatan itu sekiranya berada dalam kondisi begini kan. Rupanya, permohonan saya telah ditolak. Yang buat saya sedikit down, kenapa kalau permohonan saya sudah ditolak, saya diminta mengambil surat dukacita dari jabatan itu. Semasa saya dihubungi, saya sempat bertanya result saya itu macamana. Sebab saya berkira-kira untuk tidak mahu membuang masa dan duit untuk mengambil surat dukacita itu. Tetapi kerani jabatan itu tidak menyatakan apa-apa.
Kakak saya bertanyakan hal ini kepada staf 'rapat' di situ. Saya ditolak kerana saya mempunyai kelayakan degree. Jawatan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelayakan saya yang sedikit tinggi itu. Jawatan itu telah ditawarkan kepada 3 calon lain, dan salah seorangnya bukan orang Sandakan. Calon-calon SPM saja.
Ok, saya terima kedukaan cita itu. Cuma yang saya bengang, sistem pengurusan yang tidak profesional yang tidak tahu menggunakan common sense mereka sendiri. Saya tidak pasti di jabatan lain bagaimana, tetapi saya tahu setiap jabatan diajar untuk mengendalikan tugas dan tanggungjawab berdasarkan kredibiliti masing-masing dan latihan asas semuanya sama. Apasalahnya surat dukacita itu mereka kirimkan dengan menggunakan setem 30 sen, atau kerani yang malas membangunkan punggung untuk mahu ke pejabat pos yang berada di ground level bangunan itu. Office boy pun ada.
oh ya, saya terlupa. Penemuduga itu pernah menyoal saya, apakah saya sanggup bekerja untuk kerja yang bukan kerja saya. Sebab perkara itu adalah perkara biasa di dalam sesebuah organisasi katanya. Oh patutlah, saya dibuat begitu. Patutlah jabatan kerajaan ini dikatakan lembab. Maaf ya, saya sedikit kasar.
Lagi satu. Memang agak payah untuk pemegang ijazah untuk mencari kerja di negeri sendiri. Selain daripada permohonan SPA, sekarang ini kerajaan memperkenalkan skim pekerja kontrak. Tetapi berapa sangatlah jumlah jawatan yang ditawarkan. Paling kurang pun, kronisme berlaku di mana-mana jabatan kerajaan. Mahu masuk swasta lagi lah haru. Jadi, saya fikir eloklah jawatan-jawatan kontrak kerajaan ini diberikan kepada para siswazah yang menganggur berbanding mereka yang baru lepas SPM. Ada hutang PTPTN yang mahu dibayar... Hal-hal sedemikian seolah-olah memberi jawapan kenapa rakyat Sabah masih belum mengalami pembangunan yang mampan macam negeri lain.
RM600 juta peruntukan diberikan pada setiap tahun kepada negeri Sabah. Tetapi, kenapa Sabah masih dalam keadaan yang sangat terdesak. Apakah pemerintahan kerajaan negeri Sabah dilantik di kalangan mereka yang tidak berpendidikan tinggi, tidak tahu apa itu cabaran globalisasi, malah mungkin mereka tidak tahu pun apa itu keperluan hidup? Yang penting mereka tahu, gaji setiap bulan itu adalah hasil penat lelah dari arahan-arahan dari Top DOWN saja. Maka tidak hairanlah, kenapa banyak siswazah lebih suka berada di Semenanjung Malaysia, dan bukan di negeri sendiri.
Mungkin saya sedikit cemburukan bagi mereka pemegang SPM. Saya juga pemegang SPM. Kalau saya didapati menipu tentang kelayakan akademik saya untuk jawatan itu, hidup saya akan huru hara. Mungkin saya akan disenaraihitam untuk mengambil jawatan di dalam struktur kerajaan. Siapa lagi mahu membangunkan negeri Sabah ini, kalau bukan siswa siswi yang mengambil risiko untuk menyambung belajar dan mengharapkan pekerjaan yang bagus. Taraf kehidupan di sini juga mesti diambil kira. Barang-barang keperluan agak mahal berbanding di Semenanjung Malaysia, dan gaji agak murah. Saya mengambil risiko ini untuk kembali ke kampung halaman sebagai langkah untuk membangunkan negeri sendiri. Saya bukan memilih pekerjaan.
Mungkinkah akan wujud haluan lain yang akan menyokong lebih ramai mereka yang berijazah ini untuk tidak kembali ke negeri sendiri? Saya tidak mahu diperintah oleh mereka yang hanya tahu berpolitik, tetapi bila di Parlimen mereka hanya tahu menimbulkan isu yang panas tetapi berhujah dalam ilmu dan pengetahuan yang tidak up to date.
Okla..saya mahu balik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
uh, malaysia malaysia.
ahhh..sabah. kalau kau mahu kerja kerajaan pastikan uncle-uncle kau kerja di gvrnment dulu. pastu klu ko sudah diterima jgn ko lupa sepupu2 ya..senang,,kerja dekat2..jgn heran kalau satu jbtn kerajaan negeri, satu kerabat ofc tu semua bersedara..ahhh..sabah
madu beratsun : :))
haris : maybe aku nak buat memorandum =))
sabar la..
Salam ziarah... nice blog...
best lak baca blog ni... hermmmm biasalah kalau nak apply kerja kerajaan ni.. biasanya kena ada "KABEL" yang kuat... hehehe
Adry @ http://www.adrysabry.com
adry - thanks.
kabel? mmg ada kabel pun. tapi tak cukup kuat=)) kena pakai kabel optikal =))
sabar mas pa kata ko try ni ada jawatan kosong di sana.www.koko.gov.my, Tp yg aku musykil ni, camna ar kalo aku guna spm utk pohon spa,perlu kah aku berterus terang time interview yg aku mempunyai ijazah? ada dorang rejectaku? sebab apa yg ku tau jawatanutk pemengang spm lbh senang dapat then ijazah(utk pegawai2)
pert, kompom durg rejek ko. itu aku takut kalau aku isi spa pakai stpm atau spm. tak pasal2 kena blacklist..huhuhu..
Post a Comment