Monday, March 9, 2009

Soalan tak terduga buat jantung aku jadi segiempat sekejap.

Masa aku sedang tengok rancangan Ujibakat AF7 2 hari lepas (kebetulan bapa aku pun ada sama), tiba-tiba dia tanya aku soalan yang buat aku terkejut sedikit. Soalannya berbunyi begini:

“Mana kau belajar menyanyi, Ni?” – Ni adalah nama gelaran manjarks aku di kalangan ahli keluarga terdekat aku. Aku pun heran lah, kenapa tiba-tiba bapa aku tanya soalan macam tu.

“Belajar menyanyi apa pula, pak?”

“Haih, malam masa Along harijadi tu. Tak sangka pula kau boleh menyanyi.” Aku pun blur. Masih blur.

Bila aku cerita kat mak aku pasal soalan bonus tu, mak aku pun turut tak sangka sama. Aku tak tahu lah penilaian diorang macammana. Aku cuba ingat-ingat balik. Macam aku cakap, adik aku dapat sponsor free dari bekas bos lama dia. Sponser set karaoke dengan speaker GDL nya yang buat-aku-rasa-nak-ada-sebijik-saja. Adik aku ajak nyanyi lagu featuring, lagu Suralaya Di Dalam D Major. Ala Amy Search punya lagu dendangan lah. Sebelum ni pun, kitorang pernah bawa lagu ni guna set karaoke sendiri saja. Aku berdebar juga malam tu sebab aku tak pernah publish suara depan orang ramai yang tak berapa ramai. Adik aku tak hairan lah, memang residen artis Sandakan. Ahaks, tak sangka pula aku akan dapat tepukan g*muruh malam tu. Aku sengaja bagi HASH, supaya kamu tak muntah membaca entry ini.

Pernah tak kamu kena soal oleh soalan-soalan yang kamu tak jangka langsung dalam hidup ni? Ala, soalan bapa aku tu biasa saja. Tapi boleh buat perasaan aku ni macam aku telah perform satu persembahan suara yang b*st. Aku sengaja bagi HASH, supaya kamu tak muntah membaca entry ini. Soalan yang tidak terjangka ini aku rasa memberi kejutan kepada diri aku. Aku ada dua orang kawan (kawan-kawan aku itu masing-masing lelaki dan perempuan) yang telah memberikan soalan buat aku berfikir-terkejut seketika. Kamu nak tahu?

“Kau ini lesbiyan, ke?” – memang buat aku panik, sebab seingat aku nafsu serakah (kahkahkah) aku masih kat lelaki. Cis, budak bawah umur sila belajar analytical thinking atas apa yang akak tulis ni ya. Aku pun tanya lah kenapa?

“Habis kau selalu cakap pasal kecantikan perempuan, kau kenal sangat banyak perempuan popular, kau suka cakap pasal fesyen bla..bla..bla..yada..yada..yada,” – Aku fikir Bokbon terkejut baca entry aku ini sebab dia selalu buat-buat gay dengan kawan-kawan dia. Aku benci bila dia buat begitu. Siapa Bokbon? Ah, cerita lain. Satu fakta tentang Bokbon yang baru kamu ketahui ialah dia lelaki.

Aku pun cakap dengan kawan aku itu, salah ke aku cakap pasal perempuan? Kalau aku cakap pasal lelaki, secara KERAP nanti tak pasal-pasal aku kena cop perempuan tengah naik hormon. Bila kawan lelaki aku pula yang tanya soalan yang sama terhadap aku, aku tanya dia balik apa yang dia buat fikir aku ni lesbiyan. Dia kata:

“ Bila aku chatting dengan kau, aku tak rasa kau ni berlagak cam perempuan. Boleh je masuk benda-benda yang aku nak cakap. Kiranya cam cakap dengan kawan lelaki lah. Lagipun kan kau kan single, tak ada boyapren. Sikit-sikit frust terus jadi lesbian.” Kahkahkah. Kawan lelaki aku itu memang very the mangkok hayon you all know.

Pelik ya. Aku punya straight person macam ini boleh pula kena tuduh macam tu. Pelik ke aku selalu cakap pasal perempuan punya hal, aku ni kan perempuan. Perempuan mana yang tak berangan nak jadi cantik macam perempuan lain, yang cantik? Pelik ke aku bercakap pasal American Next Top Model tak pun pasal Malaysia Top Beauty? Pelik ke aku boleh communicate dengan kawan lelaki aku tu dalam rentak yang buat dia selesa. Haiyo, memang lah aku single, tak bermakna aku frust terus terpikir nak jadi lesbiyan pula.

Hah, jangan pula kamu fikir aku boleh masuk mana-mana alam manusia ini, kamu cop aku ini baiseksual pula. Ini kita cerita pasal seksual sikit lah. Aku sedih tau bila kena anggap macam itu. Jadi blur pun ada juga. Sebab aku mula memikirkan di mana step aku yang janggal sampai orang pikir aku macam itu.

Tapi, aku juga memikirkan pasal kedua orang kawan aku itu. (mereka ni sesuwatuh ker @kening)

Aku tak marah pun, tapi aku terasa tau. Atau mungkinkah mereka kerap memikirkan atau imaginasi kan hal-hal seksual sendiri? Ah ha. Aku tak cop kamu apa-apa, jadi jangan cop aku ini macam mana.

AF 8 aku berusia 30, jadi aku bagi peluang lah pada kamu yang jauh lagi muda. Kahkahkah.

7 comments:

Ron Veronicazo said...

mari kita duet lagu spoon - rindu serindu rindunya.. macammm??? ahahahaha.

i miss u so much babe.
semalam birthday cheika.

KeMatZ said...

wahhh tak sangka ye...
ko leh menyanyi....

kenapa time dinner hari tu
ko tak perform ye..

heheheh...

Perempuan Pemimpi said...

madu beracun : duet? boleh dengan syarat kau tak boleh menjerit sebab nanti aku hilang konsentret mo menyanyi =))

kematz : haisss...masa tu aku jadi supplier mp3 ko je, tak nak la involve jadi penyanyi lak =))

Anonymous said...

wow!!si mas menyanyi?wah..wah..wah..ada bakat terpendam rupanya...mas jum duet lagu my heart...amacam..sana kita di red box huahuahua

TheOnlyRockHead said...

Duet...hmmmm..
how about doing together "Parisienne Walkways" originally by Gary Moore & Phil Lynott).
Dang Yunus can go solo on her guitar.

LeLy said...

so funny ah u....!

Perempuan Pemimpi said...

zue : my heart ka, buli dilayan =))kalau ko balik sandakan, nanti kita sewa karaoke yg tababom, pasang d rumah ku =))

theonlyrockhead: ahaks, boleh jer, nanti saya kena buat latihan bubbling dulu la ni =))