Tuesday, March 3, 2009

Gula-Gula, Kami dan Suatu Pagi

“ Yong oooo yong. Ke sini kau kejap. Ada aku mau cakap ni.” Panggil Babu Doren ketika Mama Along limpas di depan gerainya. Mama Along pun singgah sebentar, tadi baru sahaja dia membeli sarapan di gerai kuih orang Jawa.

“ Kenapa ni Mama Doren?” tanya Mama Along. Mereka berdua hidup berjiran dan sudah berkawan lama sejak dari Kompleks Polis lagi.

“ Anu ba, budak yang tinggal di rumah kamu tu. Punya kurang ajar budak tu sama aku. Adakah dicakapnya dia mau beli gula-gula aku, tapi dia tiada duit. Dia mau tukar dengan kakinya. Haisss.. kurang ajar betul sama orang tua budak tu. Itu anak yang Keluarga Bahagia tu kan?’’ tanya Babu Doren sambil mengejas suntil di bibirnya.

“ Si Baharudin ba tu namanya. Bukan dia tinggal di rumah kami tu. Nanti aku marah budak tu. Jangan kurang ajar dengan orang tua.” Kata Mama Along, jangan serkap jarang.

“Oo Bai. Sini kau kejap.” Panggil Mama Along.

“Napa Bu?”

“Betulkah kau cakap mau beli gula-gula dengan kaki kau dengan Babu Doren?”

“Hish, mana ada Bu. Salah dengar kali dia tu. Bu tanyalah si Abu Sayyaf, kalau Bu tak percaya.” Jawab Baharuddin.

“Lainkali jangan kurang ajar dengan orang tua. Hormat dengan orang tua. Ingat tu.” Kata Mama Along.

“Tiada bah Bu..”

“ Uina, bukan begitu bah tu Bu. Lain ceritanya. Inilah orang tua ni. Lain pula didengarnya.” Kata Abu Sayyaf di anjung rumah itu. Kebetulan dia datang mahu bertanyakan Baharuddin. Biasalah, mereka memang kawan baik.

“Habis, apa juga ceritanya tu? Marah betul orang tua tu sama si Bai.” Soal Mama Along.

“ Mula-mula aku, si Bai dan satu orang lagi sepupu aku mahu minta buah kepayas di dalam pagar tu. Buah kepayas tu kan Babu Doren punya. Tapi Babu Doren cakap tak boleh, kalau hilang kena curi, nanti si pencuri akan kembung perut. Lepas tu si Bai cakap, bagus lagi kita tukar kaki kita ni jadi sayap burung. Boleh terbang pergi kebun batu 27, sana ada banyak buah lagi. Lain pula Babu Doren tu difahamnya.” Terang Abu. Aku hanya ketawa mengekek mendengar keterangan Abu Sayyaf itu. Aku tahu dia bercakap benar meskipun mereka bertiga dicop sebagai budak nakal.

“Habis macamana pula boleh jadi cerita gula-gula?” soal lagi Mama Along.

“Haih, entahlah Bu. Mungkin sebab masa si Bai cakap pasal kaki, Babu Doren tengah susun gula-gulanya dalam balang tu. Tak sangka pula lain yang sampai. Kami pun bukan ada duit Bu, tapi tak kan lah mahu pula cakap macam tu.”

Kepada orang-orang tua, bukan anda saja perlu dihormati. Tetapi anda juga perlu menghormati orang-orang kecil ini. Tak pasal-pasal anda dianggap sudah tua dan sudah sedikit tak boleh proses data. Hahahaha…




6 comments:

`S3R4CURlYl4` said...

`uiks mas.. ada tenet suda ka d uma... blink blink aku tgk ko post kul 3 pagi ne..`

`S3R4CURlYl4` said...

`miahahahaha.. lutsu nya.. ni mesti kes c babu doren kurang pendengaran... `

Ron Veronicazo said...

scheduled entry ni kan bebeh. ahaha.

Ron Veronicazo said...

bebeh ko jawab tu tag aku ahh, pasal kawin tuh ahahaha.

`S3R4CURlYl4` said...

`mas.. aku pun tagg ko.. sila rujuk blog yah..makaseh...`:-* sana Pifi..

Perempuan Pemimpi said...

bah di jawab la tu =))