Sunday, March 29, 2009

Ini di Sandakan ok. (updated!)

Telah Dikemaskinikan.

pic taken by : Sera
Tomie & Patzi

Pic taken by : Tomie

Sera.


Ari tu keluar dengan Sera, Patzi dan Tomie. Tomie ni sedang balik bercuti, kerja sebagai ahli bomba nun di Kota Kinabalu. Gila banyak cakap si Tomie ni, tapi muka bajet cam jejaka pemalu saja..hehehehe..Lepak minum dekat Harbour Bistro ni memang best lah. Tepi laut dan bersebelahan dengan Kem Navy, Sandakan. Tapi bistro ni serve arak, orang putih dan ala-ala orang putih yang perasan selalu la tuang arak. Pekerja sini ni kompem Islam.

Cantik tak scene waterfront tu..

Lepas saja lepak di waterfront tu, kitorang planning mahu mencari seorang rakan chatter kami. Dia ni agak misteri sedikit tapi cukup popular di kalangan kawan-kawan kami. Bila ada gathering, memang payah nak ajak dia ni. Apatah lagi kalau saja-saja nak jumpa dengan dia ni. Yang menghairankan aku, dia ni dulu bekas jiran aku masa kat Kompleks Ibu Pejabat Polis Bahagian Sandakan, Sandakan. Dia kenal dengan seluruh ahli keluarga aku, no wondering la kan kalau aku nak jumpa dia ni. Kalau dulu, tak ada sebab la aku nak jumpa dia kan sebab aku kan masih berada di tanah semenanjung. So, malam tu kitorang planning nak cari dia lah. Informer kami, Bro Ligong telah memberitahu nama bapa kepada kawan kami tu. Ya la, nak cari dalam kompoun polis, kita kena tahu nama bapa atau emak yang bekerja sebagai anggota polis di situ. Lokasi pertama kami, Balai Polis Bandar Sandakan.

Ada perkara lawak yang berlaku di sini. Biasanya bila seseorang tu banyak bagi soalan kat kita, kita mesti cakap dia ni keja polis ke, nak tahu sangat benda-benda ni. Aku dan kawan-kawan lain pun tanyalah kat abangs polis yang mungkin tengah bertugas di pondok pengawal. Kebetulan terdapat 2 orang anggota lain di situ yang aku saspek adalah pegawai anggota polis yang berpangkat sedikit. Hehehe, hensem saja muka pegawai tu. Lagipun abangs polis yang kitorang tanya tu panggil tuan kat pegawai yang aku saspek tu. Kompomla pegawai atasan dia kan. Tetiba pula, pegawai yang hensemssss tu tanya banyak soalan kat kitorang. Tak sangka pula, dalam hati kitorang suma ada dialog yang sama :

"Dia ni banyak tanya, dia ni polis ke...erkkkk....memang polis pun."

Kahkahkah...padan muka.. Lepas tu abangs polis yang tengah bertugas tu pun syorkan kami ke Kompleks Ibu Pejabat Polis Bahagian Sandakan, Sandakan. Huhu, dah lama tak masuk tempat ni pun, mungkin ada dalam lebih kurang 12 tahuns. Masa kat pondok pengawal pun, ada 2 orang anggota tengah bertugas. Aku dan kawan-kawan aku pun memulakan edisi siasat. Betul juga kata anggota tu, terdapat beberapa orang yang bernama yang sama. Tetapi keyword kami adalah pegawai yang kami cari adalah berpangkat OCS dan OCPD. Dan setiap pangkat tu hanya ada seorang saja yang memegang title tersebut di daerah Sandakan ni. Memang susah nak detect la nampaknya. Last-last, aku minta Patzi call direct saja ke number pon member tu. Tak berangkat pun. Kitorang pun pergi ke blok kediaman, rindunya dengan tempat tu.

Aku kan membesar di tempat tu selama lebih kurang 17 tahuns sebelum pindah ke tempat sekarang ni. Memang automatik kerinduans aku tu datang melanda.. hahahaha..ada 2 rumah keluarga yang kitorang terjahhhh bertanyakan soalan. Ada akak seorang tu suruh kami ke Batu 4 punya kuarters. Aduh tak sanggup aku, lagipun aku ni pun follow Patzi punya kereta saja.

Kami pun teruskan perjalanan pergi memakan bakso. Mula-mula singgah ke medan selera dekat Dewan Masyarakat Sandakan, tapi bakso tiada dijual. Kitorang pun ke Pasar Malam yang berdekatan dengan pejabat Pos Besar. Tapi hampeges sungguh bila bakso tu tak sedap, sudah la mahal..kakakaka...tu pasal aku tak snap pun. Lepas makan bakso, singgah kedai kek kejap sebab si Tomie mahu pajak kek untuk besday adik dia. Then, kemudian balik.

Haih. Nampak sangat macam aku dah malas blogging kan. Ayat skemas baik punyaaa :)) chow!

4 comments:

miszceikapisces said...

skali lg.. aku jelez..
ini sungguh menjelezkan..
tp nda pa.. masi bulih runding..
gath bulan 5 ne aku bakal2 menjuinkan diri..
haha.. harap2 la.. lau ada rombongan dr kk.. kompom aku join..

Adry said...

wow... cantiknya tempat nie... ermmm

you datang ke Tawau 4hb ka?? bukan 2hb??


Adry @ http://www.adrysabry.com

Unknown said...

aSTAGA c Tommy sudah ku agak dia walaupun gambar belum abis loading...kimsalam sama dia..Ketua group pengawass kue

KiFli MaLLy said...

hye boleh kah aku mau mintak tolong ni..nanti kalau ada pic harbour bistro cafe tu boleh kat ko tolong sent pigi tempat ku...

zulkiflimally@gmail.com tolong ya urgent sngt untuk final project aku ni :) thanx