Thursday, February 19, 2009

Ini mungkin entry aku paling sweet. hahahaha..

Aku tersenyum sendiri apabila membaca entri Magenta yang ini. Kisah yang dia tuliskan itu mempunyai sedikit persamaan dengan aku sendiri. Cuma kisahnya dengan Big Mac dan membeli coloured pen itu dicapainya pada usianya 17 tahun. Ya, sedikit awal berbanding kisah aku.
Aku kaitkan entri ini dengan perbualan telefon aku dan seorang kawan lama aku. Cerita sebuah luahan tentang ketidakmampuan untuk mencapai apa yang diinginkan. Dia merasakan hidup ini semacam tidak adil kerana dia mendapati dirinya tidak bertuah macam orang lain. Boleh memiliki apa saja dalam masa yang terdekat.

Dulu aku pun macam dia ini. Mungkin ramai yang tahu bagaimana latar belakang keluarga aku. Aku boleh rumuskan, keadaan latarbelakang adik beradik aku dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama (kakak sulung dan kakak kedua), bahagian kedua ialah aku dan bahagian ketiga merangkumi Zai , Dang Yunos dan Along. Beza umur aku kepada kakak nombor dua aku adalah sebanyak 10 tahun, manakala beza umur aku berbanding Zai adalah 6 tahun.
Mak kata, bahagian aku adalah bahagian kehidupan yang paling susah. Ya, cerita lain.
Macam Magenta kata, bapa dia denying everything yang dia mahukan (ketika usia yang dimaksudkan). Aku masih ingat ketika kecil-kecil dulu sehingga lah ke sekolah tinggi. Kalau aku minta sesuatu dari Mak aku, Mak akan ingatkan aku, kita bukan orang senang, dahulukan apa yang penting saja. Lagipun masa itu, aku sendiri punya 3 orang adik yang juga sedang membesar. Aku masih ingat bila sekolah rendah, cikgu tanya kenapa aku tak mengikuti sebarang aktiviti badan beruniform macam Persatuan Puteri Islam ke, Persatuan Pandu Puteri ke, Interact Club ke? Dulu aku sekolah konven, ya. Aku sendiri takut mahu menjawab soalan itu kerana pada zaman itu aku sungguh pasif sekali. Seingat aku, aku hanya menunjukkan muka kasihan kepada cikgu yang bertanyakan soalan itu. Biarpun aku tak aktif macam pelajar lain, tapi aku terpilih mengikuti program anak angkat bersama cikgu-cikgu keluaran Maktab. Aku ingat lagi, aku jadi anak angkat kepada Cikgu Baginda. Bukan Razak Baginda yang mungkin mengebom orang itu. Cikgu Baginda dan cikgu-cikgu yang lain datang ke rumah untuk berjumpa dan berbincang dengan mak bapa aku. Masa sekolah rendah, aku hanya aktif rumah sukan. Disebabkan pasif aku itu, aku terketar-ketar sampai aku tidak dapat menjawab maksud necklace dalam bahasa Malaysia. Cikgu Rose Wong yang soal aku.

Masa sekolah menengah, kira sudah tahu berfikir sedikit lah kan. Aku join Persatuan Pengakap. Itu pun sekerat jalan, kerana Mak cakap keluarga kita tak mampu mahu membeli aksesori, badge, ikut program dalam persatuan itu. Bila aku mahu join pemilihan ahli pasukan bola jaring, mula-mula aku terpilih. Tapi selepas itu, nama aku kena delete oleh kapten pasukan yang bernama Stacy. Sebelum itu dia pilih aku, sebab sepupu tiri aku mahu berkenalan dengannya. Tapi sepupu aku itu sedikit nakal orangnya, dia mempermainkan perasaan kawan aku, si Stacy itu. Esoknya, Si Stacy kata, kau tak dapat masuk pasukan, ada orang lain yang ganti. Veto. Mungkin, kalau aku aktif sukan pada zaman sekolah menengah, metabolism aku tidak lah rendah macam sekarang. Begitu juga ketika pemilihan ahli baru dalam pasukan hoki sekolah aku, segala test aku lalui. Tapi akhirnya si Sanita itu memilih ahli dari kalangan kroninya. Padan muka, kalah tanpa bertanding sebab salah seorang ahli tunjuk hero bergaduh dengan pasukan sekolah lain sebelum perlawanan. Hehehehe…

Zaman sekolah menengah aku sangat trajik.

Aku suka apa saja yang berkaitan dengan lukisan. Dulu pernah minta dengan Mak, Mak hanya bagi pensel warna yang biasa saja. Hasilnya tidak cun macam hasil Luna. Sepupu aku pernah belikan aku satu set warna cat air lengkap dengan berus dan tempat membancuh. Kemudian, aku sedikit maju Mak belikan aku set warna Buncho. Tapi sayangnya, aku tidak melukis dan mewarna. Aku pernah mengeluh kenapa aku tak berpeluang mengasah bakat semenjak kecil. Aku bukan salahkan mak bapa aku pun kerana tak mampu jadikan aku macam orang lain.
Jadi, bila aku masuk universiti, aku balas dendam terhadap keinginan-keinginan aku itu. Aku beli satu set pensel warna berjenama Luna, satu set pen warna berjenama Stabilo, satu set pen warna Luna dan kertas lukisan. Sampai ke hari ini, aku hanya berjaya menghasilkan satu artwork. Gila, bukan? Padahal kursus aku pada masa itu tidak berkaitan langsung dengan keinginan-keinginan aku itu. Bila sudah mengenali komputer, aku gila membeli buku-buku yang berkaitan dengan grafik dan novel. Masa kecil-kecil dan remaja, aku selalu ke perpustakaan cawangan. Sebab itulah duit aku banyak habis kerana membeli keinginan-keinginan aku yang terpendam selama bertahun-tahun. Biarpun aku extended beberapa kali kerana paper Mandarin aku (badi, siol!), aku telah banyak memenuhi keinginan-keinginan aku.

Macam aku pernah cerita, aku pernah bekerja di kilang. Biarpun gaji hanya beberapa ratus, setiap bulan aku membeli tak kurang 10 buah movies, aku beli kamera dan aku pergi jalan-jalan. Bila bekerja di hotel itu pula, aku beli dslr, aktiviti jalan-jalan aku makin ligat, aku pergi tengok aktiviti seni dan macam-macam lagi. Kesannya, aku boros dan banyak minta wang dari ahli keluarga aku yang lain. Inilah akibatnya apabila memenuhi keinginan-keinginan aku semenjak kecil.

Zaman kanak-kanak aku tak best macam zaman kanak-kanak adik-adik aku yang lain. Mak aku sendiri cakap, aku lebih suka duduk di rumah. Padahal, kakak-kakak aku sibuk dengan aktiviti sukan di sekolah. Bila aku sudah berumur 6 hingga 8 tahun, adik-adik aku seramai 3 orang pun wujud. Aku sudah bersekolah, jadi aku tak geng sangat dengan budak-budak tu. Di sekolah pun, aku pasif. Jadi sebenarnya, aku sudah lama indie sendiri-sendiri. Hahahaaha!

Bila aku tengok kawan-kawan lain pergi mengikuti aktiviti luar bersama badan-badan belia, aku pun belajar tipu mak aku. Ala, bukannya teruk pun. Tu pasal lah aku boleh bercerita tentang kecintaan aku terhadap hutan, pasal alam sekitar mahupun perihal binatang-binatang kerana aku sukakan aktiviti lasak. Tidak lah lasak sangat, tapi kiranya kalau masuk hutan ke, aku memang tak segan.

Walaupun taraf akademik aku tak cemerlang macam orang lain, tapi aku rasa happy kerana aku tak jadi macam orang lain yang lagi susah kehidupannya. Ya, mungkin kamu kata itu semua nasib. Tuhan pelihara aku supaya tidak menjadi seorang yang suka meminta-minta luar dari kemampuan aku sendiri. Tuhan pelihara aku supaya tidak bergaul dengan pelajar-pelajar yang berkroni yang akhirnya tiada satu pun dari mereka masuk universiti. Tuhan pelihara aku supaya tidak marah kepada mak bapa dengan tidak menangis menghentak-hentak kaki kerana tidak dibelikan permainan mahupun pensel warna.

Mungkin dosa-dosa aku terlalu mahu memenuhi keinginan-keinginan semenjak kecil, banyak membuatkan perkara tertunda. Termasuklah grade pada usia 27 tahun dan belum mendapat pekerjaan yang stabil pada usia 28 tahun.

Latarbelakang aku begitulah membuatkan aku selalu mahu menolong orang lain. Apa salahnya aku mahu membuat mereka gembira. Sebelum ini aku pernah merancang mahu menyertai mana-mana badan sukarela untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan. Contohnya macam pergi membantu mangsa perang ke, mangsa kebuluran ke, mangsa bencana alam ke…aku rasa aku cukup kuat untuk melihat kematian, kerana dalam peringkat kehidupan aku ini, kematian adalah kenyataan yang paling menakutkan.

Mahu tolong orang, tapi diri sendiri tak mampu. Mungkin itu kata kamu.

Aku tak kisah pun apa orang nak cakap. Benda terbaru yang akan aku laksanakan dalam beberapa hari lagi, aku akan mengajar membaca, menulis dan mengira kepada beberapa orang kanak-kanak di kampung aku yang tidak berpeluang untuk ke sekolah secara percuma. Aku kini sedang survey bagaimana mahu mengajar mereka yang belum dan tidak tahu apa-apa tentang ABC mahupun 1, 2, 3. Aku boleh membaca secara lancar, tapi aku tidak tahu bagaimana cara mengajar kanak-kanak yang berumur 9 – 12 tahun untuk membaca ABC. Di kampung aku terdapat ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk ke sekolah. Salah satu sebabnya ialah taraf kerakyatan yang dianggap ramah temeh oleh sesetengah orang. Ini biasanya berlaku kepada perempuan tempatan yang berkahwin dengan rakyat asing. Rakyat asing yang masuk ke sini biasanya tidak melalui cara yang sah, jadi proses untuk membuat surat kelahiran adalah begitu rumit sekali. Sebab itu, ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk ke sekolah.

Kenapa aku beria-ria?

Bagi aku, hidup ini mesti saling membantu. Aku tidak merancang untuk meminta bayaran, kerana kanak-kanak ini sendiri datang kepadaku dan meminta untuk diajar. Mereka juga mahu membaca buku-buku cerita dongeng rakyat macam aku semasa kecil.

Dulu aku pernah bercita-cita menjadi anak watan yang berjaya kepada negara. Tapi nampaknya, cara aku lain sedikit. Ini juga keinginan-keinginan aku sebenarnya. Doakan aku semoga sukses, ya? Jadi, kepada kawan lama aku itu, jangan sesekali merasa Tuhan itu tidak adil kepadamu. Hidup ini cukup adil sebenarnya, cuma kegembiraan itu akan datang dalam keadaan yang tidak kita sedar. Tuhan mahu menguji diri kita samada bersyukur atau tidak.
Belajarlah menggembirakan diri sendiri dengan cara yang terindah.

p/s Dulu aku khatam Al-Quran sebanyak 2 kali, tapi hanya pada khatam nya saja. Dan sejak kebelakangan ini, aku berdikit-dikit membaca tafsir Al-Quran. Ternyata love letter dari Allah yang diperkatakan oleh Hlovate itu sungguh memukau.

6 comments:

Anonymous said...

Hanya Insan yang menggunakan keempat4 bahagian otaknya akan melihat dengan jelas apa rahsianya setiap suatu dalam kehidupan ni.

Nuruddin Abu Bakar said...

ya aubrey suwit-o sgt :))

Anonymous said...

respek sis..respek!

Anonymous said...

huh kagum!. kematangan mu terserlah dalam entry ni. Aku x tau pun ko sudh 28 tapi bgs enjoy dgn kehidupanmu.. story itu lebih kurang sama dgn ku...All the best for u Mas

Perempuan Pemimpi said...

Bonda : :D
Facet : :D :">
Haris : :-> :">
pert : :"> :">

haahhahahah

Ron Veronicazo said...

rasa macam nak nangis baca entry ini.