Wednesday, October 1, 2008

Salam Hari Raya.

Mari baca pemerhatian aku.

Dalam dunia blogging ini, survey adalah satu medium yang seringkali dibuat untuk mencari idea bagi memasukkan entry update. Aku paling suka membaca survey dari blog Melayu Minimalis, pemerhatian yang dibuat adalah begitu kemas dan hampir 80 % adalah begitu telus ideanya. 20% lagi? Mungkin ada sesetengahnya menimbulkan pertanyaan pada aku, jadi 20% lagi aku perlu membuat penilaian aku sendiri berdasarkan pemerhatian dan akal menilai.

Tajuk pemerhatian: Keadaan golongan loneranger (LR) ketika berhari raya. Entry ini ditujukan kepada mereka yang berkeseorangan pada hari raya , tak kisahla, jauh di perantauan, merajuk dengan keluarga, mahu pun sedang berkerja.

1) Lagu raya: katakan padaku, biarpun golongan LR nampaknya begitu tabah menghadapi emosi keadaan hari raya, percayalah, mereka begitu sensitif mendengar lagu-lagu raya yang berkumandang. Bila saja lagu raya berkumandang pasti mereka akan buat-buat sibuk dengan hal lain, me-kebalkan diri dengan menasihatkan diri sendiri supaya jangan menangis mahupun segera memeriksa/ membelek-belek hp sendiri. Almaklumlah, itu sajalah yang boleh dilakukan. Lagu raya memang syahdu occay! Memang menusuk perasaan, tidak ternilai.

2)Baju raya : ada juga LR ini yang membeli pakaian raya setiap tahun, mungkin ini bagi mereka yang mempunyai program berkunjung ke rumah kawan-kawan yang berdekatan. Kalau tinggal di Kuala Lumpur, bolehlah LR ini mengikuti teman ke rumah keluarga mereka. Raya sakan, sesambil menahan emo di pagi raya. Biarpun keadaan rayanya itu tidak sama seperti bersama keluarga sendiri, tetapi cukuplah mengubat rindu dengan menikmati juadah hari raya. Bukankah makan itu punca kebahagiaan manusia?

3)Dialog wajib di hari raya: Dialog seperti:
  • makan kurma ayam ni mengingatkan aku pada masakan mak akulah,
  • kuih tart nenas ni tak sedap macam mak aku buat,
  • biasa malam macam ini aku tolong bapa aku ledakkan meriam buluh, opss! Terlebih sudah!
Janganlah ketawakan LR ini, mereka begitu sensitif dalam keadaan seperti ini. Silap saat, kau boleh tengok mereka ini menangis tersedu-sedu.

4) Mula merasakan diri seperti diabaikan sekiranya tiada ahli keluarga yang menghubungi mereka. Biasalah, seperti yang aku katakan, LR ini boleh mencatatkan ketertinggian emosi semasa hari raya seperti sekarang. Bukannya LR ini tidak mempedulikan perkara ini, tetapi mereka lebih suka apabila ahli keluarga lain yang menghubungi mereka. Terasa lebih disayangi, walaupun kasih sayang keluarga tidak pernah berubah. Haiss, pergolakan emosi occay! Hari raya pertama dilalui dengan terasa kesepian yang begitu maksima. Kau tak percaya? Tahun depan cuba kau sendiri lalui perkara ini. Aku pasti kau mengiyakan apa yang aku taipkan di sini.

5)Mula membuat pesanan berkirim sesuatu kepada kawan-kawan lain yang pulang ke kampung. Hah! Macam-macam, kalau kau mendapat kawan-kawan yang memahami keadaan kau, macam-macam juadah akan tersusun rapi di atas kabinet dapur rumah sewa engkau. Kalau kau seorang blogger, sudah pasti kau akan mengambil gambar juadah-juadah seperti biskut raya, lauk pauk, ketupat mahupun angpau raya. Hahaha.. bukankah setiap saat itu berharga. Tapi kalau mendapat kawan yang stinky, occay! Silalah bermanis mulut dan melupakan permintaan kau itu saja. Sebenarnya, golongan ini tidak berharap sangat, tapi kalau kau membawa sesuatu untuk mereka sempena hari raya ini, pasti mereka akan gembira. Dan ya, berbelas gambar akan diambil sempena pemberianmu itu.

6)Membersihkan rumah yang diduduki. Almaklumlah, becuti kan. Dari kau melayan emo yang tidak menentu lebih baik kau membersihkan rumah, bilik kau yang macam tongkang pecah itu. Bila kau penat, kau akan merasa mahu tidur. Tidurlah sepanjang hari semasa hari raya pertama. Pasti emo kau akan berkurangan.

7)Menyelak album-album gambar; tidak kiralah bersama keluarga, teman-teman, zaman persekolahan mahupun kampus, tak pun gambar-gambar tepi jalan yang pernah dirakamkan. Hermm.. sudah pasti setiap sudut gambar-gambar itu mempunyai kisah yang tersendiri. Ada yang mengalir air mata, maklumlah emo hari raya ini berlainan sedikit.

8)Bekerja pada hari raya / cuti umum. Oh! Yang ini memang agak kritikal. Dari melayan emo di rumah sendirian, maklumlah rakan yang lain pulang ke kampung halaman, si LR ini mengambil keputusan untuk bekerja pada hari raya ini. Mungkin idea ini agak bagus, boleh mengurangkan sedikit rasa yang SAKIT itu. Tambahan pula, bayaran 3 kali gaji OT ni kan lebih baik. Hehehhe… idea yang bagus, tp ada baiknya juga kalau kau berehat selama 2 hari. Susah tau nak dapat cuti pada weekdays.

Hah! Banyak tak? Ada yang terasa tak? Aku sendiri melalui perkara ini, sebab itulah aku boleh salurkan masuk ke blog aku ini. Jangan sedih-sedih occay! Hari raya pertama ini aku lalui dengan sedikit sedih. Oh! Tadi aku menangis juga. Biasala.. kau nak kisah? Kirim biskut raya pada aku. Sob-sob-sob.

Kepada kawan-kawan semua, aku mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog aku ini. Sempena bulan Syawal yang mulia ini, aku ingin memohon maaf di atas segala terkasar bahasa aku. Yang terasa, maaf ya. Aku akan menulis lebih baik dan banyak lagi isu-isu yang menarik perhatian aku. Jangan nakal-nakal, dan berhati-hati semasa makan. Heheheh…

Salam sayang, Mas.@bunga

7 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

Perasaan jak tu macam diabaikan
orang beraya bersama keluarga pun terabai apa.

Anonymous said...

sabar adik..akakpun rasakan semua itu kalau nak di ukur air mata akak pagi dengar takbir ntah camna banyak nya...akakpun mohon sejuta kemaafan sempena ari mulia ini andai ada silap dah terkasar bahasa....

Ron Veronicazo said...

tulisan berdasarkan kisah benar yang dialami sejak beberapa tahun yang lepas kaini.. ngeh3.. selamat hari raya puteri_sandakan.soit. maaf zahir dan batin. ada masa nanti aku pasti akan lawat lagi kamu dan koleksi lalangmu itu.

Anonymous said...

mas bah :-s..
tahun ni tahun paling sedi buat aku..
mlm raya dgr saja takbir air mata mengalir..
tambahan pulak tiada sapa pun yg call..
no-8 tu kahkahkahkah :)macam tujukan ke aku saja ni...

Anonymous said...

Facet : ala leks la, emo hari raya mmg cam tu.kau tak pernah berenggang dengan keluarga, so, ko tak tau apa kami rasa.. hahah..

kak ram : mahu berkirim ketupat ginseng satu tan. hahahah

madu beracun: bercakap melalui pengalaman kan.hahahah

baco : leks ba, kita emo sama2 ah?

Anonymous said...

Dialog - Hari Raya per-1 yg membencikan...
(dtg bertandang bkn nk bertanya kabar... lemau!)

Si Kolot: Kau ni bila nak kawin? Dah tua sangat ni nanti expired! (gelak mcm org xde otak!)

Aku: Aku belum cukup bodoh utk kawin... Tunggu la aku jadi betul2 bodoh dulu...

Si Kolot: Oh, kau nak tunggu mak bapak kau mati dulu baru kau nak kawin kan? (sengih dgn muka sinis sambil berlalu pergi...)

Nasib xde org mati hari raya pertama tu... (sbb aku tgh pegang pisau potong ketupat)
Kesimpulan: Raya dgn famili & relative bkn best sgt pun... @_@

Perempuan Pemimpi said...

Rara : hahahah...leks lar weh.. weh raya ni, ko tak jemput aku pun datang rumah ko kan...lalalala raya sebulan ni wei..