Monday, March 30, 2009

Semua sama rata.









Ciptaan Allah memang sangat menakjubkan.

Percayalah setiap manusia ini memang sangat berbakat, cuma kamu perlu mencari diri sendiri dan chemistry terhadap bakat kamu sendiri.

Tribute untuk teman baru, Sera.

Kepada kamu, sila teka mana satu shoot aku dan shoot Sera. Semua gambar aku yang edit. Opkos la yang ada muka Sera, tu aku yang shoot. Yang lain tu, sila teka mana satu.

Sunday, March 29, 2009

Ini di Sandakan ok. (updated!)

Telah Dikemaskinikan.

pic taken by : Sera
Tomie & Patzi

Pic taken by : Tomie

Sera.


Ari tu keluar dengan Sera, Patzi dan Tomie. Tomie ni sedang balik bercuti, kerja sebagai ahli bomba nun di Kota Kinabalu. Gila banyak cakap si Tomie ni, tapi muka bajet cam jejaka pemalu saja..hehehehe..Lepak minum dekat Harbour Bistro ni memang best lah. Tepi laut dan bersebelahan dengan Kem Navy, Sandakan. Tapi bistro ni serve arak, orang putih dan ala-ala orang putih yang perasan selalu la tuang arak. Pekerja sini ni kompem Islam.

Cantik tak scene waterfront tu..

Lepas saja lepak di waterfront tu, kitorang planning mahu mencari seorang rakan chatter kami. Dia ni agak misteri sedikit tapi cukup popular di kalangan kawan-kawan kami. Bila ada gathering, memang payah nak ajak dia ni. Apatah lagi kalau saja-saja nak jumpa dengan dia ni. Yang menghairankan aku, dia ni dulu bekas jiran aku masa kat Kompleks Ibu Pejabat Polis Bahagian Sandakan, Sandakan. Dia kenal dengan seluruh ahli keluarga aku, no wondering la kan kalau aku nak jumpa dia ni. Kalau dulu, tak ada sebab la aku nak jumpa dia kan sebab aku kan masih berada di tanah semenanjung. So, malam tu kitorang planning nak cari dia lah. Informer kami, Bro Ligong telah memberitahu nama bapa kepada kawan kami tu. Ya la, nak cari dalam kompoun polis, kita kena tahu nama bapa atau emak yang bekerja sebagai anggota polis di situ. Lokasi pertama kami, Balai Polis Bandar Sandakan.

Ada perkara lawak yang berlaku di sini. Biasanya bila seseorang tu banyak bagi soalan kat kita, kita mesti cakap dia ni keja polis ke, nak tahu sangat benda-benda ni. Aku dan kawan-kawan lain pun tanyalah kat abangs polis yang mungkin tengah bertugas di pondok pengawal. Kebetulan terdapat 2 orang anggota lain di situ yang aku saspek adalah pegawai anggota polis yang berpangkat sedikit. Hehehe, hensem saja muka pegawai tu. Lagipun abangs polis yang kitorang tanya tu panggil tuan kat pegawai yang aku saspek tu. Kompomla pegawai atasan dia kan. Tetiba pula, pegawai yang hensemssss tu tanya banyak soalan kat kitorang. Tak sangka pula, dalam hati kitorang suma ada dialog yang sama :

"Dia ni banyak tanya, dia ni polis ke...erkkkk....memang polis pun."

Kahkahkah...padan muka.. Lepas tu abangs polis yang tengah bertugas tu pun syorkan kami ke Kompleks Ibu Pejabat Polis Bahagian Sandakan, Sandakan. Huhu, dah lama tak masuk tempat ni pun, mungkin ada dalam lebih kurang 12 tahuns. Masa kat pondok pengawal pun, ada 2 orang anggota tengah bertugas. Aku dan kawan-kawan aku pun memulakan edisi siasat. Betul juga kata anggota tu, terdapat beberapa orang yang bernama yang sama. Tetapi keyword kami adalah pegawai yang kami cari adalah berpangkat OCS dan OCPD. Dan setiap pangkat tu hanya ada seorang saja yang memegang title tersebut di daerah Sandakan ni. Memang susah nak detect la nampaknya. Last-last, aku minta Patzi call direct saja ke number pon member tu. Tak berangkat pun. Kitorang pun pergi ke blok kediaman, rindunya dengan tempat tu.

Aku kan membesar di tempat tu selama lebih kurang 17 tahuns sebelum pindah ke tempat sekarang ni. Memang automatik kerinduans aku tu datang melanda.. hahahaha..ada 2 rumah keluarga yang kitorang terjahhhh bertanyakan soalan. Ada akak seorang tu suruh kami ke Batu 4 punya kuarters. Aduh tak sanggup aku, lagipun aku ni pun follow Patzi punya kereta saja.

Kami pun teruskan perjalanan pergi memakan bakso. Mula-mula singgah ke medan selera dekat Dewan Masyarakat Sandakan, tapi bakso tiada dijual. Kitorang pun ke Pasar Malam yang berdekatan dengan pejabat Pos Besar. Tapi hampeges sungguh bila bakso tu tak sedap, sudah la mahal..kakakaka...tu pasal aku tak snap pun. Lepas makan bakso, singgah kedai kek kejap sebab si Tomie mahu pajak kek untuk besday adik dia. Then, kemudian balik.

Haih. Nampak sangat macam aku dah malas blogging kan. Ayat skemas baik punyaaa :)) chow!

Tuesday, March 24, 2009

Outing Dengan Sera, Patzi dan Ain

Mereka semua ni rakan cyber aku (Chatting dan Blogging), dah jadi rakan realiti pun. Kebetulan Si Sera ni tengah balik bercuti di Sandakan, jadi kami semua pun deal la mahu keluar. Biasala perempuan, mesti tak on time. Hehehe..tapi tak apala, lain kali kalau janji pukul 2 petang, pukul 3 aku datang pula. Kitorang lepak di Bawang Merah Restaurant dan kemudian pergi ke sekitar ke Tembok Sandakan pula. Jadi apa lagi, shooting scene la. Si Sera tak payah nak suruh action dah memang pandai syok sendiri pun hahahahha... tapi Patzi dan Ain masih malu-malu. Tu pasal gambar dorang tak banyak. Lepas tu, kitorang hantar Ain ke Pasar Besar Sandakan. Mula-mula plan mahu balik terus, tapi Patzi ajak keluar jenjalan lagi. Tiba-tiba kitorang blank sebab tak tahu nak pergi mana. Lastly kitorang pergi tengok wayang saja la, movie The Rock- Race to The Witch Mountain. Cerita dia not bad la, buat saspen dan pawagam sempat terkejut seketika bila terdengar si Patzi tiba-tiba menjerit kah kah kah. Apa pun, kitorang plan mahu membuat gathering Sabah Chatter (YM) di Sandakan pada bulan Mei ini. Jadi, kamu + kamu+ kamu+ di luar sana? Jom sertai gathering ini. Keterangan lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.























Monday, March 23, 2009

Saturday, March 21, 2009

Siti Aishah dan Baby Ain.





Mahu mengajak kanak-kanak bergambar adalah perkara yang paling susah aku nak buat kalau aku nak shoot gambar kanak-kanak. Termasuk si Siti Aishah ni lah. Sebab terdapat kanak-kanak yang takut dan pemalu. Jadi untuk mereka berdua ni, aku telah jamu kan dulu dengan milo dan biskut beserta goreng pisang. Lepas bergambar, baru aku ambil gambar mereka ni. Ada kawan-kawan bertanya tentang kamera apa yang aku pakai. Mungkin ada yang tak percaya bahawa aku pakai kamera DSLR Nikon D 40 sahaja. Kaler-kaler yang kamu lihat ni adalah hasil edit-tan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop yang paling basic sekali; Adobe Photoshop 7.0. Edit-tan aku kali ini tidak banyak, aku hanya mengurangkan warna-warna dalam gambar ni. Saja buang tebiat.

Esok ada temujanji sosial dengan Sera dan beberapa teman blogger dan chatter yang lain (mungkin?). Sekadar memenuhi ruang hari minggu kami dan membincangkan agenda-agenda belia Sandakan. Hahahaha..bunyi macam serius. Ya, aku sedikit serius. Hehehe..ok. Daa...

p/s : Siti Aishah sedang berhingus.
p/s/s : Si Baby Ain tu memang susah sangat nak senyum
p/s/s/s: oh ya, aku rindu kawan lama. Sentul ke tu?

Thursday, March 19, 2009

Bayang-bayangmu.






ada sesiapa rindukan tanah air sendiri? Sebutkan 5 perkara menarik tentang kampung anda.

Ya, saya sedikit down.


Saya sudah malas mengedit gambar. Kamu semua tengoklah warna-warna indah dari Nikon D 40 saya. Ada part-part tertentu saya akan edit, tetap bila outdoor shots, saya kurang gemar mahu mengeditnya. Nanti esok belanja saya kamera baru, ok. Dalam jangka masa sebulan ini, saya telah menghadiri seisi pengambilan tertutup satu jabatan kerajaan. Mula-mula saya sungguh hepi, tetapi awal minggu ini saya sedikit down. Kamu semua bayangkanlah, saya sudah menghadiri peperiksaan khas dan interview untuk jawatan itu. Saya bukanlah menaruh harapan tinggi pun, sebab saya tahu calon-calon lain juga berkelayakan. Cuma kelayakan akademik saya sedikit tinggi dari mereka. Biarpun jawatan tu gred rendah tetapi mereka memberi peluang kepada saya untuk menghadiri peperiksaan dan interview.

Kemudian Isnin yang lepas saya diminta untuk mengambil surat keputusan. Kalau kamu, kamu mesti sudah expected kamu boleh mendapat jawatan itu sekiranya berada dalam kondisi begini kan. Rupanya, permohonan saya telah ditolak. Yang buat saya sedikit down, kenapa kalau permohonan saya sudah ditolak, saya diminta mengambil surat dukacita dari jabatan itu. Semasa saya dihubungi, saya sempat bertanya result saya itu macamana. Sebab saya berkira-kira untuk tidak mahu membuang masa dan duit untuk mengambil surat dukacita itu. Tetapi kerani jabatan itu tidak menyatakan apa-apa.

Kakak saya bertanyakan hal ini kepada staf 'rapat' di situ. Saya ditolak kerana saya mempunyai kelayakan degree. Jawatan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelayakan saya yang sedikit tinggi itu. Jawatan itu telah ditawarkan kepada 3 calon lain, dan salah seorangnya bukan orang Sandakan. Calon-calon SPM saja.

Ok, saya terima kedukaan cita itu. Cuma yang saya bengang, sistem pengurusan yang tidak profesional yang tidak tahu menggunakan common sense mereka sendiri. Saya tidak pasti di jabatan lain bagaimana, tetapi saya tahu setiap jabatan diajar untuk mengendalikan tugas dan tanggungjawab berdasarkan kredibiliti masing-masing dan latihan asas semuanya sama. Apasalahnya surat dukacita itu mereka kirimkan dengan menggunakan setem 30 sen, atau kerani yang malas membangunkan punggung untuk mahu ke pejabat pos yang berada di ground level bangunan itu. Office boy pun ada.

oh ya, saya terlupa. Penemuduga itu pernah menyoal saya, apakah saya sanggup bekerja untuk kerja yang bukan kerja saya. Sebab perkara itu adalah perkara biasa di dalam sesebuah organisasi katanya. Oh patutlah, saya dibuat begitu. Patutlah jabatan kerajaan ini dikatakan lembab. Maaf ya, saya sedikit kasar.

Lagi satu. Memang agak payah untuk pemegang ijazah untuk mencari kerja di negeri sendiri. Selain daripada permohonan SPA, sekarang ini kerajaan memperkenalkan skim pekerja kontrak. Tetapi berapa sangatlah jumlah jawatan yang ditawarkan. Paling kurang pun, kronisme berlaku di mana-mana jabatan kerajaan. Mahu masuk swasta lagi lah haru. Jadi, saya fikir eloklah jawatan-jawatan kontrak kerajaan ini diberikan kepada para siswazah yang menganggur berbanding mereka yang baru lepas SPM. Ada hutang PTPTN yang mahu dibayar... Hal-hal sedemikian seolah-olah memberi jawapan kenapa rakyat Sabah masih belum mengalami pembangunan yang mampan macam negeri lain.

RM600 juta peruntukan diberikan pada setiap tahun kepada negeri Sabah. Tetapi, kenapa Sabah masih dalam keadaan yang sangat terdesak. Apakah pemerintahan kerajaan negeri Sabah dilantik di kalangan mereka yang tidak berpendidikan tinggi, tidak tahu apa itu cabaran globalisasi, malah mungkin mereka tidak tahu pun apa itu keperluan hidup? Yang penting mereka tahu, gaji setiap bulan itu adalah hasil penat lelah dari arahan-arahan dari Top DOWN saja. Maka tidak hairanlah, kenapa banyak siswazah lebih suka berada di Semenanjung Malaysia, dan bukan di negeri sendiri.

Mungkin saya sedikit cemburukan bagi mereka pemegang SPM. Saya juga pemegang SPM. Kalau saya didapati menipu tentang kelayakan akademik saya untuk jawatan itu, hidup saya akan huru hara. Mungkin saya akan disenaraihitam untuk mengambil jawatan di dalam struktur kerajaan. Siapa lagi mahu membangunkan negeri Sabah ini, kalau bukan siswa siswi yang mengambil risiko untuk menyambung belajar dan mengharapkan pekerjaan yang bagus. Taraf kehidupan di sini juga mesti diambil kira. Barang-barang keperluan agak mahal berbanding di Semenanjung Malaysia, dan gaji agak murah. Saya mengambil risiko ini untuk kembali ke kampung halaman sebagai langkah untuk membangunkan negeri sendiri. Saya bukan memilih pekerjaan.

Mungkinkah akan wujud haluan lain yang akan menyokong lebih ramai mereka yang berijazah ini untuk tidak kembali ke negeri sendiri? Saya tidak mahu diperintah oleh mereka yang hanya tahu berpolitik, tetapi bila di Parlimen mereka hanya tahu menimbulkan isu yang panas tetapi berhujah dalam ilmu dan pengetahuan yang tidak up to date.

Okla..saya mahu balik..

Wednesday, March 18, 2009

Pagi tadi.


aku: pelangi tu ba, nda ko wondering ka
aku: kenapa dia cantik
Bokbon: bising ka
aku: betul ka tu ada pari pari sana
Bokbon: mana..nda nmpk'
aku: kalau la bleh p sana
aku:
Bokbon: betul.tp bkn pari2.bidadari 7 org..tgh turun mandi.kata abang saya
aku: pari2 tu bukan bidadari ke
Bokbon: dia bilang lagi, kalau pg sana pigi mana ja kita mau pigi buli..wish saja
Bokbon: bidadari=angel pari2 =fairy
aku: abang kamu sudah ke sana ke
Bokbon: belum.masa tu umur saya 7 8 tahun
aku: abang kamu?
Bokbon: dia bilang lg, jgn tunjuk nanti putus tangan
Bokbon:
Bokbon: sweetnya memori haish
aku: kata emak saya, jangan tunjuk, jari jadi bengkoks
Bokbon: mcm2
aku: abang kamu umur berapa?
Bokbon: abg saya 77
Bokbon: satu lg 79
Bokbon: berminats?

(aku berminat nak tahu pasal pelangi, dia offer abang-abang dia pula)

Gambar ini saya ambil pagi tadi. Masa ini saya belum gosok gigi dan tak mandi lagi. Gambar diambil pada pukul 6.40 pagi. Hairan juga saya,mengikut pengetahuan saya yang tak seberapa ini, pelangi muncul pada ketika hujan panas. Tetapi hujan sebenarnya turun sejak dari pukul 4 pagi lagi. Matahari pun belum muncul. Sejuk woo..

Ada sesiapa pernah ke pelangi? Mesti jari kamu sudah bengkok kan?

Saturday, March 14, 2009

No. 6 .

Instruction:

Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Dapat tag dari Dang Yunos. Dari folder No. 6 dan gambar no. 6. Sekarang aku mahu tag, 6 sahobat handai aku pula la.

1)Madu Beracun
2)Cieka Pisces
3)Don
4)Haris (ko tak jawab lagi tag yg lepas hah! ni kerja skola tuk kau)
5)Pert
6)Sera

Wednesday, March 11, 2009

Kalau kamu, macam mana?

Hari ini aku online dengan mood yang biasa-biasa saja. Semalam aku pergi intibiu satu position dalam government. Aku tak mahu cerita pasal itu, sebab aku tak mahu lah. Hahaha.. Jadi kiranya hari ini aku macam sedikit relaks. Aku macam kamu juga, masih main Friendster. Facebook pun aku main juga. Tinggal 2 portal tu sajalah yang aku masih nak buka. Myspace pun masih ada, tapi macam dah lama aku tak pedulikan.

Aku nak tanya kamu lah. Macam mana nak lupakan bekas ex kamu yang lepas? Soalan ini ditujukan pada mereka yang mempunya ex lah. Exes kata Madu Beracun. Hahahah.. Walaupun aku dah break dengan ex aku tu hampir 2 tahun, tapi aku masih ingat kat dia juga. Ingat biasa-biasa lah. Tapi, biarpun dia yang KASIK tinggalkan aku, aku selalu mengharapkan ex aku tu supaya kehidupannya baik-baik belaka. Maklum lah, pernah jadi kekasih kamu, tak kan lah kamu tak pernah ingat langsung.

Aku tinjau-tinjau Friendster aku. Tiba-tiba aku teringin nak tinjau ex aku itu juga. Hahaha..mesti lepas ni kamu akan masuk ke Friendster aku kan? Dipendekkan cerita, aku memang terkejut masa tinjau-tinjau tempat gambar Friendster ex aku tu. Aku tertinjau gambar-gambar bogel seorang perempuan. Dulu aku pernah tanya pasal perempuan ni kat ex aku. Ex aku pun cakap memang bekas gf dia juga. Tapi macam aku curious mana lah tau salah orang kan. Aku buat comparison dengan gambar-gambar perempuan lain dalam Friendster tu. Memang confirm pun.

Kamu tahu, perasaan aku sungguh down sekarang ni. Macam-macam aku fikir. Mungkin ini petunjuk Tuhan. Aku kesian juga dengan perempuan tu. Badan berbogel tapi kepala masih bertudung. Aku tak fikir itu teknologi punya hasil, sebab aku tahu ex aku tu pun bukan kaki teknologi macam kamu.. Hahahaha..Tapi aku pun macam tertanya-tanya tentang hidup. Aku ni kaki observer.

Ayat-ayat cinta berkata: Lelaki baik akan ditakdirkan untuk wanita yang baik. Begitu juga lah sebaliknya.

Jadi, aku ini baik atau sebaliknya? Kenapa aku masih nak ingat dengan kisah-kisah lama? Adui.

p/s Friendster aku mempunyai 3++ kawan saja. Jadi, kalau kamu jumpa pun, jangan ketawakan ya. Dulu aku rasa ex aku tu hensem. Tapi bila dia kembali jadi penagih semula, dia tak hensem dah. Hihi. Jangan terlalu jadi judgemental ok. Muah.

Monday, March 9, 2009

Soalan tak terduga buat jantung aku jadi segiempat sekejap.

Masa aku sedang tengok rancangan Ujibakat AF7 2 hari lepas (kebetulan bapa aku pun ada sama), tiba-tiba dia tanya aku soalan yang buat aku terkejut sedikit. Soalannya berbunyi begini:

“Mana kau belajar menyanyi, Ni?” – Ni adalah nama gelaran manjarks aku di kalangan ahli keluarga terdekat aku. Aku pun heran lah, kenapa tiba-tiba bapa aku tanya soalan macam tu.

“Belajar menyanyi apa pula, pak?”

“Haih, malam masa Along harijadi tu. Tak sangka pula kau boleh menyanyi.” Aku pun blur. Masih blur.

Bila aku cerita kat mak aku pasal soalan bonus tu, mak aku pun turut tak sangka sama. Aku tak tahu lah penilaian diorang macammana. Aku cuba ingat-ingat balik. Macam aku cakap, adik aku dapat sponsor free dari bekas bos lama dia. Sponser set karaoke dengan speaker GDL nya yang buat-aku-rasa-nak-ada-sebijik-saja. Adik aku ajak nyanyi lagu featuring, lagu Suralaya Di Dalam D Major. Ala Amy Search punya lagu dendangan lah. Sebelum ni pun, kitorang pernah bawa lagu ni guna set karaoke sendiri saja. Aku berdebar juga malam tu sebab aku tak pernah publish suara depan orang ramai yang tak berapa ramai. Adik aku tak hairan lah, memang residen artis Sandakan. Ahaks, tak sangka pula aku akan dapat tepukan g*muruh malam tu. Aku sengaja bagi HASH, supaya kamu tak muntah membaca entry ini.

Pernah tak kamu kena soal oleh soalan-soalan yang kamu tak jangka langsung dalam hidup ni? Ala, soalan bapa aku tu biasa saja. Tapi boleh buat perasaan aku ni macam aku telah perform satu persembahan suara yang b*st. Aku sengaja bagi HASH, supaya kamu tak muntah membaca entry ini. Soalan yang tidak terjangka ini aku rasa memberi kejutan kepada diri aku. Aku ada dua orang kawan (kawan-kawan aku itu masing-masing lelaki dan perempuan) yang telah memberikan soalan buat aku berfikir-terkejut seketika. Kamu nak tahu?

“Kau ini lesbiyan, ke?” – memang buat aku panik, sebab seingat aku nafsu serakah (kahkahkah) aku masih kat lelaki. Cis, budak bawah umur sila belajar analytical thinking atas apa yang akak tulis ni ya. Aku pun tanya lah kenapa?

“Habis kau selalu cakap pasal kecantikan perempuan, kau kenal sangat banyak perempuan popular, kau suka cakap pasal fesyen bla..bla..bla..yada..yada..yada,” – Aku fikir Bokbon terkejut baca entry aku ini sebab dia selalu buat-buat gay dengan kawan-kawan dia. Aku benci bila dia buat begitu. Siapa Bokbon? Ah, cerita lain. Satu fakta tentang Bokbon yang baru kamu ketahui ialah dia lelaki.

Aku pun cakap dengan kawan aku itu, salah ke aku cakap pasal perempuan? Kalau aku cakap pasal lelaki, secara KERAP nanti tak pasal-pasal aku kena cop perempuan tengah naik hormon. Bila kawan lelaki aku pula yang tanya soalan yang sama terhadap aku, aku tanya dia balik apa yang dia buat fikir aku ni lesbiyan. Dia kata:

“ Bila aku chatting dengan kau, aku tak rasa kau ni berlagak cam perempuan. Boleh je masuk benda-benda yang aku nak cakap. Kiranya cam cakap dengan kawan lelaki lah. Lagipun kan kau kan single, tak ada boyapren. Sikit-sikit frust terus jadi lesbian.” Kahkahkah. Kawan lelaki aku itu memang very the mangkok hayon you all know.

Pelik ya. Aku punya straight person macam ini boleh pula kena tuduh macam tu. Pelik ke aku selalu cakap pasal perempuan punya hal, aku ni kan perempuan. Perempuan mana yang tak berangan nak jadi cantik macam perempuan lain, yang cantik? Pelik ke aku bercakap pasal American Next Top Model tak pun pasal Malaysia Top Beauty? Pelik ke aku boleh communicate dengan kawan lelaki aku tu dalam rentak yang buat dia selesa. Haiyo, memang lah aku single, tak bermakna aku frust terus terpikir nak jadi lesbiyan pula.

Hah, jangan pula kamu fikir aku boleh masuk mana-mana alam manusia ini, kamu cop aku ini baiseksual pula. Ini kita cerita pasal seksual sikit lah. Aku sedih tau bila kena anggap macam itu. Jadi blur pun ada juga. Sebab aku mula memikirkan di mana step aku yang janggal sampai orang pikir aku macam itu.

Tapi, aku juga memikirkan pasal kedua orang kawan aku itu. (mereka ni sesuwatuh ker @kening)

Aku tak marah pun, tapi aku terasa tau. Atau mungkinkah mereka kerap memikirkan atau imaginasi kan hal-hal seksual sendiri? Ah ha. Aku tak cop kamu apa-apa, jadi jangan cop aku ini macam mana.

AF 8 aku berusia 30, jadi aku bagi peluang lah pada kamu yang jauh lagi muda. Kahkahkah.