Saturday, February 28, 2009

Macam sudah penat.

Semalam aku baca archive seorang blogger. Aku bukan stalker tegar, ah stalker itu kau boleh apply pada mereka yang mengikuti perkembangan engkau. Aku baru saja kena cop macam stalker, yang bikin takut. Sudah terang-terang kamu seorang blogger,aku pula dah announce awal-awal bahawa aku ini pembaca blog kamu, lalu mencabar pembaca dengan soalan: apa lagi anggapan-anggapan kamu terhadap aku? Mungkin aku over-exposed skill observer aku, lalu aku jawab sampai 13 point. Apakah dia terkejut, macam aku dah hit the nail. Macam Huha kata. Lainkali aku tamau jawab soalan macam itu. Kata aku stalker, macam dia tu selebriti berbayar. Ngehh! Sori, aku tidak menyertakan link blogger yang aku maksudkan. Cari sendiri, buwek.

Siapa Huha? Ah, cerita lain.

Aku ulang sekali lagi. Semalam aku baca archive seorang blogger. Simple saja, tidak banyak tentang perkara diri sendiri. Tetapi salah satu entrynya buat aku rasa macam tersentak. Sila rujuk ayat selepas Ngeh! di dalam perenggan pertama di atas. Aku pun macam rasa sudah penat. Tiada pertandingan pun sebenarnya. Tetapi, aku yakin setiap dari kita akan mendapat soalan-soalan kehidupan yang memerlukan jawapan. Tidak boleh tidak. Semua soalan akan menagih jawapan.

Haih. Aku tidak biasa untuk entry bukan straight ini.

Macam rumit. Apabila terasa jawapan sudah diperolehi, pasti akan timbul soalan lain. Begitulah keadaan seterusnya. Terus…terus…terus…dan terus menerus. Soalan dan jawapan akan timbul saling berkait. Sebab itulah aku kata aku macam sudah penat. Kalau bukan menjadi tuntutan, pasti aku tidak mempedulikannya.
Kamu rasa, aku cakap soal apa ni?




















































Klue : buweks.

Thursday, February 26, 2009

Tekk lagi:Jiran.

Kerap ber-entry pasal diri sendiri sudah tentu memualkan kamu. Apa kata aku tag kamu lagi? Mari bercerita pasal jiran-jiran sekeliling kamu. Tidak tertakluk hanya pada kawasan kejiranan rumah, bolehlah merangkumi ofismate kamu, hostel kamu, kedai kamu, asalkan tidak kurang dari 100 meter persegi. Ala skop yang kecil lah kan. Kalau kamu mahu, sertakan juga gambar persekitaran jiran kamu. Aduh menarik?

Cek nama kamu:

Kematz

Facet

Kuda Tarabang

Madu Beracun

Seracurly

Pet

Ahmad Buster

Dang Yunos

Kak Angriani

Haris – kau ada blog yang kurang serius ke? Nanti apa kata penyokong ko pulak =))

Adinda Chieka

Kak Maya – sis, kalau ko berani ko jawabla tag ni hahaha.

Mummy As – tunjuk burung tiung ko tu =))


Jiran-jiran aku.

1) Setiap rumah mempunyai kanak-kanak, kecuali rumah aku.

2) Berbilang bangsa dan harmonis – Suluk, Dusun, Visaya, Bajau, Sungai, Bugis dan Kadazan

3) Terdapat 2 buah rumah yang suka main karaoke kuat-kuat seawal 7.30 pagi

4) Hanya seorang jiran yang tidak bewarna hitam rambutnya, kaler oren

5) Kanak-kanak di sekitar rumah aku ini mempunyai bakat dalam menyanyi, serius aku cakap!

6) Terdapat 5 keluarga pesara polis di sini, dan 4 darinya pernah hidup berjiran selama bertahun-tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan

7) Hampir setiap rumah mempunyai haiwan peliharaan sendiri. Kucing mendominasi segalanya. Kalau kamu tanya rumah siapa yang macam zoo, mereka akan tunjuk rumah Pakcik Yunos.

8) Setiap rumah pasti ada tanaman perhiasan seperti bunga kertas atau kaktus. Tapi kalau kamu tanya rumah siapa macam hutan, mereka akan tunjuk rumah Pakcik Yunos

9) Terdapat beberapa orang jiran yang boleh berbahasa lebih dari 3 jenis bahasa tempatan

10) Saban bulan pasti ada kes kanak-kanak yang terjatuh dari jambatan, dan kebanyakannya berpunca dari kenakalan kanak-kanak itu sendiri. Contoh lain, ada seorang kanak-kanak bernama Ungga telah terjatuh ke bawah jambatan kerana terkejut oleh salakan anjing. Padahal anjing tu menyalak sekali saja. Eh, salah seorang adik aku pun pernah terjatuh ke bawah jambatan. Tanya aku kalau kamu nak tahu cerita sebenar. Hihi.

11) Bukan hanya kanak-kanak, bapa kanak-kanak juga bermain layang-layang. Tetapi mereka bermain layang-layang di atas jambatan saja. Refresh masa lepas yang tertinggal kata mereka.

12) Ada 8 orang muallaf.

13) Hanya seorang penduduk di jambatan kami mempunyai masalah kalau jambatan sedang diperbaiki. Biarpun terdapat titian alternatif telah dibina, dia tetap tidak akan melalui titian alternatif itu kerana jisimnya yang agak lebih sedikit berbanding orang lain. Dia lebih rela turun ke tanah dan melalui kawasan bawah jambatan. Nasib baik bukan keadaan air sedang pasang. Penduduk tersebut adalah aku sendiri. Haha.

14) Ada seorang transeksual yang berkemahiran dalam memotong rambut. Dan, tidak seperti aku, ada boyfriend. Tapi dia ni baik. Biasanya pakai baju t-shirt dan seluar pendek paras lutut. Mak aku pernah nampak dia sedang ber-bra.

15) Keluarga Tator (Tanah Toraja) yang sangat helpful.

16) Where do you want to go? Oh, Meet Uncle Hussein. (Pakcik Hussein adalah ketua kampung sebelah)
17) Aik! Karan tiada? Ya, mungkin lembaga datang.

Kahkahkah. Jawab tag ini kemudian, tag yang lain. Buwek.

Wednesday, February 25, 2009

Bukan Lomo ok =))

Macam kulit album band indie kan hahahahahahha

Comel sungguh aku kan, masa ni form 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan, Sandakan.

di belakang gambar ni ada words Charlie's Angel.. hahahahah... tu Bonda Sumandak@Black Bobohizan (yg agak hitam tu) hahahhahaa..

Senior woooo...sori Haris, ko tak ada =))

Alahai, aku lagi kiyut dari kamu semua...hahahahahahhaha..

Masa umur 3 tahun.

Sweet-sweet kan, campuran Suluk dan Dusun..nyehhh!



Tuesday, February 24, 2009

Ludah beramai-ramai? akkakakakakak


Masa aku buat entry ini ialah pada hari Isnin (semalam). Kamu nak tahu, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang lepas aku telah menjalani rawatan pemulihan ingatan aku sendiri. hahahaha…. Mahu dijadikan cerita (nak dijadikan cerita), Mak aku telah kehilangan henpon pada hari Jumaat yang lepas. Aku merupakan pengguna terakhir henpon tersebut. Tengahari Jumaat tu, aku tengah tidur. Sebab aku baru balik dari salah paham yang sangat kronik. Ya, cerita lain. Masa tu tengah hujan, seronok best layan tido. Tiba-tiba mak aku kejutkan aku sebab aku terima PANGGILAN-HANGET dari kawan aku, Die. Kacau betul, dah la pagi tu aku bangun awal untuk pergi ke salah paham yang sangat kronik. Dalam aku tengah on call dengan kawan aku tu, tiba-tiba lagi aku terima call dari Dang Yunos. Dang Yunos nak cakap dengan mak aku, tapi kebetulan masa tu mak aku tengah solat. So, dia suruh aku sampaikan pesan saja lah. Bila dah habis calling-calling, kebetulan mak aku pun dah habis solat, aku sampaikan pesan Dang Yunos tu kat mak aku. Kebetulan, mak dan bapa aku tengah santai-santai kat ruang tamu. Aku pun letak henpon tu kat rak-rak piala glory-glory-glory adik aku kat ruang tamu tu lah. Aku sambung tidur lagi, pastu dalam kul 2.30 petang aku terdengar henpon mak aku tu berbunyi menandakan menerima msg dari luar. Aku pun pegi tengok la, kebetulan aku tak dapat tidur lagi.

Ala, msg free dari selkom.

Aku buka nak nonton tv, oh…ada Lipstick Jungle pukul 3.00 petang tu. Tapi, mak aku tiba-tiba keluar dari bilik dan kata nak tengok cerita Jelita la pula. Sib baik petang tu tak ada cerita Jelita. Aku pun menonton cerita Lipstick Jungle kul 3.00 hingga kul 4.00 petang. Aku tak tahu, hari tu memang aku mengantuk kaw-kaw gilak. Bleh pula aku sambung balik tidur aku….malam tu mak aku tegur aku, apasal Maghrib pun nak tido, sambil tanya kat aku mana henpon dia, aku selamba sleeping beauty kata lah henpon tu kat rak-rak piala kat ruang tamu. Tapi dia kata tak ada. Aku pun sambung tido-tak-tido malam tu sampai ke pagi, aku bajet maybe aku salah letak dan akan jumpa kemudian. Hebat, bukan?

Pagi tu aku bangun awal lagi, sebab aku nak keluar nak pergi ke tak lagi salah paham kali ni. Mak aku tanya lagi, mana henpon. Huh! Bengang pun ado, tapi aku teruskan juga perjalanan pagi tu. Sampai lah aku balik, aku kena tanya lagi. Aku memang kompom letak henpon tu kat luar. Tu la aku cakap, dari hari Jumaat hingga Ahad lepas aku menjalani sesi pemulihan ingatan aku. Dah puas dah aku nak ingat, tapi tak boleh retrieve balik.

Kitorang pun guna macam-macam idea logic la. Henpon mak aku tu jenis Sony jenis lama. Aku masih ingat, henpon tu ada lagi satu bar bateri petang tu. Bapa aku miskol pun, masuk mesin. Lagipun, kalau henpon tu dah habis bateri, dia tetap akan mengeluarkan bunyi amaran selang 15 minit suruh kita charging henpon tu. Keadaan keluar bunyi amaran tu setakat ini akan bertahan selama 2 hari. Jadi, kalau la aku tersalah letak kat mana-mana dalam rumah ni, mustahil lah kitorang tak dengar. Kau boleh bajet henpon dulu-dulu bunyi dia nyaring camana kan? Haduh, tension ok, aku nak mengingat susur galur cerita tu. Ya la, kan aku yang last guna henpon tu. Pelik pun ada juga. Kitorang tak menerima tetamu dalam jangka masa 2 hari tu pun…tetapi…

Ahad tu aku ada pegi online, masa aku balik dari online, mak aku story mori kat aku.

Aku ada pergi jumpa orang pandai.

Sapa orang tu?

Ada lah. kawan-kawan yang suruh pergi jumpa.

Jadi?

Henpon tu dah kena ‘ambik’. Orang tu lelaki, bukan budak-budak bukan juga orang tua. Tapi henpon ni masih ada ngan dia.

Wuih. Canggih siot.

Orang pandai tu cakap, dia tak janji la camana. Tengok la dalam 2, 3 hari ni. Mudah-mudahan dapat petunjuk la.

OooooOoooooo…

Mak aku tak tuduh la juga. Petang tu, ada jiran ni datang ke rumah nak jual papan second hand. Jiran sebelah jambatan pun. Tapi, mak aku lambat buka pintu sebab mak aku tengah solat Asar. Mak aku cakap, dia tak nak beli sebab tak cukup duit. Sebab sebelum ni pun, mak aku pernah beli papan second hand dengan dia. Kau boleh bajet ambil air wuduk dan solat sekali tu berapa lama kan? Kebetulan, pintu ruang tamu tu tak terkunci, sebab bapa aku keluar. Tapi biar pun tak berkunci, pintu tu agak ketat sedikit.

Dah lama aku tunggu kat luar ni, makcik.

Kalau korang, dah tak ada orang jawab panggilan korang dalam suatu jangka masa, korang tunggu lagi ke kat anjung rumah (kalau rumah korang ada anjung rumah la)? Tapi, bagi aku. Mungkin dia tu dah buka pintu rumah kitorang nak tinjau kalau-kalau kitorang tak dengar kan? Dia kan datang nak business, tu pasal dia tunggu. Kan? Kan? Kan?

Kebetulan, anak jiran aku (kira budak ni dah biasa datang rumah aku la) bagitau kat mak aku. Dia ternampak henpon tu ada kat orang tu. Budak ni memang membesar berjiran ngan rumah aku. Jadi, dia memang kenal henpon tu.

Hahahaha… yang aku rasa lawak dan sedikit terkejut, bila aku mesej dan bagitau pasal henpon tu kat Dang Yunos..

Ada urang pandai maninguk hp 2 sm siapa? Ui, hibat! Ba, klu kejumpaan, ludah ba ramai2. Pastu kasi pth tangannya sblh. Mmg patut 2 spy tak mcuri lg.

Translet : Ada orang pandai yang dapat tengok henpon tu dengan siapa? Oi, hebatnya! Ok, kalau dah tahu sapa pencurinya, ludah beramai-ramai. Lepas tu patahkan tangannya sebelah. Memang patut pun supaya tidak mencuri lagi.

Kakakakakakakakakakakakakakak ….

Korang boleh imagine tak kalau makcik-makcik yang makan sirih cam mak aku ludah beramai-ramai kat si pencuri tu? Lepas tu hukuman patahkan tangan sebelah tu memang nampak lawak la. Kalau kat Arab, memang sah-sah kena potong tangan. Patahkan tangan lepas tu bila pencuri tu pakai tangan simen, jangan lupa letak design AKU-TAK-AKAN-MENCURI-LAGI kat sarung simen tangan tu kan..akakakak…aku tak boleh imagine si pencuri kena ludah beramai-ramai tu…terketar sambil ketawa aku baca msg adik aku tu!

Aku balas sms tu : aku tak sampai hati nak ludah sebab orang tu hensem…kakakakakakakakakakaka.

Aku main-main saja la. Tapi bab hensem tu, memang aku tak main-main. Hahaha..so sekarang ni memang tengah tunggu apa-apa movement la. Mana la tau, tetiba kat anjung rumah tu ada pula hamba Allah nak bagi telepon canggih monggih ke. Wow, harunya! Tunggu dan lihat saja la.

Tapi, kalau benda tu jadi, kalau korang la..apa korang buat?

p/s Panggilan-hanget : kawan aku menyamar jadi penjual insuran dari AIA. Tah datang bulan kot nak kenakan aku. Eh! Dia tak boleh datang bulan, sebab dia lelaki.

p/s/s Salah paham tahap kronik – er… ada la..

p/s/s/s Tak lagi salah paham – er…ada la…

p/s/s/s/s : hukuman ludah orang? akakakakakaka…sapa mahu join?

Sunday, February 22, 2009

Apabila lahirnya seorang bayi hasil dari zina, maka sayangi lah dia.

Aku tahu perkara ini berlaku di mana saja. Masalah akan timbul berdasarkan latarbelakang sesebuah masyarakat itu sendiri. Kalau di Barat, perkara ini bukan lah perkara yang besar kerana mereka sendiri bertindak terus maju ke hadapan; memikirkan jalan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini. Aku bukan menyokong perbuatan ini, tetapi aku mahu mereka ini berfikir ke hadapan dari pening memikirkan cakap-cakap orang luar.

Aku namakan bayi itu Muhammad Amirullah.

Aku tidak pasti kalau nenek kepada bayi itu mahu atau tidak menerima cadangan aku itu. Ya, seorang bayi lelaki telah lahir 4 hari yang sudah. Tengah malam hari ketiga, aku mendengar tangisan kecil Muhammad Amirullah. Bila pagi, neneknya datang ke rumah dan aku sempat bertanyakan hal tengah malam sebelum itu. Dia kata, ibunya tiada air susu badan. Oh.

Biasa lah. Apabila duduk bersantai bersama jiran, pasti ada cerita harian yang dibualkan. Sebenarnya, Muhammad Amirullah di bin kan kepada Abdullah, kerana bayi itu didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tiada surat kahwin mahupun kad pengenalan si bapa. Atas keegoan kedua belah keluarga, akhirnya bayi ini berbinkan Abdullah. Mungkin mereka punya sebab yang lagi besar kenapa perkara ini terjadi. Tetapi, aku memuji sedikit tindakan si nenek memfailkan kelahiran Muhammad Amirullah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan tujuan untuk meminta perlindungan, mahupun perhatian dari pihak berkaitan untuk apa-apa yang berlaku di masa depan. Mungkin si nenek takut kalau-kalau bayi itu diambil oleh pihak keluarga lelaki. Itulah aku cakap, atas dasar keras kepala dan tidak mahu beralah, maka ini lah keputusan yang diambil.

Mungkin aku sedikit sudah sedikit dewasa, lalu aku bertanya soalan-soalan bonus.

Makcik, aku rasa bapa budak ni mahu bertanggungjawab ke atas keluarga yang tidak jadi ini. Takan lah dia tak mahu memikirkan soal masa depan, lagi-lagi anak ni dah lahir.

Aku memang tak mahu lelaki itu pun. Biarlah, kalau budak ini sudah besar kelak, aku cakap bapa budak ni sudah mati ataupun lari.

Aku pun bungkam, aku malas mahu bertanya soalan-soalan lain yang boleh buat orang tua tu akan terasa hati kepada aku. Kan aku ini baik hati? Hehe.

Aku rasa, kalau semua manusia berkasih sayang di dunia ini, mungkin dunia ini akan aman damai. Mungkin kamu di luar sana memikirkan daya pemikiran masyarakat aku di sini yang sedikit belum berubah. Aku tak nafikan pun. Tetapi berubah atau tidak, perilaku itu haruslah disesuaikan dengan pegangan hidup, bukannya cengkaman ideologi mahupun adat budaya yang mendesak.

Aku belum berkesempatan mahu melihat Muhammad Amirullah, kerana dilarang oleh Mak. Mungkin dia takut aku boleh terkena tempias perbuatan itu. Nauzubillahiminzalik..

Tak apa, ini mungkin akan mengambil masa. Kadang-kadang aku kesian melihat nenek dan anak perempuannya. Mungkin mereka ini terdesak dan mengambil keputusan untuk mempertahankan diri sendiri dari di pandang negatif oleh orang sekeliling. Perkara yang salah itu sudah terbuat, jadi aku fikir mereka sudah bersedia untuk menghadapi apa juga rintangan.

Makcik jangan lah fikirkan sangat cakap-cakap orang di luar. Benda yang lepas, biarlah. Yang penting, bayi dan mama nya sihat walafiat.

Malas aku bah, rumah aku ni ditengok-tengok.

Ala, bukan juga makcik jadi buruk pun kena tengok.

Hehehehe..

Betul lah. Manusia perlu diberikan sokongan. Kalau sepanjang hidup dihabiskan dengan memikirkan cakap-cakap orang, mungkin makcik itu akan mati awal. Tambahan pula, ibu muda itu sendiri mempunyai penyakit badan yang belum dikenal pasti oleh doktor. Menurut nenek itu, doktor kata bayi tu sihat. Biarpun aku belum pernah menjadi ibu, tetapi aku pasti bayi juga mempunyai instinct terhadap perilaku mahupun emosi ibunya. Lagi satu, apa juga maklumat yang difikirkan di minda si ibu, pasti akan disadurkan menjadi gen kepada si bayi menerusi susu ibu. Bahkan proses ini berlaku semasa bayi di dalam kandungan lagi.

Pasal itulah kakak aku yang pertama menjadi juruhebah radio kerana Mak cakap semasa dia mengandungkan kakak aku itu, dia suka sangat mendengar radio. Hahahahaha !

Mungkin juga keluarga-keluarga yang aku maksudkan ini mahukan masa untuk memperbetulkan keadaan yang sedia ada. Tambah-tambah lagi apabila seorang bayi telah lahir. Mungkin mereka punya sebab sendiri kenapa perkara ini boleh berlaku. Haih.

p/s Aku pilih Muhammad, bukannya Mohd kerana ia lengkap untuk disebut. Kalau aku, Mohd itu sama juga dengan aku sebut Mot. Macam Askum, aku lebih praktikkan Assalamuallaikum kerana aku mahu pengertian yang bagus-bagus saja. Mekom, Akum, Semekum, Kum ini lebih baik kau ucap sama burung tiung peliharaan keluarga aku. Dia lagi petah bagi salam yang penuh, biarpun dia tak tahu apa maksudnya.

p/s/s: Aku pilih Amirullah kerana aku jumpa seorang budak yang sangat comel (baru berumur 6 tahun) di dalam kebun keluarga kami. Budak itu sangat sopan bila bercakap dengan orang yang lagi tua darinya dan tidak nakal. Mudah-mudahan kedua-dua Amirullah ini dilindungi oleh Allah dan selaras dengan maksud nama ini dari sudut Islam.

Masa kamu baca entry ni, nenek tu dah terima pun nama yang aku cadangkan tu. Sweet kan?

Friday, February 20, 2009

Birthday BOYS 17 of Feb.

Sebuah kenduri kesyukuran dan sambutan harijadi sederhana telah diadakan di rumah aku pada 17 Februari yang lepas. Maklumlah, Along pun sudah berjaya jadi tentera. 20 Februari ini akan berangkat ke Port Dickson untuk menjalani latihan ketenteraan selama lebih kurang 6 bulan. Sambutan harijadi adik aku ini juga dikongsi secara mengejut dengan kawan baiknya, Mohd Nasirun yang sudah menjejaki umur 24 tahun. Malam tu memang best gila, ditambah lagi dengan karaoke RTM yang telah dijemput khas dan para tetamu yang sporting belaka. ENjoy!

Namanya Bakhtiar. Comel.


Macam Reza AF kan.


Masa ni dah pukul 11.00 malam.


Ronggeng habis.





















Thursday, February 19, 2009

Ini mungkin entry aku paling sweet. hahahaha..

Aku tersenyum sendiri apabila membaca entri Magenta yang ini. Kisah yang dia tuliskan itu mempunyai sedikit persamaan dengan aku sendiri. Cuma kisahnya dengan Big Mac dan membeli coloured pen itu dicapainya pada usianya 17 tahun. Ya, sedikit awal berbanding kisah aku.
Aku kaitkan entri ini dengan perbualan telefon aku dan seorang kawan lama aku. Cerita sebuah luahan tentang ketidakmampuan untuk mencapai apa yang diinginkan. Dia merasakan hidup ini semacam tidak adil kerana dia mendapati dirinya tidak bertuah macam orang lain. Boleh memiliki apa saja dalam masa yang terdekat.

Dulu aku pun macam dia ini. Mungkin ramai yang tahu bagaimana latar belakang keluarga aku. Aku boleh rumuskan, keadaan latarbelakang adik beradik aku dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama (kakak sulung dan kakak kedua), bahagian kedua ialah aku dan bahagian ketiga merangkumi Zai , Dang Yunos dan Along. Beza umur aku kepada kakak nombor dua aku adalah sebanyak 10 tahun, manakala beza umur aku berbanding Zai adalah 6 tahun.
Mak kata, bahagian aku adalah bahagian kehidupan yang paling susah. Ya, cerita lain.
Macam Magenta kata, bapa dia denying everything yang dia mahukan (ketika usia yang dimaksudkan). Aku masih ingat ketika kecil-kecil dulu sehingga lah ke sekolah tinggi. Kalau aku minta sesuatu dari Mak aku, Mak akan ingatkan aku, kita bukan orang senang, dahulukan apa yang penting saja. Lagipun masa itu, aku sendiri punya 3 orang adik yang juga sedang membesar. Aku masih ingat bila sekolah rendah, cikgu tanya kenapa aku tak mengikuti sebarang aktiviti badan beruniform macam Persatuan Puteri Islam ke, Persatuan Pandu Puteri ke, Interact Club ke? Dulu aku sekolah konven, ya. Aku sendiri takut mahu menjawab soalan itu kerana pada zaman itu aku sungguh pasif sekali. Seingat aku, aku hanya menunjukkan muka kasihan kepada cikgu yang bertanyakan soalan itu. Biarpun aku tak aktif macam pelajar lain, tapi aku terpilih mengikuti program anak angkat bersama cikgu-cikgu keluaran Maktab. Aku ingat lagi, aku jadi anak angkat kepada Cikgu Baginda. Bukan Razak Baginda yang mungkin mengebom orang itu. Cikgu Baginda dan cikgu-cikgu yang lain datang ke rumah untuk berjumpa dan berbincang dengan mak bapa aku. Masa sekolah rendah, aku hanya aktif rumah sukan. Disebabkan pasif aku itu, aku terketar-ketar sampai aku tidak dapat menjawab maksud necklace dalam bahasa Malaysia. Cikgu Rose Wong yang soal aku.

Masa sekolah menengah, kira sudah tahu berfikir sedikit lah kan. Aku join Persatuan Pengakap. Itu pun sekerat jalan, kerana Mak cakap keluarga kita tak mampu mahu membeli aksesori, badge, ikut program dalam persatuan itu. Bila aku mahu join pemilihan ahli pasukan bola jaring, mula-mula aku terpilih. Tapi selepas itu, nama aku kena delete oleh kapten pasukan yang bernama Stacy. Sebelum itu dia pilih aku, sebab sepupu tiri aku mahu berkenalan dengannya. Tapi sepupu aku itu sedikit nakal orangnya, dia mempermainkan perasaan kawan aku, si Stacy itu. Esoknya, Si Stacy kata, kau tak dapat masuk pasukan, ada orang lain yang ganti. Veto. Mungkin, kalau aku aktif sukan pada zaman sekolah menengah, metabolism aku tidak lah rendah macam sekarang. Begitu juga ketika pemilihan ahli baru dalam pasukan hoki sekolah aku, segala test aku lalui. Tapi akhirnya si Sanita itu memilih ahli dari kalangan kroninya. Padan muka, kalah tanpa bertanding sebab salah seorang ahli tunjuk hero bergaduh dengan pasukan sekolah lain sebelum perlawanan. Hehehehe…

Zaman sekolah menengah aku sangat trajik.

Aku suka apa saja yang berkaitan dengan lukisan. Dulu pernah minta dengan Mak, Mak hanya bagi pensel warna yang biasa saja. Hasilnya tidak cun macam hasil Luna. Sepupu aku pernah belikan aku satu set warna cat air lengkap dengan berus dan tempat membancuh. Kemudian, aku sedikit maju Mak belikan aku set warna Buncho. Tapi sayangnya, aku tidak melukis dan mewarna. Aku pernah mengeluh kenapa aku tak berpeluang mengasah bakat semenjak kecil. Aku bukan salahkan mak bapa aku pun kerana tak mampu jadikan aku macam orang lain.
Jadi, bila aku masuk universiti, aku balas dendam terhadap keinginan-keinginan aku itu. Aku beli satu set pensel warna berjenama Luna, satu set pen warna berjenama Stabilo, satu set pen warna Luna dan kertas lukisan. Sampai ke hari ini, aku hanya berjaya menghasilkan satu artwork. Gila, bukan? Padahal kursus aku pada masa itu tidak berkaitan langsung dengan keinginan-keinginan aku itu. Bila sudah mengenali komputer, aku gila membeli buku-buku yang berkaitan dengan grafik dan novel. Masa kecil-kecil dan remaja, aku selalu ke perpustakaan cawangan. Sebab itulah duit aku banyak habis kerana membeli keinginan-keinginan aku yang terpendam selama bertahun-tahun. Biarpun aku extended beberapa kali kerana paper Mandarin aku (badi, siol!), aku telah banyak memenuhi keinginan-keinginan aku.

Macam aku pernah cerita, aku pernah bekerja di kilang. Biarpun gaji hanya beberapa ratus, setiap bulan aku membeli tak kurang 10 buah movies, aku beli kamera dan aku pergi jalan-jalan. Bila bekerja di hotel itu pula, aku beli dslr, aktiviti jalan-jalan aku makin ligat, aku pergi tengok aktiviti seni dan macam-macam lagi. Kesannya, aku boros dan banyak minta wang dari ahli keluarga aku yang lain. Inilah akibatnya apabila memenuhi keinginan-keinginan aku semenjak kecil.

Zaman kanak-kanak aku tak best macam zaman kanak-kanak adik-adik aku yang lain. Mak aku sendiri cakap, aku lebih suka duduk di rumah. Padahal, kakak-kakak aku sibuk dengan aktiviti sukan di sekolah. Bila aku sudah berumur 6 hingga 8 tahun, adik-adik aku seramai 3 orang pun wujud. Aku sudah bersekolah, jadi aku tak geng sangat dengan budak-budak tu. Di sekolah pun, aku pasif. Jadi sebenarnya, aku sudah lama indie sendiri-sendiri. Hahahaaha!

Bila aku tengok kawan-kawan lain pergi mengikuti aktiviti luar bersama badan-badan belia, aku pun belajar tipu mak aku. Ala, bukannya teruk pun. Tu pasal lah aku boleh bercerita tentang kecintaan aku terhadap hutan, pasal alam sekitar mahupun perihal binatang-binatang kerana aku sukakan aktiviti lasak. Tidak lah lasak sangat, tapi kiranya kalau masuk hutan ke, aku memang tak segan.

Walaupun taraf akademik aku tak cemerlang macam orang lain, tapi aku rasa happy kerana aku tak jadi macam orang lain yang lagi susah kehidupannya. Ya, mungkin kamu kata itu semua nasib. Tuhan pelihara aku supaya tidak menjadi seorang yang suka meminta-minta luar dari kemampuan aku sendiri. Tuhan pelihara aku supaya tidak bergaul dengan pelajar-pelajar yang berkroni yang akhirnya tiada satu pun dari mereka masuk universiti. Tuhan pelihara aku supaya tidak marah kepada mak bapa dengan tidak menangis menghentak-hentak kaki kerana tidak dibelikan permainan mahupun pensel warna.

Mungkin dosa-dosa aku terlalu mahu memenuhi keinginan-keinginan semenjak kecil, banyak membuatkan perkara tertunda. Termasuklah grade pada usia 27 tahun dan belum mendapat pekerjaan yang stabil pada usia 28 tahun.

Latarbelakang aku begitulah membuatkan aku selalu mahu menolong orang lain. Apa salahnya aku mahu membuat mereka gembira. Sebelum ini aku pernah merancang mahu menyertai mana-mana badan sukarela untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan. Contohnya macam pergi membantu mangsa perang ke, mangsa kebuluran ke, mangsa bencana alam ke…aku rasa aku cukup kuat untuk melihat kematian, kerana dalam peringkat kehidupan aku ini, kematian adalah kenyataan yang paling menakutkan.

Mahu tolong orang, tapi diri sendiri tak mampu. Mungkin itu kata kamu.

Aku tak kisah pun apa orang nak cakap. Benda terbaru yang akan aku laksanakan dalam beberapa hari lagi, aku akan mengajar membaca, menulis dan mengira kepada beberapa orang kanak-kanak di kampung aku yang tidak berpeluang untuk ke sekolah secara percuma. Aku kini sedang survey bagaimana mahu mengajar mereka yang belum dan tidak tahu apa-apa tentang ABC mahupun 1, 2, 3. Aku boleh membaca secara lancar, tapi aku tidak tahu bagaimana cara mengajar kanak-kanak yang berumur 9 – 12 tahun untuk membaca ABC. Di kampung aku terdapat ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk ke sekolah. Salah satu sebabnya ialah taraf kerakyatan yang dianggap ramah temeh oleh sesetengah orang. Ini biasanya berlaku kepada perempuan tempatan yang berkahwin dengan rakyat asing. Rakyat asing yang masuk ke sini biasanya tidak melalui cara yang sah, jadi proses untuk membuat surat kelahiran adalah begitu rumit sekali. Sebab itu, ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk ke sekolah.

Kenapa aku beria-ria?

Bagi aku, hidup ini mesti saling membantu. Aku tidak merancang untuk meminta bayaran, kerana kanak-kanak ini sendiri datang kepadaku dan meminta untuk diajar. Mereka juga mahu membaca buku-buku cerita dongeng rakyat macam aku semasa kecil.

Dulu aku pernah bercita-cita menjadi anak watan yang berjaya kepada negara. Tapi nampaknya, cara aku lain sedikit. Ini juga keinginan-keinginan aku sebenarnya. Doakan aku semoga sukses, ya? Jadi, kepada kawan lama aku itu, jangan sesekali merasa Tuhan itu tidak adil kepadamu. Hidup ini cukup adil sebenarnya, cuma kegembiraan itu akan datang dalam keadaan yang tidak kita sedar. Tuhan mahu menguji diri kita samada bersyukur atau tidak.
Belajarlah menggembirakan diri sendiri dengan cara yang terindah.

p/s Dulu aku khatam Al-Quran sebanyak 2 kali, tapi hanya pada khatam nya saja. Dan sejak kebelakangan ini, aku berdikit-dikit membaca tafsir Al-Quran. Ternyata love letter dari Allah yang diperkatakan oleh Hlovate itu sungguh memukau.

Wednesday, February 18, 2009

Piknik 14th. versi 2.0

Masih lagi dalam mode Piknik di kebun keluarga aku. Tapi kali ini, aku uploadkan 2 keping gambar sahaja. Tiba-tiba dapat idea untuk buat editting macam ini. Kanak-kanak di bawah ini bernama Sephia. Tinggal berdekatan dengan rumah kebun keluarga kami. Macam aku tak sangka, kanak-kanak comel macam ini boleh tinggal dalam kebun pula. Bapanya seorang imigran Philipina yang pernah bekerja di Arab Saudi selama 6 tahun datang berbual-bual ke rumah. Herm...memang susah mahu memahami slang Inggeris Philipina. Jadi, aku cuma angguk-angguk dan sesekali menjawab terhadap perkara yang beliau bualkan. Gambar kedua pula, adalah aksi combat dari Along. Oh ya, masa aku tengah update entry ini, Along sudah berangkat pergi jadi soljar. Semalam ada kenduri kesyukuran dan sambutan harijadi beliau. Nanti aku update lagi. Harap-harap kamu suka gambar ini, ya?






Monday, February 16, 2009

Piknik 14th. versi 1.0

Mungkin hampir 8 tahun aku tidak menjejak kaki ke sini. Alahai, kaki, betis, belakang aku suma sakit. Maklumlah, sudah lama tak pergi outing macam ni. Kali ini, aku dan adik aku, menjejak parents aku di kebun keluarga kami yang terletak di Batu 27, Kampung Garinono, Sandakan. Macam biasalah, dslr memang setia di tangan. Kebetulan, aku juga meninjau serba sedikit tentang kebun ni. Kan keluarga aku ada perancangan mahu memajukan sektor pertanian di tanah ni. Ok, jadi, sila-sila tinjau.

Banyak upgrading telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sabah di kawasan ini. Ini termasuklah pembekalan tenaga elektrik dan air. Oh Ya, di sini juga ada liputan Maxis 3G. Hahahahhahaa.... magic-magic!


Hakhakhak, bila setting manual, aku memang failed. Aku rabun lah.Erm..memang limited bila outdoor event. Jadi, aku bersabar lah.
Ikan kecil yang aku pancing ni, memang tak sampai hati aku nak makan. Tapi, bila dah rasa best pula, aku makan lagi lah. Goreng biasa saja.

Pokok asam jawa ni tinggi tau.

Tanaman kelapa ini hampir sama usianya dengan Dang Yunos.

Cacing-cacing tanah di sini sebesar jari kelingking orang dewasa. Aku gerun ok!


Ubi kayu diasing-asingkan.

Rumah kebun ini sunggoh sweet. Hahahahah..

Bapa dan Along.

Masa aku kecil-kecil dulu, sungai ni memang lebar. Sekarang kenapa aku rasa kecil sangat? Atau biji mata aku dah mengecil?


Inilah Pokok Tuhau. Bau dan bentuk lebih kurang sama dengan Bunga Kiantan. Tapi Tuhau ini lagi marvelooossss....Wa cakap lu!


Mudah-mudahan yang dirancang, akan berjalan dengan lancar.

Nantikan versi kedua.