Tuesday, October 21, 2008

Sandakan. Akhirnya... Siri 1.















Mungkin ada yang sudah maklum tentang penghijrahan semula diriku ke kampung halamanku. Akhirnya aku telah kembali ke sini (walaupun dalam keadaan kelam kabut dan sedikit blur) setelah 7 tahun berada di perantauan. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui perkara ini, maaflah. Aku bukan sengaja, ada musabab yang terpaksa aku lakukan.
Apa pun, aku sangat gembira tatkala melihat ibubapa dan adik di depan mata. Mak sakit sebenarnya. Hari pertama aku balik, kira-kira pukul 1 tengah malam, aku dikejutkan dari tidur.

Tiba-tiba Mak sakit. Keadaan beliau yang meracau-racau seperti diganggu sesuatu. Lantas, beliau dikejarkan ke hospital. Oh ya~ aku sempat men-snap gambar semasa berada di Lobby Wad Kecemasan. Beliau ditahan di hospital lebih kurang selama 4 jam. Tekanan darah diambil dari semasa ke semasa, dan beliau diberikan ubat gastrik beserta ditambah air ke dalam badan. Keadaan mak sungguh lesu.

Pada esok paginya, seawal 9 pagi, aku menemani mak ke hospital. Em.. keadaan hospital yang baru itu belum cukup merujakan aku lagi. Masih banyak masalah yang perlu aku fikirkan. Biarpun jasad dan nyawaku berada di sini, tetapi banyak perkara yang merunsingkan aku.

Malam ketiga. Sekali lagi aku dikejutkan oleh adik bongsuku, Along. Disuruh aku membaca Surah Yassin kepada Mak. Ku lihat bapa dan Along seperti sedang bersiap sedia. Aku segera berwudhuk dan membaca Yasin di bawah katil pembaringan Emak.

Mak berzikir, mak. Benda tu sudah datang – Kata Along kepada Mak.

Mak mula berzikir menyebut kalimah Allah. Aku sedikit kalut mungkin kesan dari ke-terkejutan dari tidurku tadi. Tiba-tiba aku mendengar zikir Mak semakin kuat dan sedikit seperti menggeletar.

Along, benda tu sebelah kiri!

Tau mak! Teruskan berzikir.

Tiba-tiba, aku meroma… Mak sudah seperti kerasukan, bila ku lihat badannya seperti meronta-ronta. Aku segera memegang Mak dan menyuruh bapa memanggil jiran kami, Pakcik Salim. Bila ku lihat Mak tidak seperti tadi, aku meneruskan bacaan Yasinku. Aku melihat Along dan solat 2 rakaat berserta berdoa dalam keadaan menangis. Dan, tiba-tiba mengalunkan azan. Fikirku, mungkin dia akan membuat Azan 4 penjuru. Aku masih membaca Yasin walaupun ku lihat Mak seperti dikawal ‘sesuatu’.

Aku memandang Along yang berada di lantai, di tepi katil Mak. Tiba-tiba ku lihat dia ketawa seperti ketawa yang begitu gembira. Belum sempat aku menyoal, Along jatuh pengsan dan menggelupur. Nasib baik jiran kami Pakcik Salim dan isterinya, Makcik Sita ada di situ bolehlah membantu keadaan Mak dan Along.

Cerita seterusnya akan menyusul tengah malam esok esok ke? Hehehehhe…

7 comments:

Anonymous said...

Doa akak semoga beliau pompuan cepat sembuh.....

l_i_g_o_n_g@blogger.com said...

semoga mak mas cepat sembuh...amin,

Dang Jue Nasfah said...

sabar mas...bykkkan tawakal..semoga "mak" dilindungi-Nya dan segera pulih seperti sediakala.

Ron Veronicazo said...

hope ur mum will get well real soon..

miss ya babe.

Anonymous said...

YOU'RE BACK...maybe ia ada kaitan dengan 'kekasihku seru-WARIS' saka yg mencari warisnya...menggangu mereka yg lemah...kembali kepada yg 1 minta terus daripada DIA tanpa perlu tokmoh...ngarut..MUHASABAH DIRI...SOLAT.SOLAT...SOLAT..

Anonymous said...

NONIIIIIIIIIIII!!!
Huhuhuhuuuu sampai hati ko meninggalkan diriku di Malaysia!
Aku tau la ko mmg dh bgtau lama ko nak memulangkan diri ke kg...
Skrg mcm mana? Mak ko ok x?

Alhamdulillah ko selamat sampai... ^^
Emel aku alamat ko kat sana leh aku pos hadiah beday yg aku janji2kan tu... XD
(sori sbb lambat sgt...)

Anonymous said...

semoga semuanya selamat.....