Thursday, October 2, 2008

Madu Beracun, aku jawab tagged ko ni.

Herm... kena tagged lagi. Aku telah ubah suai dari bahasa English ke Bahasa Melayu Pasar. Ok Madu Beracun, aku dah jawab tagged ko occay~

1. Kalau kekasih hati kau mengkhianati kau, apa yang kau akan buat

♥ Masa aku umor 17 tahun, masa tu aku bekerja part time dekat sebuah kedai pakaian. Bf aku masa tu tiba-tiba dia kata clash ngan aku. Tanpa sebab, tp lepas tu rupanya dia pegi kat salah sorang kawan aku, dan dia kata dia suka kat kawan aku tu.Tak sampai sejam occay! Aku memang terkejut dengan keadaan ini. Tapi masa tu, aku tak matang lg. Just let it go. Takan nak paksa dia kan?

2. Impian paling nak sekali kau capai?
♥ Aku mahu berjaya dalam hidup. Ya, semua orang begitu kan. Kalau boleh aku mahu berjaya dalam bidang-bidang kehidupan yang aku ceburi. Memberi kesenangan pada orang tua dan adik beradik aku. Perkahwinan? Entah, aku tak nampak tanda-tanda itu buat masa ini. Kamu ada calon untuk aku?

3. Program untuk Krismas ini?
♥ Oh! Sudah pasti bulan December setiap tahun adalah paling berharga buat aku. Kebetulan aku dilahirkan pada 26 Disember. Tahun ini, aku dan adik beradik aku yang lain merancang untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut hari lahir ku. Lalalala… tahun ini aku berusia 28 tahun dah. Comel kan?

4. Apa yang kau mahu lakukan dengan wang berbilion2 dolar?
♥ Banyak benda aku nak buat. Opkos aku akan dahulukan keluarga aku sendiri. Lepas tu travel seluruh dunia, beranakan asset aku dan menjadi anak watan yang berguna. Aku, kan Sandakan yang tegar?

5. Pernah jatuh cinta dengan teman baik kamu?
♥ Ya, pernah. Jatuh cinta kepadanya merupakan satu kesilapan paling besar pernah aku buat. Tapi aku tak pernah membenci dia, kami masih berkawan sehingga kini. Kisahnya, dia buat aku dilamun cinta, kami keluar seperti orang lain yg bercinta tetapi tidak pernah melafas apa. Sampai satu hari, dia katakan kepadaku, aku hanya bahan eksperimen dia untuk merasa bagaiamana jatuh cinta terhadap perempuan. Kenapa? Confession dia adalah gay begitu mengejutkan aku. 5 tahun aku menantinya.

6. Yang mana lagi berkat, mencintai seseorang atau dicintai seseorang?
♥ Aku dah pernah sayang seseorang begitu pasti, tetapi akhirnya ditinggalkan juga. Mungkin selepas ini, aku mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya. Aku tidak pernah bencikan lelaki. Kamu menyenangkan, I loikee!

7. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menunggu si dia memberi jawapan?
♥ Em. Tak juga. Tapi aku tak mahu diri aku bosan. So?

8. Orang yang kamu minat kini berhubungan dengan kamu, so apa langkah seterusnya?
♥ Wow, mestilah malu. Aku ada minat seseorang, tapi aku tahu aku tak bleh pergi jauh. Sedihkan. So, tengoklah camana.

9. Kalau diberi peluang, mahu record lagu dengan sapa?
♥ Kris Dayanti, Noh Hujan, Amy Search, Lan MUH. Hahahaha.. tak la teruk kan 

10. Kalau orang yang kau minat, meng-ejaskan kau pada seseorang, apa kau buat?
♥ Hahahah.. bukan dia tau pun kan, aku minat kat dia? Mana tau kawan dia tu lagi menghargai aku?

11. Hidup kau untuk 10 tahun lagi?
♥ Anak watan yang berjaya dalam bidang pertanian dan photography.

12. Ketakutan maksima?
♥ Kematian.

14. Single dan berharta atau berkawin tapi sengkek?
♥ Single dan kaya? Boleh bantu ramai insan.Tapi rezeki ada di mana2 ok!

15Perkara yang akan kau lakukan setelah bangkit dari tidur?
♥ Biasanya aku akan tidur semula beberapa minit. Hehehhe

16. Untuk sesebuah hubungan?
♥ Komitmen pada dia yang menerima diriku seadanya.

17. Kalau jatuh cinta pada 2 orang yang berlainan pada suatu masa, apa kau buat?
♥ Aku selalu percaya, pertama itu yang terbaik… Tapi, terpulang kepada keadaanla.

18.Boleh ke kau maafkan orang yang pernah buat salah besar gila kat kau?
♥ Mudah memaafkan, tp nak lupa tu susah beb. Trauma!

19.Mana satu: Menjadi ibu muda atau menjadi janda pada usia 40 tahun?
♥ Aku nak jadi ibu muda sebenarnya. Tapi macam dah terlambat. Apa pun, aku gembira dengan rezeki yang ada ini. Dan very strictly, I hate family matters.

Hahahah.. sapa aku nak tagged ah? Semua dah kena tagged kot. Tagged la aku lagi. ahahaha.

4 comments:

Ron Veronicazo said...

wakaka cepat ko jawab tagged aku ekeke.. ko translate pla p bm tu wakaka.. eh bila lagi ni mo outing? dkat udah final exam ku.. pasni nda buli selalu outing lagi:((.. aku mo cari sumbui untuk mengembalikan semangat mejawab exam ni kunun wakakaka...

Anonymous said...

madu beracun: kebetulan aku punya masa. heheh

J u l i a 。.゜✿ said...

mas ! birthday ju december 28th !! ehh dekat dekat je kita ni mas. boleh lah celebrate sama sama ! =D

Anonymous said...

huhuuuu~ cni kah mo komen kakak~ ehehehe komen pa ya? sinta? huhuuuhuu :)

selamat hari raya~ maaf zahir n batin~

sy besinta satu kali tp~ putus blum pene hhehehe