Friday, October 31, 2008

Kebun Sayur dan dslr.

Sebenarnya entri ini hendak dipulished semenjak 2 hari lepas. Tapi connection broadband sangatlah lembab. Aku berharap hari ini connection broadband akan pulih sekejap. Tapi hujan turun kembali, haihhh. Aku rasa kehidupan aku amat lambat buat masa sekarang. Mungkin disebabkan aku belum mendapat pekerjaan lagi. Aku kena membiasakan diri menerima perubahan mendadak dalam hidup aku. Betul cakap MM, kau seharusnya berbangga dapat kembali ke tanahair / kampung halaman sendiri untuk bekerja. Berdekatan dengan ibubapa yang telah tua.

Ini gambar-gambar yang aku snap semasa aku mengikuti Mak ke kebun sayur kecil-kecilannya. Kan sebelum ini, kesihatan Mak sedikit ‘kacau’. Terima kasih doa-doa kamu, Mak masih memerlukan perhatian. Tetapi beliau sudah mampu ke kebun kecilnya ini. Kau just imagine dapat makan sayur-sayur segar, tapi aku agak memilih sikit. Aku tak mahu makan sayur berbaja, seperti kangkung, kalian, sawi; ini aku merujuk kepada kebun sayur Mak aku. Leher tekak aku bagaikan kembang bila memakan sayur-sayur berbaja ini. Mak suruh petik sayur kangkung, tapi aku kata aku tak mahu makan. Hehhee…aku lagi prefer sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, keladi, pucuk labu atau timun, dan lain-lain lagilah.

Hujan yang berbekas, tanah menjadi becak. Mak suruh aku pakai kasut Pua Chu Kang kepunyaan Bapa. Haiss..saiz pun aku tak sesuai. Biar berselipar Jepun saja, tapi bila sampai di kebun sayur, aku hanya berkaki ayam. Takutkan selipar putus, aku memberanikan kaki aku memijak tanah becak. Hehehe.. aku kan takutkan cacing. Amat berhati-hati occay! Memang aku bleh meloncat tinggi bila nampak binatang menggiurkan tu. Serius.

Kamu tahu, aku merasa tenang bila ke sini. Kenapa? Sebenarnya, aku dah biasa pergi ke batas-batas sayur semenjak kecil lagi. Dulu lagi Mak pernah bercucuk tanam di tepi berek polis yang kami tinggal. Pun berniaga sayur-sayuran. Tangan Mak dalam bercucuk tanam memang agak ‘sejuk’. Aku juga serius meminati bidang ini, cuma sekarang ini aku masih mencari-cari peluang untuk perkara-perkara berkaitan. Mak memang sporting bila gamba-gambarnya dirakam.

Aku pasti ada di antara kamu yang tidak pernah nampak langsung cili putih ini kan? Cili ini juga dikenali dengan nama cili ayam. Rasanya agak pedas, tetapi lebih sesuai dimasak menjadi intipati dalam sambal ikan masin ke. Hais, asyik bab makan saja. Almaklumlah tinggal bersama orang tua. Tapi macam aku entry-kan sebelum ini, parents sudah tidak memakan masakan pedas. Mereka lebih menitikberatkan soal pemakanan dan penjagaan kesihatan sekarang ini. Jadi, aku dan adik aku, terpaksalah memakan cili mentah kerana kami malas hendak membuat sambal belacan. Hahahah.. betul! Lagipun, sambal belacan mempunyai pengaruh yang kuat. Aku takut Mak akan meminta sedikit cuit... yang akhirnya akan mendatangkan masalah kepada beliau sendiri. Kasihan!

Inilah pondok @ sulap kecil Mak. Memang sejuk duduk di bawah pondok ni. Rumah kami tak jauh dari sini. Tu pasal aku bleh makan sayur-sayur fresh yang dipetik, tidak seperti korang la kan. Heheheh.. Saja bagi jeles occay! Tiba-tiba aku teringat pada Sang Kawan aku yang tidak pernah tahu akan pucuk ubi. Ah! ...

Sorila, gambar-gambar aku kurang kualiti. Aku terpaksa mengecilkan piksel gambar-gambar ini kerana keadaan connection broadband yang sangat-sangat-lambat untuk meng-upload sebarang files. Huhuhuh... Jadi apa cerita kamu?


Thursday, October 30, 2008

Haihh, hidup.

Dulu aku pernah marah kepada salah seorang sepupu aku. Rentetan dia mengandungkan anak luar nikahnya. Mungkin masa itu aku masih berusia belasan tahun, tapi aku tahu perbuatan itu tidak wajar. Aku marah dia mungkin disebabkan hubungan kekeluargaan kami, mungkin latarbelakangku yang naïf dalam kehidupan. Dia tidak seagama denganku, tapi aku rasa aku berhak menegurnya atas sebab kemanusiaan. Dia buang kandungan itu dengan memakan nenas muda.

Macam rasa berak saja, kau akan lihat seketul jisim mungkin berupa seperti daging berwarna merah.

Biarpun dia akhirnya berkahwin dengan lelaki itu (sehingga hari ini), tapi perkara itu memberi kesan kepada aku. Mungkin masa itu, dia tiada pilihan lain. Memilih antara mendapat keaiban dari orang sekeliling atau rasa emosi yang mencengkam kerana baru kehilangan ibu tercinta. Mereka berdua masih muda ketika itu, tetapi aku rasa umur sebegitu sudah berupaya membina keluarga diluar sedar. Oh maksud aku, setelah terlanjur seks tanpa nikah.

Semasa peperiksaan akhir SPM dulu, ada 2 orang teman aku membawa kandungan tanpa nikah semasa itu. Aku terkejut. Dan apabila aku sedikit bertambah usia, aku mula mengkaji kenapa terdapat banyak kes mengandung tanpa nikah berlaku dalam usia belasan tahun. Aku faham. Usia ‘panas’ ini akan dilalui dalam tempoh masa yang agak panjang. Syukurlah, aku tidak sebegitu dan insyaAllah. Mungkin terdapat teman-teman sekolah aku dulu mempunyai anak sekitar 9 – 10 tahun usianya. Aku mengambil SPM pada tahun 1997, … sudah 10 tahun berlalu. Usia 17 tahun aku, aku habiskan dengan sederhana. Aku ingat kesalahan terbesar yang pernah aku lakukan pada masa itu ialah membawa pita video entah apa tajuknya, tetapi bukan pita video lucah occay. Aku lupa siapa pemiliknya, tetapi aku masih ingat aku dibawa berjumpa dengan cikgu disiplin. Aduh! Naifnya. Sederhana saja, agregat 31 di dalam tangan.

Semasa di kampus UiTM, aku masih ingat kawan aku bernama Yati. Dia juga mengandung anak luar nikah. Tetapi, dengan PTPTN yang mencukupi, dia membuang kandungan itu. Jangan fikir pelajar cemerlang tidak mempunyai nafsu. Apatah lagi kalau mendapat kejutan budaya hidup di kota besar yang kecil itu. Juga terdapat kes-kes lain seperti ini di dalam kampus. Ah! Usia ‘panas’ kan.

Dan tadi, aku mendapat lagi berita ini. Taboo ini tetap berlaku. Di mana nilai diri seorang perempuan di dalam hubungannya dengan lelaki di sekitarnya. Di mana nilai diri seorang lelaki yang menjadikan perkara ini seperti benda normal di dalam hidupnya. Dia Islam, jadi aku ini merasa sedih. Kandungan itu berusia sebulan, biarpun masih belum ada roh ditiupkan, tetapi cukup memberi impak kesedihan kepada aku. Di mana sudahnya nilai kemanusiaan kita?

Aku semakin faham. Dia, mereka.. terpaksa membuat keputusan yang dirasakan terbaik di dalam dirinya. Dia, mereka.. lebih faham tentang hidup mereka sendiri. Dan aku, cuma teman. Aku cuba boleh berharapkan kehidupan yang baik-baik untuk mereka. Aku tidak akan menghukum mereka sepertimana yang aku lakukan pada sepupu aku dulu. Mungkin, lepas ini mereka akan lebih faham akan sepatutnya mereka lalui. Kan, kawan?




Tuesday, October 28, 2008

Cerita Hari Selasa.

Assallamuallaikum,

Apa khabar hari ini? Pagi semalam aku bangun seawal pukul 7 pagi. Helo, di sini matahari agak cepat kelihatan berbanding di Kuala Lumpur. Beza sejam sungguh keadaannya. Tiada apa yang menarik berlaku sejak akhir-akhir ini. Kebanyakan gambar yang aku ambil hanyalah ketika aku berada di sekitar rumah saja. Musim tengkujuh kan sudah tiba, hari Ahad lepas penuh dengan dingin. Isnin pun sama. Deepavali disambut dengan suasana sejuk. Dah tiba Selasa.

Semalam aku menerima tetamu. Seingat aku pada sekitar pukul 3, Makcik Sita datang ke rumah bersama ‘teman lama’ ku. Sebenarnya, aku langsung tidak dapat mengingati jejaka bernama Muluk itu. Aku familiar nama itu, tp aku langsung tidak ingat. Eh! Perkara yang berlaku sekitar 15 – 20 tahun yang lepas? Aku ini kan, bukan manusia mempunyai kadar ingatan yang tinggi. Tapi certain memories semasa kecil, aku masih ingat. Mahu aku ceritakan? Lainkali saja.

Muluk, dia rupanya baru balik dari Kuala Lumpur. Cuma untuk bercuti dan ada perkara yang mahu dilaksanakan. Hajat hati ingin menyunting kekasih hati. Long story short, rupanya si kekasih hati sudah bertunang dengan orang lain.

2 kotak stout aku hantam bersama teman di tembok –

Tembok Sandakan, yang pernah aku ceritakan. Satu kawasan sidewalk yang sangat dikenali oleh orang-orang tempatan, dan kepada mereka yang pernah datang ke Sandakan. Ala, normallah kan. Orang putus cinta, arak menjadi teman. Konon-konon mengubat hati yang luka. Sama tarafnya apabila bangun dari kogutan, pun masih memikirkan benda yang sama. Alahai.

Kenapa si kekasih hati bertunang dengan lelaki lain, sedangkan dia tahu dia bakal disunting oleh kekasih hati sendiri?

Kata si Muluk, mungkin perbuatan sihir. Tetapi kalau sihir, kenapa si perempuan tahu menanggalkan cincin pertunangannya dengan lelaki lain apabila keluar dengannya?

Aku hairan cara percintaan orang sekarang ini. Lelaki dan perempuan sudah sama taraf thingynya. Masing-masing dalam safe mode. Maksud aku, main peranan sendiri untuk dalam kondisi yang selamat. Selagi boleh memilih, pilihlah. Aku? Aku hibernating. Tidak terarah ke mana-mana.

Aku jadi ungu bila mendengar kisah-kisah percintaan sebegini. Atau dalam usia ku ini memang hanya dihidangi dengan kisah ini oleh rakan seusia? Isk.

Di Malaysia ini. Apa yang sedang hot? Kemukan soalan-soalan kamu, bisakah aku menjawabnya? Kamon bebeh.




Little Farewell Dinner for me.

Tribute to all my frens:

Dina, Beck, Zue, Blank, Ed, Chiyen, Nonie, Zura dan Kojie.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah sewa ku. Aku sungguh gembira kerana kamu semua. Nah sedikit msg untuk kamu. Da...
Tarikh: 13 Oktober 2008 (Isnin)
Tempat : Rumah sewa lama ku, Balakong.

Hai kamu? Chiyen..aku tau rumah aku tiada furniture..tetapi aku yakin kamu seorang rakan yang baik kepada semua orang. Sedikit menyesal kerana lambat mengenali kamu, walaupun sudah bertahun mengenali id YM kamu. Kalau tidak, mungkin sudah banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk para perantau seperti kita kan. Opss.. kamu sudah menjadi penetap di Semenanjung Malaysia.. Oh! Semangat Ke-Sabahan kita tidak pernah luntur kan?

Hai dina yang disayangi, kau pula apa kabar? Maaflah. Aku sedikit kebingungan semenjak balik ke sini. Segala akan kembali normal bila aku sudah bersedia dengan ideologi ku yang lagi segar. Kamu, jangan gaduh-gaduh di sana ya. Terima kasih kerana sudi memasak untuk dinner yang kecil itu tetapi cukup bermakna buat aku. Sangat-sangat bermakna. Jangan lupa pulang ke Sandakan, bila sampai waktunya. Aku rindu kamu, kamu tahu?

Hi hi Blank. Kamu pun apa khabar? Aku dengar kamu berada di Keningau sekarang ini? Bercuti semester bukan. Apa yang aku rindu tentang kamu? Hahaha.. aku rindu bila kita semua keluar berjalan-jalan di kota keriangan. Bersama teman seperti kamu dan yang lain-lain, buat malamku begitu bermakna. Kamu hati-hati bila memandu ya. Kamu perempuan, jadi kekuatan kamu begitu sedikit. Pesan aku, kalau mahu memandu biar berani. Hahaha...

Ini Baby Tasha. Semoga bila besar nanti, kamu jadi seorang yang bijak. Bukan hanya bijak berposing di depan kamera, seperti sedikit masa dulu.. tetapi seorang anak yang taat kepada ibu kamu. Jaga adik baik-baik. Jangan nakal-nakal.

ini.. si hottiest dari Sandakan. Sudah lama tidak nampak di ruang cyber. Dengar-dengar, sudah bekerja dan lappy mengalami masalah teknikal. Oh! Aku sangat rindu kamu. Aku masih ingat tatkala kamu menangis bila memeluki aku, saat kali terakhir kita berjumpa di rumah aku itu. Kamu tahu, aku pun mudah menangis bila dipeluki. Tidak kiralah, ahli keluarga, teman-teman mahupun stranger. Hahahah.. Seriyus. Aku nampak ganas, tetapi aku memang mudah menangis. Kamu, jaga kesihatan itu baik-baik. Jangan lupa pesanan-pesanan yang aku bagi kepada kamu, ingat orang-orang di sekeliling kamu. Nakal betul dia ni!

Kepada kamu ni, memang susah sangat mahu diambil gambar. Ah~ Kamu pun jangan nakal-nakal hah! oh! aku akan rindu kamu, sebab dulu kan kita selalu keluar. Well, kurangkan merokok, dan belajar rajin-rajin. Bila sudah berjaya, jangan lupa bersyukur. Aku akan selalu rindu kucing-kucingan kamu yang sangat kiut dan berkaliber itu. Hahahah... jangan selalu jadi lelaki setia. Kamu akan rugi. Cis...sori, aku pinjam ayat orang lain.

Hai bakal pengantin...sampaikan salamku pada Mamang ya. Tak lama lagi bakal menempuh alam rumah tangga. Tak apa, zaman sudah maju. Jangan lupa send / emailkan aku gambar majlis bernikah kamu nanti ya. Maaflah, aku sudah kembali ke kampung halaman ku lebih awal. Kalau tidak, aku pasti ke majlis kamu untuk mengambil gambar. Kan, aku suka mengambil gambar. Herm..semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat ya.

Nama kita memang nama yang boleh digabungkan. Hahaha.. Ini lagi seorang. Sudah jarang benar aku lihat di Yahoo Mesengger ku. Bz ke kamu? Kalau ada masa, kirim-kirimlah kabar. Untuk aku, yang jauh dari kamu dan kamu semua. Hai... aku akan rindu masa-masa terakhir kita semua.
Ini bekas rakan serumah aku dulu. Zura dan Kojie. Dua-dua orang Perak. Haiss....Sorila, masa tidak mengizinkan. Aku pergi begitu cepat tanpa sempat melipat ketupat bersama kamu. Masa lepas yang kita tinggalkan...aku akan rindu semua itu. Hais....apa cerita untuk masa depan ya?

oh kepada Beck..aku lupa kepada kamu. Waa...rindu tau. Aku akan rindu saat kita membelah malam mencari saingan untuk disaingi. Ahahahahah...rindu bersama teman-teman yang lain. Jaga diri baik baik occay.

Sunday, October 26, 2008

Jejak aku dan sinis kepada kamu.

Gerai CAKOI di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Satu jejak, dua jejak
Jejak berjejak aku jejaki
Ada yang hitam, ada yang putih
Ada yang sama, ada yang berbeza
Ada yang manis, ada yang gusar
Kamu, aku dan yang lain
Manusia berdosa penuh jejak
Bila aku bercakap tentang jejak
Maka tetaplah akalmu menerima ceritaku

Berjalan di bawah bintang
Bukan dungu menunggu siang
Bukan si pemimpi mengurai malam
Berjalan di bawah sirna
Bukan si pengadu menanti esok
Bukan si ahli mengira waktu
Itupun kalau akalmu mampu menafsir

Aku sindir otakmu
Yang menyindir ruangku
Aku sindir lincahmu
Yang kabut menilaiku
Aku sindir akalmu
Yang hanya tahu siangmu.

Kau mahu aku jadi bagai manusia sepertimu?
Otakmu?
Lincahmu?
Siangmu?
Mungkin seperti menanti usia 55 tahun
Menagih hasil kudrat bertahun
Manusia tipikal?

Sinis. Untukmu.
Yang hanya lahir untuk makan.
Lihat aku senyum,
Semoga kau tak lupa.


*gambar sekadar hiasan + hasil karya sendiri dan sedikit pengeditan untuk warna2 lomo.

Kucing Bawa Miau, Tiung Bawa Nyanyi.







kucing bawa miau ini namanya Jan-tan.
tiung bawa nyanyi ini namanya Ujang.
Aku malas mau menulis.

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu



Thursday, October 23, 2008

Cerita hari ini.

Kalau ditanya, apa perubahan drastik yang berlaku kepada daerah kelahiran aku ini... aku akan menjawab : Sandakan semakin bercuaca panas. Aku tidak hairan kepada soal pembangunan (berdirinya bangunan-bangunan baru, mahupun jalan baru), tapi aku lebih terarah kepada keadaan cuaca di sini.

Kalau kamu, orang Sandakan.. yang sudah lama tidak pulang ke sini, aku pasti kamu akan bersetuju dengan jawapan aku tadi. Ini kerana, seperti yang terjadi kepada aku. Seorang yang suka berjemur di bawah matahari (lagak Baywatch tidak sama sekali!), merasakan cahaya matahari yang sampai kepada aku begitu pijar. Oh Occay! Mungkin aku masih terlalu awal membuat penilaian. Tetapi, 2 hari selepas balik dari Kuala Lumpur, kulit wajah aku sudah seperti pecah-pecah. Seperti mahu bersalin kulit...kakakaka... eh! tak lah teruk sangat occay! Maaflah, tiada gambar disertakan.

Ini kuih makmur. Apasal gambar ni gelap? Aku salah ejas setting lor.. ini kuih makmur, adik aku Dang Yunos yang buat. Mak aku kata, kuih makmur ni tidak diletakkan telur. Eh bukan Dang Yunos yang buat, Mak yang adun dan dia lakukan proses yg seterusnya sehingga siap. Bila Mak cakap kuih makmur tu tiada telur disertakan, aku tak kisah sangat. Sebab bagi aku, occay dah rasa dia. Sebenarnya, ini adalah stok yang telah disembunyikan oleh Mak. Manalah tahu, bila free santai tu bolehlah dijadikan kudap-kudapan kan.

Berbalik kepada bab kulit muka tadi, petang tadi aku telah membuat masker kampung-kampung... ekkekek...Parents aku kan ada bela ayam kampung. So, aku ambik putih telur ayam kampung tu dibuat sebagai masker. Nak buang kulit-kulit pecah tu. Maklumlah kan, putih telur ayam kan mengandungi protein yang boleh memperbaiki struktur kulit. Terasalah juga pedis-pedis bahagian yang mungkin 'tercedera' oleh panahan sinaran matahari yang pijar bagiku. Muka akan terasa tegang dan kulit mati akan ikut sekali dengan lapisan telur yang telah disapukan ke bahagian muka semasa mencuci wajah. Kakakakak...cis, apa kena aku ni!
Ya lah, bila berada di rumah sendiri, barulah terasa selesa sebanyak-banyaknya kan. Tapi untuk pengetahuan kau dan kamu, aku kena ikut diet parents aku. Breakfast aku dah tak layan breakfast berat-berat. Hah! Pagi nanti kena makan roti bakar, or else yang melibatkan roti paun la. Aku dah stop makan banyak-banyak dah. Cukup seminggu ni pun aku dah rasa macam nenek badang occay! Kau ketawa, kau punya pasal la..hahahaha....

Tapi yang bestnya, bila malam menjelma.. kawasan sekitar akan menjadi sejuk dan kerap hujan. Tapi hujan pun tak lama. Kadang-kadang petir berdentum dan buat aku terkejut. Kekekek... Gambar-gambar di bawah ni adalah pemandangan senja di depan rumah aku. Susah tau nak dapatkan langit macam ni. Herm... aku bersyukur kerana masih bernafas.

Tadi aku berchatting dengan teman lama.







Sandakan. Akhirnya.. Siri 3

Ada teman memarahi aku, kenapa aku tidak memberitahu dia sepeninggalan aku di kota Kuala Lumpur? Maafkan aku. Aku rush dan masa itu aku agak blur. Kepada teman-teman yang dimaksudkan, percayalah. Kita kawan sampai bila-bila. Sampai habis nyawa. InsyaAllah. Di mana pun diri kita selepas ini, persahabatan kita tetap sampai bila-bila.

Hah, kau tengok gambar di atas ini. Ini adalah shoot wajib bagi setiap anak Sandakan yang menggunakan jalan ini. Maksud aku, mereka yang suka mengambil gambar dan mungkin seorang perantau. Ini adalah projek terbaru kerajaan Negeri Sabah di dalam membangunkan slot Timur. Aku pernah menyatakan apakah kerelevanan jalan ini kepada seorang teman. Er.. dia memarahi aku pula. Aku mahu bertanya relevannya, bukan mengatakan pembinaan jalan ini tidak relevan sama sekali. Kamu sebagai anak jati di sini sudah tentu mempunyai jawapan yang setimpal kan? Aku kan baru balik..Salah aku bertanya?


Heheh... langit malam yang agak cantik dan sedikit berawan tebal. Kau tengoklah gambar-gambar ini. Sebenarnya aku sedang berlatih menggunakan shutter setting. Tak menyempat lagi. Kau pikir senang ke nak ambil gambar bulan kalau pakai setting biasa saja? Silap-silap kau takan dapat gambar awan tu pun. Erm... ok lepas ni aku berlatih lebih gigih ok...kesian dslr aku.

Bulan 10 di Sandakan. Kamu bagaimana?

Ini bukan telur ular occay. Ini adalah telur angsa. Hah! kau! Rumah aku ni sebenarnya dah kurang sikit macam zoo. Dulu, banyak haiwan peliharaan parents aku. Tapi sekarang, mereka pun dah kurang sihat, so aktiviti memelihara haiwan ni dah dikurangkan. Tinggal lagi bunga-bunga di halaman rumah ku ini. Heheheh...

Kau yang sudah lama tak pulang ke Sandakan, boleh mengagak di mana tempat ini? Oh inilah Along. Adik bongsu aku.

Perkiraan aku, inilah Bangsar Sandakan. Oh dia ni yang kata. Sila kompemkan? Bangsar Kuala Lumpur di tengah hutan konkrit oi. Ini Sidewalk Sandakan. Ataupun Bayu Sidewalk mungkin lebih sesuai

Jangan tak tahu, adik aku ni peserta finalist Bintang Sandakan fm. wkakakak...promo ke tu ?

Aku tak pandai setting ambil air laut.

Wakakak..

Hehehe... Jeles tak? Sebenarnya, aku belum mengganas nak snapi snapi ni. Maklumlah, ada perkara lain yang lebih penting. Ok, ini saja buat kali ini. Entry Sandakan back for Good sudah habis. Kamu ada idea lain, maksud aku tempat yang menarik di Sandakan ini yang kamu mahu aku ambil / snapi gambarnya? Katakan kepadaku. Aku pasti ke sana.

Lalala...



Wednesday, October 22, 2008

Sandakan. Akhirnya ... Siri 2.

Entry ini adalah sambungan dari entry pertama.


Sebenarnya Along adalah adik lelaki aku yang bongsu. Dia baru berusia 20 tahun dan sebenarnya dia pernah mempelajari sedikit tentang makhluk halus dan cara mengusirnya, berteraskan agama Islam. Malahan sudah beberapa kali, Along (dengan izin Allah) membantu beberapa orang yang didatangi perkara-perkara sebegini rupa.

Lobi Pasar Besar Sandakan, Sandakan.


Bila saja aku lihat Along menggelupur, aku memanggil Bapa yang berada di luar. Sebenarnya Bapa juga sedang mengadakan ritualnya sendiri. Tak hairan oldtimer macam itu pun mempunyai serba sedikit ilmu tentang benda-benda begini. Aku ter-nangis melihat adik begitu…

Kenapa kau Long?

Adikmu yang suruh aku masuk badannya – bukan suara Along biarpun jasad Along. Sambil ketawa-ketawa. Aku faham fenomena ini.

Kenapa kau datang ganggu keluarga kami?

Sebab aku dengki dengan mamamu –

Bodoh! Siapa hantar kau ke sini? – sambil aku menuang air Yasin ke mulut Along

Aku tak tahu nama tuan aku. Bodoh! Air apa kau bagi ni? Panas!!!

Kau yang bodoh! Nama tuan kau sendiri pun kau tak tahu. Air tu air sejuk. Oh aku lupa, kau kan bukan makhluk terpilih jadi manusia.

Panas! Panas!

Kau mau keluar atau tidak? – aku sedikit berani, tapi sebenarnya aku takut juga. Sebab dalam masa yang sama Mak turun seperti dirasuk sekali lagi. Mak terus berzikir sambil mengusap-usap dahi Along. Tapi zikirnya itu tidak tentu. Ya! Dia kan sedang diganggu.

Kalau kau tak mahu keluar, aku baca Yasin untuk kau. Kau takut kan?


Jangan! Kau bising! Bising! – Sementara menantikan kedatangan orang tua yang dipanggil oleh jiran kami, aku mula berusaha membaca ayat-ayat Yasin. Bila saja aku membacanya, Along meronta-ronta sambil menutup telinganya. Sesekali dia seperti terbatuk-batuk… Kata Mak, salah satu keadaan dirasuk adalah seperti sesuatu yang masuk ke dalam badan dan terasa seperti salur nafas kita dicekik. Mengikut pemerhatian aku dan pengalaman aku yang sudah-sudah, memang mangsa seperti susah hendak bernafas dan berkeadaan seperti dicekik. Ada juga yang mengatakan benda halus itu seperti duduk di atas dada dan perut. Oh!


Mak adalah pelanggan tetap di sini.

Gigi Along kelihatan seperti berkatup rapat sehingga mengeluarkan bunyi. Kedua-dua tangannya bergenggam kejap. Aku takut-takut kalau dia melepaskan tumbukan kepada kami, hahahha.. maklumlah, dia sudah dikawal oleh benda lain. Sesekali aku melihat dia menangis teresak-esak sambil memanggil Mak, tetapi keadaannya seperti badannya mengeras berulang. Kadang-kadang aku melihat dia seperti melihat sesuatu di depannya tanpa mengejipkan matanya. Hermmm…. Tapi bila keadaan dia menggelupur, itu yang buat aku akan menangis.


Bila saja orang tua yang dijemput itu memulakan pembacaannya, Along meronta-ronta semula. Aku di tepi pintu masih meneruskan pembacaan Yasinku. Keadaan sedikit kurang harunya bila melihat Along seperti sudah surut keadaannya. Aku yakin ayat-ayat yang dibaca oleh orang tua itu merupakan ayat-ayat suci Al Quran.


Dia suruh aku ambil kucing ni, bawa balik ke rumah. Tapi aku ambil gambar mereka saja. Hahah.

Di dalam masyarakat sekitar aku, individu yang berkebolehan dalam mengubati masalah seperti ini, kami gelar Orang Tua. Memang dipengaruhi faktor usia, tetap sebenarnya gelaran itu merupakan tanda hormat golongan yang muda atau orang-orang yang meminta bantuan dari individu tersebut. Panggilan Orang Tua adalah lebih low profile rasanya…


Shot paling aku suka. Keadaan Pasar Besar Sandakan, Sandakan. Ini Bahagian Pasar Sayur dan Buah-buahan, sangat bersih dan cantik occay!


Along mula sedar, tapi lesu..

Benda tu tadi kata, kau yang suruh masuk dalam badan kau. Apa cerita?

Bukan apa, aku tgk Mak mmg tak mampu nak hadapi benda tu. Aku pula tak dapat kontek guru aku d KK.

Habis apasal kau tak halau saja?

Kalau nak halau, itu bergantung dari tubuh badan pesakit juga untuk melawan. Itu pasal aku ambil benda tu. Aku nampak masa benda tu Mak cakap ‘sebelah kiri’, benda tu Cik Pon sedang duduk di tepi kirinya sambil mengusap kepala Mak. Kau tahu benda tu berbau busuk yang amat! Di sekitar katil tu pula, terbanyak banyak tangan tengah mengelilingi.


Soto Ayam yang sungguh superb pada harga RM4.00. Mahal occay! Tapi berbaloi sebab sedap!!!


Huis! Aku meroma. Aku tak pasti keadaannya macamana, tapi masa itu aku tawakal kepada Allah. Aku memang takut, tapi aku terpaksa menerima keadaan. Belajar terima tekanan dari pandangan yang kita sendiri tak boleh nampak pada mata kasar. Mak kata, dia nampak bayangan seorang perempuan pertengahan usia seperti jiran kami Kak Agus (dalam 38 tahun usianya), berbaju putih tetapi sedikit kekuningan, dan bertudung. Berwajah seperti orang Thailand.

Tiba-tiba Mak menyoal aku semasa keadaan sudah terkawal. Jiran kami beberapa orang datang ke rumah. Sambil meminum teh pengalas kesejukan masa yang bakal ke Subuh, aku berfikir-fikir soalan Mak.

Hakhakhak.. kedai makan ini sunggoh comel. Tapi ABC dia sangat GAGAL!

Em, kalau yang berkaitan mungkin batu karang yang aku bawa Mak. Kan benda mati tu. Lagipun tak hairan juga kalau benda tu ‘mengikut’. Lagipun, sekitar pantai tu dulu memang tempat orang buang abu mayat. So…

Isk.. naik seram juga bila difikirkan. Mungkin… lagipun kalau batu karang tu berpenghuni, mesti dia tak selesa, rumah dia dah jauh. Aku bukan mengajak kau fikir benda-benda tahyul ataupun mengarut macam itu. Tap ingatlah, selain dari kita makhluk manusia, ada lagi makhluk lain yang wujud di dalam ciptaan Allah s.w.t.

Esok harinya, Bapa bawa batu karang untuk dibuang. Along pesan supaya buang ke Pasir Putih, Sandakan. Maklumlah, ianya berasal dari laut, maka lautlah sekembalinya. Tapi Bapa berkeputusan untuk menghantar batu tersebut untuk di-scanning. Maksud aku, dihantar ke individu yang dianggap berkebolehan keadaan-keadaan paranormal…hehehehe… scanning la tu kan.

Hais…aku agak emo. Aku minta maaf. Sebenarnya entry ini dihabiskan secepat mungkin kerana atas permintaan pengunjung-pengunjung blog ini. Hahahaha.. helooo aku tak buat cerita occay, memang betul blog aku ada pengunjung tetap. Malahan ada yang menghantar email, untuk meminta entry ini dihabiskan.

rmm.. kamu! Orang Sandakan yang berada di perantauan! Nampak soto yang aku snap ini. Wow, soto ini super sedap occay! Ada kesempatan, aku akan snap gambar bakso Sandakan. Sudah pasti aku pilih yang paling sedap sekali. Ok, ada entry ketiga menyusul. Tetapi bukan lagi cerita seram…daa….

Tuesday, October 21, 2008

Sandakan. Akhirnya... Siri 1.















Mungkin ada yang sudah maklum tentang penghijrahan semula diriku ke kampung halamanku. Akhirnya aku telah kembali ke sini (walaupun dalam keadaan kelam kabut dan sedikit blur) setelah 7 tahun berada di perantauan. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui perkara ini, maaflah. Aku bukan sengaja, ada musabab yang terpaksa aku lakukan.
Apa pun, aku sangat gembira tatkala melihat ibubapa dan adik di depan mata. Mak sakit sebenarnya. Hari pertama aku balik, kira-kira pukul 1 tengah malam, aku dikejutkan dari tidur.

Tiba-tiba Mak sakit. Keadaan beliau yang meracau-racau seperti diganggu sesuatu. Lantas, beliau dikejarkan ke hospital. Oh ya~ aku sempat men-snap gambar semasa berada di Lobby Wad Kecemasan. Beliau ditahan di hospital lebih kurang selama 4 jam. Tekanan darah diambil dari semasa ke semasa, dan beliau diberikan ubat gastrik beserta ditambah air ke dalam badan. Keadaan mak sungguh lesu.

Pada esok paginya, seawal 9 pagi, aku menemani mak ke hospital. Em.. keadaan hospital yang baru itu belum cukup merujakan aku lagi. Masih banyak masalah yang perlu aku fikirkan. Biarpun jasad dan nyawaku berada di sini, tetapi banyak perkara yang merunsingkan aku.

Malam ketiga. Sekali lagi aku dikejutkan oleh adik bongsuku, Along. Disuruh aku membaca Surah Yassin kepada Mak. Ku lihat bapa dan Along seperti sedang bersiap sedia. Aku segera berwudhuk dan membaca Yasin di bawah katil pembaringan Emak.

Mak berzikir, mak. Benda tu sudah datang – Kata Along kepada Mak.

Mak mula berzikir menyebut kalimah Allah. Aku sedikit kalut mungkin kesan dari ke-terkejutan dari tidurku tadi. Tiba-tiba aku mendengar zikir Mak semakin kuat dan sedikit seperti menggeletar.

Along, benda tu sebelah kiri!

Tau mak! Teruskan berzikir.

Tiba-tiba, aku meroma… Mak sudah seperti kerasukan, bila ku lihat badannya seperti meronta-ronta. Aku segera memegang Mak dan menyuruh bapa memanggil jiran kami, Pakcik Salim. Bila ku lihat Mak tidak seperti tadi, aku meneruskan bacaan Yasinku. Aku melihat Along dan solat 2 rakaat berserta berdoa dalam keadaan menangis. Dan, tiba-tiba mengalunkan azan. Fikirku, mungkin dia akan membuat Azan 4 penjuru. Aku masih membaca Yasin walaupun ku lihat Mak seperti dikawal ‘sesuatu’.

Aku memandang Along yang berada di lantai, di tepi katil Mak. Tiba-tiba ku lihat dia ketawa seperti ketawa yang begitu gembira. Belum sempat aku menyoal, Along jatuh pengsan dan menggelupur. Nasib baik jiran kami Pakcik Salim dan isterinya, Makcik Sita ada di situ bolehlah membantu keadaan Mak dan Along.

Cerita seterusnya akan menyusul tengah malam esok esok ke? Hehehehhe…