Sunday, February 28, 2010

Warna. Emosi. Kau blend saja.

Dapat kawan-kawan baru lagi. Lagi-lagi bertambah ceria bila kawan-kawan baru itu lebih kurang sekongkolnya dengan kita. Maka ada lagi perjanjian temu janji untuk fotoshoot di kali ketiga. At least aku ada hobi yang boleh menceriakan orang lain. Apatah lagi untuk diri sendiri. Lebih-lebih kalau boleh menghasilkan gambar sesedap ABC paling sedap dalam kampung sendiri. Hurmmm.. aku perlukan komen-komen yang lagi membina. Bukan setakat memuji kecantikan gambar, tapi aku juga perlukan suntikan semangat. Aku perlu fight untuk membuktikan aku bukan camera-grapher. Di saat kawan-kawan sibuk hendak membeli kamera, aku tak boleh komen banyak-banyak mana satu yang bagus atau tidak. Sebab bidang ni bukan kamera kontrol kau, tapi kau yang kontrol kamera. Aku pakai d40 saja. Titik.


p/s Lokasi adalah bertempat di sekitar Gereja St. Michael dan Tokong Pu Jhi Shi daerah Sandakan.

4 comments:

Unknown said...

gambar2 ko boleh kurang kan kerinduan terhadap hometown seperti- aku

Adakah itu cukup memotivasikan anda hehe

Perempuan Pemimpi said...

haha pert.leks2

erolnukman said...

gambar2 yg mengancam..aku pun bermula dgn d40-d60-d90..sememangnya tak larat nak kejar teknologi..terlalu pantas..hehehe..

Perempuan Pemimpi said...

ei, helo erol.

thanks la sudi visit. haha. jangan jadi camera-grapher sudah. apa pun, sentiasa happy.