Saturday, February 20, 2010
Aneh.
Tolonglah jangan buang anak kecil kamu. Aku tak tahu apa kamu fikirkan ketika kamu melempar bayi kamu ke dalam tong sampah, ke dalam sungai.. apatah lagi kamu mengambil keputusan untuk melenyapkan bukti ketewasan kamu itu dengan membakarnya. Kita sudah maju, kenapa takut digelar yang bukan-bukan? Kamu tewas pada masyarakat? Kalau teman lelaki keparat kamu membuang kamu, kalau keluarga kamu juga membuang kamu, jadi kenapa bayi itu juga kamu buang? Apalah sangat takut pada cercaan dan hinaan. Aku anggap membunuh bayi itu lagi besar impaknya kepada kehidupan kamu. Kenapalah kamu hanya berani ketika bersenggama tanpa nikah? Tetapi tidak berani untuk menjaga bayi itu..
Aku tidak mahu memaki kamu. Setiap orang ada jalan hidupnya sendiri. Jangan pernah menyesal dengan perbuatan kamu, sebab sepatutnya kamu harus memikirkan hal-hal ke depan. Takutlah pada Tuhan yang menciptakan kamu. Bukannya takut pada tomahan manusia; yang tidak kenal apa itu kesilapan. Kalau teman lelaki membuang kamu, biarkan. Kalau keluarga kamu membuang kamu, biarkan. Ataupun kawan-kawan. Jangan pernah takut, Tuhan ada sentiasa bersama kamu.
Aku aneh memikirkan keadaan kamu. Di mana diri kamu ketika mengandungkan bayi tersebut? Berjalan-jalankah kamu di mana-mana? Atau merasa takut kerana sudah 9 bulan tidak pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibu bapa. Ke mana diri kamu selama 9 bulan itu? Aduhai, kalau 9 bulan boleh survive tanpa masalah, kenapa tidak untuk bayi tersebut. Ataupun sebenarnya bayi itu meninggal dunia ketika kamu melahirkan. Jadi kamu takut kerana kamu sebarang kematian haruslah direkodkan. Apatah lagi perkahwinan dan kehamilan juga memang direkodkan. Em, atau selama 9 bulan itu kamu memang selalu ketakutan?
Aneh. Tapi kalau aku jumpa kamu, aku tumbuk muka kamu. Itupun kalau confirm anak yang teraniaya itu adalah milik kamu.
Labels:
Hal-Hal Sampah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nice 1...mimang bkin panas
Aku ada sorg kwn yg mcm ni tp dia still teruskn dgn jaga anak tu...
Mcm2 hinaan, cacian, maki hamun dia terima tp dia buat badak jer...
Skrg anak dia dh besar pun, elok jer dorg aku tgk...
Dia pun dh kawin! ^^
Post a Comment