Tuesday, February 23, 2010

Jalan baik-baik, Bro.


Orang kampung aku panggil dia, Ampal. Bukan Ampal penyanyi Abu Bakar Ellah tu. Tapi Ampal Kampung Cahaya Baru. Kampung Mangkalinau pun kenal dia. Kampung Sabah Baru pun kenal dia. Mungkin berusia awal 30-an, tiada pekerjaaan yang bagus, penagih gam (syabu aku tak pasti pulak) dan suka minum arak kampung-kampung. Hari-hari lepak depan kedai Bini Tiri Pakcik Jurus dan tempah arak kampung dengan kawan-kawan. Kadang-kadang saja lepak-lepak sambil tegur-tegur orang lalu lalang. Biarpun dia macam tu, tak pula pernah dengar dia buat hal kat kampung aku ni. Dia cuma tidak bekerja, minum arak kampung, kadang-kadang isap gam dan suka menyanyi.

Aku nak kirim salam dengan kau, boleh kan? Aku jalan lurus, no pandang-pandang. Sebab aku pun takut dengan orang macam tu.

Tak pernah la sambut salam aku, begini ke hidup berjiran? Aku hanya senyum bila dia cakap macam tu.

Kirim salam woi. Jalan elok-elok. Itu ketika dia nampak aku bawa backpack aku. Waallaikumusalam, aku jawab. Fuh, baru dia nak jawab. Tak apalah, aku simpan salam dia tu sampai ke mati. Sapa la aku nak kat dia. Sedar diri pon. Lepas tu kawan dia gelak-gelak.

Dan semalam, dia mati.

Ada kolam takungan tengah dalam percubaan baru dibina di hujung kampung. Kedalaman kolam air takungan itu mungkin setinggi 15 kaki. Dia dan budak-budak kampung, masing-masing tunjuk skill menyelam. Air bersih katakan.

Tepi..tepi.. kamu tengok aku menyelam. Sampai dasar tau. - Selam. Kemudian hampir seketika keadaan jadi senyap. Budak-budak kampung lari ke kampung meminta bantuan. Semua panik. Kemudian, ada budak-budak kampung terjun ke dasar. Ampal, tangannya tersangkut pada bongkah-bongkah di dasar. Sudah tidak bernyawa bila di bawa ke atas, di tepi kolam. Hanya darah yang keluar dari telinga dan mulut. Ampal dibawa ke hospital dan bedah siasat. Kata orang kampung, tiada air berlebihan ditemui di dalam paru-parunya. Aku syak mungkin kepalanya terhentak sesuatu dan beliau pengsan di dasar kolam. Dan, mati.

Dan tengahari tadi, bagai ada satu keraian di kampung ini. Ramai penduduk kampung datang mengiringi jenazah beliau untuk pergi dikebumikan di tanah perkuburan.

Al-Fatihah.

p/s Nasib manusia tidak sama. Tetapi apa saja kau lakukan, kau tetap sama di sisi Tuhan. Sembahyangkah engkau, bertudungkah engkau, setinggi mana pengetahuan kau tentang agama pun kau, kau juga manusia. Seperti Ampal.

5 comments:

Rara said...

Oh, adakah ni sbbnya ayat ko pd aku hari tu "jgn memilih, x pyh kisah la hensem ke x hensem, berani mencuba & terima seadanya" tu? @_@

Susah la sbb hati aku begitu kompli...

Mas Mohd Yunus said...

haih bukan la. tak ada kaitan pun dengan entri ni.

gopenghagen said...

al-fatihah,

mati itu pesan buat yang hidup. siapa pun kita, apa pun kita, di manapun kita, mati itu pasti. cuma datangnya tiada siapa yang tahu. mudah-mudahan kita bersedia untuk mati.

gopenghagen said...

Orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah,adalah orang yang bertaqwa” (QS 49:13).

kita smua sama, hamba tuhan. namun kita berbeza di sisi tuhan atas amalan kita.

bondasumandak said...

Mo jadi wartawan? Nda payah ambil kos journalism pun. Ko ada degree dan ada minat ke bidang itu kan? Just antar ko punya resume dan please nyatakan keminatan ko dgn bidang ini. Nyatakan secara tegas dan meyakinkan. Hantar resumemu ke mana2 akhbar yg berdekatan. Klu ko minat bidang photo journalist then write it out. Kebanyakkan akhbar mencari orang yg minat bukan org yg ada kelulusan di bidang itu tp minta kerja semata-mata krn mo cari kerja. Tapi menulis utk organisasi ni memerlukan kita mengikut gaya pemikiran organisasi. Yet i know, sometimes kita mo menulis secara adil tanpa berat kpd sesiapa kan? Akhbar sinar harian sudah ada di sabah kah? Akhbar tu mengambil ramai pekerja baru tanpa mengira degree.