Monday, February 22, 2010
Sayang.
Sayang, aku takut.
Takut? Takutkan apa?
Aku takut menjadi seorang Islam. Aku phobia.
Phobia kepada apa, sayang? Aku tak faham.
Kalau aku berkahwin dengan kau, aku tak boleh minum arak atau makan makanan kegemaran aku..
Tak apalah. Kalau kita berkahwin nanti, kau boleh minum arak seperti biasa dan makan makanan kegemaran kau seperti biasa.
Kau gila, Sayang. Bukankah bila menjadi seorang Islam kedua-dua benda itu adalah haram untuk diminum dan dimakan?
Sayang, kau sudah menjawab sendiri soalan itu. Soalan yang mungkin soalan kepada dirimu.
Sayang..
Ya? Aku mendengarmu.
Kau memang tak boleh mengikuti agamaku. Apa kata kalau kita kahwin campur, tanpa perlu menukar agama masing-masing?
Boleh, Sayang. Kalau itu boleh membahagiakan aku dan kau, aku ikut saja.
Kau gila, Sayang? Macam mana dengan anak-anak kita nanti, apa anutan mereka? Nanti mereka berpecah belah. Apatah lagi hubungan suami isteri kita.
Sayang, kau juga tahu jawapan itu...
Emm.
...............
Sayang, kalau aku meminta untuk putuskan hubungan ini, bagaimana?
Aku terima sahaja, Sayang.
Begitu mudah? Bukankah sudah sampai masanya, kita perlu berbuat keputusan.
Ya, Sayang. Aku tidak mahu memaksa keadaanmu, apatah lagi menyusahkanmu.
Kau seolah-olah tidak takut untuk ditinggalkan.
Aku takut, Sayang. Apatah lagi hubungan kita bukan setahun dua. Kau tahu cinta kita bagaimana, bukan? Tapi aku tak boleh memaksamu.
Kau gila, Sayang? Aku juga tak mahu meninggalkan semua ini. Tapi kau tahu kan halangan kita?
Sayang, aku mahu bertanya.
Ya?
Kenapa kau tak pernah mahu meniduri aku? Peluang itu sentiasa ada untuk kita.
Kemudian, mengandung? Aku jadi papa, ya Sayang?
Sayang, aku serius ni.
Aku melihatmu sebagai Perempuanku. Kau tak takut keluarga mu? Apatah lagi perkara itu tidak boleh di dalam agamamu. Aku masih waras, Sayang.
Sayang, kau sebenarnya sudah tahu jawapan-jawapan yang kau minta dariku. Aku tidak mahu meminta berlebih-lebih dari mu.
Aku tahu, Sayang. Tapi aku tak sanggup membuatkan kau terluka, Sayang. Oh Tuhanku.
Sayang, Pencipta mu adalah Pencipta diriku juga. DIA akan menjaga hatiku, Sayang. Tak mungkin DIA membiarkan aku hanyut dalam perasaan sendiri.
[Diam]
Labels:
Keliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Hmm, xtau nk ckp apa...
Dulu aku pun pernah brcinta dgn org bkn seagama...
Dua kali...
Sorg mati eksiden, sorg lg putus mcm tu jer sbb dia trlalu kuat dgn agama dia n aku for sure xkan brganjak dr agama aku...
Skrg aku xtau mana dia... Hahaha...
Hidup, hidup... ^^;
kita mendoakan yg terbaik utk dia. dalam hidup, ada sesuatu yang perlu dilepaskan tanpa rela. T_T
mana satu sayangmu ni mas? yang pegang bahai tu ka?
dua komen di atas tu.. sayu juga aku membacanya.. tapi komen yang ketiga tu tetiba terlepas ketawaku.. wakakkaka
ahhahaha.. mmg tu bang, si haris. org sandakan. ada ja dia tu
Itulah bah tu mas.. perkataan bahai tu bah.. memang tag kita bah tu ...hehhehehe
Post a Comment