Sunday, February 21, 2010

Tanpa Tajuk Khusus - 1


"Ya, tuan. Memang saya yang buat semua tu." kata Rubena, seekor pari-pari kertas. Kertas? Dia sendiri yang mengatakan bahawa dirinya adalah seekor pari-pari kertas. Kalau dilihat dari struktur luar tubuh Rubena, memang agak kelihatan seperti kertas. Cuma kelihatan badannya seperti manusia biasa. Ketinggian 163 cm, rambut yang ikal.. ala macam manusia biasa. Terdapat 3 titik tanda di bawah dagunya, seperti tahi lalat. Tetapi tanda itu kalau dilihat betul-betul, ia boleh mengeluarkan cahaya. Rubena! Rubena! Kau dah buat angkara ni, hatiku menjerit. Aku yang bagi nama dia Rubena. Masa aku jumpa makhluk konon-konon seekor pari-pari ini, aku sedang duduk di bawah sebatang pokok ara yang besar sambil meneguk minuman Ribena. Dipendekkan cerita, aku panggil dia Rubena. Kebetulan wajah dia macam rupa orang Rusia.. er, mungkin kot macam orang Rusia. Aku pun tak pernah pergi Rusia, harap tontonan pada televisyen sahaja.

"Haih, jangan panggil aku tuan lah. Ini public. Tapi aku masih tak puas hati dengan kau." Rubena angkat kening, sambil mengelip-ngelipkan matanya. Gaya innocent.

" Tuan, eh err... Mia. Bukankah setiap pari-pari akan membantu manusia dengan kuasa magis mereka sendiri. Saya tengok dalam televisyen, dalam cerita-cerita Hollywood mesti jalan cerita macam tu. Setiap kali ada watak pari-pari, mesti ada unsur magis." Rubena memang pandai berkata-kata, straight aja dengan satu nafas. Banyaklah Hollywood kau, Rubena.

" Magis tak magis. Magis yang kau buat ni, tak kena pada tempatnya.."

"Eh saya tengok sesuai lah tempat tu, Mia." Rubena masih tidak puas hati.

"Rubena, siapa pun akan terkejut kalau tengok depan rumah dia pagi-pagi buta, tiba-tiba dikelilingi dengan bunga-bungaan. Kau tanam tepi rumah dia tu dengan bunga-bunga tu, kenapa? Dah tu, bukan sekuntum dua, tapi empat penjuru persegi. Adoyai! Tiba-tiba ada benda pelik cam tu?? Argh!" Aku ambil kotak minuman Ribena yang kedua, sedut. Nyaman.

" Semalam saya tengok dia buat sajak tentang bunga, Mia. Apa salahnya pagi ini dia melihat bunga-bunga segar di sekeliling rumah dia tu. Mesti dia suka." Rubena senyum seperti tanda tidak bersalah.

Bunga? Perempuan? Aku ke? Tak mungkin. Kami bukan seperti dulu. Aku yakin sudah tidak ada 'rasa' musim bunga di hatinya. Aku tak mampu cipta keadaan seperti dulu. Dia menjauhi aku, aku pula perempuan konservatif. Malu. Ya! Ya! Malu tapi rindu. Haih! Perempuan lain, mungkin.

"Dia sedang melalui fasa terbawah dalam kehidupannya, Mia. Tak mungkin sedang memikirkan tentang perempuan lain. Bunga juga simbolik romantika. Tetapi tidak semestinya tentang cinta. Kesepian, mungkin. Tambah-tambah lagi dengan masalah kehidupannya." Rubena menghembuskan buih-buih sabun melalui permainan buih sabun itu. Sebenarnya tidak ada air sabun di dalam botol buih itu. Buih-buih sabun bertebaran di angkasa. Dia tidak peduli orang yang lalu lalang di tepinya. Seronok bukan menjadi seekor pari-pari. Macam-macam perkara aneh boleh dilihat olehnya, yang aku dan manusia lain tidak boleh melihatnya.

2 comments:

Rara said...

Xpe, kalau kupid cinta tewas pari2 hati masih ada n pari2 kertas leh tipu belon lg... ^^

Rara said...

*tiup