Wednesday, February 3, 2010
Konversasi sedikit suam.
*Maaf entri ini panjang sedikit. Tengah mood yang suam-suam.
Cuba kau 'renung' diri kau di dalam ruang masa di antara; semasa kau berusia 17 tahun sehingga kini. Kalau sekarang kau berusia 17 tahun pada tahun ini, kau boleh jadikan entri ni sebagai selingan mengisi lapang kau. Kalau kau berusia 23 tahun pada tahun ini, mungkin masa ini kau kurang mempercayai entri ini. Kalau kau berusia 29 pada tahun ini (seperti aku), maybe kau akan sedikit 'terasa' dengan entri ini. Tapi kalau kau lebih berusia dari aku, anggap ini junior kau sedang menulis perihal kehidupannya. No harm ok.
Semasa aku berkesempatan 'lepak' selama 3 hari 2 malam bersama pelajar-pelajar sekolah rendah ini, aku mengaut banyakkk pengalaman melalui pengamatan aku terhadap mereka ni. Aku juga meninjau perilaku guru-guru pembimbing aktiviti mereka. Aku juga melihat alam sekeliling yang berada di sekeliling mereka. Pelajar-pelajar ini berusia sekitar 10 hingga 12 tahun. Semasa aku berusia 12 tahun, aku tak pernah pun join aktiviti luar macam ini. Sekolah rendah aku terletak di atas bukit yang tinggi. Nyaman dan indah. Begitu juga mereka ini, sekolah dan rumah mereka terletak jauh dari arus pembangunan.
Semasa 17 tahun, selepas habis SPM. Aku tak tahu pun, aku boleh direct masuk ITM (semasa itu) untuk mengambil diploma. Kawan aku dapat pangkat 3 dapat offer, tapi tak mahu pergi. Alasan, tak ada duit. Padahal mak bapa kerja kerajaan. Aku dapat masuk tingkatan 6 pun, lepas dengar gosip dari kawan-kawan. Dalam hati berbunga nak dapat masuk sekolah konven St. Mary's Labuk. Tiba-tiba tercampak kat SMK Sandakan. Momen rebellicious masa sekolah menengah, tak sama masa high school. Lagi serius, bila sudah mula pakai tudung ke sekolah. Sekolah konven dulu, masa kelas agama saja pakai. Lepas kelas, kembali menjadi G.I Jane. Masa high school aku dah ramai kawan lelaki perempuan, tapi lepas form 6, aku kembali lost. Frustasi sebab tak masuk universiti awam, aku bawa sampai ke Port Dickson. Kemudian aku kembali semula ke Sabah, gamble utk ambil STPM sekali lagi. Akhirnya dapat masuk UiTM. Lesen hidup bebas dah memang aku dapat. Tapi, aku sentiasa dengar cakap mak. Walaupun masa tu, mak paling banyak buang duit untuk sapot studi aku. Padahal setiap sem, aku terima PTPTN. Sumbangan ahli keluarga lain, belum kira.
Masa dekat U lagi bertambah rebel. Tapi semasa di U, aku menemui ramai manusia-manusia baik hati. Sungguh. Tak kisahlah di kampus atau tidak. Yang alim, yang menggembirakan aku, yang menyedarkan aku, yang mengingati aku, yang mengajar aku macam-macam ilmu...haih, banyak. Manusia-manusia ini banyak memberikan aku inspirasi untuk hidup. Kadang-kadang aku rasa macam serba salah kerana meninggalkan manusia-manusia inspirasi ini. Tapi disebabkan tanggungjawab pada negeri sendiri, aku 'terpaksa' meninggalkan mereka. Walaupun masih boleh dihubungi. Bila aku balik ke sini, aku hanya ada dua ibubapa dan tanah air. Kawan-kawan lama entah ke mana, tetapi ada juga tak kurang yang sudah menyakiti hati aku. Aku diam-diam, mula-mula aku gembira berjumpa mereka. Tapi sekarang aku kembali diam-diam. Kalau terserempak di mana-mana, itu sudah cukup menjadi khabar. Aku kembali fokus pada niat asal. Siapa inspirasi aku pada masa umur sebegini?
Pengalaman. Inilah jawapannya. Momen-momen yang sangat rebel, yang dulu menyakiti aku, sekarang sudah menjadi panduan. Momen yang teruk, aku jadikan pengajaran. Semasa 6 bulan bekerja di tengah Sabah, aku lagi banyak menimba pengalaman. Dari seorang penakut gelap malam, aku hampir boleh survive sendirian. Dari seorang pasif, aku berani berbual dengan mana-mana manusia stranger yang aku jumpa. Tapi perasaan takut tu memang sentiasa ada. Cuma bila sendirian, aku ingin memberitahu kamu, berserahlah 100% kepada Allah. Rendahkan diri kamu pada alam apabila kamu menginginkan kehidupan yang baik-baik. Kosongkan fikiran untuk menerima perkara-perkara kebaikan. Jauhkan diri dari perkara yang menyedihkan. Berusaha menutup mana-mana ruang yang boleh mencacatkan jiwa kamu. Percayalah, kau akan jumpa apa yang kamu mahu.
Aku menasihati diri sendiri. Aku sendiri tidak taat pada suruhan-suruhanNya. Siapa lagi yang aku mahu jadikan inspirasi, kalau bukan diri sendiri yang kena berubah. Untuk kawan-kawan, apabila kau sudah mendapat keinginan-keinginan kau, jangan lupa untuk memberitahu kabar berita gembira untuk insan lain; yang sedang keruh hatinya. Bukan bercerita tentang butir kehidupan yang sedang kau lalui, tapi cubalah sekali sekali menjadi lilin penerang kepada mereka itu. Kau tahu, kalau kau memberi sedekah kepada kanak-kanak yang comot, lalu mereka mengucapkan 'syukur, terima kasih pada Tuhan', percayalah itu bukan ucapan sia-sia dari kanak-kanak pengemis itu. Mereka masih suci (kerana belum akil baligh) dan masih dilindungi malaikat penjaga. Doa mereka akan terus sampai kepada Pencipta mereka. InsyaAllah, kau boleh merasa rezeki berganda. Kau jangan bagi wajah berkerut benci kepada peminta sedekah berpakaian ala-ala Shaolin, mereka juga sebenarnya mendoakan keberuntungan kau kepada Tuhan. Walaupun nama Tuhan mereka lain, tapi mereka yakin Tuhan mereka itu ialah Pencipta Seluruh Alam. Doa kesejahteraan mereka juga didengar oleh Tuhan sebab itu mereka hidup. Kau boleh lihat redup mata kesyukuran pada mereka yang sudah lupa pada kehidupan (pengemis). Ada yang separuh waras dan hanya tau melihat lantai. Aku yakin mereka tu pernah melalui kehidupan, tapi tiada inspirasi yang 'disimpan' lalu mereka mula mendiamkan diri dan hanya tunggu dibantu. Bantulah biarpun sedikit. Doa dari stranger memang sangat mujarab.
Jangan anggap dunia ni so cruel. Terpulang pada diri kau macam mana mahu survive.
p/s Tolonglah jangan persoalkan siapa diri aku sekarang dan masa lepas. Aku mahu merubah diri, jangan diungkit soal yang lepas. Kau pun, jadilah manusia yang sederhana. Kau takan ke mana, kalau kau terus mencari kelemahan orang lain.
p/s/s Aku rindu pada manusia-manusia baik hati yang pernah aku kenal. Macam mana ya? Tak apa, satu masa nanti aku akan datang sendiri kepada kamu.
p/s/s/s Konversasi rahsia itu masih belum cukup.
Labels:
membina diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ha ada pun....... ko tau kenapa aku selalu baca blog ko?
sebabnya aku selalu terinspirasi oleh mu...
Post a Comment