Wednesday, February 24, 2010

Pemimpi

Objek yang paling aku rasa sangat menarik dan kerapkali aku ambil ketika backpack (sejak akhir-akhir ini) adalah kanak-kanak kecil di jalanan. Ada yang mengemis, berjaja kecil-kecilan mahupun sedang bermain dengan kawan-kawan di tepi jalan. Ekpresi mereka sangat jujur dan innocent. Dan ekspresi-ekspresi seperti itu menjadikan aku sebagai seorang pemimpi. Equador, Nepal, Bhutan, India, Mesir, Thailand, Filipina, Jepun, Indonesia, China, Bangladesh, Semenanjung Gaza... antara negara-negara yang aku sangat ingin kembara-kan. Aku rasa dulu sepatutnya aku mengambil kos yang berkaitan dengan jurnalisme. Kalau tak, sekarang ini mungkin aku boleh mengembara dan menulis secara rasmi. Mungkin kamu berkata, negara kita apa kurangnya. Macam-macam boleh dapat. Namun, aku tak memikirkan benda yang sama. Aku perlukan ruang yang berwarna warni dan lagi besar cabarannya. Tetapi, apa yang aku ada sekarang ini adalah terlalu terhad. Bagaimana, ya? Boleh tak perubahan dan keinginan itu berlaku dalam tahun ini? Aku sudah mahu menjejak 30 tahun, tapi masih belum ada tanda-tanda untuk mencapai cita-cita aku yang satu ini.

Berilah aku panduan.

p/s Jangan sinis terhadap keinginan-keinginan orang lain. Biarlah aku terus bermimpi. Dan kau, tak payahlah menjadi seorang perosak.

5 comments:

papillon putih said...

saya rasa tidak perlu berbelanja banyak untuk mengembara. mulakan saja dengan negara asean. if you want to take photos of children i would suggest cambodia. just go for your dreams even if it takes a long time to make it happen! :)

Helas木村 said...

aku teringat satu lagi... kalau dulu bnyak tukang kilat kasut.. nda tau masih ada ka nda sekarang ni..

p/s pic tu ingatkan aku pada adikku pla.. jual2 dari rumah kerumah =)

Perempuan Pemimpi said...

dear PP, itu la. memang teringin sangat. stakat ni buat backpack dalam sabah je. tengah kumpul kekuatan nak pergi sendiri. well, kalau nak bawa kawan2 pun payah. komitmen berlainan.mmg target nak p asean dulu. tgk kat tv pun, mmg best je. harap2 la kan. InsyaAllah.

Helas, dulu aku masa kanak-kanak, i was passive. maybe sebab background kan. dan sekarang i wished i cud do something contribute buat kanak2. hahaha

Helas木村 said...

wajah2 kanak.. jarang menipu.. menipu pun kali diorang x tau buat expression tu.. =)

khairilmustafa said...

hey2

4-8 mac ni aku singgah KK

jd tourist guide kami leh

hehehe