Saturday, April 4, 2009

Previu Konsert Sure Gegar 1 (2)

Sumber lain boleh didapati:
Tawau Blogger
Maya
ArdySabry
Achok

Seawal pukul 8.45 pagi kitorang dah gerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk melihat kedatangan band-band ini termasuk para sessionist mereka. Dijangkakan mereka akan tiba pada pukul 10.30 pagi, tapi tak sangka pula mereka tiba lebih awal. AirAsia dah tingkatkan perkhidmatan ya? Mula-mula team Tawau Blogger Unite (TBU) hendak minum-minum dulu di cafe berhampiran sambil-sambil menantikan kedatangan band-band ni. Tapi siap-siap pekerja cafe tu inform kitorang yang flight band ni dah departed dah. Apa lagi, terpaksa lah bergegas ke balai ketibaan. Dari jauh dah nampak Noh Hujan dengan skinny jeans dia yang comel tu. Aku pikir mamat mana la dressing ala-ala cam Noh Hujan ni, memang kompom dia pun. Masa tu Noh Hujan tengah hisap rokok dengan Lan, vokalis Meet Uncle Hussain, di ruang legar balai ketibaan. Kedua-dua vokalis ni memang peramah saja pun. Ini kali pertama aku jumpa live dengan mereka. Team TBU pun memulakan shoot-shoot gambar.


Terlebih dahulu aku diberitahu supaya mengambil gambar secara bentuk official style. Aku sedikit gabra kalau ala-ala macam ni. Tambah-tambah lagi bila aku dah jumpa dengan penyanyi yang aku minat. Haha. Jadi kebanyakan gambar-gambar yang ada dalam entry aku ni, aku snap ikut cara angle aku, dan gambar-gambar berbentuk official aku dah serahkan pada Team TBU. Terpulang pada mereka nak pilih mana-mana yang berkenan pun. Gambar-gambar yang ada di dalam entry pun macam kurang sesuai untuk diterbitkan didalam web official mana-mana yang berkaitan. Dan kebanyakan gambar ni pun, ada lah dari gambar-gambar yang aku klasifikasikan sebagai ROSAK dan aku sudah buat editting. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru apabila diberi peluang bekerjasama dengan Team TBU.

Untuk pengetahuan kamu, sebenarnya Team TBU telah diberi kepercayaan oleh Secret Entertainment (Cik Syarifah) untuk:

Membina Laman Blog Rasmi Konsert Sure Gegar di Tawau.
Tugasan ini bagi memenuhi keperluan promosi konsert dan idea ini juga terbit spontan. Zaman sekarang, semuanya perlukan web untuk melancarkan perjalanan promosi, lebih-lebih lagi event konsert seperti ini.

Mengendalikan Peraduan Menang Tiket Konsert (Almost Done)
Peraduan ini sedang berjalan, ianya idea spontan yang bertujuan untuk mencari peminat yang mampu menunjukkan mereka fanatik kepada meet Uncle Hussain, Hujan atau Aizat. Hadiahnya ialah 2 tiket konsert dan sesi ramah mesra bersama artis.

Mengendalikan Local Media Press Confrences.
Tugasan ini akan melibatkan TBU, pengurus Hotel Kingston, Mr Jubli and invited press.

Full Concert Coverage Media Review.

Short Movie Review

Atas permintaan penganjur, TBU juga ditugaskan untuk menyediakan satu short movie review perjalanan artis sebelum ke konsert. Ianya akan disaksikan bersama semasa hari konsert. Untuk tugasan ini, planningnya sudah ada, cuma nak jalankan sahaja yang perlukan komitmen.


Noh Hujan dan Donnie, PA kepada Ezat Ex-Exist. Donnie jiran aku kat Sandakan. Mula-mula jumpa aku ingat-ingat lupa budak ni. Tapi kebetulan masa dekat hotel Kingston, aku ajak la si PA ni berbual (kebetulan masa tu dia berdiri kat sebelah aku). Aku cakap aku cam kenal, lepas tu aku tanya asalnya. Kompom la..memang kawan sekampung pun.


Drummer Meet Uncle Hussain (bertopi) dan sessionist mereka. Nice dreadlock!

Kategori gambar rosak. Aku rasa susah nak ambil gambar Lan Meet Uncle Hussain ni. Nampak gayanya cam peramah, tapi aku segan beb.

Apa yang kamu perasan dengan gambar Noh Hujan ni? Cuba perhatikan lelaki cina yang berada di sebelah kiri Noh Hujan. Siapa kata Tawau tiada klon Noh?Lihat saja pakaian retro dan rambut mereka yang sama tu. Aku memang tak perasan mula-mula, tapi bila time editing baru la aku perasan!

Aku : Noh bleh senyum tak?
Noh: Alamak cam nak gambar hari raya la pulak. hahaha..

Ini pun kategori gambar ROSAK, tapi aku dah edit supaya masih boleh digunakan.

Bas sponsored oleh Ali Topan Sdn Bhd. Terdapat kesesakan kecil berlaku pada masa ni. Kebetulan rombongan band tengah nak masukkan stuff-stuff mereka tu. Tetapi terdapat pengguna jalanraya lain di kawasan itu yang sedikit tidak sabar. Nah hon-hon macam orang lain tak tahu. Team TBU adalah konvoi terakhir yang masuk kereta. Tiba-tiba dapat call dari Cik Syarifah yang menanti kedatangan kami supaya konvoi bersama-sama mereka sehingga ke hotel. Apa lagi, kelam kabut sikitlah.

Bersambung!



9 comments:

EwenWasilin said...

hahaha... apek noh.. vote for apek noh. smart van tu..so vintage..

haris said...

gambar Noh ngan apek tu cool...macam sesaje je apek tu interprem ek..

Ron Veronicazo said...

hahah. bersopan santun sungguh mereka menaiki bas. berbaris ok! anyway noh is so cool!

Ron Veronicazo said...

bas itu, oh sungguh comel dengan roda biru!

please update pasal konsert tuh!! penasaran suda ni!

Perempuan Pemimpi said...

ya, sabar, banyak lagi update ni =))

Unknown said...

buruk betul shoot ko.. sowwy erk komen jee

Perempuan Pemimpi said...

sungha:

1)kali pertama pengunjung kata gambar aku buruk. it's ok. mungkin ko jujur.
2)ko tak ada url sendiri, cuba bagi aku tgk shoot gambar ko yg lawa-lawa
3)komen buruk tapi ko tak bagitau mana yang kurang, kalau ko tak buat begitu camana nak improve.
4)biasanya kalau tak pamer url sendiri ni, macam musuh dalam selimut. kamu cemburu ya?

love.love.

blue gal said...

ehhh..nape pic ag xde..
ak minat ar kat gitaris tue..

Mike said...

ehhh..nape pic ag xde.. ak minat ar kat gitaris tue..