Bokbon said: Aku rasa life ni banyak lagi benda signifikan dari itu..banyak lagi benda kreatif boleh difikirkan contohnya macam mana mahu improve photo shoot ko.
Yeah, Bokbon ni sebenarnya malas mahu fikir lama-lama benda yang aku tanyakan pada dia. Tapi aku ambil kisah dengan apa yang dia bagi komen kat aku. Yeah, dia lebih suka menghabiskan burberry di dalam guanya yang mempunyai kapasiti radar maklumat yang sangat MELETOP.
Kalau kamu membaca blog aku, mungkin kamu sudah sedia maklum dengan apa yang aku mahu maksudkan ini. Berkaitan dengan event yang aku sertai awal bulan April ni. Macam-macam ayat menerjah masuk dalam ruang fikir aku dan macam-macam statement betul dan LEBIH BANYAK tak betul telah dibuat oleh beberapa pihak. Mungkin aku akan jadi seperti Bokbon, dan sebenarnya memang aku dah lakukan pun sekarang ini. Aku lebih suka memerhati KAMU dan seterusnya. Kalau canggung langkah kamu, baru aku akan bertindak. Kalau cara kamu tidak memeritkan akal fikirku, jadi aku akan membiarkan saja apa saja benda yang sudah berlaku. I'm cool.
Soal hakcipta yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, menarik perhatian aku. Ada 5 entries yang telah aku buat berkaitan dengan event konsert pada 4 April itu. Jadi, kalau kamu tidak ikuti setiap entry itu, mungkin ini akan memberi kesan salah faham kepada kamu. Aku juga membuat observation di mana-mana situs yang memberi broadcasting pasal cerita ini. Aku berdiam tidak bermakna aku membiarkan perkara yang berlaku. Soal hakcipta memanglah aku yang punya, dan seperti yang kamu tahu aku dijemput oleh pihak TBU untuk menyertai event ini. Team ini telah ditugaskan untuk cover soal-soal media. Jadi tugas utama aku dalam event ini adalah menjadi jurugambar. Banyak pendapat yang aku dapat, terutama sekali dalam perkara hakcipta.
Tapi aku lagi suka golongkan diri aku dalam orang yang mencintai seni. Aku tatau bagaimana pengkelasan seni yang aku maksudkan ini. Cerita-cerita di dalam setiap entri ini bukanlah 100% dari pengalaman diri aku. Ada cerita di luar yang aku tidak mahu maksudkan atas hal-hal tertentu. Dan yang aku masukkan di sini merupakan perkara yang boleh aku kongsikan kepada kamu. Jadi, kamu tidak mengetahui cerita aku dan bidang ini 100% lah kan. Jadi, janganlah nilai seperti aku ini tidak mengetahui apa-apa. Bila aku mencampurkan dunia bisnis dan dunia seni dalam satu perkara hidup, memang sakit. Sebab aku ini bukanlah tegar lagi dalam kedua-dua bidang ini. Mungkin selepas ini aku akan belajar tentang apa-apa saja perkaitan dengan perkara yang aku minat (spt fotografi). Dari sudut perundangan, dari sudut kepentingan mahupun dari sudut psiokologi. Kamu fikir, mengambil gambar ini tidak memerlukan kehebatan psiokologi ke? Ah, banyak perkaitan sebenarnya. Jadi, bila kamu nampak aku ini naif, jangan sekali fikir aku ini tidak ada APA-APA.
Jadi, apa ada fikir kamu?
Yeah, mungkin aku sedikit naif. Jadi aku mahu nyanyikan lagu Nanar dari Naif. Bluwek.
No comments:
Post a Comment