Monday, April 6, 2009

Konsert Sure Gegar Tawau (kemaskini 3)

Fuh, masa aku update ni, aku sudah berada di Sandakan. Hari Ahad aku dah balik dah..masa dalam bas aku hanya layan tidur. Bila sampai Kota Kinabatangan barulah aku sedar. Bila dah sampai rumah, aku layan tidur dari 3 petang sampai lah pagi ini pukul 6.30 pagi non stop. Aku pun tak sedar lama macam tu. Update kali ini adalah pada 3hb April, iaitu sehari sebelum konsert Sure Gegar Tawau diadakan. Untuk pengetahuan kamu semua, artis yang membuat persembahan adalah Band Hujan, Band Meet Uncle Hussain, Aizat dan Ezad Ex- Exist.

Seisi Press Conference telah diadakan di Restoren WNL, Tawau. Aku pun tak tahu di kawasan mana tapi aku pasti masih berada di pusat bandar Tawau. Sebelum PC diadakan, para artis-artis konsert telah dijamu oleh Restoren WNL dengan hidangan tengahari. Korang tengoklah sendiri lagak-lagak para artis dan crew-crew yang terlibat.

Krew tengah menggantung banner.


Waitress ni yang minta aku snapkan gambar dia.
Noh: Asyik gambar Noh je kena snap ni.
Aku: Adik ni yang nak. Ala Noh, dah nama artis kan.
(kwang! kwang!kwang!)
Kang Dimas yang seperti pendiam saja.

Suasana di Tingkat 2, Restoren WNL.

Band MUH.

Ada satu peristiwa yang agak lawak masa ni. Macam korang tahu, ke mana-mana mereka pergi pasti ditemani oleh bodyguard/bouncer. Sebab awal-awal lagi manager artis dah minta supaya bouncer mengawal ke mana saja artis-artis ni pergi. Tanpa disedari, artis-artis ni sudah berada di seberang jalan dari Restoren WNL. Cik Syarifah kalau tak silap aku sound kat bouncer-bouncer yang tengah duduk gembira menjamu makan tengahari. Kitorang pun tak sedar. Memang lawak gila tengok bouncer-bouncer ni kelam kabut bangun dan terus menuju ke kedai dalam gambar ni. Hahahaha..


Dia tunjuk FUCK pula masa aku ambil gambar dia ni.

Selamba gila duduk tepi kedai sukan ni!.

Antara shot kegemaran aku. Masa aku bagi lihat dekat seorang budak indie di Tawau, dia nasihatkan aku crop-kan dan buang site belakang baju putih ni. Aku pun sedikit blur, last-last aku bersyarah bab indie ng dia..kakakakaka..bukannya banyak pun.

Kalau tak perasaan itu Lan MUH, pasti korang fikir mereka ni orang biasa-biasa saja yang kau boleh nampak hari-hari kat bandar. wakakaka..



Wah bukan main lagi s i Achok ya.
Aku: Bakri, tahniah pasal AJL ya. Perfomance mmg mantap.
Bakri MUH: Oh ya, terima kasih.
Aku: Apa target korang sebenarnya.
Bakri MUH : Sebenarnya kitorang target untuk menang kategori saja, tak sangka pula dapat Juara. Tapi yang lagi sebenarnya, tak target apa pun sebab dah dapat masuk ni pun dah ckup baik dah.
Aku: (aku dah tahu ini jawapan dia pun)
Seisi press dengan wartawan Bartholomew.



4 comments:

friendly said...

fuh..... tak ajak2 korang yer... :)

junaidi said...

ya la....
xda pun ajak kitorang....

miszceikapisces said...

aku amik gmbr NOH tgh smoke ar.. Jd wallpaper..
p/s: aku nda crop :P
hahaha...
Nice job MLP.. picha sgt nice..
berkualiti.. love it!!

Pert Alpah said...

dasyat2...cemburu i hahah