Thursday, April 30, 2009
Aku macam sedikit ragu-ragu.
Pertama sekali, aku mahu tujukan statement yang pertama ini kepada kawan aku Haris, Haris kau baca ini.
Kepada sahabat lama Haris, Piwi-ku ini adalah seekor kucing. Aku terkejut bila terbaca komen kau pada entry ini. Haris, aku benar-benar terkejut. Pada pundak fikirku, mungkin kau bergurau, tetapi selepas ayat-ayat komen kau itu tidak terdapatnya perkataan Hehehehe, atau apa saja yang berkaitan dengan emosi LAWAK. Ianya seekor kucing, bukan arnab. Aduh...aku masih confius dengan keadaan ku sebentar tadi. Haris, sila beri statement balas, adakah kau bergurau ataupun memang kau sangka PIwi itu adalah seekor arnab? Double confirm..hahahaha...
Sudah lama tak cakap-cakap pasal blog. Asyik-asyik pasal fotografi. Ya, i guess most of all you getting pretty bored with my entries, lately. Tadi, aku hoping around ke dalam blog-blog yang ada dalam list aku. Ada yang sudah lama tak update, ada yang joining jadi follower aku (terima kasih ya), ada yang rajin update, ada yang tengah blur, ada yang suka cerita pasal makan-makan, ada yang lebih kepada berita sekitar tanah kelahiran.. dan.. aku, masih dengan status pengangguran aku. Ya, sedikit upset dengan keadaan ini. Aku tak sangka pun (tahun lepas) Malaysia mengalami emosi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Bertahun-tahun aku mengajar diri supaya positif dalam apa juga keadaan, tapi hari ini, dalam diri aku sudah ada cas-cas negatif positif. Kamu faham kah?
Cerita lain.
Kadang-kadang aku macam sedikit ragu-ragu dengan beberapa teman blogger aku. Ada di antara mereka ni memang sedikit religious. Ya, aku mahu cakap soal moral. Kadang-kadang aku leave comments juga di blog mereka ni. Bila aku baca diorang, pasal-hal-hal-religious, aku pun bertanya pada diri aku, layak ke aku bagi komen kat blog mereka tu? Padahal entry mereka tu begitu menarik perhatian aku. Dan entri-entri pada blog aku, hampir semuanya bukan line mereka pun. Gambar-gambar yang aku snap.. duh!
Jadi, pada kamu yang religious person, aku minta maaf.
p/s Haris, kawan kita Suhardi mahu merantau ke Kuala Lumpur May ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
1st. aku rasa si haris kena pakai spec yg berdegree.. ;p
2nd. ekonomi meruntum.. amat menakutkan.. aku fhm apa yg ko rasa mas... serius..
3rd. aku religious ka ah?? rasa nya x.. :)
Mas,
rupanya kamu ni tanam anggur. Aku sangkakan, kamu belah dari Balakong kerana dapat tawaran kerja suda di sabah. Aku tengok kamu ni kreatif, dan boleh membina sesuatu dari fotografi. Sayang sekali kamu tinggalkan KL kerana bakat dan kemampuan kamu jarang sekali dimiliki oleh orang lain. Kalau kamu terus berada di sini, aku rasa kamu akan dapat sesuatu. Atau kamu dipaksa kawin kot, kerana itu terpaksa pulang ke kampung halaman untuk sentiasa berada di samping suami... kalau macam tu, ambil sahaja gambar-gambar suamimu, biar dia sahaja yang menjadi model dan subjeknya.
1 word untuk foto di atas.
magnificent.
semua foto pi-wi yg kamu snap are captionable dan hidup. er kalau versi Chairil A. memiliki roh..mungkin :-ss
keep it up.
aku yakin skrng, melihat pada ekor kucingmu itu, ia seekor kucing beneran..tpi mgkin punyai jiwa kearnaban, lihatlah betapa damainya dia melihat gelagat ayam2 itu menjamu selera secara buffet.
mas,
org religious yg prejudis pd org yg dianggap x- religious perlu bljar byk lagi ttg hidup. kalau HANYA memakai jubah dan berserban itu religious, maka semua org arab akan dijamin syurga. aku x mnganggap diriku religious, ttpi sbgai seorg Islam aku mahu terus bicara soal Islam. aku mencintai seni fotografi, dan hasil senimu, mnjadikan aku lebih mncintai seni itu. teruskan komen dlm blog aku, sbb mcm aku ckp ari tu, im ur everyday's visitor.
suwardi nak g KL? kurengla seri sandakan pasni...
sera: bukan haris sorang ja yg anggap cam arnab, kawan aku dari sarawak pun pikir sama. Maybe semasa di awal kemunculan piwi dalam blog aku, dia sungguh kurus dan ada sakit. Tu pasal telinga dia nampak panjang.
Cikgu Metal: saya balik ke Sabah sebab sudah sampai masanya untuk pulang. Lagipun masa tu, mak bapa saya kurang sihat. Dan, saya calon terdekat yang sudah sesuai back for good. Kalau bab fotografi ni cikgu, saya sudah merasa hasilnya. Walaupun sedikit, tetapi cukup menggembirakan apabila client (di Sabah) sukakan hasilnya. Tetapi, saya tidak mahu mem-blogkannya di sini. Saya suka ambil gambar dan belum jadi photographer pun. Tapi InsyaAllah, ada rezeki yang lebih, mungkin saya mahu menjadi seperti Nate Keiser. Dulu semasa mula-mula memasuki bidang ini, saya pernah berkata pada sorang teman. Kalau boleh saya mahu memperkenalkan Islam kepada orang luar melalui gambar2 saya. Haih..
Facet : Aku pun mahu jadi macam Chairil Anwar, tapi aku perlukan banyak pembacaan, aku perlukan banyak berjalan, aku perlukan banyak pemandangan. Aku perlukan banyak inspirasi. Dan, Piwi itu berinspirasikan orang lain. Mungkin kamu kenal.
Haris : terharu aku baca. pasal Suhardi.. kakakakak..kompem seri kurang..
salam ziarah.. sis mas...
cantik gambar yg sis mas ambil...
saya pun minat bab photographer nie...
dulu shoot guna kamera biasa jak...
nanti baru nak beli d40X....
boleh lah kongsikan ilmu photographer tue...???
wassalam.
Post a Comment