Hari ni barulah aku berpeluang untuk mengambil gambar di sekolah lama aku ni. Tapi memang tak puas hati sebab aku tak boleh akses ke kelas lama aku. Terdapat pagar utama pada setiap bahagian hujung kelas. Jadi, aku tak bleh snap lah. Memang sedikit kecewa. Sebenarnya peluang ni aku ambil bila anak jiran aku kata, sekolah SMSC akan mengadakan Bazaar Sekolah. Makanan memang lah macam-macam, tapi harga menggila bab*. Budak-budak ni memang suka bab bergambar. Kadang-kadang aku tertanya juga, kalau stranger minta snap gambar guna kamera aku ni. Apekah ada pertemuan selepas tu? Tapi setakat ni kan, terdapat juga orang perseorangan yang cam ng aku, sebab aku dah pernah snap muka diorang. Biasanya aku yang tak ingat, dorang yang akan tegur aku dulu. Haih...ngeri mak rasa!
Ofkoslah, memang banyak kenangan terindah yang berlaku sepanjang aku belajar dulu kat sini. Adik perempuan aku yang lain pun memang keluaran MADE FROM SMSC. Sekolah ni sebenarnya sekolah konven, tapi dah lama terbuka untuk bukan kristian untuk belajar di sini. Skema pelajaran sama seperti sekolah-sekolah lain, cuma ada masa-masa tertentu pelajar yang beragama Kristian akan menghadiri upacara-upacara ritual. Dan setakat ni (masa zaman aku la pula) tiada kedengaran kejanggalan pelbagai kaum dan agama di sini. Sebenarnya banyak kebaikan kalau kita bersekolah dalam sekolah yang mempunyai pelbagai keturunan bangsa dan agama. Tapi tak kurang juga pelajar yang membuat masalah. Ala, setiap sekolah mesti ada noda-noda hitam.
Aku sempat berjumpa dengan guru-guru di sana, yang aku tak kenal pun. Nampaknya hanya Cikgu Judy (guru zaman aku) masih berkhidmat sehingga ke hari ini. Bukan Judy and Mary ya Facet? Dah ramai cikgu lama (zaman aku) sudah pencen pun. Macam Mr. Chong dengan Tancho-nya dan Cikgu Ms. Teoh. Ini yang aku dapat tahu dari staff SMSC lah. Antara pengalaman yang tak bleh blah aku nak lupa adalah bila salah seorang ketua kelas tingkatan 5 yang mengalami cirit birit semasa mengambil paper BM - SPM. Kesian woooo... aku fikir najis sapa la yang kelihatan indah sepanjang lantai ke toilet tu, rupanya memang dia punya woo...Korang nak tahu, bila saja keputusan SPM dikeluarkan, budak-budak ni siap tanya si amoi tu dapat apa kertas BM? Dapat A1 meletop! Bleh plak dia tahan emosi mental dan fizikal dia ya. hakhakhak.
Masa aku tingkatan 3, pelajar Islam sudah mula diwajibkan memakai tudung ke sekolah. Sebelum tu, aku sempat pakai pinafore kaler biru langit ok. Memang sweet la aku masa tu. Kahkahkah. Bab tudung pula, masa nak masuk kelas agama saja aku pakai tudung. Maklumlah kelas kitorang masa tu kelas gabungan dengan kelas sebelah menyebelah je. Bila saja dah habis kelas Pendidikan Islam, cabut balik lah. Satu lagi aku tak bleh blah nak lupasemua pelajar yang mempunyai rambut yang panjang melebihi bahu, diwajibkan bertocang dua ke sekolah. Habis, mak aku lah hari-hari yang tocang rambut aku masa tu. Masa tu kan zaman Puteri Gunung Ledang. Tiba-tiba satu hari tu, tertinggal pula sedikit bahagian yang tidak termasuk sekali dalam dreadlock natural aku tu. Dahlah bas sekolah dah sampai, takan nak tocang balik kan. Apa lagi, aku selamba potong je bahagian yang tertinggal tu, sib baik kat tengah belakang. Wakakaka. Sampai sekolah, kawan-kawan siap tanya apasal ada ekor kecik di sebalik dreadlock natural tu. Macam biasa, aku jawab MEMANG FESEN MUSIM PANAS pun =)). Lagi satu bab Mak aku juga lah. Masa tu Mak aku potong rambut aku, tetiba saja dia salah potong. Bleh? Last-last aku pegi sekolah ala-ala G-I Jane wooo.. cuma panjang sikitlah.
Aku pun kira pandai buat hal juga dulu masa skola. Teringat masa tingkatan 4 ke 5, masa kelas Pendidikan Islam juga. Aku tengah gurau-gurau nak baling kawan aku dengan pemadam, sekali baling terkena kat kawan aku nama Suriana. Kwang! Kwang! Kwang! Dengan sekali balingan pemadam aku tu, Suriana terkena serangan jantung. Aku memang takut gila babih lah. Takut-takut dia nak saman aku pula. Tak pasal-pasal masuk Henry Gurney ke :)) Kahkahkah. Lepas tu aku penah dihadapkan ke hadapan guru disiplin di atas kesalahan membawa tape video ke sekolah. Helo, masa tu VCD ke DVD ke belum wujud pun. Tape video clip Backstreet Boys pun tapi. Banyak lagi la benda bleh blah, tapi aku malas nak cerita sebab aku upset tak dapat masuk kelas lama aku. Hahaha.. Apapun, St Cecilian rock!
mereka ni baru Tingkatan Satu.
Aku: Kakak pun dulu sekolah sini.
Mereka: Ya ka, lepas tu.
Aku: Lepas tu masuk U la.
Mereka: Abis kakak lulus la?
Aku: Lulus apa?
Mereka: Lulus sekolah la.
Aku: (Blur sambil kelip-kelip mata) :))
Aku: Kakak pun dulu sekolah sini.
Mereka: Ya ka, lepas tu.
Aku: Lepas tu masuk U la.
Mereka: Abis kakak lulus la?
Aku: Lulus apa?
Mereka: Lulus sekolah la.
Aku: (Blur sambil kelip-kelip mata) :))
Cuba korang bayangkan, kelas paper BM tu nombor dua dari sebelah kiri korang, tingkat 2. Lepas tu dia kena lari pergi hujung, then turun ke tingkat bawah sekali. Jadi, apa kamu fikirkan keadaan tersebut.
Strike A1 for BM's paper. Cina pula tu. Ahmoi!
Strike A1 for BM's paper. Cina pula tu. Ahmoi!
Ada kejadian kat sini. Masa tu aku ikut pertandingan bola sepak antara kelas. Bleh pula, kasut aku pula melayang semasa aku nak tendang bola sepak tu. Tu la, ketawakan lagi kawan aku sendiri masa tu yang jadi keeper pihak lawan. Bola masih di tempat asal ketika itu. Cis.
Sebelum aku snap ni, budak-budak ni action cam nak nyanyi lagu sekolah pula. Aku cakap posing la cam modelling. Wah kau! Bengkok terus pinggang nak melaram. Wow, banner punya konsep tu memang D.I.Y.
Dari atas jejantas depan sekolah lama aku. Dulu, kalau masa Valentine, korang bleh lihat bebudak cina yang kapel dengan budak sekola aku sangkut berdozen-dozen bunga ros kat jejantas ni. Ada sekali tu siap buat banner letak ayat-ayat cinta dalam bahsa cina la. Wow, memang best la. Best untuk dorang la. hahahah..
14 comments:
alamak... rindu plak zaman sekolah.. time2 friendshipday... apa2 day best sebab aku selalu dapat hadiah hahha tp sama plak kes kita tarabang kasut.. time cigu main bula sipak plak tu aku dgn machoonya tandang bula tpku lupa plak kasut ku lunggar haha apalg terbang tinggi ba kasut dkat 2 minggu gak samua cina2 classmate ku maguluk time tu ting 1A aku
bestnyaa tym skula2 dulu
rindu sma baju sekolah
hahhaha
skolah ni d mn cs?
wow model bugispun ada ahaha
Pert : ya frenship day best wooo...ada sekumpulan pelajar yang menjual apple. lepas tu kita buat ucapan pada kad dan apple kemudian 'posmen rasmi' yang menganjurkan hari frenship tu akan antar ke mana-mana penerima apple tersebut. Yang bestnya, ada 2, 3 sekolah yang mengikuti program tersebut. Sapa yang ramai peminat, dia dapatla banyak apple.. hahahaha... Aku dapat apple dari kawan kelas aku sendiri =)) mmg lawak sebab kitorang tak ada boyfren pun masa tu la. Jadi, pakat-pakat kirim sesama sendiri.
afy - sekolah ni nama dia SM KOnven ST Cecilia, Sandakan.
Kak Ram: Aku salah teka baju tu kak, aku pikir baju Suluk..selamba ja budak tu jawab tu baju bugis. Gagal betul aku!
Mas,
Bila lagi mau snap gambar SMK Sandakan pula? Selain itu saya kepingin juga melihat BDC yang khabarnya telah dilanggar geruda. BDC, Kampung Forest dan TB Ward dulu-dulunya menjadi antara tempat yang sangat meruntun hati saya. Di BDC, saya menikmati coto makasar di Restoran Subur sambil-sambil berbicara dengan para baliau pelajar saya.
Ahhhh...rindu itu datang lagi ba....
SMSC, I used to know some1 who was the former student there during the early 90's. She is so proud of her school and that is what should everyone do so with their own.
I miss her.
wah best nya....but im not cecilian...EDUCATED frm SM.ST.MICHAEL(sama mcm facet hehehehe)...mas entry tuk SM.ST.MICHAEL...hikhikhik...rindu nya sekolah....rindunya kampung....
`isk.. mau balik sandakan... rindu ngan mas... ;P
cikgu metal : BDC memang hampir 100% sudah tidak wujud. I promised nanti i ll snap the late BDC. Tempat tu sedang dalam pembangunan untuk Hotel Equotarial Sandakan. Dengar-dengar Sultan ******* ada menanam modal sebanyak 300 juta untuk tujuan itu, plus mungkin tujuan pembangunan yang lain di Sandakan. Tapi kawasan setinggan dari Batu 2 ke Batu 3 masih wujud lah. Saya tak pasti sangat pasal suntikan modal tu, jadi jangan saman saya ya..hahahah..Restoran Subur?>?? hahahah , tak familiar la cikgu. Coto paling heaven di Sandakan sekarang ni terletak di pusat bandar. Memang very the superb, tanya Haris.
Bro Rock Head - Oh Really? I was 90's also, maybe she was under my batch before. May I know her?
Sis Andrea: Kakakaka..ya, nanti aku ajak facet pergi shooting dekat ST. Michael. Dengar-dengar dia pun mahu beli dslr wooo...hahahaha..tak apa, nanti aku try p sana..segan juga p sorang..
sera: kahkahkah! Balik, p makan soto pula kali ni.
kelako la conversation ko ngan bdk2 form 1 tu...hhahahahaaha
warrghh..i realy miz smksc..huhu... 5Beta(2006) lurve ya owez.....!!
huhuhuhuhu... rindu nya school lama huhu.. 1998-2002 (5A)... time2 mc ada mr. kok.. fizik best...
Mas,
hahah aku ingat semua yang ko cerita ni..yang paling lucu ko tendang bola tapi heran kenapa bolanya masi di tanah..di gol lawan semua berlarian menyelamatkan diri dari kasut terbang..aku ada di dalam kelas time tu.. aku di tingkap boleh pecah ketawa oo..!!
WALAU PUN HAMPIR SETIAP MASA LALU DEPAN SEKOLAH ST CECILIA, NAMUN PERASAAN RINDU MASIH MENGHIJAU, SAYA SANGAT RINDU DENGAN TUAN PENGETUA ENCIK CHIN YUN CHUNG, CIKGU TEO AH NUI, USTAZAH SITTI HAJAR BINTI MOHD. ISA, ENCIK MAYATHARAN, PUAN LENA CHEN, CIKGU SHARIFF MAHADA, CIKGU GHAZIMI, CIKGU AZIZAH, CIKGU SIDIK, CIKGU SOO THIEN HOCK, DAN RAMAI LAGI GURU YANG MENGAJAR KAMI DAHULU, WALAU PUN KAMI MURID YANG KUAT BERMAIN DAN BANYAK KARENAH KETIKA BELAJAR, NAMUN, GURU-GURU DI SM KONVEN ST. CECILIA, TETAP TABAH DAN SENTIASA MEMBERI KAMI PANDUAN TERUTAMANYA ENCIK CHIN YUN CHUNG DAN CIKGU TEO AH NUI. SAYA GEMBIRA DAN SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN PENCAPAIAN SEKOLAH SAYA. THANKS FOR MY TEACHER. HAPPY TEACHERS DAYS FOR EVERY DAYS.
Post a Comment