aku: Encik Bokbon, kalau pitik tu kita panggil apa
aku: Double Paddle ke? Macamana mahu eja tu? Tawaurian panggil pitik.
Bokbon: Apa tu pitik?
Aku: Ala lastik guna paku tu. Double Paddle kan?
Bokbon: Double Paddle? (icon cry.cry)
Aku: Habis camana eja, kalau Tawaurian panggil pitik.
Bokbon: Kau tau ka apa tu double paddle?
Aku: Apa ? Apa
Bokbon: Double paddle tu yang kena pijak masa main drum set
Aku: Tau.Tau. Tapi senjata tu ada benda tah panggil padel
Bokbon: Flying Paddle.
Aku: Ya.Ya (gelak)
Bokbon: Double ? OMG (cry.cry)
Aku: Aku kempius, sbb aku selalu dengar adik aku cakap. Hei jangan la ketawa. Malu. Malu.
Bokbon: Engkau gugel double paddle, tgk imej lepas tu imagine benda tu bikin lastik (cry.cry)
Kau tau rupa dia camana ke? (cry.cry)
Aku: Tau.Tau. Sebab bapa aku ada juga benda ni buat lastik anjing (kakakakaka)
Kalau di Sandakan, kitorang panggil flying paddle. Nanti aku snap gambar macamana bentuk senjata ni. Berbalik pasal geleseran bla-bla tu. Itu terpulang pada interprasi masing-masing tentang konsep benda ni. Bagi aku pula, opening show kalau nak buat shuffling memang tak ada masalah pun. Lagi pun Shuffle adalah benda baru yang digilai oleh budak-budak muda pada masa sekarang. Lagipun konsert ini tiada menyebut IT IS AN INDIE CONCERT pun. Ezad ex-Exist pun bukan Indie people. Jadi, bagi aku, tiada masalah langsung. Pendapat aku, ini adalah berkait dengan fahaman-fahaman yang tidak berkesesuaian dengan isu semasa pun. Masa berbual dengan Ms Kimi, Manager Meet Uncle Hussain pun, dia sendiri tiada masalah dengan opening show itu. Kalau budak Shuffle show itu dipersoalkan, kenapa show Tarian kontemporari pula tidak dipersoalkan. Bokbon kata, tarian kontemporari lebih sesuai dengan show M. Nasir. Bagi aku, kalau kamu sukakan hiburan, kamu haruslah berfikiran terbuka dengan apa juga yang dihidangkan kepada kamu. Kalau kamu menganggap indie concept, shuffle concept adalah amat berbeza, memang betul pun. Tetapi jika kamu cintakan seni, benda macam ni bukanlah a big deal untuk dipersoalkan. Mungkin kamu patut dihantar untuk melihat pesta-pesta muzik di nun belantara di Sarawak. Rain Forest Music Festive contohnya. AKu pun tak pernah pergi, tetapi aku tak pandang pun shuffle dan indie band tidak boleh disatukan dalam sebuah perfomance.
Ada desas desus, ada band local Sabah yang mahu membuat show opening secara percuma pun. Tetapi tidak mendapat pengizinan pun. Ini aku tak boleh kata apa pun, sebab bukan duit aku pun nak manage konsert macam ni. Tetapi kalau aku diberi peluang buat show macam ni, sudah semestinya aku akan panggil band-band local sendiri sebagai penghargaan kepada mereka yang mencintai bidang muzik. Mereka juga harus diberi perhatian untuk disemangatkan bersama-sama memperjuangkan muzik mereka juga. Kenapa konsert besar seperti Peterpan, band Gerhana Ska Cinta juga turut diundang untuk menjadi band pengiring? Kalau kamu berjiwa besar, sudah tentu rakyat-rakyat yang kecil ini tidak ditinggalkan. Aku cuba membayangkan band Sasuka berentap hebat pada malam konsert tu. Mungkin ideologi mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri? Mungkin?
Jumlah penonton agak sedikit buat aku upset. Macam-macam isu yang aku dengar bab konsert ni. Tetapi aku lebih suka mendiamkan diri sebab aku pun 'menumpang'. Tiada orang yang suka dikritik, bukan? Tetapi aku berani jamin pun, kalau konsert sebegini dibuat di Sandakan, jumlah penonton tentu tidak menghampakan. Soal harga tiket sebanyak RM25.00 untuk penonton biasa adalah amat berbaloi untuk konsert macam ini. 2 nama besar seperti Band Hujan dan Band Meet Uncle Hussain serta 2 orang artis solo Aizat dan Ezad adalah berbaloi pun. Kau nak minta RM 15.00, itu untuk harga-harga nak masuk gig la. Ini konsert.
Apa pun aku berpuas hati dengan perfomance semua artis. Memang mantap. Terutama vokalislah. Keterangan lanjut tentang show bleh baca dekat site official konsert ni. Jadi korang tengok-tengoklah gambar kat sini ya.
Engineer sound system untuk Hujan. Coolnya dia ni. Nama gelaran: Panjang.
Aku rindu rambut Noh yang bulat tu.
Aku tak ingat sapa snap gambar ni. Sebab Don pun ada pinjam dslr aku. Don, kalau kamu terbaca entry ni, bagitau aku kalau gambar ni kamu yang punya ya. Aku nak tukar hakmilik. Kalau kamu punyalah.
3 comments:
haku pown ndak ingat mana satu haku ambik... huahuahua...
sis, mintak ym baa....
ada mau tanyak...xpun add msn nie..
csankai[a]live.com.my
warga Sandakan memang penyaport hehe..
p/s kadang takut jugak kalo ada event2 di sandakantu ramai pilak huhu
Post a Comment