![](http://farm4.static.flickr.com/3382/3488542110_23264b996c.jpg?v=0)
Pertama sekali, aku mahu tujukan statement yang pertama ini kepada kawan aku Haris, Haris kau baca ini.
Kepada sahabat lama Haris, Piwi-ku ini adalah seekor kucing. Aku terkejut bila terbaca komen kau pada entry ini. Haris, aku benar-benar terkejut. Pada pundak fikirku, mungkin kau bergurau, tetapi selepas ayat-ayat komen kau itu tidak terdapatnya perkataan Hehehehe, atau apa saja yang berkaitan dengan emosi LAWAK. Ianya seekor kucing, bukan arnab. Aduh...aku masih confius dengan keadaan ku sebentar tadi. Haris, sila beri statement balas, adakah kau bergurau ataupun memang kau sangka PIwi itu adalah seekor arnab? Double confirm..hahahaha...
Sudah lama tak cakap-cakap pasal blog. Asyik-asyik pasal fotografi. Ya, i guess most of all you getting pretty bored with my entries, lately. Tadi, aku hoping around ke dalam blog-blog yang ada dalam list aku. Ada yang sudah lama tak update, ada yang joining jadi follower aku (terima kasih ya), ada yang rajin update, ada yang tengah blur, ada yang suka cerita pasal makan-makan, ada yang lebih kepada berita sekitar tanah kelahiran.. dan.. aku, masih dengan status pengangguran aku. Ya, sedikit upset dengan keadaan ini. Aku tak sangka pun (tahun lepas) Malaysia mengalami emosi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Bertahun-tahun aku mengajar diri supaya positif dalam apa juga keadaan, tapi hari ini, dalam diri aku sudah ada cas-cas negatif positif. Kamu faham kah?
Cerita lain.
Kadang-kadang aku macam sedikit ragu-ragu dengan beberapa teman blogger aku. Ada di antara mereka ni memang sedikit religious. Ya, aku mahu cakap soal moral. Kadang-kadang aku leave comments juga di blog mereka ni. Bila aku baca diorang, pasal-hal-hal-religious, aku pun bertanya pada diri aku, layak ke aku bagi komen kat blog mereka tu? Padahal entry mereka tu begitu menarik perhatian aku. Dan entri-entri pada blog aku, hampir semuanya bukan line mereka pun. Gambar-gambar yang aku snap.. duh!
Jadi, pada kamu yang religious person, aku minta maaf.
p/s Haris, kawan kita Suhardi mahu merantau ke Kuala Lumpur May ini.