Tuesday, March 4, 2008

Rama-rama, kupu-kupu dan lagu Cahaya Cintaku..

Tiada yang menarik diperkatakan, cuma hidup lebih bertambah rumit untuk difahami. Mak call last Saturday, told me sumthing…just a lil bit but influence me so hard. Wani, semasa zaman remaja ku *la katakan* yang pernah menyukai aku kini sedang menjalani hukuman penjara. Yeah! Aku tau dia bad boy type, heard dat before he was in prisonary juga. Dan kali ini, berita ini lebih mengejutkan. Kalau aku ada umur yang panjang, aku akan berjumpa lagi dengannya semasa aku berumur 56 tahun.

Tiada siapa berani menduga siapa diri kita di masa depan. Namun aku percaya, siapa pun diri kita pada hari ini, ini adalah cerminan diri kita di masa depan. Aku tak salahkan Wani, tapi aku percaya dia bukan tidak pernah berusaha mahu mengubah diri… tetapi dia gagal membentuk jati dirinya. Inilah yang terjadi. 28 tahun menjalani hukuman penjara di Sandakan …. Beserta 6 sebatan.. sudah cukup membuat aku terkejut dan berfikir panjang. Entah apa yang difikirkan beliau semasa menerima hukuman tersebut. Kata mak, beliau didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh. Pada perkiraan ku, mungkin kesalahan membunuh itu ada merujuk kepada membunuh tanpa niat. Setahu aku yang sekecil ingatan ini, biasanya pesalah yang menghadapi bukan hukuman gantung disebabkan oleh kesalahan membunuh adalah merujuk kepada membunuh tanpa niat.

Begitu perkiraanku, lantas mak memberitahu lagi. Perempuan tersebut berusia 13 tahun dan merupakan bakal anak tiri kepadanya. Oh! Begitu. Kasian… betapa nafsu melebihi segalanya, Wani jejaka kampungku didapati bersalah di atas kesalahan merogol dan membunuh – tanpa niat * bagiku. Mak kata, sewaktu kejadian dia di dalam berkeadaan mabuk. Hah! Betulla kot. Kalau ko tak mabuk tadi, tentu ko akan menghadapi hukuman tali gantung pula kan. Nasib kau kerana tak mati di tali gantung.

Aku mengimbas sedetik zaman remaja ku dulu. Tiada yang menarik, cuma kesalan-kesalan kerana tidak belajar bersunggoh-sunggoh. Dan Wani, cuma sebahagian dari penghias kehidupan yang biasa-biasa ketika dulu. Siapa tahu akan nasib kita, dan aku menjadi rasa tidak secure .. kepada siapa lagi ku harapkan untuk menjaga dan menjadi pedamping hidupku kelak.. sukarnya mencari lelaki yang akan membuatku rasa selamat. Tiada bunyi desperate, cuma rasa tidak selamat. Aku juga tidak mahu bersendirian kelak, bukan memilih cuma memang tiada yang memilihku buat masa ini. Kasian.

Status di YM ku sejak akhir-akhir ini sering ku pasang ayat “ Rama-rama berterbangan di dalam perutku”. Kawan-kawan yang online turut bertanya, mana yang paham akan bertanya, mana yang tidak paham pun akan bertanya.. ia pepatah English, aku lupa aku cedok dari mana. Ia menggambarkan perasaan yang sedang bahagia. Bahagiaka aku? Petang tadi, aku bahagia lagi. Tapi beberapa jam tadi, perasaan tu lenyap. Rama-rama membohongi aku, datang membuat aku teruja dan pergi membuat aku terkedu. Tidakla terlalu dalam, tapi rama-rama simbolik kepada keindahan perasaan. Mungkin aku high expectation, mungkin lebih baik aku berkawan pada si kupu-kupu, tidak cantik tetapi sekecil itu mampu buat aku tercari-cari di mana kelibatnya. Kupu-kupu kuning ada paberet ku. Tidak apa, aku tak salahkan rama-rama, aku hanya bertumpang rasa, biarpun sekejap .. perasaan bengang menghadapi rutin di opis ter-ceria oleh perasaan ku yang berkonsepkan “ rama-rama-berterbangan-di dalam-perutku”. Aku hanya memendam rasa, tidak mau orang lain tau.. seperti pasifnya aku 10 tahun yang lepas.


Aku ada lagu best nak kongsi dengan semua orang di seluruh alam ini. Heheheh….

Cahaya Cintaku (Ebith feat. Nunu)

Kemarin aku melupa kanmu
Kemarin aku tak ingat kamu
Namun engkau tersenyum sucinya cintamu


Dan kini sampai akhir hidupku
Ku mohon jangan tinggalkan aku
Selalu dekat denganmu
Engkaulah segalanya

Rasa sesal tak pernah datang di awal
Ketika, ketika mata rasa dan kata sudah tak berguna
Teringat satu masa ketika aku terlupa
Terlupa akan cinta yang ada di dalam dada
Ku terpesona dengan wanita berbeda
Terpikat dengan sinar cahaya berbeda
Wanita lain yang belum tentu setia
Cahaya yang tidak akan bersinar lama

Tidak seperti sinar mu engkau wanita pujaan hati ku
Malu ku mengakui kesalahan ku pada mu
Jujur hati ini tak bisa tidur
Ku siapkan waktu berdua dengan mu
Saat dimana tak bisa kuganti dengan hati ku
Cinta yang tlah kau beri tak dapat terganti
Hanya dengan untaian kata maaf dari hati ini
Kau cahaya hidup ku

Aku adalah lelaki yang akan dibenci
Ketika ku sakiti hati wanita yang mengasihi
Dia beri hati kubalas dengan dusta
Dia beri cinta kubalas dengan luka
Aku terpesona dengan wanita berbeda
Terpikat dengan sinar cahaya berbeda
Wanita lain yang belum tentu setia
Cahaya yang tidak akan bersinar lama

Tidak seperti sinarmu engkau wanita pujaan hatiku
Malu ku mengakui kesalahanku padamu
Jujur hati ini tak bisa tidur
Ku siapkan waktu berdua denganmu
Saat dimana tak bisa kuganti dengan hatiku
Cinta yang tlah kau beri tak dapat terganti
Hanya dengan untaian kata maaf dari hati ini
Kau cahaya hidupku

-------------------------------------------------------------------------

aku share perasaan lagu ni dengan seseorang. aku hepi bila dia suka dengan lagu ni. mean deeply to me. i wished there is a man whom loves me like this song. lagu ni best, tak bosan aku dengar. clik kat player aku tu, dan dengarkan. sedih.....

peringatan: Wani yang diceritakan tiada kaitan dengan rama-rama, kupu-kupu dan cahaya cintaku.. hehehe

7 comments:

Anonymous said...

best part pompuan... ahahahaha...

Anonymous said...

Kemarin aku melupakanmu...
Kemarin aku tak ingat kamu...
Namun engkau tersenyum sucinya cintamu...

rama-rama...

13may said...

hmmm....tak terkomen plak..

aku tertarik dgn citer wani tuh...teringat plak kat beberapa org kawan yg senasib ngan dia...

Perempuan Pemimpi said...

nanti kalau saya pulang ke kampung halaman, saya akan melawat dia. Dia juga kawan saya..saya manusia yang bernasib baik...even dia dah lakukan kesalahan, tetapi tanggungjawab saya untuk terus memberi sokongan hidup kepadanya. Moga dia tidak berasa sendirian...bukan kehendaknya....
*saya sedih...*

KeMatZ said...

hemmmm nak buat macam mana nasib... tapi kalau dia dapat kawal nafsu dan berfikiran waras... sure dia tak lakukan....

Anonymous said...

Ko x leh la panggil dia 'beliau'. Tak boleh. Tak boleh! Aku tak setuju. Mana boleh org mcm tu dipanggil 'beliau'. Dia bukan menteri ke org2 besar yg perlu dihormati kan? kan? kan?...

Anonymous said...

buat sang puteri, puteri wlu cam maner sekali pun perit dan payahnya hidup ini kita kena terusan juga.tnggngjwb kita hnya membuat yg trbaik dlm hidup ini dan yg selebihnya tu kita serahkan pada ketentuannya.... mudah mudahan hidup ini akn sllu di redhai dan di berkatinya amin..............................