Menaip..menaip…menaip..akhirnya semangat aku nak buat entry kembali bersinar. Dah 2 minggu aku asyik guna pc aku yang mempunyai saiz monitor 8 inchi saja. (rosak lew).. nak beli monitor baru, tadek pitis, laptop aku pula, aktivasi untuk OS dah habis..aku pakai piracy ok! Padan muka..muakakkaka…dan semalam, aku dah format balik ke OS baru.. still XP, taukeh cina tempat aku beli cd, ajar aku crack cd ni… dia jual cara tu kat dalam selai kertas berharga RM 1.00…ces..
::Pemandangan selepas PRU di Bukit Bintang ::
Tapi internet masih bengong tahap kusta betul, semenjak pilihanraya tu lagi internet semakin selow. Kat opis pun macam ni juga, aku hanya bersabar.. hahahha.. kedaung sunggoh bila aku nak masukkan gambar, kuar pula error nya…oleh kerana tenet selow, maka connection ke serve ww.blogspot.com pun tak dapat.. bukan ka itu dinamakan sebagai hampeh.. bukan blog kawan aku tu
:: Dari cermin sisi Bas RapidKL, im leading the bus ok! ::
Semalam, aku akhirnya dapat juga mengambil gambar atau niat sebenar nak ‘tembak’ pemandangan semasa aku berada di tempat paling hadapan dalam bas rapidKL. Dah lama niat aku macam ni, mula-mula tu segan, maklumla berdiri kat sebelah driver bas tu.. tapi semalam aku selamba dengan niat yang baik…hahahah… tapi aku tak bleh snap la… maklumla bukan kamera penembak tepat. So, aku pun rakam dengan recoder tu sekali la.. oleh yang demikian, hasrat ku tercapai dengan gambar-gambar yang sudah lama aku ingin. Hari itu aku namakan sebagai Tugasan sebagai Pembantu Driver RapidkL.
:: Jalan susur masuk ke kawasan Seri Kembangan ::
Memang aku berdiri kat depan sekali, kat tempat nak masukkan duit semasa buat bayar tambang bas. Lagipun, aku tak mau pergi ke dalam, sebab kebanyakan para pemandu bas RapidKL suka merempit di atas jalan raya. So, aku yang berjisim besar ni kadang-kadang hampir terpelanting di antara para penumpang lain…hahahaha…itu berlaku apabila berada di corner ke, atau di dalam keadaan bas yang laju.
:: Anda pernah dengar kawasan Kampung Malaysia Raya? ::
Seperti PRU baru-baru ini, PRU dibuat untuk menentukan wakil setiap kawasan yang layak untuk memerintah. Di kawasan Balakong ini telah di-underkan bawah DAP, kesian Cik Din yang aku jumpa kat kedai makan dia semalam:
Sampai nangis Abang Din, bila tau BN kalah kat kawasan ni, penat pasang poster tu tau….
Hehehe.. ye la Abang Din, aku tau abang penat sbb poster kat kawasan Impian Ehsan ni memang meriah oleh poster BN. Takpela, kita tunggu pembangkang menunaikan janji-janji mereka (aku suka bila pembangkang mahu meminta supaya menaikkan gaji pekerja). Kesatuan Pekerja pernah meminta untuk menaikkan gaji pekerja sepert I kerani bermula dari RM 900.00 sebulan. Percaya atau tidak, masih ada kerani pada zaman ini bergaji bermula dari RM 250.00 – RM 600.00 sebulan? Kakak nombor 2 aku cakap, itu gaji hanyalah pada zaman 80-an yang lepas. RM 250.00 sebulan masih berlaku kat kampung aku, kamonla ok… aku tau la Sandakan bukan bandar yang hebat seperti bandar-bandar utama lain di Malaysia, tapi RM 250.00 tu mmg tak cukup untuk menampung perut sendiri selama sebulan. Watdapak???
:: ini bukan kenderaan awam ok, ini Transformer!! ::
Macam gaji operator kilang pun sama, semasa aku bekerja kat kilang dulu, gaji operator bermula dari RM 450.00 (local) dan RM 430.00 (foreigner). Kalau bekerja kuat OT sepanjang bulan (termasuk hari cuti, hari hujung minggu- NON STOP ok!) takan mencecah sehingga RM 1.5k sebulan. Perkataan Non-Stop tu buat aku kesian kat mereka. Kalau forigner, memang selesa disediakan dengan hostel dan bas kilang. Tetapi bagi local pula, kos menyewa terpaksa ditanggung. RM 450.00 – sewa rumah ( RM purata 80-100.00 sebulan)??? Habis kalau yang dah punya anak tu? Sedih juga bila aku dengar ada sorang makcik tu, dah 5 tahun tak naik gaji (gaji basic RM 500.00 sahaja). Hermmm susah…
:: Seri Kembangan yang indah ::
Apa kaitannya entry aku kali ni dengan gambar-gambar yang aku ambil? Banyak perkaitannya… aku cuba memandang penstrukturan negara dari sudut aku sebagai rakyat biasa. Bekerja dengan company swasta di kota besar dengan gaji yang sederhana (Alhamdulillah), hari-hari naik bas RapidkL bersempit kekdahnya, membandingkan diri dengan keadaan semasa aku bekerja di kilang dulu…. Banyak yang aku pelajari:
Bersyukur seadanya biarpun gaji sederhana
Dah bole start simpan duit
Seperti biasa, jangan memandang rendah terhadap orang lain..
Bekerja kuat untuk mendapatkan tingkat kerja yang bagus.
Eh banyak lagi la…
Tapi bila aku bekerja di KL ni, aku rasa sunyi. Hari-hari, aku pergi dan balik kerja berseorangan, kat opis pun, para pekerjanya busy dengan kerja sendiri. Kadang-kadang yang kedengaran hanyalah perlawanan bunyi antara lagu-lagu Bahasa English dan Drama Online Bahasa Cina. Bila aku ada masa, aku dengar lagu aku sendiri pula…hahahaha… dulu masa di kilang, boleh la juga aku pergi merayau kat kawasan production sambil kacau-kacau kawan2 aku. Herm.. betapa hidup kan…
:: Ini Mines Resort City, mempunyai tasik lombong yang terdalam di Malaysia ::
Wow, nak pergi kerja. Semalam kul 10.00 malam, ingatkan nak tidur sejam saja, lepas tu sambung balik blogging ni. Tapi ter-sasar dari target la pula. Oleh yang demikian, entry ni berjaya dihabiskan.
2 comments:
hemmm betultu... nengok ajhe kampung aku tu... sampai skrang still tak ada letrik... padahal BN dah pegang.... cehhh tipu semua.... bagi pengajaran pana BN.... hehehehehhe
*berjisim besar... huhuhu aku pong...
:D...wow!!great...execellent...i'm very2 of proud you girl...unexpected you did it...later our PM will like to meet you...;p...juzz tell them about the real scenario about our place..."sandakan syurga bagi penyogok n penipu rakyat"...
hehe...juz kidding...anyway all the best k...owez be strong k...
i will giving you some support even from behind...;p
Post a Comment