Sunday, March 23, 2008

Hujan Mode

Idea nak menaip banyak, tapi bila badan dah penat…kerja-kerja nak buat entry pun stucked. Seronoknya semalam, keluar dengan Encik @, jalan-jalan bermula dari area Bukit Bintang-Pasar Seni-Jalan Masjid India- Jalan TAR.. hehehe…so, apa lagi, banyak ler gambar yg aku capture.. timing hujan pun aku bleh ada mood nak snappy-snappy ok. Thanks to Encik @ …

Aku nak merumuskan entry untuk 2 hari lar..

Semalam (khamis) aku cuti. Seluruh Malaysia bercuti Hari Maulidur Rasul. Tapi aku tak ke mana-mana lar. Then hari ini (Jumaat) aku rasa seronok very the babbas sbb aku buat keja pun tak ada yg mengganggu luar tabiat (bukan luar tabii ok).. semua kerja aku siap, best bila tak ada gangguan yang macam kesialan tu.

Bila hotel PD call aku, nak kondem aku pasal function AUDIT tu pun, aku boleh buat biasa je. Hehehe.. biasala, bukan timing tension, so segalanya aku hadapi dengan tenang, malas mo cerita pasal opis.. lebih baik bercerita tentang dunia luar dari opis aku. Encik @ miscalled, time aku p wash room.. pastu aku call dia balik…hohoho… dia ajak p makan bakso pula..ya la tu.. lepas tu tuduh aku yg bagi dia jeles..nasib la labu..

Sementara menunggu kedatangan Encik @ pas lepas opis hour, aku pun pergila ke function Formula One kat bawah bangunan aku tu.. ada little concert d situ.. apa lagi, mengambil gambar kekdahnya. Masa tu orang-orang DBKL tengah perpomen, band dorg pun not bad, org puteh yang ada di situ pun macam nampak terhibur juga…tp perpomen biasa je. Hehehe.. lama jugala aku standing kat bawah tu sementara menunggu Encik @ datang. Sempatla juga muka cam aku ni di-ngurat oleh mat Iran..hahahaha…tah apa2, bau atar.. hensem la juga mamat Iran tu.. tu pasal kalau keja kat Bukit Bintang ni boleh cuci-cuci mata… sesambil tunggu, sesambil tgk live band.. aku kan suka tgk live band. Encik @ pun datang…

Masa makan bakso ng Encik @, hujan turun mencurah. Mula-mula segan juga nak bawa Encik @ g tempat tu, mana la tau taste orang lain kan. Tapi as he said, dia pun makan bakso, so tak heran la dia bole sesuaikan diri tempat macam tu. Biasanya bakso dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan… orang kata, bakso tepi jalan lagi sedap berbanding makan dalam restoren .. ye ke? Aku rasa aku setuju kot, maybe sebab environment kan..hahahaha… masa tengah makan tu, ada la juga beberapa orang yang singgah makan kat situ. Dah 2, 3 kali aku datang makan bakso kat situ, ada juga pelancong yang datang bersantap kat situ. Brunei, Indonesia, Orang Arab… kira gerai tu, port bagus jugala.. Cuma service dia agak lambat. Bakso kat sini guna telur puyuh rebus.. hahaha.. Encik @ kata, dia tak sampai hati nak makan sebab kecil.. ada2 je.. biasa kat tempat lain, hanya guna hirisan telur ayam rebus. Tak sangka pula kat gerai tu guna telur puyuh.

Akibat ter-stucked dalam hujan, aku dan Encik @ duduk lagi situ sambil memerhatikan lantai gerai tu digenangi air..hahaha.. deras ok! Maklumlah kawasan bukit, hujan pun mencurah gila. Bila time-time macam ni, ingat pula keadaan kat rumah di Sandakan. Aku cakap ng Encik @, aku rindu dengan suasana rumah bila hujan cam ni. Tambahan pula, atap gerai tu guna zink.. hahaha.. ok! Ok! Takmau emo!

[…UNGU: Kekasih Gelapku…]

Bila diyakini hujan tidak selebat gilers seperti sebelumnya, aku dan Encik @ pun menapak ke Puduraya.. ambil tren LRT dari situ. Dalam perjalanan tu, aku bleh plak ketawa sendiri.. apasal kitorang tak ambil monorel kat Bukit Bintang je kan? Hahaha… tp dah setengah jalan menapak, takan aku nak bgtau Encik @ pula. Kang disangkakan seperti Biawak pula.. erk! Apa kaitan ng biawak?? Menapak dengan selipar jepun ler aku, nak harap ng sandal Vincci aku, mampus nak beli baru… dah la jalan kat situ dipenuhi air.. hahaha.. tapi memang nak beli kasut baru lagi ni. Bulan lepas beli kasut Vincci, aku nak g potong tumit kasut tu. Sakit pinggang weh.. ke nak tunggu kurangkan berat badan? Mimpi bagailer nak turunkan berat badan.. hahahah..

[…JUDIKA: Bukan Rayuan Gombal…]

Encik @ naik tren ke arah Sentul Timur, aku lak g arah Bandar Tasik Selatan. Nasib baik tak crowd la. Kalau tak, ada aku pening bagai. Hehehe.. lagi sekali aku tunggu selama sejam kat stesen bas depan stesen komuter Serdang. Bas nak ke Sg Long pun lambat babas, aku pun men-snap gambar kondominium kat depan stesen tu. Aku mmg admirer nak tinggal kondominium tu. Nampak best je.. berangan la nyah! Sampai kat rumah kul 10.45 malam. Takpela, tp berat juga nak melangkah disebabkan perut yang berat oleh bakso sebelum itu..hahahha..

seronoknye kalau dpt tinggal kat kondo ni..tah kenapa..


perfomance dari German

[…COLBIE CALLIAT : Bubbly…]

Halfday seperti biasa. Aku mmg semangat nak buat kerja pada hari sabtu, tahlar, bukan sebab aku nak balik awal. Tapi mungkin hari itu bernama hari Sabtu kot.. hahahha.. gangguan pun tak ada kan. Detik ke pukul 1 je, aku cepat2 punch card aku..ahaha.. ada la melaun tu sound2 aku. memang aku tak berkenan ng orang tu.. aku lagi suka kalau dia tak ada kat opis ok! Kalau dia kat opis pun, aku jarang nak bercakap ng dia. Aku tak la anti dia sangat, dah memang aku takmau bercakap banyak ng dia. Hehehe.. dia tu ada perangai yang buat aku ‘meluwats’ ok! Lebih baik aku diam dan buat kerja aku la kan. Semenjak dia suruh2 aku pasang radio tenet Suria.fm tu, tak kuasa nyah! Buat bodoh jer la kan.

Function Formula One kat bawah tu masih ada, masa tu ada perpomen dari German. Seronok la juga tengok kelincahan dorang main instrumen muzik dorang. Baru aku terperasan function ni sempena nak promo pasukan Renault. Hehehe.. ari ni memang ramai photograper, seronok tgk dorang ‘menembak’ dengan senjata dorang tu. Takpe.. tumpang bahagia je la kan.

[...SHEILA ON 7 : Sekali Lagi…]

Masa aku tengah tunggu bas kat depan hotel Swiss Garden, Encik @ call aku.

!!!**@(@&#()@&!^!*)*&

&@&*@(6

*@)*&^$$&*(

Aku pun jadi penunggu kat stesen bas tu. Masa dia sampai hujan pun turun mencurah lagi.. hahaha.. asik ujan je.. orang nak p outing pun susah.. selepas sejam menunggu kat situ, selepas Encik @ menyertai kelab perokok tidak rasmi di situ, kitorang naik bas ke stesen bas Pasar Seni. Kalau nak harap hujan berenti, lama lagi kot. Dengan selamba, aku hanya berselipar jepun.. tapi problem masa jalan kat sidewalk lar. Licin syial..

Aku rasa cam dah lama pula aku tak ke CM, padahal bulan lepas aku, adik aku dan Encik Paan ada datang ke situ. CM memang dah cantik sekarang.. paling la aku terkejut bila aku masuk toilet kat situ.. dari nak membuang air kecil-kecilan, tiba-tiba tak jadi.. hahahaha.. bukan sebab ramai pengunjung toilet tu ataupun bayaran masuk sebanyak RM 0.50, tp disebabkan ke-terkejutan aku melihat pemandangan toilet tu…macam kat Bali..wakkaka.. Bali style la..aku dengan tak jadi membuang bahan kumuhan dari buang pinggang, ligat mengambil gambar..hahaha..

tandas yang buat aku terkejut..


[…PARAMORE : My Heart…]

Temankan Encik @ makan kat foodcourt, aku masih kenyang lagi. Aku dah makan kluar dari opis sebelum tadi. Pas dari makan, kitorang pun melilau-lilau kat CM tu…rasa teruja bila nampak ada pokok2 kecil dijual.. rasa je nak beli, tapi takut tak terjaga. Huuhu… dua tahun aku duduk menyewa kat sini, tak bertanam pokok bunga pun…padahal masa kat kampung, dari tak bertanam bunga, sampai la jadi gadis si penjual bunga..muahahaha

Encik @ dengan muka soya bean.. ehehehe

[…THE BATALLION : Bulan 8 Di Sandakan…]

Aku saja bawa Encik @ ke Galeri Yusof Gajah.. lilau-lilau mata aku nak cari Donald Dawg… hahah salah sorg artist pop art kat situ. Mula2 tu Donald cam tengah pikir2 bila nampak aku, then aku senyum je la..haha..tak sangka pula, dia terus datang ke tempat aku.. greeting tanya khabar, then aku kenalkan dia ng Encik @.. hehe aku mmg tak sangka emotion yg dia tunjukkan tu.. rasa cam best pula, dia still ingat kat aku. Dia sempat jemput aku g exhibitionnya pada 7 May ni..best-best..aku akan pergi.. seronok bila tgk org buat art ni. Sebab aku mmg tak pandai.

Kedai Yusuf Gajah kat tempat Donald Dawg keja.

Then naik ke tingkat 2 bangunan tu, ada photography exhibition kat situ juga. Click Click tu dulu aku pernah pegi ng adik aku dan Paan. Kali ni gambar-gambar mmg lawa. Kesian Encik @ terpaksa la mendengar bebelan2 aku tentang gambar2 tu.

Photography Exhi kat Click-Click, CM

atas nama Encik @ adalah nama aku, atas nama aku ialah nama AYOUR

Pastu kitorang pegi Annexe, kat situ ada pameran lukisan dari pelukis Myanmar. Erm. Aku kurang gemar ng lukisan abstrak.. Encik @ pula kata dia mmg suka konsep cam tu, aku pula terkebil2 nak paham apa yg dia nak maksudkan..hahaha..apa lagi, aku pun mulakan seisi penggambaran..

Lukisan abstrak yg membuatkan saya blur?

Talk session : best, tapi aku sebenarnya tak nampak apapun kat skrin tu. RABUN!
org kata dia ni Faizal Hussein versi Pitas???

Posing payung yang suam2 kuku

Pas dari CM, kitorang pergi Jalan TAR. Gerun melihat pertemuan Sungai Klang tengah naik..agaknya camanala tsunami kat Indonesia hari tu kan.. menapak lagi…

aku gayat!!!!

Saja nak g tengok pasar malam kat situ.. semalam aku kata kat YM ng Encik @, aku nak makan laksa. Tapi kali ni aku menolak sbb perut aku memang se’eh giler. Jangan tamak ok.. just beli keropok lekor dan cepat-cepat ke Pertama Komplek dan lepak kat Kopitiam tu.. tah kebenda nama tempat tu.. sementara nak tunggu hujan redah.. dah lama tak jalan2 kat Jalan Masjid India tu.. sebenarnya aku paling suka jalan2 bila hujan..hahaha..sebab tak panas kan. Then, rasa cam kat New York..cis, cam aku pernah p New York tu. Kitorang pun menapak semula ke stesen transit Masjid Jamek. Aku dan Encik @ berpisah di situ, dia amik tren Sentul Timur ke rumah dia dan aku amik tren Sri Petaling untuk transit sekali lagi kat stesen Bandar Tasik Selatan. Hehehe.. happy biarpun penat..sampai rumah pun dah kul 10. Seperti kebiasaan aku dalam minggu ni, on kan laptop sampai siang. Ingatkan nak bangun la tengah malam untuk buat entry, tp tertidur juga sampai ke siang.. sampaila entry ni siap ditaip pun, aku tak offkan lagi laptop ni.. heheh jap lagi la.

dari Pertama Komplek

Neon, hujan..

6 comments:

Anonymous said...

mas@};- aku da baca blog mu;)..
menarik jalan cerita mu..tapi lagi menarik lagi perjalanan mu time ujan2 tu...wakakaka

Miko Yamaguchi said...

buduh punya gear...gear apa durang pakai tu...muahahaha...kak,belikan ba aku satu, yang harga 3ribu punya tu...mura jak tu....harharhar...gambar ko yang 1st tu lawa..ada can jadi potojurnalis...ngeee...:D

Perempuan Pemimpi said...

@ baco : thanks sudi baca ah..pandai suda pakai ni komen box..hehehe...time ujan? heheh..mestilah best, cam perempuan suluk terakhir suda aku berjalan tu..licin syial..terpaksa aku ber-ayu-ayu kunun..mihahaha...

@ Miko Yamaguchi - heheh..minta beli ar? bilang bapa : Belila ba nak! muahahaha..tah..gear..durg tu bikin panas, nda pala dang..nanti kita beli handbreak..muahahhaha

KeMatZ said...

huhuhuhu...... kluar reunion budak sabah tak ajak aku... aku tau lahh aku johorian.... huhuhuhuhuh

Perempuan Pemimpi said...

@Kemats..ye la tu..aku dah ajak ko dulu..tp ko tolak :))

Anonymous said...

pok....
santik tandas tu....
mcm sa mo tidur jak sana....
hehehehe....
rasanya harga tandas tu lagi mahal drpd harga rumah aku d sini....heheheh