Sunday, December 16, 2007

Aku Mahu Menjadi Seorang Photo Journalist

Seperti tajuk entry aku, aku ingin menjadi seorang photo journalist. Ada iklan kosong sebagai photo journalist, tetapi dengan bangganya aku terpaksa mengirim resume + certificates + segala bagai kat mana-mana editor dengan penuh rasa rendah diri sebab aku tak punya education background dalam bidang ni. Aku suka ambil gambar, menulis dan jalan-jalan. Herm....kawan aku kata, aku ni salah ambil kos masa kat universiti dulu. Sebenarnya aku tak salah ambil kursus, tapi aku dah kena tawar masuk kos aku dulu. Lagipun, masa tu minat aku terhadap dunia photography belum bermula, sebab aku belum mempunyai kamera.

Sekarang ni, bila kemana-mana aku mesti bawa sekali kamera aku, boleh ambil gambar kat mana-mana tempat aku singgah. Kalau ada kesempatan pulak, aku boleh update segala PERASAAN aku kat blog aku ( ye la! tak pernah firm kalau bab blog ni). Tapi sekarang ni, aku harap aku boleh maintainla. Dan kalau ada masa, aku nak transfer balik blog-blog aku yang lelama tu kat sini ke. Buat link ke. Herm.. ye la tu! Harap-harap akan tercapai juga hasrat murni aku yang terdalam ni!


Bagi aku, bila ambil gambar ni, aku menganggap itu bukan suatu kerja yang tak berfaedah. Aku tau, benda hobi macam ni, ada juga yang anggap aku pelik. Salahke aku nak ambil gambar-gambar macam ni? Herm... Malas nak layan ... Aku punya suka aku nak buat apa kan. Masa lalu memang takan berulang, melalui gambar aku boleh menceritakan semula segala bagai yang aku pernah lalui. Macam semalam, aku saja tak sanggup nak ambil gambar kat toilet rumah aku...hahahah... Sial betul.. entah sapala yang sakit perut lalu menghamburkan segala isi perutnya itu tidak tepat ke arah sasaran (maksud aku, dalam bowl toilet tu la), takanla masa dia basuh organ pembuangan dia tu, dia tak nampak cecair kumuhan yang ada kat bowl tu.. bukannya bowl tu berwarna kuning pun...hahahaha....aku pun malas nak sound budak-budak tu. Sebab aku rasa, aku terkena juga kang. Toilet tu hanya aku dan 2 orang budak penyewa saja yang guna.
Ops! Bukan aku yang butat, walaupun masa sebelum kejadian itu berlaku, aku memang ada guna tandas tu, tapi aku ni jenis orang yang tak 'tinggalkan kesan'... hahahaha... aku akan cek betul-betul, baru la aku keluar dari BILIK TERMENUNG tu! Herm.. terpaksa la aku membasuh segala BAGAI yang tertinggal kat tepi-tepi bowl tu. Semangat aku nak membasuh kain rendaman aku bertukar menjadi perasaan yang ngeri. Tetapi dengan terpaksa juga, aku lalui semua tu dengan senyuman keterpaksaan. Hahahaha... sebahagian dari hidup apa!




Apa pula perkaitannya dengan tajuk aku? Aku suka dan hendak menjadi seorang yang berkongsi pengetahuan. Kalau boleh, aku nak pi travel je, ambil gambar kat tempat orang lain. Walaupun pada dasarnya, aku memang buat cam tu. Maksud aku, aku nak involve benda ni secara serius, dan boleh dijadikan sebagai pekerjaan aku. Mana-mana tempat aku nak pergi, aku boleh buatkan dalam bentuk journal. Aku tau, ramai yang involve dalam sebegini kaedahnya.. samada jadi reporter ke, blogger ke.. tapi aku nak jadi photo journalist secara TOTAL! Bekerja pada sebuah company! Kan ke best tu! Tiap-tiap bulan boleh pergi jalan-jalan ke mana-mana, mengambil gambar, kemudian membuat text lisan melalui majalah atau web site khas. Isk! Tinggi sangat ke cita-cita aku ni? Aku rasa tak ada la sangat, cuma aku tak ada education background dalam bidang ni saja.


Herm.. dulu aku pernah pergi interview untuk jawatan penulis. Kat bawah seterusnya adalah e-mail aku pada seorang editor majalah, aku email tentang ketidakpuashatian aku.. tapi apa nak buat, aku memang tak ada talent dan rezeki dalam penulisan kot!




-----------------------------------------------------------------------------------------------
Seisi Meluahkan Perasaan!

Assallamuallaikum,


Hai! Saya harap Puan ****** sihat hendaknya. Maaflah sekiranya email ini mengambil seketika masa Puan ***** hendak membacanya. Saya tahu Puan ***** adalah Editor dalam Majalah Eh!, semestinya komitmen-komitmen lain lebih perlu dilaksanakan sepenuhnya. Saya Mas, sudah hampir 2 tahun membaca Eh dengan seriusnya, manakala sebelum tempoh masa itu, saya lebih kepada dengan aktiviti ‘meminjam’ dari kawan-kawan atau membaca di library kampus saya saja. Dalam masa 2 tahun ini, akhirnya saya dapat membeli ME dengan duit saya sendiri. RM 7.50 semasa zaman kampus saya adalah begitu hati-hati saya gunakan. Maklumlah, pembiayaan pengajian saya ditanggung oleh PTPTN. Bila berada di alam pekerjaan, RM 7.50 juga begitu hati-hati saya gunakan, kerana gaji yang perolehi dari company tempat saya bekerja adalah sama seperti zaman kakak saya bekerja sebagai kerani akaun dalam tahun 1989. Bukannya tidak bersyukur, tetapi memang betul, kakak saya terkejut bila saya memberitahu basic gaji saya semasa bekerja di syarikat itu. Katanya, basic saya itu sama seperti basic gaji yang diperolehinya kira-kira 20 tahun lepas. Tergelak pun ada, terkedu apatah lagi. Apalah nasib, takanlah hendak memilih pekerjaan dalam zaman macam ini. Saya sendiri, sedang ‘tersangkut’ sementara dengan pengajian saya. Sesuatu yang tertunda itu membuatkan saya berfikir supaya mensyukuri dengan apa yang saya perolehi. Selain daripada gaji semaksima itu, saya memperolehi pengalaman kerja yang saya rasa membantu saya meningkatkan cara saya memanipulasi kehidupan saya. Opss! Bukannya perkara buruk saja ya. Tak apa, kata orang tua, dalam hidup ini kita ambil yang baik-baik saja. Manakala yang buruk itu jadikan sebagai silam kita yang membantu hidup kita lebih baik dari hari-hari semalam. RM 7.50, basic gaji dan silam saya itulah membuatkan saya berkata, saya mesti mengubah kehidupan saya!


Hidup saya tidak seperti orang lain. Mungkin ini ujian hidup, sekadar menyenangkan hati. Siapa yang tidak bimbang, pengajian saya masih ‘tergantung’, taraf hidup semakin meninggi, tanggungjawab sebagai seorang anak langsung belum dilaksanakan, pesaing-pesaing lain semakin menimbun, apatah lagi usia saya menginjak ke 26 tahun! Saya mencari kerja melalui sijil STPM saya, pengalaman kerja dan penampilan keyakinan saya yang sangat minima! Kesiannya diri saya, selama bekerja di syarikat itu, selama itulah saya hidup dengan kebencian bekas teman baik saya, atas perkara sebelum ini saya dilabel sebagai manusia yang tak kenang budi. Budinya kerana mendapatkan saya kerja di tempat itu. Sayunya meninggalkan kawan-kawan di tempat kerja saya itu dengan alasan saya berhenti kerja kerana saya ingin menyambung semula pengajian saya. Memang betul, tapi jauh di sudut hati sebenarnya saya sudah tidak tahan dengan LABEL yang ada pada saya itu.

Saya mula mencari ‘kelebihan’ pada diri saya sendiri. Bukan hendak membanggakan diri, tapi langkah saya itu merupakan pemangkin kepada diri saya sendiri untuk YAKIN apabila pergi mencari mencari pekerjaan. Saya sebenarnya pasif kepada diri sendiri walaupun orang luar nampak saya ini seorang yang aktif. Salah saya menampilkan diri seperti itu, tetapi apa kan daya, hidup pada zaman sekarang ini terpaksa begitu tegar menghadapi segala cabaran. Kalau saya terjatuh, saya mesti memaksa diri saya untuk terus berlari biarpun terlalu banyak luka yang saya hadapi. Dari sudut lain, saya merasakan diri saya sangat bertuah kerana Tuhan sentiasa memberi saya ilham dan peluang kepada saya biarpun sudah banyak kali terjatuh. Saya sudah sedia mahu menjadi seorang penulis! Sejak usia yang masih mentah, saya sudah banyak membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Sains, agama, sejarah, politik, cara hidup dan kebudayaan, falsafah... apa saja yang ada di sekeliling saya pada masa itu. Kemampuan yang sangat terhad tidak menggalakkan saya memiliki koleksi bahan bacaan saya itu. Kalau tidak, tidak mustahil saya mempunyai privacy sendiri untuk menyimpan bahan-bahan itu. Saya berkata, saya sudah bersedia menjadi seorang penulis kerana saya rasa saya sudah mempunyai keyakinan untuk menghasilkan sebuah penulisan yang dapat menarik perhatian para pembaca untuk membaca item saya itu. Saya mahu menjadi penulis dengan tujuan dapat memberi sumbangan buah fikiran kepada masyarakat tentang sesuatu isu. Semasa remaja dulu, saya sudah mula menulis. Mungkin ianya novel mahupun cerpen, namun hati saya rawan apabila pada suatu ketika saya melihat skrip itu ada bersama timbunan buku-buku sekolah saya yang sedang dibakar. Maklumlah, sudah habis bersekolah, tiada siapa yang akan mewarisi buku-buku latihan saya itu. Ah! Silap saya sendiri apabila tersalah letak hasil penulisan saya itu.

Apabila meningkat usia di zaman kampus, saya mula membiasakan diri dengan blogging. Namun, apabila saya membacanya semula, ia tidak lebih daripada gelodak-gelodak diri saya semasa di perantauan. Macam-macam pengalaman hidup dicatatkan sehinggalah memasuki zaman pekerjaan. Sudah biasa blogging, sehingga satu masa ada di antara entry blog saya itu diprint keluar dan disepahkan di ruang tamu rumah sewa saya. Saya hanya ketawa, mungkin ‘mereka’ tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu. Kata mereka, saya menyebarkan cerita tentang mereka itu di internet. Saya tidak seperti mereka, meluahkan perasaan tidak puashati di kalangan mereka. Dan sekaligus menimbulkan angkara terbaru berlainan versi dari cerita pertama. Apabila saya sudah tahu pahit manis cara kehidupan ‘menyewa rumah ini’, saya menjarakkan diri dari mereka. Saya luahkan ketidakpuashatian saya melalui blog saya. Saya bercerita tentang kisah benar, bukannya fitnah. Namun, saya rasa mereka tidak faham apa erti blog, blogger mahupun blogging. Herm.... fikir saya, mereka bukannya artis terkenal yang malu apabila tersebar cerita tentang mereka di internet. Lagipun, saya tidak mention nama mereka, so what else? Herm.... terharu juga bila ada pihak mengetahui kewujudan penulisan saya itu. Heheheh....

Saya rasa saya mahu menjadi seorang penulis. Novel? Saya pernah mencuba, malahan sekarang ini sudah 10 bab yang saya hasilkan. Namun, kadang-kadang saya menghadapi ‘beku otak’. Idea banyak mencurah, tetapi cara mengeluarkannya membuat saya berfikir banyak kali. Melihat kepada himpunan novel karya-karya ulung novelis tempatan di dalam bilik saya ini, membuatkan diri saya ‘rendah seketika’. Di pasaran, sebuah novel normal kelihatan di rak-rak jualan adalah setebal 400 ++ mukasurat. Saya baru mempunyai 200 mukasurat (agaknya). Isi cerita tak tahu lagi lagaknya bagaimana. Haiiii! Saya belum mengalah. Masih masih mencari teori-teori cara menghasilkan sebuah penulisan. Sehinggalah pada suatu hari, saya berpeluang menghadiri beberapa temuduga jawatan sebagai penulis artikel majalah. Oh! Beberapa pengalaman ini begitu menyayat hati saya sendiri, rupanya susah hendaknya menjadi penulis di bawah satu pihak berdaftar. Bukanlah saya hendak memprotes cara mereka menemuduga saya, tetapi pengalaman itu hampir membuatkan saya mengalah untuk menjadi seorang penulis.

Saya cuba menjadi jujur di dalam setiap temuduga-temuduga itu. Penulis artikel majalah okay! Soalan wajib pada setiap seisi itu ialah : apa pandangan anda tentang majalah keluaran syarikat kami ini? Oh! Pada awal seisi, saya sudah menyatakan beberapa perkara tentang saya.

Saya mahu menjadi seorang penulis, tetapi saya tidak mempunyai latarbelakang formal di dalam penulisan.

Saya bukan follower tetap majalah keluaran syarikat anda, kerana saya tidak mampu membeli kesemua majalah yang ada di pasaran untuk mengetahui cara-cara penulisan sesebuah majalah.

Saya tidak ada bukti khusus bahawa saya seorang penulis yang mampu memberi penulisan terbaik sekiranya saya diterima bekerja, tetapi saya yakin dapat menjadi penulis yang mampu memberi kerjasama kepada semua pihak kerana beberapa kebolehan yang ada pada saya. Ini termasuklah cara capaian maklumat melalui internet, cara menyusun maklumat, cara mendapatkan maklumat termasuk komunikasi lisan mahupun bertulis dan lain-lain lagi. Sebab saya sendiri berpendidikan pengkhususan di dalam bidang pengurusan sistem maklumat, sudah pasti saya tahu cara menganalisa data, menyusun dan memproses data sehingga maklumat, mengawalselia maklumat sehinggalah beberapa proses yang lain.

Saya bukannya tidak membuat homework sebelum temuduga-temuduga itu, cuma apa yang membuatkan saya terkilan, para editor tersebut menempatkan diri saya sebaris ilmu penulisan dengan mereka. They wanted me to talk about their magazines!

Di situ, saya hampir-hampir putus asa, sebab point utama mereka : anda harus menjadi pembaca majalah tegar kami sekiranya anda mahu menjadi penulis majalah kami. I’m so dissapointed with your answers thus the magazine now are very colourful, the words that you used are very easy to understand...bla...bla....

Biarpun sebelum itu, saya perhatikan majalah keluaran mereka itu tidak kurang dalam aktiviti plagiatsme, tapi takanlah saya hendak berterus terang tentang itu? Tentulah awal-awal lagi saya ditolak kerana mengatakan hasil kerja mereka adalah hasil copy cat dari penulisan orang lain. Maaflah kerana saya berkata demikian, kerana saya juga membaca sumber dari luar negara. Saya tahu bezanya transformasi perkataan dari bahasa English ke bahasa Melayunya bagaimana. Kemudian mereka bertanya lagi kepada saya, apa majalah tempatan yang saya baca?

Saya menjawab:
Eh!, CLEO, Wanita, PC Magazines, Siswa, ...bla..bla...dan sedikit masa dulu, REMAJA. Majalah hiburan mengenai gosip2 tanahair saya kurang baca, kerana saya lebih suka membaca majalah yang bersifat pengetahuan dan fakta.


Editor : Kenapa awak baca Eh dan CLEO? Bagi saya kedua-dua majalah itu tidak lebih kepada budak-budak muda yang ingin cepat menjadi dewasa pada keadaan masa yang masih belum sesuai. i think when they read about a fashion, they want to be a model, isn’t so?

Saya: Saya tidak nafikan perkara itu, tetapi saya sendiri mempunyai sebab kenapa saya membaca kedua-dua majalah itu. Saya baca Eh kerana saya tertarik dengan gaya penulisan penulis-penulis yang ada di situ, bagaimana mereka mengutarakan sesuatu isu dan saya rasa penulisan artikel mereka amat jarang menggunakan plagiatsm. Di samping itu juga, saya membaca Eh kerana saya suka melihat paparan-paparan fesyen yang ada di situ. Mungkin saya hendak menjadi seorang fashion designer, tetapi saya rasa tidak kesampaian kerana saya tiada kebolehan melukis apa-apa objek secara teliti. Tetapi saya mungkin boleh menjadi seorang fashion consultant termasuklah pengetahuan tentang mix and match, jenama, rekabentuk mahupun kesesuaian. Bagi majalah CLEO pula, saya merujuknya bagaimana menulis dalam bahasa English. Agak keterlaluan kalau saya mengatakan saya bercita-cita untuk menarik perhatian luar membaca penulisan saya. Saya mahu menjadi penulis yang dikenali di luar negara, bagaimana saya mampu menggegarkan sesuatu isu melalui pandangan mata saya dari negara yang kecil ini. Cita-cita itu mungkin dapat dicapai sekiranya saya berjaya menguasai bahasa English dengan baik. Saya bukan membelakangi bahasa Melayu saya sendiri, namun saya harus realistik dengan keadaan isu semasa. Bahawa bahasa English adalah bahasa yang diterima di seluruh dunia. Untuk memantapkan diri berdasarkan cita-cita saya menjadi seorang penulis versatil, saya perlu menguasai bahasa English. Dan saya memilih CLEO sebagai rujukan saya, biarpun saya tahu banyak lagi majalah-majalah lain yang menggunakan bahasa English. Namun saya menitikberatkan multipurpose dalam pembacaan saya. Dan saya rasa CLEO memenuhi kehendak saya apabila memilih majalah rujukan. Sebagai rumusan, saya masih mencari-cari cara yang sesuai bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang sesuai dan dekat dengan pembaca.

Editor said: what is actually your ambition as a writer?

I said: Saya mahu menjadi penulis yang versatil. Saya juga mahu menjadi penulis yang bukan hanya tahu menulis tetapi saya juga mampu berkongsi pengetahuan. Saya kurang gemar berkongsi pengetahuan melalui lisan kerana buat masa sekarang saya dikelilingi oleh mereka yang menganggap saya berlagak apabila saya menjawab soalan-soalan mereka. Mungkin cara saya bercakap mahupun intonasi saya yang bukan di dalam level mereka membuatkan mereka melabelkan saya berlagak. Keadaan latarbelakang masyarakat yang berbeza memungkinkan kita terpaksa menjadi watak lain kalau hendak bermasyarakat. Sebagai contoh semasa di kampus dulu, saya bebas mengutarakan apa juga pandangan saya walau apapun intonasi atau cara yang saya gunakan, kerana saya yakin mereka jenis yang boleh menerima secara terbuka tentang apa saja yang diutarakan. Dan bagi saya, keadaan itu lebih kepada bentuk perbincangan yang selesa. Tetapi berbeza apabila saya berada di alam pekerjaan. Jangan anggap apabila kami masih berada di alam kampus, fikiran kami tidak matang. Di alam kampus, kami terdiri daripada pelbagai latarbelakang, kaya, miskin, pandai, bijak, lebih baik, lebih kurang mahupun yang lain-lain.... tetapi di alam pekerjaan, memang betul bukan semua dapat berpeluang ke menara gading, tapi janganlah berbodoh sombong kepada orang lain. Semua manusia sama saja, tetapi ilmu yang membezakan antara sesama mereka. Tetapi perlu diingatkan, biarpun kita berpelajaran lebih sedikit, kita harus belajar menggunakan ayat selain supaya mereka itu faham dan tahu apa yang kita cuba sampaikan. Berbalik kepada cita-cita sebagai penulis tadi, saya mahu menjadi penulis versatil yang berpengetahuan dan mampu membuka mata masyarakat tentang sesebuah isu. Saya tidak mahu hanya berminat dalam bidang fesyen mahupun kecantikan, tetapi mungkin saya juga mampu menjadi penulis dalam isu nuklear, alam sekitar, perhubungan dalam masyarakat dan sebagainya. Pendek kata, saya mampu dan bersedia menjawab setiap soalan tentang apa juga perkara.

Editor said: Tetapi saya tidak melihat segala jawapan anda seperti yang saya mahu untuk menjadi penulis majalah kami.

I said: Lack of me. I used to do homework before about your magazine, but i’m not your follower, so i have to answer your questions from overall situation. I cannot state in specific answer because it would be trapping me and you will get to put me as a person whom can talk but nothin inside. I’m just being honest with my answers.


Sebenarnya saya menulis sesuatu ini untuk editor seperti Puan ****, untuk meminta pandangan mahupun mempertimbangkan pandangan keadaan. Saya berasa ‘bengang’ apabila editor2 itu tetap mempertahankan kehendak mereka. Saya rasa mereka hanya pentingkan market majalah mereka sendiri tanpa mahu mengubah pandangan kepada mereka yang bercita-cita hendak menjadi penulis. Manusia dibezakan melalui ilmunya dan janganlah memandang semua manusia itu sama.


Mungkin sebelum ini mereka terkena dengan karenah penulis-penulis mereka, dan saya menjadi mangsa terhadap silam mereka itu. Kalau sebegitu rupa, saya rasa saya layak menjadi salah seorang penulis Eh! kerana saya memang follower Eh!. .... kalau ada yang setuju dengan ayat saya tadi, sungguh saya tak sangka ada juga yang masih bersikap ketinggalan. Saya harus sedar di Malaysia ini masih ramai yang masih belum terbuka pemikirannya berbanding yang sentiasa sedia menerima pembaharuan. Dan tak sangka, saya fikir editor-editor yang saya jumpa itu, pada mulanya saya berasa amat teruja berjumpa dan berbual sendiri dengan editor gah itu. Tapi rupanya they talk about their market but wasn’t about how to make people appriciate their THINGY.

WHAT I’M SUPPOSED TO BE? COULD YOU TELL ME?

Hahahah! Merasala nak membaca semua ini...aku dah malas nak edit segala bagai!


3 comments:

marhaen vintaj said...

kehidupan...
=(

Unknown said...

Hi uols, good luck with berblogging ni yeh? Nice blog especially your photos yang chanteque chanteque!

mak pun sama uols, ke mana mana mesti siap sedia dgn camera phone mak just incase something to snappy snappy depan mata! :)

BUT I am not as good as uols in photographing though :)

take care..thx for visiting my blog!

Anonymous said...

Huh? Aku menjadi pelik... Yg ko pi bg punyalah pjg emel kat minah tu apsal... Ko buat jer satu novel (novel fotografi) aku pun leh tlgkan... Dun worry my fren! Theres always light in every tunnel... XD
~Aku la Rara~