Hari Sabtu. Setiap hari Sabtu, aku mesti semangat nak kerja. Bukan sebab nak balik awal (aku keja halfday ok!), tapi dah memang macam tu. Tapi bos dah suruh balik kul 1, aku balik je la. Sebenarnya aku nak stay opis lagi, nak siapkan function2 paperwork aku yang sarat barai tu.
[…tgh dengar lagu Anuar Zain : Ketulusan Hati...]
Minggu depan aku ada 2 function. Satu function 4 hari 3 malam, deal dengan Audit Negara, seramai 123 tetamu. Terbahagi kepada 2 kumpulan, satu untuk seminar, satu lagi untuk family outing. Nasib baik organizer dia senang nak deal, kalau terjadi macam group MISC, kan aku fening.
Satu lagi group is under event management, tapi dia buat function untuk government. Tapi function seminar ni hanyalah 3 hari 2 malam. Hanya SEMINAR sahaja, tak la susah nak handle. Kelemahan kerja aku ni, aku tak bole nak gerak ke function tu, sebab aku kat KL. Lainla aku sendiri kat hotel kan. Takannya aku nak biar macam tu saja.
[… My Chemical Romance : Aku tidak OK...]
Hari ni pula, nama aku jadi busuk kat hotel. Syial betul bila abg Dzul yang arrange setting untuk seminar Enex Group tu busukkan nama aku. Guest minta pendapat aku nak buat setting seminar tu macam mana. Kalau boleh guest nak setting U-Shape. Bilik meeting yg dorg dapat tu ada pillar kat tengah2. Aku pun tanya kat abg Dzul, dia ya..ya kata bole buat. Kalau guest tak suka pun, dia akan goreng ayat..hahaha..padan muka bila guest suruh tukar setting p classroom dalam masa 10 MINIT ok!
[…Hujan : Pagi Yang Gelap…]
Pastu informer aku kata, dia p bising2 kat sales ofis cakap aku yang minta setting macam tu. Babikk la..terang2 aku minta pendapat dgn dia. Nanti kau..
[…Nirvana : Berbau Macam Semangat Remaja…]
Hari ni, Chai, Executive S&M aku, masuk company balik. Actually dia dah resigned, ntahla itu amoi. Tak ada pendirian, dan cepat panik. Bila dia panik, aku yang jadi bengang. Eh aku tak panik ok. Bengang juga bila sales team aku tak ada teamwork. Macam kesial, suma kerja nak aku uruskan. Sebelum ni aku nampak, exec dan manager sama spisis je. Suma benda nak tanya ng aku, expected aku boleh ingat semua perkara ke?
[…Remioromen : Konayuki…]
S&M Manager aku dah resigned juga 3 hari lepas. Senang sikit pala otak aku. Semalam, bos besar panggil aku buat meeting private ng dia, anak dia dgn HR. Tanya aku macam-macam. Herm… banyak kelemahannya bila management macam ni. Bosan pula aku, tapi tak apala, aku akan bertahan sampai ke satu takat. Dalam opis aku macam2 hal ada:
- Ada kaki bodek bos
- Ada kaki panik
- Ada yang anggap dia macam bagus je
- Ada yang surfing tenet bila dia bengang
- Ada yang suka gayut ntah mana pihak time kerja
- Ada yang suka dengar lagu best
- Ada yang pandai naik angin
[…Sheila on 7 : Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah…]
Buat hal sendiri dan buat kerja ikut prosedur. Pantang lak aku kalau tau nak menyuruh tapi diri sendiri tak buat. Kita tunggu dan lihat sajala.
2 comments:
Wah...best-nya kerja Putri!!! Ada vacancy tak utk org mcm saya...? Boss lama saya dah bukak balik klinik gigi dia tu....
mas @};-
jan kau majuk sama aku ba..
mas ba@};-
baco ni...
Post a Comment