Sunday, March 30, 2008

MODE : Seminggu Sekali

Hari ini aku demam.. sedih pun ada bila mengenangkan nasib di perantauan..muhahhaa.. pagi tadi semasa bangun, aku mendapati terdapat Hingus Kering di persekitaran dalam hidungku.. patutla aku telah mengalami gangguan pernafasan sejak malam tadi.


Kematz, dia kata dia saja nak jeleskan aku

Ya! Dah seminggu tak update entry. Erm.. disebabkan kepenatan badan sepanjang minggu ni, aku harus tidur awal setiap malam. Ntahlah..banyak juga perkara yang berlaku, tp belum sempat diedit masuk ke dalam blog.

Nasi Goreng Udang + Ikan Masin + Belacan + Pedas : SEDAP!

Mari bercerita:

1.Ada seseorang mamat kat opis aku tu, apaka benda dia tu..opkos la manusia pun. Herm.. bos tegur dia, apasal lewat masuk opis pas rehat, dia kata dia p solat. Bos pun kata, suruh ikut punctual time. Tetiba pula, si mamat ni marah-marah sampai cerita dia dah jadi berlainan version. Yang tak bestnya, dia kaitkan nama aku sekali di dalam penceritaan masalah dia tu. Esoknya, dia ambil keputusan nak resign. Maybe dia pikir, bos akan pujuk dia kot…hahahaha..macam kesialan jer aku rasa bila dia ckp : SAYA-MEMANG-NAK-KEJA-SINI.. hehehehe… ko pikir ko resign, orang lain akan jadi susah ke.. aku lagi suka ko resign, tak ada la semak pala otak aku nak dengar sora-sora ko yang macam kesial tu. Hahaha.


Suatu petang di Kuala Lumpur.

2. Bos aku panggil aku masuk kat dalam bilik bos besar. Aku pikir apakahalnya. Erm.. good news for me, bos aku dah naikkan gaji aku.. syukur alhamdulillah. Bukan sikit2 dia naikkan gaji aku tau.. bos besar aku bagi tgk testimonial aku, markah aku per 20, kebanyakannya 16 -18 jer.. heheh.. syukurla kan.. then aku tanya bos aku pasal peformance aku: kalau tak bagus, takan I kasi naik sampai ini banyak…lalalala…. Happy..
inilah bangunan OPIS aku ... lalalala



snap dari Jalan Sultan Ismail

3. Anak sepupu aku meninggal dunia – Mama called aku bagitau berita ni. Hermm.. semoga Tuhan akan merestui perjalanan dia yang seterusnya. Even dia berlainan agama dariku, dia juga manusia kan.. doakan saja kesejahteraan hidupnya..


kaki-kaki KL-rian?

4. Jatuh Cinta Pandang Pertama – hehehe.. tatkala di suatu hari aku menaiki bas Rapidkl balik ke Balakong. Ada la sorang mamat india (hensem la juga) telah membuli sorang budak cina. Mungkin budak cina tu tak tersengaja langgar dia. Bila mamat india tu dah turun, maybe dia terdengar budak cina tu say sumtink yang buat dia naik bas tu semula. Then ada la sorang mamat Jawa ni (ya! Kompom Jawa) cuba protect budak cina tu terus dari kena buli. Walaweh, dah la Mamat Jawa tu hensem cam stok Dewa19, dengan cara dia macam tu buat hati aku teruja..hehehe..serius aku dah jatuh cinta pandang pertama kat Mamat tu…hahahaha..


aku suka tempat ni.

5. Aku demam- hermm.. maybe kesan semalam kot..hehehe pas aku kerja halfday, aku g jalan2 kat Pavilion.. aku pikir tempat tu jauh…hahahah rupanya seberang jalan dari opis aku je.. tetiba aku terperasan cam aku kat over the Malaysia pula…suka bebenor aku jalan kat situ. Tambah-tambah lagi bila nampak Planet Hollywood kat situ. Bole la aku g tgk live band kan? Kan? Kan? Sepanjang ari ni hujan jer… okla.. bila dah duduk rumah hari Ahad, mesti terasa bahang kepanasan sinar mentari.. maklumla, bilik aku menghadap matahari terbit..


Pavilion, Kuala Lumpur. Besar Gilaks!


Teruja bila masuk Pavilion ni.


Planet Hollywood, Kuala Lumpur.


Kami sama.



Aku suka tengok cara Abang RapidKL ni bercakap. Macho!


Pokok ini sepi.


Bila demam, tak ada mood nak menulis. Ada sesiapa yang bersimpati kepada diriku?


Sunday, March 23, 2008

Hujan Mode

Idea nak menaip banyak, tapi bila badan dah penat…kerja-kerja nak buat entry pun stucked. Seronoknya semalam, keluar dengan Encik @, jalan-jalan bermula dari area Bukit Bintang-Pasar Seni-Jalan Masjid India- Jalan TAR.. hehehe…so, apa lagi, banyak ler gambar yg aku capture.. timing hujan pun aku bleh ada mood nak snappy-snappy ok. Thanks to Encik @ …

Aku nak merumuskan entry untuk 2 hari lar..

Semalam (khamis) aku cuti. Seluruh Malaysia bercuti Hari Maulidur Rasul. Tapi aku tak ke mana-mana lar. Then hari ini (Jumaat) aku rasa seronok very the babbas sbb aku buat keja pun tak ada yg mengganggu luar tabiat (bukan luar tabii ok).. semua kerja aku siap, best bila tak ada gangguan yang macam kesialan tu.

Bila hotel PD call aku, nak kondem aku pasal function AUDIT tu pun, aku boleh buat biasa je. Hehehe.. biasala, bukan timing tension, so segalanya aku hadapi dengan tenang, malas mo cerita pasal opis.. lebih baik bercerita tentang dunia luar dari opis aku. Encik @ miscalled, time aku p wash room.. pastu aku call dia balik…hohoho… dia ajak p makan bakso pula..ya la tu.. lepas tu tuduh aku yg bagi dia jeles..nasib la labu..

Sementara menunggu kedatangan Encik @ pas lepas opis hour, aku pun pergila ke function Formula One kat bawah bangunan aku tu.. ada little concert d situ.. apa lagi, mengambil gambar kekdahnya. Masa tu orang-orang DBKL tengah perpomen, band dorg pun not bad, org puteh yang ada di situ pun macam nampak terhibur juga…tp perpomen biasa je. Hehehe.. lama jugala aku standing kat bawah tu sementara menunggu Encik @ datang. Sempatla juga muka cam aku ni di-ngurat oleh mat Iran..hahahaha…tah apa2, bau atar.. hensem la juga mamat Iran tu.. tu pasal kalau keja kat Bukit Bintang ni boleh cuci-cuci mata… sesambil tunggu, sesambil tgk live band.. aku kan suka tgk live band. Encik @ pun datang…

Masa makan bakso ng Encik @, hujan turun mencurah. Mula-mula segan juga nak bawa Encik @ g tempat tu, mana la tau taste orang lain kan. Tapi as he said, dia pun makan bakso, so tak heran la dia bole sesuaikan diri tempat macam tu. Biasanya bakso dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan… orang kata, bakso tepi jalan lagi sedap berbanding makan dalam restoren .. ye ke? Aku rasa aku setuju kot, maybe sebab environment kan..hahahaha… masa tengah makan tu, ada la juga beberapa orang yang singgah makan kat situ. Dah 2, 3 kali aku datang makan bakso kat situ, ada juga pelancong yang datang bersantap kat situ. Brunei, Indonesia, Orang Arab… kira gerai tu, port bagus jugala.. Cuma service dia agak lambat. Bakso kat sini guna telur puyuh rebus.. hahaha.. Encik @ kata, dia tak sampai hati nak makan sebab kecil.. ada2 je.. biasa kat tempat lain, hanya guna hirisan telur ayam rebus. Tak sangka pula kat gerai tu guna telur puyuh.

Akibat ter-stucked dalam hujan, aku dan Encik @ duduk lagi situ sambil memerhatikan lantai gerai tu digenangi air..hahaha.. deras ok! Maklumlah kawasan bukit, hujan pun mencurah gila. Bila time-time macam ni, ingat pula keadaan kat rumah di Sandakan. Aku cakap ng Encik @, aku rindu dengan suasana rumah bila hujan cam ni. Tambahan pula, atap gerai tu guna zink.. hahaha.. ok! Ok! Takmau emo!

[…UNGU: Kekasih Gelapku…]

Bila diyakini hujan tidak selebat gilers seperti sebelumnya, aku dan Encik @ pun menapak ke Puduraya.. ambil tren LRT dari situ. Dalam perjalanan tu, aku bleh plak ketawa sendiri.. apasal kitorang tak ambil monorel kat Bukit Bintang je kan? Hahaha… tp dah setengah jalan menapak, takan aku nak bgtau Encik @ pula. Kang disangkakan seperti Biawak pula.. erk! Apa kaitan ng biawak?? Menapak dengan selipar jepun ler aku, nak harap ng sandal Vincci aku, mampus nak beli baru… dah la jalan kat situ dipenuhi air.. hahaha.. tapi memang nak beli kasut baru lagi ni. Bulan lepas beli kasut Vincci, aku nak g potong tumit kasut tu. Sakit pinggang weh.. ke nak tunggu kurangkan berat badan? Mimpi bagailer nak turunkan berat badan.. hahahah..

[…JUDIKA: Bukan Rayuan Gombal…]

Encik @ naik tren ke arah Sentul Timur, aku lak g arah Bandar Tasik Selatan. Nasib baik tak crowd la. Kalau tak, ada aku pening bagai. Hehehe.. lagi sekali aku tunggu selama sejam kat stesen bas depan stesen komuter Serdang. Bas nak ke Sg Long pun lambat babas, aku pun men-snap gambar kondominium kat depan stesen tu. Aku mmg admirer nak tinggal kondominium tu. Nampak best je.. berangan la nyah! Sampai kat rumah kul 10.45 malam. Takpela, tp berat juga nak melangkah disebabkan perut yang berat oleh bakso sebelum itu..hahahha..

seronoknye kalau dpt tinggal kat kondo ni..tah kenapa..


perfomance dari German

[…COLBIE CALLIAT : Bubbly…]

Halfday seperti biasa. Aku mmg semangat nak buat kerja pada hari sabtu, tahlar, bukan sebab aku nak balik awal. Tapi mungkin hari itu bernama hari Sabtu kot.. hahahha.. gangguan pun tak ada kan. Detik ke pukul 1 je, aku cepat2 punch card aku..ahaha.. ada la melaun tu sound2 aku. memang aku tak berkenan ng orang tu.. aku lagi suka kalau dia tak ada kat opis ok! Kalau dia kat opis pun, aku jarang nak bercakap ng dia. Aku tak la anti dia sangat, dah memang aku takmau bercakap banyak ng dia. Hehehe.. dia tu ada perangai yang buat aku ‘meluwats’ ok! Lebih baik aku diam dan buat kerja aku la kan. Semenjak dia suruh2 aku pasang radio tenet Suria.fm tu, tak kuasa nyah! Buat bodoh jer la kan.

Function Formula One kat bawah tu masih ada, masa tu ada perpomen dari German. Seronok la juga tengok kelincahan dorang main instrumen muzik dorang. Baru aku terperasan function ni sempena nak promo pasukan Renault. Hehehe.. ari ni memang ramai photograper, seronok tgk dorang ‘menembak’ dengan senjata dorang tu. Takpe.. tumpang bahagia je la kan.

[...SHEILA ON 7 : Sekali Lagi…]

Masa aku tengah tunggu bas kat depan hotel Swiss Garden, Encik @ call aku.

!!!**@(@&#()@&!^!*)*&

&@&*@(6

*@)*&^$$&*(

Aku pun jadi penunggu kat stesen bas tu. Masa dia sampai hujan pun turun mencurah lagi.. hahaha.. asik ujan je.. orang nak p outing pun susah.. selepas sejam menunggu kat situ, selepas Encik @ menyertai kelab perokok tidak rasmi di situ, kitorang naik bas ke stesen bas Pasar Seni. Kalau nak harap hujan berenti, lama lagi kot. Dengan selamba, aku hanya berselipar jepun.. tapi problem masa jalan kat sidewalk lar. Licin syial..

Aku rasa cam dah lama pula aku tak ke CM, padahal bulan lepas aku, adik aku dan Encik Paan ada datang ke situ. CM memang dah cantik sekarang.. paling la aku terkejut bila aku masuk toilet kat situ.. dari nak membuang air kecil-kecilan, tiba-tiba tak jadi.. hahahaha.. bukan sebab ramai pengunjung toilet tu ataupun bayaran masuk sebanyak RM 0.50, tp disebabkan ke-terkejutan aku melihat pemandangan toilet tu…macam kat Bali..wakkaka.. Bali style la..aku dengan tak jadi membuang bahan kumuhan dari buang pinggang, ligat mengambil gambar..hahaha..

tandas yang buat aku terkejut..


[…PARAMORE : My Heart…]

Temankan Encik @ makan kat foodcourt, aku masih kenyang lagi. Aku dah makan kluar dari opis sebelum tadi. Pas dari makan, kitorang pun melilau-lilau kat CM tu…rasa teruja bila nampak ada pokok2 kecil dijual.. rasa je nak beli, tapi takut tak terjaga. Huuhu… dua tahun aku duduk menyewa kat sini, tak bertanam pokok bunga pun…padahal masa kat kampung, dari tak bertanam bunga, sampai la jadi gadis si penjual bunga..muahahaha

Encik @ dengan muka soya bean.. ehehehe

[…THE BATALLION : Bulan 8 Di Sandakan…]

Aku saja bawa Encik @ ke Galeri Yusof Gajah.. lilau-lilau mata aku nak cari Donald Dawg… hahah salah sorg artist pop art kat situ. Mula2 tu Donald cam tengah pikir2 bila nampak aku, then aku senyum je la..haha..tak sangka pula, dia terus datang ke tempat aku.. greeting tanya khabar, then aku kenalkan dia ng Encik @.. hehe aku mmg tak sangka emotion yg dia tunjukkan tu.. rasa cam best pula, dia still ingat kat aku. Dia sempat jemput aku g exhibitionnya pada 7 May ni..best-best..aku akan pergi.. seronok bila tgk org buat art ni. Sebab aku mmg tak pandai.

Kedai Yusuf Gajah kat tempat Donald Dawg keja.

Then naik ke tingkat 2 bangunan tu, ada photography exhibition kat situ juga. Click Click tu dulu aku pernah pegi ng adik aku dan Paan. Kali ni gambar-gambar mmg lawa. Kesian Encik @ terpaksa la mendengar bebelan2 aku tentang gambar2 tu.

Photography Exhi kat Click-Click, CM

atas nama Encik @ adalah nama aku, atas nama aku ialah nama AYOUR

Pastu kitorang pegi Annexe, kat situ ada pameran lukisan dari pelukis Myanmar. Erm. Aku kurang gemar ng lukisan abstrak.. Encik @ pula kata dia mmg suka konsep cam tu, aku pula terkebil2 nak paham apa yg dia nak maksudkan..hahaha..apa lagi, aku pun mulakan seisi penggambaran..

Lukisan abstrak yg membuatkan saya blur?

Talk session : best, tapi aku sebenarnya tak nampak apapun kat skrin tu. RABUN!
org kata dia ni Faizal Hussein versi Pitas???

Posing payung yang suam2 kuku

Pas dari CM, kitorang pergi Jalan TAR. Gerun melihat pertemuan Sungai Klang tengah naik..agaknya camanala tsunami kat Indonesia hari tu kan.. menapak lagi…

aku gayat!!!!

Saja nak g tengok pasar malam kat situ.. semalam aku kata kat YM ng Encik @, aku nak makan laksa. Tapi kali ni aku menolak sbb perut aku memang se’eh giler. Jangan tamak ok.. just beli keropok lekor dan cepat-cepat ke Pertama Komplek dan lepak kat Kopitiam tu.. tah kebenda nama tempat tu.. sementara nak tunggu hujan redah.. dah lama tak jalan2 kat Jalan Masjid India tu.. sebenarnya aku paling suka jalan2 bila hujan..hahaha..sebab tak panas kan. Then, rasa cam kat New York..cis, cam aku pernah p New York tu. Kitorang pun menapak semula ke stesen transit Masjid Jamek. Aku dan Encik @ berpisah di situ, dia amik tren Sentul Timur ke rumah dia dan aku amik tren Sri Petaling untuk transit sekali lagi kat stesen Bandar Tasik Selatan. Hehehe.. happy biarpun penat..sampai rumah pun dah kul 10. Seperti kebiasaan aku dalam minggu ni, on kan laptop sampai siang. Ingatkan nak bangun la tengah malam untuk buat entry, tp tertidur juga sampai ke siang.. sampaila entry ni siap ditaip pun, aku tak offkan lagi laptop ni.. heheh jap lagi la.

dari Pertama Komplek

Neon, hujan..

Thursday, March 20, 2008

Bukan Puteri Lindungan Bulan.

Ada 3 peringkat cherita.

[…DEWA: Selimut Hati…]

Sengaja aku slowkan player aku, nak ambil mood nak buat entry. Heheh. Hari ini hari Maulidur Rasul. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. .. aku hanya berada di rumah, sambil layan muzik, blogging, chatting, surfing dan.. er.. sebagainya. Biasala, esok keja semula, sabtu pula halfday. Oh! Indahnya kalau hari Sabtu tak payah kerja.

[….V.E: Kerna Sayang…]


Cherita Peringkat Pertama:

Semalam, seharian di opis, memang bz gila. Tapi syok gila, bila salah satu little function aku tak menjadi. Bengang pun ado juga, bila seseorang tu mengarah-ngarah aku.. herm bosan eh! Aku pun ada portfolio keja sendiri, bila dah kena macam tu, maksud aku, all the things that seseorang asking aku, aku pun naik bosan la. Macam dia sendiri tak boleh buat, takan dia tak tau aku tengah konsentret buat paperwork function derek seminggu???? Fak OFF…

Lepas tu bole pula mengeluh sambil hempas-hempas barang… walaweh, aku malas nak ambil tau, sbb aku mmg konsentret nak buat keja. Sbb kalau paperwork yg aku buat tu salah, seluruh paperwork kena buat amendment dan akan menyusahkan org lain. Lantak kau la…

[…PETERPAN: Tak Bisakah…]

Cherita Peringkat Kedua.

Balik dari opis. Baru aku perasan, semalam aku tak dinner, pagi tadi pun makan bun. Punya bagai kelam kabut terlewat ke opis. Herm.. sepanjang jalan yg biasa aku lalu pun, stok nasi lemak dah tak ada. Oleh yang demikian, aku just beli bun kat KIOSK. Herm.. oleh yang demikian, sebelum naik bas pulang ke rumah, aku pun singgah makan bakso kat gerai depan hotel Swiss Garden.. tak jauh dari stesen bas biasa aku. Lantakla, aku dah lapar.. dari aku menanggung derita kelaparan sepanjang perjalanan balik ke Balakong kan. Bakso kat situ hanya berharga RM 3.00. em.. mahal la juga, tapi mungkin dia ni berstatus BAKSO TENGAH KL kot.. hahaha… rasa dia? Erm.. boleh la, tapi tak sesedap bakso kat kampung aku SANDAKAN.

Nak naik kemuntah-an aku bila tertelan sayur. Aku bukan tak makan sayur, Cuma aku tak suka sayur dicampur ke dalam bakso.. ahhaha.. tambahan pula, bila sayur yang dimasukkan ke dalam bakso tu adalah sayur jenis berbaja. Wowowow… naik kembung tekak aku hah! Pula dah, campur sekali ng taugeh… oleh yang demikian aku mengambil keputusan untuk mengenepikan sayur-sayuran tersebut yang boleh mempengaruhi rasa bakso itu. Hehe.. just sitting and eating alone.

Check handphone.. ow.. got 2 miscalled from somebody. Hehe. Mesti dia stucked kat Maybank lagi.. yeah, as he said dalam YM semalam. Well, nak ajak dia makan, tapi takut dia tak makan benda2 ala tu..hahaha…

Encik @: halloooo
masze san:

masze san: miscalled?
masze san: y?
Encik @: nothing..

masze san: having bakso alone
Encik @: who
Encik @: u

masze san: ya la
masze san: aku lupa off silent mode aku
masze san: dats y tak pick up
Encik @: so, where r ur now
masze san: rumah lor
masze san : aku pikir nak ajak ko makan bakso, tp aku rasa bukan taste ko
Encik @: i love bakso wat

masze san : ya la tu
Encik @: hello
masze san: ya hello
Encik @: sabahn ba ni
masze san: ok next time go wiv u
Encik @: tp nda tau la bakso sini sama ka nda
masze san : nda sedap biarpun habis
masze san : tmpt td tu bit ok la
masze san : nanti ko tgk gambar dalam blog aku
Encik @: check...

masze san: nanti dulu
masze san: belum siap
Encik @: alala..
Encik @: kasi siap dlu
masze san: hehe
Encik @: baru promote
masze san:
masze san: kasi jeles ba aku makan bakso
Encik @: slruppp...
masze san: dia letak vege

masze san: nda sedap
Encik @: org indon ka yg buat
masze san: ya
masze san: real jawa
Encik @: teringat bakso di sabah


But he said that, bakso bugis at Jakarta much more very the sedap. Ahaks. Ya la tu, be APPLE TO APPLE la…cerita sampai ke Jakarta.. aku tak pernah pergi la…hahahaha… herm… banyak tempat aku dah merasa bakso, aku rasa the greatest adalah kat kampung aku.. memang very the sedap-TOS. Pure Javanese yang buat, I wished ada somebody kat Sandakan can snap picas for me, nak dimasukkan ke dalam blog ni.. promo bahawa Sandakan ada Bakso yg best gilak.. trutama sekali kat gerai2 Batu 2 ½ Kampung Muhibbah.. er.. ada lagi ke tempat tu?

[…silent mode…]

Cherita Peringkat Ketiga.

Hari Maulidur Rasul. Dah pukul 2 dah. Pagi tadi, aku terlewat bangun. Padahal semalam aku tidur awal..macam biasala.. maybe aku penat kot. Pagi tadi, lepas bathing, aku masak mee goreng… saja je.. mee kuning tu aku dah siap2 rebus sebelum aku masak semula.. rasa NGERI kalau tak rebus dulu sebelum digoreng. Rasa kapur atau wax pun ada..hahaha…bila dah rebus ni, sedap je dimakan sebab dah lembut… oh ! eksperimen aku berjaya.

Awal pagi tadi, mama telepon. Menyatakan rasa kerinduannya kepadaku. Herm… ya.. aku naik sebak. Maklumla, dia kata aku ni anak dia yang tembam yang dirindunya…hahaha.. dalam keluarga aku, tak ada yang bleh compete aku… bab-bab saiz jisim la..kesian aku..hahaha… tapi ada satu berita yang buat aku terkejut. Mama membawa kabar itu…

Kak Liahim menjadi lumpuh… K. Liahim adalah berpangkat anak saudara kepada Mama. K.Liahim saudara mama yang kerap melawat mama. Kesian dia.. even kami berlainan agama, tapi kami saling mengambil berat… Mama kata, K.Liahim mengalami gangguan saraf tunjang dari kepala ke kaki. Aku pun tak pasti.

masze san : dapat berita tak baik dari mom saya pagi tadi
Dato’ Dari UK:
masze san : sepupu saya jadi lumpuh
masze san :
Dato’ Dari UK: Accident..?
masze san : no
masze san : tiba2 jadi begitu
masze san : uraf saraf dari kepala ke kaki rosak

Dato’ Dari UK:
Dato’ Dari UK: Umur..?
masze san : 30's la
masze san : pempuan
Dato’ Dari UK: Muda lagi...biasa jatuh..?
masze san : tak
masze san : tiba2 dia macamtu
Dato’ Dari UK: Tak mungkin Putri.
Dato’ Dari UK: Mesti dia ada sejarah.
masze san : mungkin la
Dato’ Dari UK: Sorry, wifi x stable pagi ni.

masze san : its ok
Dato’ Dari UK: Tetiba setting pun lari.
Dato’ Dari UK: Hmm...
Dato’ Dari UK: Apa jugak ya.
masze san : tak pastila
masze san : dia seorng yg kuat bekerja
Dato’ Dari UK: Biasanya, either pernah accident (jatuh, terlanggar) atau virus infection
pada tulang belakang.
masze san : mungkin
masze san : tp mak saya kata dia rajin jalani terapi
Dato’ Dari UK: Terapi, knp dia buat terapi..?
masze san : kan dah lumpuh
masze san : mak kata skrg ni bit ok la

rasanya, ingin saja aku pulang ke kampong sekarang ni. Aku terasa soul aku mmg dah sampai kat sana. Rindu Bapa, rindu Mama, rindu Along, rindu Rumah, rindu bayu laut Sandakan, rindu kampong, rindu my childhood…

[…menangis..emo…]

Entah, kenapa aku begitu emosi kali ni… mungkin sudah sampai masanya aku akan pulang ke rumah. Setelah selesai semua misi aku ke sini, aku akan kembali ke sana. Mungkin tidak kurang dari jangkamasa 5 bulan lagi. Aku takan peduli cakap-cakap orang:

Tiada kerja..Tiada masa depan…Tiada kehidupan…Bla..bla…

FUCK OFF ok!


Rezeki ada di mana-mana. Aku percaya Allah sentiasa melindungiku. Tak kisahlah a
ku berada di mana sekalipun, kalau akal dan fikiran digunakan, insyaAllah, aku akan perolehi yang lagi baik dari hari ini.
Penangan Kopi IndoCafe yang aku minum pagi tadi begitu menyengat… Migrain ka aku?


Sila tekan perkataan LIL PARADOE di bawah, untuk membuat sebarang komen.

Tuesday, March 18, 2008

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Hari ini hujan di Kuala Lumpur. Nasib baiklah aku ada bawa payung, hahaha…sedondon dengan baju kurung songket kaler pink aku tu. Ya la tu, gila punya berat bila kain songket aku tu terkena hujan. Huhuhu… sebelum itu, aku telah melakukan satu jenayah kecil iaitu MENCURI DENGAN NIAT. Heheh..dimulakan dengan niat tak sengaja sebenarnya. Sandal yang aku pakai hari-hari tu telah mengalami ke-putus-an (apa punya ayat daaa….).. nasib baik putus masa aku still kat area opis aku (kat tandas sebenarnya). Biasanya aku bawa sandal cover, hahaha… oleh yang demikian, aku telah men-cilok selipar itam opis depan opis aku..hehehe.. harap-harap mereka tak nampak la. Pagi kang aku bagi balik da.. hehe.. kluar dari opis, hujan pun menyimbah bumi KL… Kuala Lumpur…Kuala Lumpur..

[…Hujan : Kuala Lumpur…]


Sejak cuti weekend hari tu, aku telah banyak melakukan eksperimen kat blog aku. Sebenarnya aku dah lama dengan benda ni, tapi asyik2 tukar url saja. Hehe..never firmly.. biasa nampak widget kat blog orang lain saja. Kali ni, ter-getek nak menerai kat blog aku sendiri. Saja nak tau, ada ke tak orang melawat blog aku ni. Buktinya… jeng…jeng..jeng… dalam masa 3 hari aku pasang Tres Visitor Counter dan Feedjit aku… ada lebih kurang 200++ pelawat blog aku. Perkiraan itu tak termasuk author punya klik-klik-kluk-kluk la. Kebanyakan pelawat aku hasil dari promo blog aku ke TUTtttttt… hehehe.. apa pun, tiada niat selain daripada yang terniat.. apekah yang aku taip ni..


Sambungan Hari Kedua...

[...Too Phat feat Yassin : Alhamdullillah...]


Rasa seronok bila mendapat tahu, blog aku ni dikunjungi pelawat juga. Tak kisahla, kalau nak takat jenguk-jenguk ke, pandang-pandang, jeling-JULING, terima kasih ok! Buat aku tambah semangat nak menulis ke dalam blog. Aku hanya berkongsi rasa, terpulang kepada penerimaan anda di luar sana. Semalam aku chat ng salah sorg rakan cyber aku. Mulanya dia meminta lagu Cahaya Hidupku by Ebith feat. Nunu tu, aku tak sangka juga dia akan melawat blog aku.



Datin D : ko kasi upload sana blog ko
masze san (3/17/2008 8:00:48 PM): ko baca ka
Datin D : best banget deh
Datin D : […icon ketawa gilaks…]
Datin D : sa ni ibarat hantu bha d blog ko tuh mandak
masze san (3/17/2008 8:01:11 PM): […icon ketawa gilaks…]
masze san (3/17/2008 8:01:14 PM): dui terharu
Datin D : sa suka baca2 kehidupan ko
masze san (3/17/2008 8:01:21 PM): silent reader ka
Datin D : iya bha
Datin D :): hantu kan
Datin D :
Datin D : mo jugak kasi comment tp mcm enda layak bha
Datin D : haha
masze san (3/17/2008 8:02:41 PM): uiseh
Datin D :): enda tau apa mo type
masze san (3/17/2008 8:02:46 PM): pala lutut ko la
Datin D :
Datin D : ui mandak
Datin D : siok bha idup ko mandak
masze san (3/17/2008 8:02:59 PM): apakah
masze san (3/17/2008 8:03:05 PM): siuk ka
masze san (3/17/2008 8:03:09 PM): cam busan ba tu
Datin D : ko mmg photographer ka?
masze san (3/17/2008 8:03:17 PM): nda la, cuma aku minat
Datin D : urg yg enda sama minat mmg la bosan
Datin D : neehh kannn
Datin D : sa bilang minat sama


Thanks fren. Komen anda membuatkan aku lebih semangat mahu menulis. Apalah sangat tentang kehidupan aku ni, ingat senang ke nak inteperasi
ke dalam bentuk penulisan? Adanya penulisan pengalaman macam ni, aku memerlukan perhatian dan pandangan supaya aku terus menerus mengeluarkan idea untuk menulis. Blog bukan hanya untuk bercerita tentang perihal diri, tetapi juga berkongsi rasa. Aku tau ada lagi silent reader di luar sana. Kehadiran anda menceriakan hidup aku. Hakhakhakhak.



masze san (3/18/2008 9:14:03 PM): anda sihat?
Panglima Harimau Berantai : sihat walafiat
masze san (3/18/2008 9:15:36 PM):
Panglima Harimau Berantai :
masze san (3/18/2008 9:16:05 PM): ada masa lawatlah blog saya
Panglima Harimau Berantai : sudah pun sya baca kemarin
masze san (3/18/2008 9:17:05 PM): dalam diam
masze san (3/18/2008 9:17:31 PM): i just missed my hometown
masze san (3/18/2008 9:17:41 PM): hits 200 within these 2 days
masze san (3/18/2008 9:17:42 PM):
Panglima Harimau Berantai : 90% blog kau tu menampakkan ketidakpuasan hati
Panglima Harimau Berantai : ehehehe
masze san (3/18/2008 9:18:18 PM): hahaha
masze san (3/18/2008 9:18:19 PM): biasala
masze san (3/18/2008 9:18:20 PM): hentam
masze san (3/18/2008 9:18:29 PM): i wrote heartdly
Panglima Harimau Berantai : ndak puas hati sama siapa kunun
masze san (3/18/2008 9:19:11 PM): general ba tu
masze san (3/18/2008 9:19:22 PM): banyaknya cerita sana tu
Panglima Harimau Berantai : aku ndak baca habis
Panglima Harimau Berantai : baca habis juga
masze san (3/18/2008 9:20:05 PM): apa tu
Panglima Harimau Berantai : tapi tak berapa paham apa yg kau mau sampaikan
masze san (3/18/2008 9:20:11 PM): cis
masze san (3/18/2008 9:20:50 PM): hehe gambar fiq tu kiyut kan
Panglima Harimau Berantai : yg aku faham ko ndak puas hati sama seseorang, then banggakan malaya dari tanah borneo


Thanks Fren. Aku tak nafikan, tentang ketidakpuashatian tu. Ragam merantau, hidup sendiri, blog tempat jadi luahan perasaan yang perasan ni..hehehe… tapi stetmen kawan aku tu yang last tu buat aku tersentuh sedikit. Cepat-cepat aku membelek-belek POST yang lama untuk mencari apa yang dia maksudkan tu… isk! Sedih pula aku bila di-stetmen kan begitu. NO-FREN-I-WONT-DO-THAT.

Aku takan pernah lupa asal usul. Kalau aku banggakan Malaya, aku takan buat threat rumah atas air aku tu. Huhuhu.. Tuhan saja yang tau betapa rindunya aku dengan kampong halaman aku nun di sana.


[…aku tinju juga paru-paru ko karang, mel..hahahhah…]


Hehehe.. rileks la u olls. Oh! Mata mengantuk semula. Threat ini aku buat selama 2 hari. Belum ada masa nak burnt out. Lagipun asyik tidur awal saja. Al-maklumla, penat. Tapi idea mau menulis dah listing down. Cuma tunggu di-bakar saja. Hahahaha… oleh yang demikian, sekian dulu kali ini. Semoga hidup kita baik2 saja ok.

Sunday, March 16, 2008

Apa itu Panoramio.com

Ya! Hari ini hari Ahad. Mengantuk pun ado, tengah semangat buat entry pun ado. Tiba-tiba idea datang mencurah-curah bila aku chatting dengan sorang budak dari kampung aku. Budak Sandakan.. seronok juga bila chatting dengan orang sendiri, tak perlu pening aku nak memikirkan ayat bagai spiking dalam bahsa len. Masa aku tengah chatting ng Encik Art-Line, tiba aku rajin pula nak bagi tunjuk website Map Google ni.. hahahah.. dia pun dah rasa best bila tgk benda ni. Kepada korang yang jadi pembaca entry ni, marilah kita menerokai dunia kita.

Selamat datang ke Panoramio.com, di sini kita boleh men-register-kan kampunheheg kita sendiri. Lihatlah, betapa kampung saya yang kecil itu, sudah saya registerkan di mata dunia cyber..heheheh..nampak cam hebat je kan.. tapi sebenarnya benda ni berguna kepada kita. Bolehlah kita memperkenalkan kampung kita yang terpencil serba indah itu.


unik tak rumah saya? perkampungan di atas air

Tanda merah tersebut adalah kedudukan rumah saya di mata ASEAN

zoomkan pakai arrow tu-zoom in-zoom out

tu dia rumah saya, tersusun kedudukannya biarpun perkampungan atas air




Sila tekan LIL PARADOE di bawah untuk meletakkan komen anda.