Saturday, October 24, 2009

Travel MODE : Kundasang (2)

Aduh, kalau buat wedding reception or wedding photography kat sini mesti best gilak.

'Amaran' ada di mana-mana

Atas kiri : Sebahagian daripada English Garden
Atas kanan: Pemandangan regular bagi setiap orang yang datang ke sini
Bawah kiri: Tugu Memorial khas untuk pesalah perang yang gugur semasa 'perjalanan jauh' tersebut
Bawah kanan : Tiba-tiba aku rasa aku macam berada di Alice and The Wonderland punya taman. hahahaha.

Gerbang masuk, pemandangan regular la ni.

Susah nak dapat shot ni. Matahari tegak atas 'mata'

Sesiapa pun akan merindui tempat ini. Sebelah kiri tu merupakan dinding tanda bagi mereka yang telah terkorban dalam Death Marching tu.

Mereka berdua ni sungguh ramah. Merupakan pelancong dari Johor Bahru. Si Husband kata, dah dua kali dia datang kat sini untuk daki gunung Kinabalu. Tapi dua-dua event dia tak larat.

Kiri atas: Peralatan tinggalan Death March-man. Kamu boleh melihat ada beberapa buah sajak yang ditinggalkan di sini.
Kanan atas : Aku lupa, tapi macam sijil penghargaan la.
Kiri bawah: Kat sini kamu boleh bersantai sambil melihat dokumentari digital pasal Death March ni. Sejuk kat sini ni.
Kanan bawah: Jalan masuk ke kawasan Memorial.


Lambatnya nak update. Dalam seminggu ni, aku rasa aku penat sangat, tapi aku tatau la nak kata penat apa. Ahad (selepas dari Kundasang) aku pulang semula ke Telupid. Kemudian hari Isnin tu, ada sambutan majlis jamuan bersama pejabat kitorang peringkat daerah. Penat juga la nak arrange event ni. SIb baik aku ada skill managing event masa aku keja kat hotel dulu. Jadi, tak lah kekok sangat. Oklah. Lokasi gambar di atas adalah semasa aku berada di Kundasang War Memorial Park. Kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Pekan Kundasang. Kehadiran aku disambut oleh seorang pakcik yang pada perkiraan aku adalah berbangsa Jepun. Tiket masuk ke sini adalah berharga RM2.00 bagi setiap pengunjung dewasa, manakala RM1.00 bagi pengunjung kanak-kanak. Kedudukan Kundasang War Memorial ni terletak di atas sebuah bukit kecil dan dihiasi dengan perhiasan landscape hutan yang sangat menarik. Bila menaiki tangga-tangga kecil untuk ke 'show centre', aku rasa nyaman betul kerana di kiri dan kanan aku dihiasi dengan perhiasan tumbuh-tumbuhan dan udara sejuk.

Ada member cakap, rasanya aku saja sedikit 'jakun' baru sampai ke tempat-tempat yang aku dah lawati. Itu aku tak nafikan, sebab selesai saja persekolahan aku dulu, aku dah merantau ke Semenanjung Malaysia. Dulu semasa kecil dalam usia 6 tahun, parent pernah bawa keluarga berjalan-jalan juga. Aku pernah melihat sawah padi menguning, proses menuai padi dan lain-lain lagi. Itu semasa berada di kampung mak aku, Tambunan. Aku pernah merasa moment menaiki feri angkutan Sungai Segama dan Sungai Kinabatangan. Tapi sekarang tempat-tempat tu dah dihubungkan dengan binaan jambatan. Dan sekarang ni, aku nak recall balik kenangan tu dan tak lupa mahu tujuan sebenar aku adalah untuk mengembara ke serata negeri Sabah ini dalam masa 1 tahun (kot). Bagi bulan Oktober, aku ada 3 siri pengembaraan iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kundasang. Walaupun aku tak menjangkau ke pelusuk setiap daerah, tapi aku dah sampai ke kawasan utama di dalam daerah itu sendiri. Indahnya negeriku ini.

Oh sambung semula. Memorial ini dibina dan ditujukan khas kepada prisoner perang dari Australia, British, Tanah Melayu (pd ketika itulah), New Zealand dan mereka yang terbabit di dalam perang dunia ke 2; yang telah dipaksa berjalan selama berbulan-bulan dari Ranau ke Sandakan. Ramai prisoner yang telah meninggal dunia sama ada ketika dalam perjalanan mahupun ketika sampai di Sandakan. Ini berikutan cuaca hujan dan lembab sepanjang 'perjalanan berdarah' itu. Terdapat 4 buah taman utama yang ada di sini iaitu The Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan The Contemplation Garden and Pool. Kesemua taman ini dibuat merupakan kombinasi beberapa buah negara yang terlibat di dalam Death March tersebut. Sebelum melawat ke taman-taman itu, kamu boleh la menonton terlebih dahulu previu mengenai Death March ini di show room di situ.

Semasa aku melawat memorial ini, kelihatan beberapa rombongan keluarga mahupun kawan-kawan yang datang ke sini. Aku sempat di sapa oleh seorang pelawat dari Johor Bahru yang datang bermesyuarat sambil melancong di sini. Pada perkiraan aku, mungkin dia ni adalah jurugambar kepada kumpulan itu. Aku tengok dia lagi suka setting automatik masa ambil gambar, dalam masa yang sama aku bagi tips pada dia untuk guna setting white balance pada dslr dia. Sebab dia pun guna light speed, sayanglah kalau tak apply kan. Dia tengok gambar2 aku, aku tengok gambar2 dia pula. Macam biasalah, kami berdua pun newbie. Kawan-kawan dia pun siap berkenal-kenalan ng aku pula. Dia pakai dslr Pentax, dan dia terkejut bila nampak Nikon 80 aku.. ahhahaha..siap tanya aku pakai lense apa benda semua tu. Oh, saya pakai kit lense dan zoom len 300mm saja, kataku. Ada lah hamba Allah yang bagi pinjam kat aku nikon d80 tu. Memang sedap dengar bunyi shutter masa 'menembak'. hahahaha..Tapi sampai sekarang aku still tak puas hati kot.

Seronok juga bila berjalan sendiri. Ramai stranger aku jumpa, dan berharap aku boleh berjumpa lagi dengan mereka di masa depan. Siapa tahu kan. Tapi aku masih tak putus-putus harapan nak ajak kawan-kawan aku supaya join aku di dalam setiap siri pengembaraan aku ni. Rasa takut tu memang sentiasa ada. Kalau kamu yang tak kenal aku, kalau nak join aku amat alu-alukan. Tapi kos tanggung sendiri la ya, dan mesti ada jati diri traveller yang sangat tinggi. Aku anggap ini adalah latihan untuk diri aku sendiri sebelum aku ke luar negara la pula. InsyaAllah.

Untuk orang luar, di Sabah ini terdapat bermacam-macam lokasi yang sangat mengkagumkan untuk dilawati. Aku kira, orang Sabah sendiri pun (mcm aku sebelum ni) belum berpeluang untuk melancong di dalam negeri sendiri. Aku harap blog aku ini boleh menjadi platform kepada kamu untuk mengenali negeri Sabah ini. Indahnya negeriku....

Akan bersambung..

5 comments:

Azean Azman said...

Salam Mas,

Bulan depan aku mo pi Pulau jadi Duyung..dikau tidak mo ikut?... bukan Pulau Tambisan, tapi pulau berdekatan KK.. :)Nanti gue SMS dikau..

ChiJian

Perempuan Pemimpi said...

dear chijian,

inform awal2. aku takut tak jadi.

Anonymous said...

CtJane speaks up: Mas hohoho..mmg best update yg menarik kali ni..mmg cantik kawasan yg bersejarah tu..ko bt aku mau kesana balk sabah bln Nov ni..mcm mau mengembara jak sama ko tp pakai beg sekolah jak..anyway congrats for the good job..

Perempuan Pemimpi said...

ct jane : hahahah..jan lupa jane bgtau aku bila ko nak datang ok.

Anonymous said...

lain kali nk join gak leh..hehe.

pic tanda amaran dan masa matahari tegak atas kepala tu best.