Tuesday, October 6, 2009

Khabar dari tengah Sabah.


Kalau weekdays, aku akan berada di tengah Sabah. Petang Jumaat selepas waktu bekerja, aku menyandang backpacker untuk kembali ke Sandakan. Selepas bercuti raya selama seminggu hari tu, aku kembali ke tengah Sabah dan bekerja seperti biasa. Keadaan jerebu lebih teruk di sini berbanding di bandar. Biasalah, kekangan dari bukit-bukau yang menyergam gagah membolehkan keadaan berjerebu di hampir semua kawasan. Syukurlah 2, 3 hari ini hujan sudah menyimbah bumi. Udara segar ada di mana-mana. Dan ya, durian merah mula bermaharajalela di pekan yang kecil ini. Kawan-kawan asyik bising tersedap-sedap+penangan+durian+merah, terutama sekali yang sudah dijadikan tempoyak. Bila timing aku makan, aku tak berkenan langsong. Aku lagi menggila kalau terjumpa tuhau. Nyam-nyam, tuhau yang aku gelar sebagai makanan dari sorga. Ah, jangan menggila membebel dengan aku di sini.

Sambil-sambil menikmati hidup, aku berkira-kira kembali mahu membeli seberapa banyak buku. Dulu, masa zaman hidup di kampus, aku rajin membeli novel-novel tempatan. Kemudian, bila masuk lapangan kerja, aku rajin membeli majalah-majalah seperti Eh! dan CLEO. Tapi, semua bahan bacaan tu aku tinggalkan kat rumah kakak sulung aku. Sekarang ni tengah berkira-kira semula untuk mengambil semula novel-novel aku tu. Sejak zaman sekolah lagi, aku memang gila membaca buku. Ofkoslah, buku yang aku baca tu aku pinjam kat library sekolah mahupun library besar Sandakan.

Hei orang Sandakan, aku masih sempat melalui zaman library public yang terletak di kawasan menuju ke Bangunan MPS tu. Masa tu memang kecil la library tu. Tapi, aku sedih sikit bila tengok library yang sekarang ni. Macam tak ada penyelenggaraan langsung. Senibina library tu memang agak cantik, terutama sekali lokasi yang berada di tepi laut. Buku-buku di situ pun agak kurang 'kebaruan'nya.

Masa aku pegi Kota Kinabalu hari tu pun, aku ada cerita aku sempat membeli beberapa buah buku. Harga memang murah terutama sekali buku-buku yang aku beli tu keluaran oversea. Macam yang korang nampak di atas, buku ensiklopedia tu baru dalam RM32.00. Isi dia pun bleh tahan apatah lagi kulit dan kertas dalam ensiklopedia ni pun memang berkualiti. Kemudian aku beli buku cerita pendek dalam bahasa Inggeris yang bertajuk Sail yang ditulis oleh Nicole Johson, berharga RM8.00 sahaja. Maklumlah, aku nak improve bahasa Inggeris aku. Jadi aku mulakan dengan pembacaan kecil-kecilan dulu. Aku teringin mahu menulis dalam bahasa Inggeris. InsyaAllah. Novel Ketika Cinta Bertasbih hasil Habiburrahman El Shirazy memang agak mahal sikit (RM70.00), aku tak habis baca lagi pun. Aku beli novel pembangun jiwa ni sejak aku dah baca e-novel Ayat-Ayat Cinta. Movie tu pun aku tak pernah tgk lagi, tapi isi e-novel tu pun dah cukup mantap. Sebelum ni aku agak kurang membaca penulisan dalam bahasa keagamaan Islam, tapi bila aku baca e-novel tu, aku dapat memahami beberapa perkara tentang perkara yang aku tak faham tu dengan senang sekali. Mungkin cara penulisan Habiburahman Eh Shirazy itu berjaya mencetuskan minat aku tentang pemahaman terhadap penulisan bahasa keagamaan Islam. Faham ke apa aku tulis ni? Tak faham, pegi la baca novel tu. hehehe..

Kemudian buku penulisan Tun Chedet "Blog to Unblock" pula merupakan himpunan penulisan Ayahanda di dalam blog Chedet beliau. Aku dengar-dengar, ada di antara individu yang rajin mencetak setiap penulisan beliau di dalam blog itu untuk diagihkan kepada orang-orang yang tak ada akses internet. Terutama sekali kepada orang-orang tua dan orang-orang kampung. Kalau korang perasan pun, masa pemerintahan Abdullah, Ayahanda Chedet memang seolah-olah tidak mendapat liputan langsung. Jadi melalui blog, rakyat Malaysia yang dapat melampiaskan kerinduan membaca semua ideologi mahupun komen-komen Ayahanda itu sendiri. Ah! Ayahanda Chedet itu sendiri Bapa kepada Teknologi Maklumat. Sekarang pula, hasil entry beliau dibukukan. Best-best! Aku rasa pembenci Ayahanda Chedet pun ada membeli buku ni. Masa aku kat Kinokuniya dulu, Blog To Unblock adalah 1st top ranking best seller di Malaysia.

Oklah, habis bercerita tentang buku. Kamu ada beli buku? Sila la berkongsi maklumat di sini. Ak pun berminat dan ingin sekali mendapat idea tentang buku-buku yang harus dibeli. Thanks to Cikgu Metal yang memberi 'ketukan dahi' pada otak aku untuk membina balik minat aku terhadap buku. Hahahaha..Semoga kamu semua ceria selalu.


p/s aku mencari buku Chairil Anwar. Agak rare dah sekarang ni, tapi kalau kamu ada maklumat, jangan lupa berkongsi di sini.

3 comments:

▬((▬•♫•§.£.¥•♪•▬))▬ said...

((xoxoxoxoxo)) aku mcm biasala,minat yg tu :P
tp pling utama aku kena baca,majalah konsert
((hug >:D< ,mas~))
tp pling best bila aku baca manual blender mum aku.((xoxoxoxoxo))

bonda said...

Hehehe baguslah kalau udah ada niat mengambil balik nenovel dan majalah2mu yang mengambil ruang yg agak byk di rumahku itu. Pleaselahhhhh!

Cikgu Metal said...

Mas,
Macam tak cukup tinggi himpunan buku kamu tu. Tapi tak apa, nanti saya kasi tolong macam mana nam tinggikannya. Saya tengah tunggu petang Ahad ini, sebab ada khabar angin ribut taufan yang kata, harga buku2 kat sini akan dirundumkan! Adalah bahagian untuk kamu nanti...