Travel MODE : Lahad Datu to Semporna (2) Klik!
Hai kamu. Apa khabar? Wireless kat kompoun tempat aku tinggal ni tak idup, aku just updated entry aku ni guna broadband aku. Kat sini, malam-malam (subuh dah ni?) broadband celcom memang laju sikit. Tu pasal aku bleh main Farmville dan upload gambar-gambar aku snap masa aku travel ke Semporna 2 hari lepas. Penat Semporna tak habis lagi ni. Ni pun aku baru bangun dari tido. Jumaat aku dari Telupid ke Lahad Datu. Kemudian Sabtu aku kat Semporna. Ahad aku kat Sandakan, Isnin semalam aku dah ada kat Telupid balik. Penat menikam tu memang terasa beb. Tapi aku sangat enjoy. Suka bebenor aku nak upload lagi gambar kat atas ni. Untuk pengetahuan korang, aku memang la rasa takut bila jalan sendiri. Tambah-tambah lagi bila time malam. Mak aku siap marah-marah lagi. Dia kata, tak elok perempuan jalan sendiri-sendiri. Dah aku tak ada kawan nak join, takan aku nak tunggu kawan nak setuju baru nak on. Koser, aku. Bukan maksud aku nak lawan cakap mak ke apa, tapi aku boring ar. Kalau nak tunggu berteman baru nak gerak, sampai 4 tahun pun tak habis. Tak tercapai segala keinginan aku ni. Lagipun, aku rasa aku lagi suka sendiri kot kalau nak travelling, tak payah aku nak pikir muka-muka ketat sepanjang perjalanan. Tapi, untuk bulan depan, aku akan sekali lagi ke Semporna dengan kawan-kawan aku. Tapi yang ni aku rasa kompom betul2 nak join aku. InsyaAllah, tak lah aku rasa takut bila nak lalu kawasan pasar utama di Bandar Semporna.
Aku suka momen gambar ni. Tapi aku punya backpack tak besar cam dorang ni. Maklumlah, bajet 3 hari 2 malam sahaja. Tapi comel kan?
Tips seterusnya, kalau kamu rasa takut jalan sendirian di tempat tumpuan utama pelancong, korang ikut je mana-mana pelancong dengan jarak yang selesa. Orang 'jahat' takan fikir kamu ni jalan seorang, ni pun mat saleh kat depan aku ni pun, aku follow kat belakang juga. Tapi mereka tak stay tempat aku stay. Aku menginap di Dragon Inn atau yang lebih terkenal dengan nama panggilan Floating oleh penduduk tempatan. Dragon Inn ini mempunyai beberapa jenis bilik dengan harga menginap yang bagi aku murah sangat dan berbaloi sangat.
Bilik VIP cost RM225.00 per nite,
Twin sharing Single RM 99.00 per nite (with bed king size type),
Twin sharing double RM66.00 per nite for budget type (menghadap ke bandar);
Twin sharing standard RM 77.00 (kat tengah-tengah Inn)
Dormitories RM 22.00 per pax per nite (with sharing toilet, no blanket and no locker).
All inclusives with a per pax ticket to enter Live Aquarium (8.am to 6.pm) and light breakfast (6.30 am - 9.30 a.m)
Dalam Dragon Inn ini juga terdapat dewan untuk membuat event, bilik mesyuarat dan internet cafe yang mengenakan cas rm10.00 bagi setiap sejam kepenggunaan. Mahal juga tau.
Pearl Restaurent yang sangat unik senibinanya.
Kalau nak tempah ikan segar, korang bleh pilih sendiri kat sangkar ni.
Kalau nak tempah ikan segar, korang bleh pilih sendiri kat sangkar ni.
Tenang betul aku menikmati makan tengahari aku sambil melihat trafik bot-bot yang sungguh sibuk di laut sana.
Gambar di atas merupakan pemandangan yang sungguh menakjubkan semasa aku sedang makan tengahari di Pearl Restaurant. Makanan agak sedikit mahal berbanding di luar dan seperti biasa aku memesan nasi goreng. Kali ini aku memesan nasi goreng with isi crab (RM8.00 sepinggan). Memang pun agak sedap dan ditambah dengan udang segar dimasak pedas dengan kicap. Aku teringin nak makan lobster, tapi pelayan restoren situ kata lobster tak ada stok. Bagi aku, lobster yang dijual pada permulaan harga RM22.00 untuk sepinggan adalah sangat murah untuk tempat yang macam ni. Rata-rata pelayan restauren di sini mungkin bukan orang Malaysia sendiri, aku sendiri boleh kesan melalui pelat 'R' mereka. Mungkin mereka adalah orang Filipina yang datang bekerja kontrak di sini. Oh ya, menyebut soal suku kaum. Suku kaum utama yang aku lihat di sini adalah Suluk @ Tausug, Bajau Filipina dan Bajau Pala'uh.
Aku merasa amat rugi bila tidak menguasai bahasa Suluk (keturunan bapa aku) mahupun bahasa Dusun (sebelah mak aku). Kesannya bila aku berada di Semporna hari tu, aku tak bleh communicate dengan orang-orang sana. Bagi aku, bila kamu dapat menguasai dialek tempatan, orang-orang di situ lagi mesra dengan kamu. Sama juga halnya kalau orang Semenanjung Malaysia yang berurusan tawar beli di sini, kalau dah pandai slang bahasa Sabah tempatan kira senanglah nak tawar menawar. Maksudnya, ianya seolah-olah menghormati masyarakat itu sendiri dan mereka senang kepada orang luar yang datang situ. Tapi aku tak sempat nak snap Suku Bajau Laut atau Bajau Pala'uh di sana. Suku ini dikatakan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB, United Nation;UN) disebabkan isu kerakyatan mereka. Aku rasa kamu pun tahu di mana masyarakat Pala'uh ini lebih banyak menghabiskan masa kehidupan mereka di dalam bot (sebagai rumah mereka) di atas laut. Aku pernah melihat dokumentari khas tentang Pala'uh ini di televisyen. Dan, aku teringin membuat dokumentari versi digital dan berkongsi kepada kamu. Tunggu ya..
Selepas lunch di Pearl Restaurant, aku pergi melawat Live Aquarium. Selama ni aku mendengar cerita-cerita dari orang-orang yang pernah berkunjung ke Dragon Inn. Bayaran masuk hanyalah RM2.00 setiap orang, tetapi pengunjung macam aku bayaran aku itu sudah termasuk di dalam pakej penginapan aku. Damainya aku rasa bila menyusuri laluan ke Live Aquarium tersebut. Dengan angin sepoi-sepoi dan dapat melihat permukaan laut di situ. Dulu aku pernah menyaksikan ikan-ikan besar berenang bebas, sambil memberikan mereka makanan di tempat seperti The Mines Shopping Centre, Serdang, Putrajaya tak pun tasik buatan yang terletak di Seremban 2, Seremban. Tapi masa kat sini, aku takut melihat berjenis-jenis ikan yang sangat besar (ada yang sebesar cam aku) berenang-berenang dalam sangkar besar tu. Aku tak bleh nak snapkan, dslr aku kan habis betri. Aku memang gerun ah lagi-lagi lihat ikan kerapu yang besar.. haih.. kalau seorang budak jatuh dalam situ, komfem mati tak mati saja. Tapi kan, yang aku kesalkan pihak pengurusan tak berapa nak jaga persekitaran. Ada sampah-sampah seperti plastik yang dibuang ke dalam Live Aquarium, maybe budak-budak nak kasi rasa sedapnya makan plastik kat ikan-ikan tu hahahahaa...hiasan dalam setiap cage tu pun agak kurang. Sepatutnya sudah dibersihkan pada setiap pagi, sbb aku yakin Dragon Inn merupakan tarikan utama yang ada di Semporna juga.
3 comments:
wow indahnya...bila aku ada masa pegi sna juga...
hoho..satu jalan-jalan yg best. rasa nk kesan gak weh...
ye..bulan mac taun depam saye dn kwn2 kesana. insyaAllah...tungguuuu.
Post a Comment