Friday, October 30, 2009
Travel MODE : Kundasang (final)
Berapa lama nak tunggu habis entry ni daaa ? Ok, ini ada la yang final la ni (agaknya). Selepas dari melawat Kundasang War Memorial, aku menyewa kereta sapu untuk pergi ke tiga kawasan utama di Kundasang ini. Sebenarnya aku agak frust, salahkan diri sendiri dan orang tempatan di situ seolah-olah tidak dapat memberi maklumat yg bagus kepada aku. Aku bertanyakan soal tempat-tempat yang menarik di Kundasang. Aku nak pergi ladang bunga, ladang sayur..kiranya tempat yang selalu jadi kunjungan orang luar la. Tapi bila aku pergi tempat yang disyorkan seperti ladang sayur dan ladang bunga, aku sedikit upset. Ladang sayur bit oklah, cuma aku tak dapat pergi ke tempat yang benar-benar menggoncang jiwa aku untuk mengambil gambar. Ladang bunga lagi hampeh...tapi tak apa, at least aku dah sampai ke Kundasang.
Tambang sewa kereta sapu itu pun agak sedikit tak berbaloi (kot?). Aku bayar RM40.00 untuk perjalanan yang tidak sampai 1 jam pun. Tapi 'kemahalan' aku tu dapat di-cover oleh keindahan kawasan di atas tanah tinggi tersebut. Arah nak naik ke kawasan Desa Dairy Farm memang best sangat. Aku tau kalau kamu dah pernah pergi tempat ni, memang pun kamu kata best. Kereta yang aku sewa adalah kereta kancil saja. Kalau kamu nak uji kereta buatan Malaysia tu, tak payahlah. Selamba saja meredah jalan bukit yang agak tajam kat sini. Perghh...Aku macam tak berapa ada mood nak jalan lagi jauh. Driver tu nak bawa aku pergi Mesilau, tp aku kata next plan aku datang lagi. Kali ni aku nak survey dulu camana keadaannya. Tapi terus terang aku ckp, aku gerun melihat keindahan dari Desa Dairy Farm ni. Dari kejauhan aku nampak beberapa ekor lembu yang macam dalam iklan kat tv tu. Tambah-tambah lagi dengan udara yang sejuk, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, membuatkan aku macam tak nak balik pun ado.
Betul kata, Haris.
InsyaAllah aku akan datang lagi. Aku nak pergi Mesilau pula kali ni. Tak lupa kepada National Park yang hanya terletak 10 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. Kalau kamu nak tahu, aku selesai melawat kawasan sekitar dalam pukul 3.30 petang. Aku memang plan nak balik Sandakan hari tu juga. Rupanya aku hanya terlewat setengah jam, untuk turn bas ekspres yang seterusnya dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Aku ingat aku nak sewa hotel saja, tunggu punya tunggu hinggalah pukul 5 petang. Kira macam dah resah dah. Sewa kereta sapu makin mahal. Nasib baik aku still masih simpan kad bisnis Sida Transportation untuk bas ekspres. Malangnya, bateri selfon aku pula kong. Pergh..malam sebelum tu aku dah charging habis selfon aku. Tapi korang tau la, udara sejuk di sini memang aku tak pernah alami lagi, even aku dah sampai ke Genting Highlands. Aku cuba on kan kembali selfon aku, sib baik boleh. Tapi lagi haru bila operator Sida Transportation kata akan ada bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada pukul 7 malam. So, aku kena tunggu 2 jam lagi. Nasib baik operator tu baik juga, dia kata kul 6 ada bas dari Tung Ma Transportation pula. Fuh! Aku mesej kawan-kawan aku utk mengetahui jarak masa dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Jarak masa hanyalah mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam 45 minit.
Semasa menunggu bas, memang aku sedikit cuak la juga. Dengan keadaan pinggir jalan plus kawasan deretan utama gerai-gerai tepi jalan utama tu tak berlampu jalan langsung. Aku cuma mendapat sumber cahaya dari gerai tepi tu. Masalah utama aku masa tu ialah rabun malam / silau. Aku pernah critakan aku terlepas bas beberapa kali semasa aku masih bekerja di Kuala Lumpur pada waktu malam. Perasaan aku mmg la takut, sib baik masih ada orang yang berniaga di tepi jalan tu. Tapi terasa lutut aku dah makin kejang disebabkan kesejukan malam di situ. Sib baik aku sentiasa membawa shawl @ mafla hitam aku ke mana-mana. Walaubagaimanapun, memang la tak dapat menanggung kesejukan malam di situ kan. Driver keta yang aku sewa ari tu pun call aku 2 kali, bertanyakan sama ada aku dah naik bas belum. Aku dah cakap, kalau aku tak dapat naik bas malam tu, aku nak minta antar pergi mana hotel atau lodge yang murah. Tapi macam biasala, orang sendiri pun dia nak paw lebih. Sib baik pada pukul 7.45 malam, bas Tung Ma dah ada. Alhamdulillah, dan rupanya aku tak berkeseorangan di tepi jalan itu..hahahaha..ada 4 orang penumpang lain yang juga menunggu dalam gelap. kahkahkahkah..dengan selamat aku sampai kat rumah lebih kurang 1 pagi. Perghh.. best gila pengalaman aku ni kan.
Rasanya badan aku memang penat. Tak sampai setengah jam perjalanan, aku dah tertidur. Bila aku dah bangun, aku sudah berada di lokasi kira-kira 3 jam perjalanan dari Kundasang, iaitu Kg. Wonod, Telupid. Kalau bas ekspres tak berhenti utk singgah makan sekejap, aku tak terbangun kot. Bila bas jalan semula, aku tidur lagi. Kali ni aku terbangun bila tinggal 20 batu lagi ke Bandar Sandakan. Kahkahkah. Memang best... Tengah malam tu lagi satu problem, bila parent aku tidur agak nyenyak. Aku gegar pagar balkoni rumah aku, tapi dorang tak sedar-sedar juga. Aku teringat parent aku baru balik dari kebun keluarga kitorang, ofkos la penat. Adala juga dalam 20 minit aku kat luar rumah sambil nak terkencing bagai ada suma. Tiba-tiba aku dapat satu idea, aku ambik selipar yang kebetulan ada kat tangga rumah tu dan balik ke pintu utama rumah aku..hahahahaha..komfom la bapa aku terbangun. Bapa aku ni even dah tidur nyenyak, dia sensitif ngan bunyi-bunyian yang pelik (ke?). Tapi aku gegar pagar tu dia tak terbangun. Pagar pun terkunci kan. So, dapat juga aku masuk rumah akhirnya.
Oklah, ini saja penulisan aku kali ini. Aku harap ada sesuatu yang dapat kita dapat kongsikan di sini ok. Minggu ni, aku tatau aku nak pergi mana. Tengah tengok-tengok flickr juga ni. Yay! Jaga diri semua dan selamat berhujung minggu. Muax..
p/s aku edit gambar di sini dan kalau kamu kisah, aku suka.
Labels:
Kundasang,
Travel Mode
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment