Sunday, October 11, 2009

Travel Mode : Lahad Datu to Semporna (2)



Pagi Sabtu di Lahad Datu menerusi tingkap penginapan Hotel Ocean

Stesen Bas Utama Lahad Datu - Masa ni aku terpaksa menunggu sehingga bas penuh hampir 2 jam lamanya. Perut pula lapar, sempat juga aku pergi breakfast makan Nasi Kuning best in town. lalalalala..

Bagi kamu yang masih belum mempunyai bajet besar mahu berjalan-jalan ke luar negara, aku syorkan kamu melawat Bandar Semporna yang terletak di tenggara negeri Sabah. Aku sampai di bandar Semporna lebih kurang pada jam 12.30 tengahari, setelah melalui perjalanan sedikit berbukit bukau dan ladang-ladang kelapa sawit dari Daerah Lahad Datu. Aku check out dari Hotel Ocean pada jam 7.00 pagi dan sempat berjalan-jalan di dalam bandar Lahad Datu sekejap. Aku bertanya arah pada sorang pakcik tukang kasut di bawah hotel aku menginap tu tentang kat mana aku bleh dapatkan bas ke Semporna. Mula-mula dia tunjuk arah sebenar, tapi dia syorkan ambik bas yang lagi awal berdekatan dengan pasar utama Lahad Datu. Em..dengan hujan renyainya aku berjalan itik ke tempat yang dimaksudkan. Aku menunggu di situ pun agak lama dengan ditemani bau-bauan lori angkut ayam. Ada juga bas mini di situ, tapi ke kawasan Silam dan kawasan berdekatan saja. Oh ya, Silam merupakan daerah di mana terletaknya kawasan hutan dara Lembah Danum. Bila lalu kat situ, kamu pasti dapat merasa udara sejuk dan segarrrrr. Aku pun 'gerak' bila tengok bas mini ke Semporna tak ada. Tanya punya tanya, ada lah seorang abg tu bergerak lebih pantas nak tunjukkan aku arah Terminal Lahad Datu. Aku memula kata tak payah hantar dan tunjuk arah saja la. Bila dah nak sampai ke Terminal Lahad Datu, dia dengan muka se-segan yang mungkin minta RM2.00 kat aku, dia kata buat tambang balik ke kampung. Aku dah terpikir dah jadi cam ni sebab tanpa kata dia jalan selamba terus nak tunjuk jalan kat aku. Kebetulan aku tak ada duit kecil, paling last duit merah, aku pun bagi saja la. Biarla sedekah awal pagi ni, tak kira sapa pun minta. Aku takut juga kalau tiba2 dia berperangai pelik ke, dah tu aku ni kat berada kat kampung dia. huhuh.. tapi tak baik berburuk sangka, walaupun aku dah berburuk sangka sebenarnya.

Terminal Bas Lahad Datu
Bandar Lahad Datu sederhana besarnya. Tetapi kelihatan kemas dan terancang cara pembangunannya. Terminal Bas Lahad Datu pun agak luas. Tapi tu la, bas mini hanya 'bergerak' setelah penuh. Ada la juga aku tunggu dalam 2 jam. Tapi macam aku ckp, aku sempat menikmati sarapan Nasi Kuning dan segelas Tongkat Ali CNI dalam kos RM6.00 sahaja. Agak sedikit mahal tetapi segera ditutup kelemahan itu oleh kesedapan Nasi Kuning yang aku rasa heaven sgt. Nasi Kuning Terminal Lahad Datu ni lebih rasa kunyit dan wangi pandannya. Wah, sapa pun mesti berselera nak makan punya. Tapi lepas tu kepala no-neng pening sebab minum Tongkat Ali tu. Tapi biasala, tongkat ali kan minuman pemberi tenaga. Sengal-sengal badan tu tak ada lah sangat.
Bukan main lagi pakcik driver ni sempat berborak time jalan cam ni. Dah la tak pakai safe belt.

Masa dalam perjalanan ke Semporna, aku sempat berada dalam keadaan kemalangan jalan-raya. Baru sangat-sangat. Sebab aku masih nampak mangsa terbaring atas jalan raya. Pakcik driver bas aku naik tu kata, kawasan Sepagaya ni memang terkenal dengan kes kemalangan jalanraya terutama oleh penunggang motorsikal. Ala kat mana-mana kampung pun biasala tak pakai helmet dan menunggang motorsikal tanpa lesen. Jalan utama kat kawasan Sepagaya tu pun agak lurus dan tak rosak. Memang bestlah kalau nak merempit-durjana. Sudahnya, aku sendiri dapat lihat kaum keluarga si mangsa tadi menangis meraung tgk si mangsa dah terbaring atas jalanraya. Komfom la tak pakai helmet. Tapi, aku tak rawan sangat sebab aku tengok budak tu sedar lagi. Cuma tak bleh bergerak maybe kaki dah patah. Tapi kulit kaki dan lutut dah nampak isi lah. Kereta yang melanggar tu maybe sebuah kereta keluarga, sebab aku ada nampak seorang wanita sedang dukung anak kecil dalam kereta tu. Sure takut gila, maklumlah kat dalam kawasan kampung. Macam-macam bleh jadi. Tapi perut aku dah senak semacam dah bila tengok kemalangan tu. Kepala aku no-neng semula. huhuhu...

Aku melalui kawasan sedikit berbukit bukau semasa hendak ke Semporna. Tapi biasalah, ladang kelapa sawit ada di sana sini. Cuma udara di situ masih segar dan sentiasa sejuk. Yang menariknya, boleh dikatakan banyak sungai dan jambatan yang terdapat dalam kawasan menuju ke Semporna. Camana aku bleh tau? Hihihi, setiap sungai dilabelkan dengan penanda besi babe. Setiap 500m dan sebelum 250m ke sungai dan jambatan, mesti terdapatnya penanda besi tu. Aku tak rajin, tapi serasa aku maybe dekat 20 buah sungai dan jambatan telah diberi penanda besi berkenaan. Bayangkan setiap sungai dan jambatan tu ada 2 penanda besi; 500m sebelum dan 250m sebelum. Aku fikirkan sungai besar cam Sungai Kinabatangan. Alahai, cuma sungai-sungai kecil yang dah tertutup oleh semak samun dah. Bagi aku ini satu pembaziran betul. Aku tahu kos sebuah penanda besi tu agak mahal untuk keadaan yang macam tu. haih!

Hoyeah! Selamat Datang ke Semporna, Daerah Taman Laut.

Masa jalan kat sini, aku betul2 merasakan diriku cam seorang traveller betul.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku dah sampai kat Semporna. 1st word yang kluar dari mulut aku adalah Woah! Bandar Semporna kecil saja. Tapi agak padat. Bangunan-bangunan yang dibina agak rapat tapi bagi aku agak unik lah. Aku tak tau nak describe camana, tapi aku akan berusaha bercerita pada entry seisi ke 3 ok ;)




p/s 90% gambar-gambar di sini di snap dengan menggunakan selfon Sony w880i. DSLR aku habis bateri dan lupa bawa charger. Aku edit dengan Adobe Photoshop saja. uwek..

23 comments:

~ As ~ said...

laki aku ckp (boy la tu) : kehebatan fotographer terletak pd gambar yg dia ambil secara manual dan tanpa edit photoshop sbb klau edit2 pakai camera hp pun blh jadi lawa....ahahaha...
kan betul...

..:: نوإل ::.. said...

Ok la ko snap pakai Hset then edit2 skit..lagipun hset tada function2 dslr..
:-)
tada hal la...
tapi klau ko Dslr baru ko edit..well....
hehheheheheee...
ada 3 tahun dah ko main dslr kan??

haris said...

aku pling syak abg dua org tu. bleh dia tahu ko nak snap pkcik driver tu, dan dalam ketepatan masa yg sama, mereka mengabadikan wajah mereka

Cikgu Metal said...

Dude,
tu la, gua pun syak abang yang dua orang tu ada konspirasi ngan pakcik driver tu....kau jangan Mas....hahhaha

Perempuan Pemimpi said...

dear as and boboy,

aku baru 2 tahun main dslr secara serius. tp utk pengetahuan kamu, kecantikan gambar bergantung sama medium yang kamu guna. aku pecaya makin mahal sebuah kamera dslr tu, makin baik hasilnya.apa la sangat d40 aku tu berbanding dengan user dslr yang lagi gah brandednya. tp kan, kalau kamu tau mengejas dari segi teknikal dslr (walaupun paling low level punya dslr) insyaAllah, gambar kamu akan nampak lawa.

utk pengetahuan kamu juga, tipula kalau photographer tak edit gambar yg dorg ambil. aku mmg edit gambar2 hasil dslr aku, aku lagi suka bermain dengan emosi gambar, dari bermain dengan warna2 yang dimahukan itu perfect. ah, shoot saja, edit saja, fikirkan saja, yg penting gambar ko nampak cantik.

cantik bagi aku: bukan photo yang digrafikkan - aku benci hdr. aku lagi suka menjaga nuetral dan sedikit warna2 kelam dalam gambar-gambar aku.

o yah, sila bermain dslr. kamu akan tahu, apa yang aku maksudkan. kalau tak penah main dslr, susah mau buat telahaan.

both of you, muah.

~ As ~ said...

lagi nak komen.... wahahaha
mak tak main dslr tp laki mak keja unit media, dah ari2 pegang dsrl dari yg low kualiti smpai la harga ratus ribu riban...dia ckp..aku fkr logik ja....

Perempuan Pemimpi said...

bah kalau dia suruh pikir lojik teda la dia ckp

tapi klau ko Dslr baru ko edit..well....
hehheheheheee...

heheheheheh

..:: نوإل ::.. said...

babe...
sori 2 say la klau ada makan dalam..
tapi my sifu cakap,

"seni tidak lahir dari peralatan yg kamu guna...ia lahir dari diri kamu.."

dan aku amat setuju..coz my fwen yg using D40 can capture a better potrait picture then another fwen yg using his newly brandly D700...and i really love D40 n D60..
:-)
the only reason is seni,seni,seni,seni,kreativiti...
dan 1ja lgi skrip my sifu yg paling selalu cakap sama saya : "Dont blame ur stuff,blame urself"
kategori sibaii la jua kata2 manis my sifuu ni dan dia amat banyak kata pepatah..tapi dia tetap my sifuu...
owh ya~~~we r talking about the potrait k..not the strobist,bla bla bla,etc...
and we r capture a pic n put in our own beloved blog or print it with 3R,4R size..the camera Mp doesnt really matter..just get a better lense..sure u'll love ur pic...
dont do the colour,get the colour...its all in ur hand babe..u r using a Digital Single Lense Reflex...get in get it get it...
its all in ur hands...

Mas,-its just my 30 cents..nda bley kiss..i dah berpunya..wakakkakkakaaaa...
ada masa kita outing,mana tau ada cam skill yg bley share..
:-)

Perempuan Pemimpi said...

dear encik boi,

betul ckp your sifu tu. tp ada ka dia pakai dslr cam aku juga. aku yakin kalau dia bermula dari low level, dia akan tau apa perbezaan yang ada pada setiap level dslr tu. makin tinggi level makin bagus hasilnya. your fren produced d40's product yg bagus sbb dia dah mendalami isi dalaman camera tu. berbanding yg d700 ni, maybe dia still newbie dalam penggunaan d700 dia tu.

cakap pasal pixel, bagi aku la, makin besar pixel ko dapat, makin bagus kualiti yg ko akan dapat. it is about dot dot pixel yang ada gambar. siapa kata pixel tidak penting. cuba ko banding pixel hp, pixel compact, dengan pixel dslr camana outcome dia. lagi satu, pixel sangat bagus untuk tujuan print gambar. kebanyakan photogrphr pakai pixel besar utk print gambar besar2. gambar besar lagi nampak trajik berbanding gambar kecil. pixel pecah tak cantik la beb. aku sebolehnya mau dapatkan pixel yg lagi besar, supaya dot-dot pixel dalam gambar aku lagi sharp.

cakap pasal lense. terpulang pada kepentingan kepenggunaannya. besar panjang mana pun lense, tpi kalau ko tak guna tripod lagi haru babe. sebab lense ni makin panjang, makin berat. tu pasal ada kepentingan tripod kalau nak ambil gambar. i do prefer guna wide lense berbanding lense panjang2 tu. tp ya la, setiap stuff ni ada kepentingan dia sendiri.

buat masa ni, aku puas hati dgn d40 aku. bukan mau ckp apa la, tp my outcome looks different than others. orang lain berlumba-lumba jadi siapa penangkap gambar terhebat, tapi aku lagi suka pencatat moment yang comel. ahaks..

skill ka? mana url gambar-gambar ko yang pernah ko ambil? aku lagi percaya apa yang aku lihat. jadi sila bagi url ya cik bois. hari tu ada sorang budak sabah, underistimate aku dan d40 aku. tp bila tgk outcome dari d300 dia, anak saudara aku umur 13 tahun lagi bagus hasilnya. bleh ba outing, tapi pastikan kau juga 'gila' macam aku..hahahahaha...

eh, aku mau shoot mama as dalam bentuk arabic emo style. mama as? ok ka? tp kena ada costume best la.

..:: نوإل ::.. said...

panjangnya komen ko ni liao..wakkakakaa...

the D40 and D700 owner are both d oldtimer...both saja2 test power cam...

betul cakap ko pasal Mp tu..mcam yg aku cakap..stakat 3R,4R,dll...Mp cam tu nda pun di pakai sepenuhnya..depends la ko take dat pic ntuk apa..klau projek ribu2,berbaloi loorrr....

lense?depends ko minat main apa lorr...nda guna pakai wide klau suka ambil strob,nda guna pakai strob klau suka apbil wide.. :-D Nda kan p masjid pakai sluar pindik..ndakan p main bola pakai kain batik..

Yerp..lain mata,lain pendapat...biasala tu~~

url,gambar saya bukan untuk di publisitikan d mana2 web...nda penah pun kali aku upload hasil2 d internet ni...nnti org tiru idea..ngeh ngeh ngeh...
tapi ada rezeki dapat jua ko melihatnya..
hehehehheee....
c u at d tourney...

costume d sediakan ka???ko mo kena kontek manager dia owh..
wakakkaa...

Perempuan Pemimpi said...

kalau kamu orang seni, mesti tak berkira utk berkongsi ilmu dan hasil yang ada ;)

KeMatZ said...

wow... comment boleh buat new entry... dasyat... semakin maju ko mas... hehehhe...

taksangkayer... :p

..:: نوإل ::.. said...

u can get those stuff at the tourney~~~
n for sure bukan untuk dipublisitikan..
:-)
estetika dan logika adalah tema utama...

Perempuan Pemimpi said...

bukan tujuan publisiti la. apasalah ilmu dari Tuhan itu kau kongsi bersama dengan manusia lain.

sdgkan pengkarya hebat juga tidak lokek, apa tah lagi kita yang masih belum tahu merangkak.

have a nice day.

xplorer said...

mas,saya pernah backpack dari kuching sampai sabah masa muda2 dulu .bila tgk gambar ni tringat masa muda2 dulu walaupun saya ni baru 30 jer sebenarnya, he he .
Saya mmg setuju , hampir semua photographer edit gambar diaorg tangkap.Pada zaman sekarang computer editing skills is as important as taking a good quality picture , kalau sesiapa yg tak setuju ngan ayat saya maknanya dia tak mengikuti perkembangan teknologi dan masih terperangkap ngan idea lama

Perempuan Pemimpi said...

bro explorer,

eh 30 yer? ingatkan jauh sgt..ahhaha..betul bro. sapa nak hasil yg tak ada kualiti.sapa nak tgk langit kusam, sapa nak tgk wajah kelabu..skil memang penting, tp kalau teknikal pun superb, rasanya kita boleh jadi yg terbaik.

..:: نوإل ::.. said...

Waduh waduh waduh...Bercakap pasal Tuhan pula..
Apa tak cantik ka langit yg kusam???Apa tak cantik ka awan yg mendung???
Bukankah Allah swt itu Maha Pencipta???
Harap aku tak kufur nikmat yg diberi percuma ni~~~
Saya x menolak computer editing,akan tetapi,kalau semua nak d edit,rugi la pakai Dslr,coz kamera hset pun bley ambil pic dan edit..rugi la kedai2 yg jual lense effect..sebab semua effect bley edit/buat pakai computer editing kan~~~
kreativiti kan~~~kan ada function Manual...lalalalalalalaaaa...
kan ada function Program..lalalalalalalaaa...
Nasib la hset xde function tu...(pun dah ada beberapa hset yg dah makin byak function cam dia)..kalau complete,jimat duit pakcik x payah beli stuff Dslr..bley beli Hset Dslr..Multifunction gitu...teknologi kan....
uhuhuhuhuhuhuuu...
its all in ur hands~~~
Jika kau fikirkan kau boleh...kau pasti boleh melakukan...jika ka fikirka ragu2,usaha mutidak menentu...yo~~yo~yo~~~kami rappers yoo~~~~
^_*

Penchuri Masa said...

"percaya apa dilihat, bukan apa yang difikir."

Mas pernah bagi ayat ni dekat saya. Ada jugak kawan-kawan yang bagitau macham-macham teknik, cara pengambilan ghambar..Oh, dalam hati saya, mesti ghambar mereka chantik-chantik semuanya kerana mereka memberi saya thips-thips yang masok akal.Tapi bila saya meminta melihat contoh hasil karya mereka, macham-macham alasan diberi.
Macam Mas, saya pun tidak memaksa. Saya phercaya apa yang saya lihat, bukan apa yang saya fikir. Dunia fotografi (atau hal-hal lain), siapa pun boleh mengaku dia ada ilmu. Hari-hari bacha atau surfing site untok belajar fotografi. Tapi kalau tidak mahu berkongsi ilmu dan hasil karya, siapa mahu phercaya? Suka hati siapa-siapa pun mahu menjadi apa. Mana ada lagi manusia murni zaman ini. Mas, lu fikirlah sendiri.

Perempuan Pemimpi said...

wahahaha..apa la korang ni. rilek la. Aku empunya blog ni pun malas nak kata apa. Sampai bila pun tak habis. Jadi, teruskanlah dengan kerja-kerja anda. Sememangnya aku 'gila' dalam bidang ni pun. Nak kata apa pun, kata la. biasala semua tu. Lepas ni aku nak berazam beli kamera lebih bagus. Dengan ISO yang lagi tinggi, dengan shutter yang lagi besar. Wahahahaha..jadi gambar aku tak kuning (korang faham ke?). Malu weh, asik cakap pasal fotografi, tapi taknak pertingkatkan ilmu pun.Aku nak publish banyak2 gambar aku. Kalau bleh aku nak buat exhibition pun. Hah, berlagak tak aku?

Sebab sejak aku terjun dalam bidang ni, aku mengkagumi ramai pengkarya.Aku berkenalan dengan ramai manusia-manusia baik, dan aku juga berkenalan dengan ramai manusia Tin Kosong. Aku percaya tiada benda yang mustahil di dunia ni (utk hal-hal tertentu). CUma aku perlu berusaha lagi ni. Aku akan mengembara lagi. Aku akan snap banyak gambar-gambar emosi. Aku akan khabar, bahawa perempuan naif ini juga punya sesuatu.

Jadi, ada kamu kisah? Aku suka kalau kamu kisah.

morning very the glory.

Miko Yamaguchi said...

jangan bandingkan kamera handset dengan dslr. it's like you comparing a penguin to an ostrich. beginilah,

secara teknikalnya dslr apa model sekalipun still produce the great quality of image compared to mobile phone. it's because the sensor to capture the photon of light is much2 bigger compared to the mobile one. that's why mobile phone or compact camera which is up to 7mp pun still cant beat the quality of d40 can produce. tapi ya, the important is on the camera beholder. any type of medium still can produce great images as long as you bet on your creativity.

tapi jangan dilupa, semakin mahal kamera semakin banyak good features will be concluded. kalau tidak, masakan pro photog sanggup melabur untuk sebuah kamera yang body sahaja beharga sebuah kereta kancil. sometimes we need a paradigm shift untuk merasai kepuasan. jadi aku rasa mas is giving a good opinion on these.

tentang gambar yang tidak mahu dipublisitikan, i think it's up to the owner. tapi one thing yang saya fikirlah (this is just my opinion)i think it's good to publish your photos sebab di situlah kita boleh belajar to improve our skill dan juga hemah kita untuk belajar menerima kritikan. talking is good but presentation is much better, much rigid. sometimes when we critisizing other people it's good to show some of ourselves supaya orang lain juga boleh berkongsi sama perspektif dan dari sudut mana kita melihat semasa kita membuat kritikan. lagi satu tidak rugi kita berkongsi ilmu kan? apa yang mahu takut dengan ditiru? setahu aku tiada benda di dunia ini yang tidak ditiru.

ohya mas, jangan cakap benci hdr. hdr itu satu ilmu, cabang ilmu. it requires a high skill you know? hdr jugak boleh expose emosi apa? :P

Perempuan Pemimpi said...

whahahaa..

ok aku emo ckp pasal hdr. maafkan diriku.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bradleyvdue said...

panjangnya komen ko ni liao..wakkakakaa... the D40 and D700 owner are both d oldtimer...both saja2 test power cam... betul cakap ko pasal Mp tu..mcam yg aku cakap..stakat 3R,4R,dll...Mp cam tu nda pun di pakai sepenuhnya..depends la ko take dat pic ntuk apa..klau projek ribu2,berbaloi loorrr.... lense?depends ko minat main apa lorr...nda guna pakai wide klau suka ambil strob,nda guna pakai strob klau suka apbil wide.. :-D Nda kan p masjid pakai sluar pindik..ndakan p main bola pakai kain batik.. Yerp..lain mata,lain pendapat...biasala tu~~ url,gambar saya bukan untuk di publisitikan d mana2 web...nda penah pun kali aku upload hasil2 d internet ni...nnti org tiru idea..ngeh ngeh ngeh... tapi ada rezeki dapat jua ko melihatnya.. hehehehheee.... c u at d tourney... costume d sediakan ka???ko mo kena kontek manager dia owh.. wakakkaa...