Travel MODE : Lahad Datu to Semporna - 1 (klik!)
Travel MODE : Lahad Datu to Semporna - 2 (klik!)
Travel MODE : Lahad Datu to Semporna - 3 (klik!)
Entri ini adalah siri akhir bagi Travel Mode aku dari Lahad Datu ke Semporna. Rasa macam tak puas masa ke Semporna. Aku dah jalan banyak tempat di Malaysia, tapi setakat ni Semporna buat aku rasa rindu nak datang lagi. Entahlah, mungkin environment kot. Sayangnya, selepas waktu aku check in kat Dragon Inn, bateri dslr aku dah kong. Masa aku kat Telupid, aku dah ejas-ejas rasanya bleh lagi bateri dslr aku tu. Sebab biasanya kalau tinggal satu bar, aku boleh dapat banyak shot lagi. Tapi aku lupa, aku ber-ekon sepanjang malam di Hotel Ocean Lahad Datu, lepas tu pula masuk Dragon Inn pula. Haih. Camanala nak naik Gunung Kinabalu pula nanti ni?Travel MODE : Lahad Datu to Semporna - 2 (klik!)
Travel MODE : Lahad Datu to Semporna - 3 (klik!)
Bot ni parking kat depan reservation
Pagi Sabtu di depan bilik aku.
Ni la bot Pala'uh.
Aku terloncat bila mula-mula nampak binatang berbulu hitam ni. Mula-mula aku nampak badan cam anjing, tp terkejut bila nampak tandok dia ni. Kambing rupanya!
Memang rasa rugi bila aku tak terbawa charger dslr aku. Biasanya aku akan simpan dalam beg retro aku tu skali dengan kabel. Aku merancang sekali mahu ke Pulau Mabul pada hari Ahad tu. Kawan aku dah ejaskan bot, tapi nasib baik dia tak dapat reach aku. Mungkin hikmahnya macam tu la. So, next November aku akan ke Semporna dan melawat pulau-pulau sekitar lagi. Terdapat sebuah pulau yang sungguh unik pemandangannya dari arah Bandar Semporna. Bila aku selidik, rupanya itu la pulau yang bernama Pulau Bohey Dulang. Kalau dari daratan, kelihatan macam badan orang sedang tidur. Korang boleh nampak kebiruan laut yang mengelilingi Pulau Bohey Dulang tersebut. InsyaAllah, akan ku sampai di sana. Mesti!Pagi Sabtu di depan bilik aku.
Ni la bot Pala'uh.
Aku terloncat bila mula-mula nampak binatang berbulu hitam ni. Mula-mula aku nampak badan cam anjing, tp terkejut bila nampak tandok dia ni. Kambing rupanya!
Terpaksalah aku men-snap menggunakan selfon aku. Selfon aku Sony W880i memang tak menghampakan. Aku kurang gemar teknologi selfon ni, tapi bila aku tgk outcome yang korang tengok ni, aku berpuas hati. Sayangggggg selfon aku!!!!Tapi ada lagi satu masalah, hari tu aku tak boleh update blog aku dengan gambar-gambar dari Semporna. Aku fikir aku terlupa bawa extension usb untuk memori kad selfon aku tu. Selepas melawat Live Aquarium, aku segera ke Bandar Semporna. Lagi haru bila tak semua kedai ada jual selfon Sony. Hinggalah aku jumpa kedai jual barangan Digi set. Ada kedai yang aku pegi, bos dia awal-awal lagi ckp dia tatau apa-apa yang dia jual kat kedai tu. Dia suruh aku datang semula Isnin sebab pekerja dia sedang bercuti. Bunguk punya bos! Last-last bila aku sampai kedai Digi, dia tunjukkan extension utk memory card brand lain, aku terfikir rupanya aku ada extension tu. Haih....bila sampai kat bilik hotel, memory card aku tu blocked la pula. Jadi tak boleh update langsung.
Masa aku balik Sandakan, aku bawa selfon aku p kedai gambar. Pun tak bleh transfer gambar, sebab pekedai tu kata Selfon aku, virus dah blocked. Jadi, kenala pakai bluetooth dan burn dalam CD. Hahahaha....Herm, ada kawan-kawan yang anggap aku dah gila, bila aku travel sorang-sorang ni. Habis, aku ajak korang pun bukannya korang nak. Masa tak sesuai la, jauh la..boring betul. Tu pasal aku pegi sendiri. Tapi bulan November ni aku akan pegi lagi. Untuk next trip bagi bulan Oktober, 23-25 aku akan berada di Kota Belud bagi melihat sendiri Tamu Besar Tahunan Kota Belud. Tak sabar nak tengok koboi Bajau. Dalam masa yang sama, ada Pesta Gong di Matunggong, Kudat. Mungkin aku akan ke Simpang Mengayau, itu pun kalau sempat.
Kawan-kawan, kenapa aku travel? Dulu-dulu aku belum ada kemampuan pun hendak ke mana-mana. Hendak masuk persatuan di sekolah pun agak perit, sebab aku faham parent aku tak mampu nak sapot aku. Maklumlah, adik beradik lain pun masih bersekolah lagi masa tu. Sekarang ni, alhamdullillah. Banyak impian-impian aku sudah tercapai. Semakin banyak impian aku tercapai, semakin banyak impian baru aku cipta. Aku percaya tiada benda yang mustahil di dalam dunia, melainkan sesuatu keinginan dan impian itu tidak dibenarkan oleh Allah S.W.T.
Bila aku melihat air laut semasa makan tengahari di Dragon Inn, betapa alunan pergerakan air laut itu sungguh menenangkan. Apa lagi bila aku melihat peniaga-peniaga kecil yang sedang berniaga di tepi-tepi jalanan. Semua kehidupan yang ada di muka bumi ini mempunyai nasibnya yang tersendiri. Aku percaya kalau aku berusaha memperbaiki diri sendiri dan ayat-ayat kesyukuran tidak putus-putus dari mulut, rezeki dan segala impian itu akan tercapai. Jadi kenapa tidak kamu?
Kawan tanya, berapa ribu aku dah berhabis untuk travel mode ni? Terus terang aku cakap, aku hanya bawa cash RM300 sahaja. Gaji aku bukan besar mana pun, tapi kad ATM memang aku dah prepare juga. Cuma ada satu masalah yang aku hadapi bila aku p travel. Aku suka makan. Macam pergi Semporna ni pun, aku suka sangat nak makan lobster. Tapi tak dapat lobster, udang biasa saja la.
Okla, aku menulis setakat ini saja la. Aku harap-harap aku dapat menyumbangkan maklumat yang berguna kepada kamu semua. Kalau kamu ada cadangan menarik tentang mana-mana tempat yang aku boleh lawati di Sabah ini, jangan segan silu bagitau aku. Kalau boleh aku nak pergi tempat yang tak berapa femes lagi, tapi selamat untuk dilawati la. Jaga diri baik-baik dan sentiasa happy selalu. Daa...
p/s Diriku terbuai bila melihat alunan ombak di sana.
Aku pasti datang lagi untuk terus melihat lagi.
Aku buang ingatan-ingatan yang memeritkan
Biarpun noda itu pergi jauh-jauh
Semoga hati ini sabar selalu.
1 comment:
suka 1st pic tu. so fotojurnalisme..
Post a Comment